BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, February 23, 2010

Memang berbaloi..

Assalamualaikum...

Mata kelabu nak menjahit. Sambil menonton Na-Omei kat TV 3 ni, maklang menaip entry kejap. Biasanya tak tengok TV tapi online jer, tapi sebab 3-4 hari kebelakangan ni memang lembab sangat nak tengok online, terpaksalah maklang tengok TV. Lagipun conquerer TV tak ada rumah masa ni. Tengah pergi beli ayam kot kat pasar tani. Sebab on line ni tak dapat tengok, makanya terlepas lah 3-4 episode last week. Nanti kalau online tu dah Ok, bolehlah maklang qada' cerita. Penting sebenarnya online ni, sebab maklang layan sambil menjahit....he..he..


+++++

Last wiken memang rasa best. Rasa setiap masa di manafaat kan dengan sepenuhnya. Mana tidak nya, maklang sempat jahit yang berikut ni. Masak pun sempat jugak. Buat kerabu pucuk paku lagi masa hari Sabtu. Lauk kesukaaan kekasih maklang. Hari jumaat masak biasa2 aje, ikan keli berlado aje. Anak2 suka sangat! Lagipun kekasih maklang tak ada rumah sebab keje kat KL. Lewat petang baru balik ke Kerteh.


Cik Abang mintak buatkan utk dia sebuah pencil case. Bila along nampak, dia nak. Letakkan nama. Angah pulak bila nampak Along ada, dia nak jugak. So, takkan tak buatkan untuk Maya...Jadinya petang Sabtu, maklang layan pencil cases jer laa....Hakim minat yang power rangers aje...so, dia tak naklah...lega...
Beg ni mulanya nak buat utk lappy baru maklang yang bakal sampai next week tapi terkecik pulak. So, maklang hadiah kat kawan yang memang suka kan beg2 kecik ni. Untuk kawan susah dan senang maklang. Seronok sebab dia suka sangat. Terimakasehlah kerana menjadi kawan yang setia...
Ini apron yang di tempah lepas maklang siapkan utk kakliza. Berapa lama baru nak siap. Alhamdulillah maklang dapat siapkan 2 helai plus satu lagi apron yang simple. Yang simple tu dah pun di pos ke tuan dia. Harap dia suka laa...
Ini pulak chair back cover. Sebab size kerusi penempah tu size dia tak berapa pasti, maka maklang letakkan riben sebagai pengikat supaya boleh adjust..Alhamdulillah banyak yang siap last wiken...


Kat office pulak, kerja banyak. Seronok. Tak lah lama nak tunggu petang!

Sekian buat hari ni...InsyaAllah bila rajin akan updet lagi...take care semua...:)

Wednesday, February 17, 2010

Updet jangan tak updet


Assalamualaikum,

Berhenti kejap dari menjahit. Teringat lama tak mengupdet blog. Kalau lama2 tak updet nanti lupa apa yang dibuat. Almaklum, blog ni serupa macam diari maklang.

Hari Rabu masa di KL tu, akhirnya maklang ke rumah Alang jugak. Entahlah malas nak duduk sorang2 kat bilik. Bosan. Lagipun Alang kata nak hantar balik, jadi beranilah nak ke sana. Kalau nak jalan sorang2 dari LRT tu ke Concorde takut jugak sebab kat situ sunyi sikit. Pulang dari rumah Alang, maklang mandi manda dan siap gosok tudung untuk hari esoknya.


Hari Khamis tak ada apa sangat. Kami ke Client's office utk nak carik dokumen. Boss ajak jalan kaki aje. Memang tak jauh mana, tapi mengah lah jugak, berpeluh.Sampai kat sana, kami selongkar drawings2 yang perlu dibawa balik. Satu perkara yang dah lama tak buat sebab semuanya dilakukan oleh adek2 muda kami. Dah hampir setengah abad ni tak sanggup dah nak mengangkat mencari drawings segala. He..he...Ingat tengahari dah boleh balik sebab dah siap apa yang dicari. Tau2 masa maklang baru sudah solat , boss kata tak leh balik. Gelihati sangat bila immediate boss kata dia dah cek out and then cek in balik bila dapat call dari boss. Kami yang menurut perintah ni terpaksa ke pejabat client semula. Kali ini naik taxilaa ke office Client..panas nak jalan waktu tengahari. Hmmm...last2 petang tu kami balik lewat dan tiba hotel dekat pukul 7:00. Naik taxi kena RM23.00 untuk perjalanan sekitar 2.6km. Mak oi mahal betul. Semuanya sebab naik taxi premier sebab taxi seme tak nak ambik! Lagipun ada beberapa inci drawings berat2 yang nak kena hangkut. Malam tu, tak larat betul even nak pergi makan. Berbaringan sambil berbual2 dengan kawan maklang yang keje kat situ. Terimakaseh layan maklang malam tu..

Malam Jumaat tak dapat nak tido. Sebab takut terlewat bangun. Kena leave the hotel around 7 sebab nak ke Kl central then ke KLIA naik ERL. Alhamdulillah tak ada masalah. Beg baju kirim kat boss mintak bawa balik so tak payahlah mengheret all the way to the airport. Lagi pun ada gunting, memang kena cek in laa..susah...Alhamdulillah by almost 10:00 dah jejak kat Kuantan airport dan darling maklang dah tunggu. Dengan Akim and Maya.

Kami sempat ke Kamdar, maklang shop langsir utk kelas budak 2 dan jugak kain2 untuk jahitan maklang terlanjur ada sale. Then ke Johney's makan2 kejap. Sebenarnya cik Abang amek maklang pun sebab nak servis kereta tapi tak jadi pulak. Berpusing keliling nak cari masjid tengahari tu sebab dah terlewat solat Jumaat. Nasib baiklah mamasita beritahu masjid renovate tu dah ada gantinya...Terimakaseh kak...Nanti satu hari maklang nak terjah rumah mamasita laa...boleh tak kak?

Kami tiba Kerteh lewat petang tu, tak larat nak buat apa, landing sambil baca buku cerita ( yang sampai hari ni tak khatam2 lagi!)

Sabtu, maklang relax aje pagi tu. Memang tak larat. golek2 baca buku cerita. Bestnya...lama tak buat macam tu. Wan masak hari tu...sedap...asam ikan tenggiri tak silap.

Petang Mak angkat Maya sekelauarga, sampai. Maklang dan cik abang pi shop groceries sikit. Yang best tu, food were prepared by darling and Along. Beef stew dan ayam panggang. Memang relax wiken tu. Tukang masak ambik cuti! Maya was so happy tengok Mak Enon and Baba dia. Terimakasehlah kasi Maya bear sebesar Maya tu...nampak betul happy dia. Puas lah dia bermanja dengan Mak Enon dan Baba...Dan terimakaseh kerana nak tido kat rumah kami...
Gambar ni kami rakamkan sebelum kami bertolak ke KT dan Mak Enon dan famili ke KB .


Ahad, kami sekeluarga ke KT. Sempat jumpa Cik Milah kejap kat Rantau Petronas. Kat KT kami hadiri majlis menyambut menantu Wan Pari. Sedapnya makanan hari tu. Lama tak makan beriani sesedap tu...Seronok jugak dapat jumpa sepupu sepapat maklang yang lama tak berjumpa. Kami tiba kat Kerteh around 6. Hmmm...cuaca panas menyebabkan kami berasa sungguh letih.

Ini dia pengantin baru. Kami doakan moga jodoh berpanjangan sehingga akhir hayat dan dikurniakan ramai anak2..Amin...


Malam pula, kami menyanyi lagu birthday utk Angah. Dah 14 tahun anak dara maklang sorang ni. Suka benar dia dapat cake blueberry cheese. Makan kek aje malam tu, dah tak larat nak makan lain...Lewat2 malam Mak Enon and family call kata nak tido kat rumah. ( Mereka ke KB pagi tu, nak cari hotel masa nak balik ke Kerteh, seme nya full...). So, kami tunggu Mak Enon sampai barulah tido.




Pagi Ahad, Mak Enon balik KL. Lepas dia balik, maklang ke MM cari bahan nak masak lauk. Ada sedara pangkat pakcik nak datang. Tak ada masak apa pun. Sebab dah ada lontong kat fridge, maklang minta bibik masakkan lodeh. Maklang buat sambal sotong. Lepas lunch mereka pulang. Petang tu, maklang tido mati. Terkejut bangun pun sebab ada call dari Client tanya if boleh tak attend meeting minggu ni...Hmmm...nasib baik dah puas tido!he..he..

Rasanya sampai hari ini tak hilang penat lagi. Macamana nak hilang, bila ada masa lapang, maklang menjahit. Dah way off schedule. Tak sangka banyak betul aktiviti cuti baru2 ni. Ingatkan sunyi, maklang dah plan nak jahit2 aje. Walau macamana pun, maklang enjoy dengan kehadiran teman dan saudara mara menceriakan hidup kami...

Wiken ini mungkin kurang acara. Besok sunyilah sebab Atok dan Wan dah nak keKL. Cik Abang pulak ada mtg di KL lagi. Petang besok akan terbang ke sana. Padahal, baru aje terbang ke sana pagi tadi, dan balik sini petang tadi...Ni pun dah berkeruh tido sebab kepenatan. Apa nak buat..kerja nak cari makan utk anak isteri...

Setakat ini dulu, buat kali ini. Berjumpa di lain waktu...InsyaAllah..:)

Wednesday, February 10, 2010

Sunyi sepi..

Assalamualaikum...


Sunyi sepi rasanya...kalau dah biasa dengan hiruk pikuk dengan anak2, malam ini, malam ke2, malkang sunyi...Anak2 dan suami tercinta berada jauh dari maklang. Nasib baik jugak ada laptop ni menjadi teman. Sempat lah nak chat ngan anak2 yang online. Kalau dengan Cik Abang, kena call jelaa...dia memang malas nak menaip2 ni.

Maklang tiba KL petang semalam sebelum maghrib. Nasib baik ada kawan yang kerja kat sini, adalah maklang teman sampai kol 9 lebih. Entah kenapa rasa letih bukan main semalam. Agaknya penat travel dari Kerteh ke KT. Hajat hati nak naik dari Kerteh je, tapi tak sempat nak book tiket, dah kehabisan. Cadangnya juga nak tumpang kereta boss ke sini, tapi pikir2 malasnya nak travel jauh2. Letih nanti. Nasib baik ada lagi tiket dari KT-KL yang available. Kuantan KL dah memang tak ada...

Malam tadi, makan kat hotel ni aje. Kawan maklang belanja. Malam ni belum tau lagi. Ingat nak pi rumah Alang, tapi kang dibuatnya Alang sibuk, sape pulak nak hantar maklang balik hotel waktu malam nanti. Almaklum, kita bukannya biasa sangat sorang2 kat sini. Kalau dulu2 berani gak, sekarang tak lagi kot. So, baik lah duduk diam2 dalam bilek ni sambil main riben...he..he..

Meeting kat opis ok je..yang best dapat balik awal sikit dari biasa...


Oklah, takat ni je maklang merepek..jumpa lagi dilain waktu...

Saturday, February 6, 2010

Apa mau cerita?

Assalamualaikum...

Terasa begitu cepat masa berlalu. Dah seminggu rupanya blog tak berupdate. Tak sempat buat apa pun sebab sibuk dengan hal menjahit. Tapi rasanya macam tak nampak apa2 produk dia pun. Sebabnya maklang menjahit RE nya aje. Tak satu pun selesai sampai jadi beg atau alas meja. Maklang dah siap bunga matahari satu, alas meja satu, chair back satu, pouches adalah 2-3 yang sempat jahit. Ingat kan hari ni nak menyambung semuanya tapi satu pun tak usik sebab maklang sibukkan benda lain. Hmmm...nak duduk kat mesin jahit lama2 pun maklang tak larat sebab hari ni pinggang buat hal.

Sejak dari semalam dok menggunting kain. Nak buat apron. Lama dah tuan punyanya menempah, baru semalam dapat main2 dengan mesin sulam tu. Selesai bab menyulam, maklang tampal pulak felt berbentuk cupcake. Penat jugak lah melayan benda tu entah sampai 4-5 jam jugaklaa...Alhamdulillah by maghrib semuanya dah bersulam dan ber'felt' cupcake.

bahagian belakang apron, maklang buat 2 lapis...supaya kemas ..
depan dia plain aje, guna kain viscose, belakang pakai kain koton biasa aje..
seronok bila dah siap...maklang puas hati, harap client pun puas hati...:)


Malam pulak maklang melayan ambik gambar jahitan maklang...Sampai lewatlah jugak. Malam tadi cuma maklang aje yang tinggal dengan anak2 yang 3 sebab Hakim dan abah dia ke KL. Ada kerja sikit. Maklang malas nak ikut sebab banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan. Dah naik pening kepala pikirkan dateline...


Pagi tadi maklang dok layan lah menghabiskan apron. Target nak siapkan semua 8-8 nya tapi tak larat dah pinggang ni. Rasa macam senget sebelah pulak! So, lagi 2 maklang akan sambung wiken mendatang nilah InsyaAllah. Harap2 dapat siaplah semuanya...Plan memang banyak nak siapkan, tapi tak larat!

Oklah, tak ada apa mau ceritalaa...nanti kalau ada masa maklang updet lagi tu pun kalau ada yang menarik..he..he...

Selamat bekerja pada yang nak kerja besok dan selamat bercuti pada mereka yang masih bercuti...

Tuesday, February 2, 2010

Beezee beezee

Assalamualaikum...

Lama dah nak updet ni tadi, tapi nampak pulak ada kawan yang 29 tahun lost touch and I have been looking for her..tup2 tadi muncul...apalagi...mintak hp no dan terus aje call...seronoknya dengar suara Anim....Alhamdulillah...fb ni memang menemukan kawan2 lama yang dirindui...


Lepas ni, memang kena buat reunionlaa nampak2nya...bila gaknya dah tak sabar rasanya...anyway...nantilah kita bincang2 kan...

+++++

Sejak 2 minggu lepas ni berturut ada perjumpaan kakak adek bloggers..


Last Friday, dalam tonggang langgang nak hantar amek anak2 ke sekolah , sempat jugak maklang cilok ke rumah Saz. Thank you to Atok sebab tolong amek Maya kat tuition dan thank you to Wan sebab buatkan kueh kasui tu...sedaap..
Celeb kita ada tu...sibuk sain buku...thank kak for the book
Dan thank you to tuan rumah sebab hidangkan mee sedap..:)

+++++++++

Hari Sabtu pulak maklang mengajar. Kelas start lambat sebab student lambat datang dan of cozlah, lambat habis. Tengah2 maklang nak makan , lepas student balik, Puan Tulip talipon menyatakan ketibaan beliau kat Kerteh ( memang dah sms sebelum tu)...Terus sarung jubah and tunggu kat tepi jalan...Akhirnya sampai jugak ke rumah maklang. Memang lama dah dia kata nak datang, akhirnya tiba jua...Syukur Alhamdulillah...:)
Sori lah tulip, maklang tak dapat nak hidangkan makanan yang macam2 sebab bz ajar kelas tu..nasi ayam pun bibik yang buat. Maklang cuma sempat buat cheese cake je...
As usual, at the same spotlah, kami bergambar...
Dan ini hero2 kami...



Terimakaseh ye tulip dan keluarga kerana sudi nak singgah kat teratak maklang...:)


Alhamdulillah, moga ada lagi pertemuan sebegini untuk mengeratkan silaturahim, InsyaAllah...