BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 25, 2010

Jalan-jalan jumpa kawan..

Assalamualaikum...

Yeay...Alhamdulillah dapat gak nak mengupdet walau rasanya pendek lah sangat...tak payah banyak ceritalaa..gambar je dah cukup kot. i sibuk you...:)

Sebelum gambar ni nak diupload, meh maklang cerita serba sedikit cerita terkini kami sekeluarga.

As usuallah masing2 memang sibuk memanjang..

Abah..sibuk keje. Abah Alhamdulillah sihat macam biasa.
Mak ..sibuk keje jugak, menjahit dan memasak. Mak sekarang ni sakit lutut, sakit tumit dan sakit pinggang - akibat mengangkat sekotak besar riben last week. Sampai hari ni rasa tulang bengkok dah ni...Minta2 cepatlah baiknya...Amin..
Along, sibuk sangat dengan toy baru dia tu...jangan lupa study sudah..mak dah kasi hadiah tu...tahun depan awak pulak kasi hadiah kat mak...eh..
Angah..as usual sibuk jadi orang Thailand laa, orang Indonesia lah dan jadi orang Cina or India..Kalau dia dah mula sebuk dengan berbahasa macam2 ni gamat kat dapur tu dengar dia cakap..Jadik pulak tu...
Maya, Maya ni sibuk tuisyen aje siang malam, sampai Mak pulak kata tak payah lah pegi Maya..Kesian tengok dia asyik dengan buku aje. Tapi Mak doakan Maya berjayalah dengan memperolehi 5A, InsyaAllah...dan
Hakim Mak, sibuk dok terkeseng2 nak tido kat bilik mak lagi...sekali sekala mak Ok jer...:)


Gambar2 kat bawah ni berlaku beberapa minggu lepas. Kami dapat cilok kejap sebelum attend khenduri sepupu Paklang...Pergi menziarah Kak Ezza...seronoknya...kami dihidangkan dengan Mee Udang...sedaplah kak, saya cuba buat tapi macam tak jadik jer...he..he..


sedapnya mee udang akak tu...beberapa mangkuk lah setiap seorang makan..malu kak..malu..


As usuallah...bergambar semuanya...


tengok tu mula2 malu2 last2 tak malu...sori kak Ezza...tapi kesedapannya menghilang kan rasa segan kami kat tuan rumah



Tu dia...sama comel sama tembam..

Thanks kak Ezza and Abg Aziz and family kerana sudi menerima kami...Alhamdulillah...nanti nak kesana lagi boleh tak?

Yang kat bawah ni pulak was last Tuesday...maklang ke KL ikut Cik Abang sebab dia ada hal yang perlu diselesaikan..So, I ponteng keje senin petang dan Rabu. Hari selasa was Along's birthday, so we celebrated 2 days earlier...kat BK MM jer...


rasa comel sangat E-chop dengan idola dia ni...:)


Ni kat GSC Mid Valley GSC...tengok Toy Story je..kalau tak bawak..Hakim kat dia nak merajuk kat mak sentiasa...sentiasa tu...:)


Malam pulak, tak sangka Zar nak datang umah maklang. Nak hantar kasut yang maklang kirim...TQ Zar, sorilah maklang hidangkan kopi dalam cawan tak berpiring...almaklum, rumah singgah2 jer


Cik Abang yang beria nak ambil gambar ini...

Alhamdullah setakat ini..maklang terlalu mengantukkkkk..


Wassalam..sehibgga bertemu

Monday, July 19, 2010

Majlis khenduri kahwin sepupu Cik Abang

Assalamualaikum...


Saje nak updet pagi ni. Jengok2 macam berabuk kat sini. Maklang tak sempat nak jenguk pun. Sibuk benar nak siapkan tempahan kawan maklang yang nak balik ke US 27hb ni. Kesian kalau tak dapat nak siapkan sebab nanti kena pula nak bayar kos pos, so menjahit macam cicak kudung. Kadang rasa jemnya pinggang sebab duduk lama. Bila lenguh melanda, maklang pun mula lah buat benda lain. Semalam pun , ingatkan nak menjahit seharian. MAsak pun tak sebab nak habiskan makanan yang macam nak termuntah keluar dari fridge. Tapi biasalah apa yang diberangan kan tak jadi. Lupa ada khenduri kawin dan Wan Pari dan Tok uncle pun datang, so kami dok melayan mereka lah..Dapatlah maklang berehat jugak in a way.

Anyway, ni gambar2 sekitar cuti kami pada 26hb Jun lepas. Kat rumah arwah pakcik paklang. Alhamdulillah selamat dah semuanya...Amin...



apalah yang digelakkan oleh 3 dara ni...


lamanya nak tunggu tok imam datang untuk majlis akad nikah, paklang pulak sibuk dengan fb dia...menjangkit dah tu...


ceria2 semuanya...biasalah tu kan...seronok2 masa tu..


Ini dia pengantin baru...kejap je dah dekat sebulan kan!

selamat malam/pagi semua. InsyaAllah besok bermulalah hari yang sibuk nak mengangkut beg lagi..kali ini hangkut juga mesin jahit...doakan kami berjaya misi kali ini..Amin..

Saturday, July 3, 2010

Surabaya Part Last

Assalamualaikum...


Wah diam tak diam, dah dekat 3 minggu hari since last updet. Punya cepat masa berlalu. Betul tak sedar. As usual my reasons are the same. Terlalu sibuk dan malas...he..he..


Last 2 wikens pula, kame ke KL. Ada majlis perkahwinan sepupu Cik Abang. Kali ni memang mesti pergi sebab the last wedding untuk anak ke2, kami tak dapat hadir. Baju semua dah siap jahit seronok nak jalan, tapi tak dapat pulak sebab Cik Abang demam. So, boss kata tak pergi, kita dok dendiam aje laa. Alhamdulillah sampai ke KL kali ini. Memang lah seronok bila pergi wedding sedara mara ni. Ramai jumpa sedara mara yang lama tak dapat nak bersua muka. Syukur dapat bertemu kali ini.

Hari Khamis kami tiba jam 11 lebih. Angah, Hakim and Maya ikut sebab terlalu seronok nak jumpa kakak. Malam tu, entah pukol berapa mereka tidor sebab bersembang dengan kakak. Pagi Jumaat kami ke clinic bawa kakak dan bibik Ju ( bibik Alang) untuk fomema. Lepas dah selesai amek ucop dan hangkut semuanya ke Kajang.

Alhamdulillah perancangan nak pegi rumah Kak Ezza tertunai. Sedap mee udang Kg. Pandamaran kak Ezza. Tinggal suku je gaknya dari yang Kak Ezza hidang!Nanti lah maklang cerita.. Cerita waktu menghadiri perkahwinan sepupu Cik Abang pun kalau rajin, maklang cerita eh. Ni kita selesaikan Cerita Surabaya ni dulu ye..



+++++++++

Hari ke 3

Hari ke3 punya rancangan kami buat masa dalam perjalanan pulang dari Jambatan Suramadu...Biasa laa...tak tahu mana nak pergi. Ok, pagi2 kami berangkat ke Tanggul Angin pukol 8:30pagi. Sebab perjalanan ambil masa lebihkurang 1 jam ,maka kami bertolak awal supaya dapat pergi tempat2 lain kalau dah pegi awal pagi. Dalam perjalanan Pak Por bercerita tentang macam2 lah juga. Kami juga banyak bertanya, kalau tak tanya, nanti banyak yang tak tau.

Memang tak sangka yang kami akan singgah kat bandar Sidoarjo. Sempat jugak singgah tengok lautan lumpur yang dah hampir 4 tahun lumpur keluar dari bawah tanah sehingga menutupi seluruh daerah kecil di sana. Dalam masa 4 tahun lumpur yang sedalam 10 meter dah mengalir menutup 3-4 daerah. Kerajaan sudah pun meninggikan benteng setinggi 10 meter, tetapi tidak cukup untuk menampung semuanya. Moga2 cepatlah lumpur yang mengalir tu berhenti..Amin...


Dalam perjalanan pulang kami singgah di tempat jual sulam2an. Bestnya . Walau pun ad hoc je sebab tak ada perancangan nak ke mari..Duduk bersila lah maklang memilih kerudung2. Aduuuhhh cantik2 bangat. Green pulak asyik berkelip je...so apalagi sambar sekali lah untuk anak2 and untuk buat Raya sekali...Thanks darling layan isteri tercinta ni..he..he..

Dari sini kami bertolak balik. Sempat singgah kat kedai2 jual lukisan sebab hajat cik Abang nak beli lukisan belum tercapai lagi. Nak buat macamana, tak ada pulak yang menjual lukisan2 macam kat Bali or Jakarta. So, tak adalah membelinya. Lepas tu kami pergi makan dan balik rehat. Petang kami ke Plaza nak cari kain katun ( cotton). Ingatkan kedai tutup lewat rupanya pukul 5 dah tutup. Apalah nasib. Dapat beli sehelai 2 aje dan sepotong yang lain untuk ole2 seseorang yang maklang agak rapat. Alhamdulillah dah sampai pun kat tangan tuan dia dan dia suka..Lepas tu kami pergi beli satay. Cik abang teringin sangat nak makan satay kambing. Pak Por recommended satay kat satu tempat tu, secucuk 13 ribuan. Besar dia macam ibujari kaki . Daging kambing dipotong kecik2 dan dicucuk kat lidi and then dibalut dengan kepingan daging kambing lalu dibakar. Maklang rasa segigit je. Tak leh masuk sebab ada bau. Cik Abang pun makan sikit aje dan yang lainnya tong sampah yang kenyang! Ada jugak beli satay ayam sikit, tapi yang tak bestnya separuh cucuk tu lemak ayam. Ish tak leh masuk terus. Kata Cik Abang satay kat Surabaya fail ngan tekak dia... tak lawan Satay kat Malaysia!

Lepas malam tu, beg dah siap pack semua. Maklang tidur awal. Tak larat dah rasanya...


Hari 4

Besok pagi lepas breakfast, seawal 8 pagi kami dah bersiap sedia nak ke kg. kakak. Ye, misi kami ada lah untuk melawat family kakak dan bawak kakak balik ke Malaysia. Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan urusan untuk mengambil kakak bekerja dengan kami akhirnya selesai juga. Kakak yang sebenarnya nak keje semula. Bosan kerana kekurangan wang kat sana, akhirnya kakak nak datang kerja dengan kami semula. Alhamdulillah. Dapat juga ambil saudara kakak yang nak keje dengan Alang.

Dalam perjalanan sempat juga kami singgah kat tempat wisata- cantek tempat tu - macam waterworld diGambang tapi entah 4-5 kali lebih besar. Walau tak masuk, tapi nampak tempat tu amat besar..

Total perjalanan dari Surabaya ke kg kakak ambil masa sekitar 3 jam. Ingatkan ulu sangat lah tempat kakak ni, rupa2nya besar dari bandar Dungun...Meriah juga bandarnya..Yang lain was history. Happy dapat bertemu keluarga kakak. Ialah dah kenal kakak sejak along berumur 2 bulan masa kakak mula2 keje dengan maklang. Sekarang dah 17 tahun, tolak cuti setahun masa maklang beranakkan Hakim dan berenti selama 4 tahun, kakak masuk balik nak keje semula. Alhamdulillah...:)



Perjalanan pulang ke bandara ( airport) ambil masa 2 jam aje. Sampai airpot ejen yang uruskan paspot utk dicop di kedutaan Malaysia uruskan semua paspot kami. Tak payah tunggu2 kat imigresen nak dicop. Senang aje lah. Syukur. Masuk Malaysia yang masalah. Utk kakak ok sebab majikan ada bersama, tapi untuk Alang tersekat sebab dia nak copy of IC uncle Jai pulak. Yang kami bawa cuma surat undertaking aje. Selalu ok je dengan surat. Puas pulak tunggu Uncle Jai faxkan IC dia. Uncle Jai balik JB hari tu dan it was almost 11 lebih bila kat imi KLIA. Mesin fax rosak laa, jemlaa. Both sides dari Uncle Jai dan kat airpot tu; Last2 buat muka tak malu, ada pejabat Malaysia Airport yang maklang mintak tolong if boleh fax kat dia. Syukur pukul 1:30pg, baru fax masuk . Dan ALhamdulillah selamat semuanya. Kami tiba rumah ALang pukul 3;30 pg sebab hantar barang untuk sedara kakak dulu. Alhamdulillah now dah masuk 3 minggu kakak diMalaysia tapi baru aje ambil kakak masa gi KL, sebab kakak dok train sedara dia keje kat rumah Alang dulu. Anak2 happy sangat. Maya sampai sanggup tidur atas lantai asalkan sebelah kakak...Memang mereka seronok. Alhamdulillah...:)



tu dia...duduk bersila pilih tudung2 sulam..kalau boleh nak hangkut seme...



berlatar belakangkan lautan lumpur di Sidoarjo

lunch di restoran Kg di kota Surabaya

Wisata ..cantek tempat ni


Upin dan Ipin begitu popular disana. nampak kita dr Malaysia je terus mereka kata ..betul..betul..betul !


Berlatar belakangkan wisata


Cantek rumah kakak, bersih dan kemas...besar pulak tu


Mak kakak dan saudara2 nya diruang tengah rumah kakak


Kami dijamu dengan soto ayam

Sebelum meninggalkan keluargsa kakak, kami sempat bergambar..



Sekian buat kali ini...InsyaAllah jumpa lagi