BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label lasik. Show all posts
Showing posts with label lasik. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

lasik...paklang...

LASIK Part 1 out of 3.

Hari ni Pak Lang diundang menjadi penulis jemputan kat blog Mak Lang ni. Kali yang terakhir Pak Lang dijemput ialah ketika Mak Lang menjalani pembedahan tulang belakang, kurang lebih 2 tahun lalu.

Semalam Pak Lang menjalani ‘pembedahan’ LASIK untuk membaiki mata supaya tak payah pakai spec lagi. LASIK ni buat di Eye Clinic gi UIA Indera Mahkota. Hajat nak buat LASIK ni dah lama, tapi tak dapat ilham untuk teruskan. Tak sampai seru lagi kata orang.

Suatu hari, masa jumpa Dr Mona, di klinik dia di Kerteh ni, dia recommend untuk buat LASIK kat UIA. Bukannya recommend buat LASIK, tapi, buat LASIK kat UIA. Sebabnya pemeriksaan sebelum LASIK tu amat menyeluruh, untuk mengurangkan kebarangkalian keberkesanan LASIK ni. Orang putih kata ‘reducing the probability of error’.

Bila dah dapat hasrat tu, Pak Lang pun pergilah pemeriksaan awal ‘initial assessment’. Pergi ni masa temankan Maklang yang kena kerja di Kuantan beberapa hari Jumaat yang lalu.

Dalam Pemeriksaan awal ni, Optometrist bertugas di klinik memeriksa mata, nak tahu tahap kekaburan kita. Ada juga mesin yang mengukur tekanan dibelakang mata, ketebalan kornea dan sebagainya. Kalau kurang tebal kornea tu, mungkin lasik tu tak bolehlah. Pemeriksaan awal ni mengambil masa dua jam aje, Sambil-sambil tu Optometrist bertugas tu pun interview kita untuk memastikan hasrat kita tentang LASIK ni.

Selepas pemeriksaan awal ni, kita jumpa doctor untuk dibagitahu keputusan tu. Pak Lang punya power agak tinggi > 500 dicampur dengan astigmatism dan rabun dekat (kerana usia yang semakin matang he he) menjadikan LASIK ini bertambah menarik untuk Pak Lang. Doktor kata Pak Lang menepati sasaran untuk menjalankan LASIK. Maknanya, tak susahlah sangat, dan tak banyak kesusahan (complication) nanti.

Untuk mengetahui perihal selanjutnya, kenalah menjalankan beberapa ujian menyeluruh yang mengambil masa 4 jam. Tapi ujian menyeluruh ini kena bayar RM 600. Bayaran ni akan termasuk dalam semua bayaran untuk LASIK yang waktu ini ialah RM 3500 untuk kedua-dua mata.

Ujian menyeluruh ini, termasuk dalam PART 2 ye, dan pembedahan LASIK tu nanti Pak Lang cerita dalam PART 3 ye.

Besok Pak Lang kerja….dengan tak pakai spec he he he. Nanti Part 4 Pak Lang cerita kan tentang kesan-kesan tak yah pakai spec ye. Selamat malam.