BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label crafts. Show all posts
Showing posts with label crafts. Show all posts

Tuesday, May 18, 2010

Kerana Cuaca kah?

Assalamualaikum...

Semenjak dua menjak ni maklang rasa tak berapa selesa laa.. Baik kat rumah mau pun kat office. Kenapa tak selesa? Kerana rasa melekit betul badan ni. Memang tak suka kalau melekit2 berpeluh ni. Mungkin kerana cuaca yang teramat lah panas kat Kerteh yang tak boleh nak diexplain. Kalau boleh nak duduk depan kipas and aircond aje. Nasib baiklah siang hari kat office. Tahan lah sikit tak perlu nak on kan air cond. Bahang panas kat Kerteh ni memang lain macam. Panasnya sejak dari terbit matahari sampailah ke besok pagi dan seterusnya. Bukan macam kat KL, kalau siang panas sangat, malam pasti hujan InsyaAllah. Kat sini ini jarang sekali berlaku, tapi syukur jugalah sebab dah beberapa hari kebelakangan ni jumpa jugaklah hujan.

Dan apabila cuaca yang panas yang menyebabkan belengas ni, mulalah badan cepat rasa letih. Malam2 seawal 8;00pm mata dah layu! Macamana nak siap keje2 yang ada...risau dah ni sebab banyak yang dah dekat due date nya...

Anyway, maklang nak tempeklah beberapa hasil kerja tangan maklang yang siap beberapa wiken yang lepas..selamat menjamu mata..


Beg ini ditempah oleh kawan maklang. Mula2 dia kata nak kasi kat murid dia yang nak grad. Lepas tu dia rasa dia nak, tapi last2 dia bagi Mak dia sempena hari Ibu. Alhamdulillah dia dan ibu dia suka..


Ini pula ditempah oleh seseorang dari Perlis. Menggigil nak menjahit ni sebab mak dia kata anak dia cerewet. Harap2 lah anak dia suka dengan beg ni..

Yang ini pulak ditempah oleh adek ipar maklang. Terkezut dia bila dia tengok benda ni besar...he..he..tak pelah banyak boleh isi barang..( barang2 bersepah belakang 'diaper stacker' ni tolong ignore ye..:)


Setakat nilah dulu, reben2 maklang dah melambai, mata pulak dah mengkuyu...Adoi...