BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 14, 2012

Hari ini ada pelangi...:)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat jugak maklang nak updet blog ni. Payah betul nak cari masa sekarang ni. Nama aje duduk rumah tak ke pejabat tapi maklang rasa maklang macam tak banyak masa nak berblog...huhu... Sibuk sangat sekarang...

Macam hari ni, lepas Subuh tadi  maklang terus aje ke dapur nak buat breakfast. Walau dah cakap kat bibik minta gorengkan karipap yang maklang buat beberapa hari lepas utk dibuat bekal anak2. Hakim pulak tak berapa suka karipap. Dia suka yang inti keledek. Sama juga dgn Cik Abang. So, tadi pagi sempatlah goreng kan nasi utk Hakim dan Abah dia.

Selesai breakfast dan setelah Cik Abang ke office, maklang sempat jugaklah mengkaler2 RE maklang. Kejap aje kot. Pukol 9 dah berenti dan bersiap utk ke pasar. Peti ais dah nak kosong tak ada bahan utk nak di masak. Cuma ada ayam jelaa. Tiap hari makan ayam muak. Maka maklang pun ajak bibik ke pasar Kerteh. Ikan tak berapa nak ada sebab sekarang hampir tiap hari hujan lebat aje. Maklang pulak dah 2 minggu tak ke pasar pun. Cik Abang je yang pergi. Alhamdulillah dapatlah sikit ikan merah, ikan cencaru dan udang. tapi nampak macam tak berapa fresh. Maka menyupirlah maklang ke Kemasik utk cari ikan lagi.  Alhamdulillah dapat ikan kunyit, ikan kapas dan ikan selar dan seekor lagi ikan cencaru...Serba sedikit...Then zoom ke Kg. Cabang ingatkan nak beli jagung untuk nak buat sayur asam yg Cik Abang suka sangat, tapi tak da rezeki. Bibik laa yg buat sayur asam tu sebab I tak reti. almaklum masakan orang Indonesia macam yg makan kat rumah Wan Sarah tempohari. Sampai ke rumah mengerjakan peti ais sampai dekat kol 11:45 kot. Then masak sebab cik Abang balik lunch pukol 12:35 gitu. Aiyooo maaa...kena cepat2 sangat. Sambil masak  sambil siang ikan. kelam kabut sungguh tadi. Bila dengar bunyi kereta terus lah berlari ke atas utk nak bersiram. Sempatlah I berlunch dgn Cik Abang.

Sambung kemas fridge lg, solat , amek anak dah pukol 2:45pm. Kemas riben2 sampai dekat magrib baru siap...sib baik angah tolong2...


Macamana nak mengupdet. Wiken lepas pulak ke KL...Macam tak sempat rehat aje...huhu...Anyway. jom jamu mata lagi:)


 ada yang dah warnakan ada yg tak nak diwarnakan...
 hari ini orchid pelangi berbintik..seronok main warna2 ni... therapi minda betul!

 dapat pulak hadiah brooch dari Malaysia Timur hari ini...Alhamdulillah:)
Sehingga ketemu lagi...daaaa

Tuesday, October 2, 2012

Mewarna:)

Assalamualaikum...


Alhamdulillah hari ini badan rasa sihat sikit. Maklang tak makan ubat selsema dah sebab ubat ini mmg akan menyebabkan mengantuk tahap gaban..Biar batuk sikit2 tak pe...selsema sikit2 pun tak apa..yang tak boleh tahan ngantuk banyak2 tu..Lemah 1 badan!

So..bila dah sihat mulalah menyambung minat baru maklang. Lepas selesai menyulam...maklang lepas tensen dengan mewarna...sangat2 membuat maklang bahagia!:) Jom cuci mata:)

Sejak lepas Isyak dan lepas berbual ngan wan atok kat talipon tadi, dalam 9:40pm maklang mula main2 warna..Mengasyikkan sungguh. Siap utk 5 pouches ni:)




 Semalam siang, maklang layan memanik utk dijadikan bag. Permintaan dari seorang peminat beg2 maklang di seberang tambak Johor. Kali ke2 dia menempah dari maklang...Alhamdulillah

 Yang ni belum bertuan...tapi kalau tak ada yang nak atau ada yang nak boleh jugak dipertimbangkan!

Yang ini maklang buat lepas tengahmalam tadi ( kira ari ni laa..)..seronok mencampur warna...dan bila dah siap macam batik pulak...Bahagia jiwa...Syukur Allah beri ilham utk dapat nak buat macam batik..so sikit lebih kurang tahulah macamana nak hasilkan lukisan/ sulaman batik!


Ok ...selamat malam....jumpa lagi di lain waktu:)

Monday, October 1, 2012

Tumbang!:(

Assalamualaikum ..

Hari ini hari ke2 tumbang...tergolek je atas katil for 1/2 hari. Bila malam telan ubat selsema, pasti besok lepas subuh kena continue tidur! huhu...banyak rugi masa. tapi Allah suruh rehat agaknya. dan maklang akur. or else tak sembuh lagi banyak keje tak jadi:(

Sebenarnya penat pun iye, kena ujan pun iye. Last khamis kami ke KL. nak hantar Icop n Min balik KL sekali dengan nak letak alamat malaysia kat paspot kakak. Malam tu kami tiba cepat. Ada pilot bertugas atas jalanraya! haha..bertolak 6:05pm ( dalam ujan lebat tu)...tiba chukai berenti kat bank jap dan bergerak ke KL sekitar 7:25. Pukul 10 :15 kot dah tiba KL. tu pun sebab brenti isi minyak kat Genting Sempah dan beli Mc D yang amat slow about 15 mins baru dapat pesanan. Apa2 pun alhamdulillah selamat sampai. Takut jugak den malam tu...huhu..Alhamdulillah perjalanan Allah pelihara. Janganlah buat lagi. penat rasa sebab badan tercampak2 sebab jalan kat situkan ke simpang siur sangat...

Jumaat pagi maklang ada mengajar. Malas sungguh nak buat. 1 orang je pulak. Maklang kalau sorang ni maklang mark up sikit fee . 4 jam je mengajar nya. maklang ajar rose Cameron Highlands dan matahari stumpwork.
 

 Cik abang , angah dan kakak ke Kedutaan untuk urusan paspot. Selesai kat situ, cik abang ajak ke rumah makngah kakak cik abang. Lama tak bersua dan biasalah bila bersua...updet cerita anak2 dan diri masing2. Seronok. Cik Abang lagi seronok sebab dapat makan satay Willie! lama dah dia nak makan ni ( tapi Cik abang kalau satay tiap ari pon tak pe sebab kesukaan dia). Balik dari rumah makngah, maklang dah rasa weng sikit..


Sabtu pergi ke wedding kawan cik Abang punya anak. sempat bertemu dengan kawan office lama dia  cik Penyu Lawa yang terkenal pandai masak...:)
  Cerita projek apa tu?

 Maklang ngan Penyu lawa...lamanya tak bersua..kalau tak di tegur mmg maklang tak perasan...PL kata, puas dia lambai..bila maklang tak nampak dia dtg tepuk bahu maklang...Maaf ye PL..biasalah bila dah ramai2 tu..mata I jadi kelabu tak tahu mana nak nengok!
balik dari majlis, cik abang bawak maklang ke IPC kat Ik@no...Alhamdulillah dia belikan maklang 1 biji ni...sebab dah penuh sangat kot PC ni ngan gambar riben:)...kena keluarkan masuk dalam benda ni. Satu lagi tu utk anak dara maklang yang jauh di mata...mengengek bagus punya...abah dia pon beli 1..abah kata...ganti je ngan duit baru dapat tu...hehe..

Bertolak balik ke Kerteh sekitar 6 ptg, lepas stopover kat Wendy's kat Kiara ..anak2 nak makan...tiba rumah jam 10:45pm lepas berenti solat kat Kuantan rest area. Pilot penat so co-pilot bawak dari Meraga Brisk sampai ke rumah. Alhamdulillah..


Doakan maklang sembuh dari batuk ni..keje banyak menunggu!