BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 28, 2011

Jumpa2 kawan

Assalamualaikum...



Hari ini hari lahir suami tercinta...sedih tak dapat nak sambut bersama. Malam tadi dah pun balik ke KL semula menyambung tugas bekerja di sana yang masih bersisa sebulan lagi InsyaAllah. Kalau ikut kan hati nak aje ikut sekali semalam. Tapi apakan daya hari ni ada kelas. Dah atur sejak sebulan dua yang lepas. Pelajar pulak ada yang datang dari Melaka. Ingat nak postpone pon tak sampai hati. Ada juga dari KT. Tak apalah berkorban ajelah. InsyaAllah hari Jumaat ni Abang akan balik dengan Along sekali. Then kita boleh buat double celebration sempena kejayaan Angah dalam PMR dan harilahir suami tercinta. Apa2 pun maklang doakan suami tercinta maklang panjang umur, murah rezeki, hidup diberkati Allah dan menjadi seorang suami yang soleh dan dapat membimbing kami ke arah jalan yang di redhoiNya...Amin...

ni gambar 2 hari lepas...kira sambut birthday awal dgn nasi lemak...:)
+++


Rumah masih sunyi. Dengan cuaca yang sejuk ni, lepas Subuh tadi anak2 bergolek kejap, lepas tu tau2 dah sampai kat London agaknya. Malam tadi tidur entah pukul berapa. Itu aje acara anak2. Kalau tak ber Wii...kejap lagi tengok Korea. Hmmm...sekali sekala tengok leka je...mak pon bersuara laaa....Tak baca buku ke??? Lepas tu kejap jelaaa baca buku...tak dan 1 jam dah pegang Lego, dah tengok Korea. InsyaAllah...minggu depan, seme kena sorokkan...sekolah nak start dah sayang2 Mak...:)


Maklang pula sejak balik bercuti ni, melekat kat kerusi faberet maklang laa. Alhamdulillah..dapat jugak siapkan beberapa jahitan. Seronok bila tengok banyak kerja siap. Tak macam di KL, lambatnya nak siap 1-1 jahitan tu. Tapi Alhamdulillah adalah jugak yang siap. Dan yang dah siap tu dah sampai kat tuan dia dan tuan dia dah buat pon repeat order. Alhamdulillah..Sekarang ni tengah bertungkus lumus nak jahitkan utk seorang silent reader maklang yg tinggal di NZ. Maklang harap dia dapat contact maklang dengan segera...Ti, tolong call maklang ye...nak tahu nak pos ke mana?


++++


Alhamdulillah cuti yang lepas adalah cuti yang terpaling panjang dalam masa 10 tahun yang lepas. Almaklum tak kerja ni rasa bebas sangat. Alhamdulillah. Seronok laa...nak2 bila semua nya bersama...


Ni maklang sambung cerita maklang masa cuti yang lepas.

+++++++++

Akhirnya...dapat jugak maklang bertemu dengan Jun dari CupCake Kekasih, setelah lama bercadang nak jumpa. Selalunya Jun berkirim salam kat Alang je...Jumpa Jun baru sekali tulah. Tapi mesra nya macam dah bertahun kenal. Maklomlah...Jun ni ramah betul orang nya. Seronok dengar cerita Jun mengenai kerjaya dia. Macam2 yang dah Jun lalui semasa menjadi penulis. Best sangat.




Wah...Jun posing abis...puas dah kita betul2 kan tudung...3 kali snap baru puas hati...hehe...harap2 pertemuan sekali lagi dapatlah maklang belajar bentuk2 kan bunga utk kek pulak, InsyaAllah

++++++++


Sebelum jumpa Jun, maklang ada attend reunion Class of '81 kat PJ Hilton. Seronok jumpa kawan2 lama. Sihat2 walafiat belaka semuanya...Tapi ada jugak yang maintain comel je macam dulu. Maklang kata...now taklah rasa terlalu besar sebab ramai yang dah 'besar'..tapi perangai masih macam dulu lagi. Tergelak2 ingat cerita2 dolu2 ..seronok..memang kena meet lagi sebab kejap sangat...tak puas!





++++++++


Hari Khamis lepas, kami dah bersiap nak balik ke kampung halaman. Oh...betapa rindunya..bukan saja kat katil. Kat shower pon rindu. Sedapnya mandi dengan air shower yang besar2...taklah halus macam ujan renyai2 kat KL..Alhamdulillah.

Dah balik, rehat kejap lepas makan tengahari. Lepas tu gi shopping baju ucop pulak. Seronok ucop dapat baju baru..bergaya sungguh ucop. Almaklum nak jalan lagi besoknya...ke KB pulak!

ok..time's up...kena prepare for class...rajin nnt maklang updet lagi, insyaallah..


Terimakaseh singgah sini:)..

Wednesday, December 21, 2011

Hampir ke penghujungnya...

Assalamualaikum...

InsyaAllah kurang dari 24 jam dari sekarang, kami akan memulakan perjalanan pulang ke Kerteh. Perasaan bercampur aduk...sedih ada, suka pun ada. Tiba2 malam tadi rasa sebak sangat nak tinggalkan anak sulong kat sini sendirian....Nak buat macamana..dah tentu dia kena belajar di sini. Doa aje yang mak tinggalkan utk bekalan dia di sini. Moga dia berjaya cemerlang mencapai cita2 dia yang murni, InsyaAllah..


Semalam maklang ke pasar chow kit lagi. Pendek kata tiap2 wiken pergi. Semalam pergi pun sebab nak beli sedikit bahan utk di bawa pulang ke Kerteh. Memandangkan harga barang jauh lebih murah di sini, apasalahnya nak bawak balikkan. Mulanya nak beli daging aje. RM12.oo sahaja berbanding RM 20.00 di Kerteh. Tapi daging segarlah di Kerteh. Tapi buka beli terus masak, masuk fridge jugak mula2 kan. Bukan daging aje yang dibeli, ikan2 pun maklang beli. Dapatlah bekalan utk semiggu. Ikan terubuk yg payah nak dicari pun maklang beli semalam. Alhamdulillah...

Balik pasar, mulalah memasak. Nak tinggalkan utk Along. Nasib baik fridge dah besar, or else, payah laa sikit. Dapatlah masak serba sedikit...Alhamdulillah...Lepas dah selesai masak, mandi, solat and lepas tu terlena kejap semalam. In the end makan tengahari pukol 6 agaknya bila Cik Abang balik dari kerja...


+++++++++

Itu cerita semalam...2 minggu maklang tak bersiaran..or was it 3 minggu...dah lupa jangka waktu. Malas nak bukak pc ni...lagipun terkejar2 masa nak menyiapkan pesanan kawan yang menempah agak banyak. Alhamdulillah..Dia nak siap semuanya b4 Christmas. Alhamdulillah semalam Cik Abang dah pos lajukan ke JB. InsyaAllah kejap lagi sampailaa kat tuan dia...TQ WSL ...dia kata nak lagi tu...:)Alhamdulillah...







l



Antara yg di tempah WSL...puas menjahit...ada lagi yang tak masuk sini sebab tak di ambil gambarnya...Cushion chairback tu maklang buat set of 6, 4 utk kerusi biasa dan 2 utk kepala meja laa:)...tapi seronok tengok bila dah siap...and bila dapat fulus mmg laa lg suka:)


Tapi dalam pada maklang sibuk menjahit..sempat jugak mencelah nak gi shopping sikit2. Shopping utk baju raya...nasib baik puasa dah habis ganti. Kalau tak beli sekarang, entah bila nak dtg KL selama ini. Kalau dtg pun 2 hari jelaa max. Sibuk ngan Along etc, nak enjoy2 shopping tak sempat laa nnt.


Sempat juga attend juara mencipta lagu kat Wisma TV RTM. Aunty Rohani kawan baik pada Kak Habsah Hassan yg ajak. So, kami menyibuk laa...Ada Muaz...masa pengenalan tu dengar suara dia aje...macam kenal . lama2 bila dia introduce nama dia baru lah perasan...ni lah dia org yang selalu teman maklang tiap pagi masa maklang hantar anak2 ke sekolah...Tak sangka kami nak masuk rancangan siaran langsung. Mulanya ingatkan nak dengar orchestra RTM aje. Tau2 malam tu glamourlaa kejap..masuk TV banyak kali kata anak2...almaklum duduk 2 row belakang Tan Sri Azman, chairman (?)Ambank. Ziana Zain duduk belakang Tan Sri...Wah...camera asyik2 fokus kat kami je...hehe...Sampaikan dapat sms laa dari Ina kat UAE...gelihati sangat! Best2 lagu2 yang dinyanyikan. Kata Kak Chah, lagu2 yang masuk final tu dah dipilih dari 3000 buah lagu yang dicipta..



teruja Cik Abang sy bergambar dgn Ramli MS dan Kak Chah...Dua2 ramah org nya...:)


Wah...maklang pun teruja...


dengan M Nasir pulak Ni dgn Ferouk (?) penyanyi lagu yg mendapat tmpt ke 2

Ok laa takat ni dulu...ada keje nak buat. InsyaAllah maklang cerita tentang Reunion Class of 81 SIGS dan pertemuan dengan Jun expert buat Cup cake..yg ada link kat blog ni...TQ Jun for wanting to meet us...TQ also for the gift:) and the food:) nanti kita jumpa lagi...seronok dengar kisah2 menarik Jun tu:)








Monday, December 5, 2011

jalan2 makan2 etc

Assalamualaikum...

6 hari off dari blog. Malas nak updet. Internet pon slow. Yes blame it on the internet! Kalau dah malas jangan salahkan benda lain, cubalah except je kemalasan itu.


Lepas dah kena angin rajin updet 2-3 hari, angin malas tiup dengan lebih kencang! Hence banyak keje tak siap. Mak and Abah pulak sampai sini last Thursday...tambah tebal malas dia sebab nak bual2 ngan mak and abah. Nak menjahit je tak jadilaaa ...seronok melepaks...ini pon paksa2 lah nak cerita sikit. Dah lupa pon buat apa last week. Layan riben sikit2 and macak2 ( minmin-speak)..

+++++


Maklang pergi shopping spree at Chow Kit last Friday. All because makanan kat dalam fridge dah habis. Fridge pulak buat fe'el if terlalu banyak food dalam dia. Tak mau sejuk dan banyak bahan busuk. Dok pk-pk and hitung2 Insyaallah bolehlah nak membeli esbok baru. Dengan food rate yang diminishing very fast ni, maklang jadi risau. Asik nak kena ke supermarket aje. Kalau sekali pergi mau ratus2 habis. Kalau kurang pergi, at least sekali aje yang habis ratus2. kalau pergi 2-3 kali macam2 nak di kaut. So, the plan was to buy the fridge and tak payah berulang ke supermarket. So, petang khamis cik abang bawa maklang ke Kepong. dapatlah esbok besar sikit. Lagi pon kalau dtg cuti lagi senang. bukan busuk pon fridge tu. Senang jugak nak store barang...Alhamdulillah.


angah geli sangat tengok kepala2 lembus ni...maklang teringat pulak kat telinga dah hidung khinzir masa kami gi Birm dulu...yikes!

Apalagi..pagi Jumaat ajak atok and wan menyopping kat CK. Wah rasa lega bila boleh hangkut macam2. Alhamdulillah, spent like 2 hours dalam tu!bawak kakak and angah juga utk nak tolong angkat barang. Alhamdulillah..harga barang murah kat sini...:) minggu ni dah tak payah nak risau pk nak masak apa sebab ada banyak bahan:)


Hari sabtu jalan2 ngan atok and wan. lepak jap kat Ikea. beli kerusi sebab kerusi meja makan dah 2 yang patah. And bila ramai ni ( ada 14 of us in this rumah burung:) sampai tak cukup kerusi nak makan semeja! , balik dari Ikea,kami lunch kat rumah..maklang dah siap masak b4 merayau...masak kari nangka bersama daging...feberet Angah tu! rehat kejap, cik abg ajak gi kedai hardware nak cari ampaian baju...lemas tengok tali rafia merentang depan balcony kecik rumah ni. Mahalnya yang retractable tu. mencecah RM 400! Tak apalaa tak payah laa dulu...Tahan ajelaa dgn kain2 basuhan merentang kat balcony tu. Alhamdulillah bila balik, Alang kata, ambil aje yang dari rumah lama dia..Masih boleh guna lagi..

Balik dari situ, Alang bawak maklang pi ambil baju kat tailor dia di gombak. dkt dgn UIA. Sedap jugak jahitan baju dia. sempat bergaya dengan baju baru masa ke rumah bang teh, adek Cik abang , petang semalam. Malam pon keluar pakai jubah baru...ni pon sedang berfikir nak buat baju baru utk nak pergi reunion dengan kawan2...hehe..berangan pulak ni...


dah -dah ler merepek...maklang malas nak merepek...nak jahit laa...

pagi semalam , maklang buat nasi dagang kelate...1st try Alhamdulillah..boleh buat lagi:). tapi Cik abang prefer nasi dagang terengganu..kena blajar pulok lah ni:)




nasi lemak pembuka selera
dibungkus dengan daun pisang
dibeli dari pasar Chow kit



Ni udang bercili.feberet Cik abang..udg T35Co ....ok fresh juga udangnya..


ok sehingga jumpa lagi..InsyaAllah:) selamat bekerja...:)