Dah malam baru terasa...terasa penat sebab semalam petang kami ( maklang, paklang, Maya dan Hakim) pergi jalan2 kaki lebihkurang 6km. Jalan punya jalan sampai terlebih penat sangat sampai hari ini. Siang tadi tak terasa pulak. Ni baru pukul 9 mata dah layu semacam. Tapi tak boleh tidor lagi sebab dah kena 'bersih'kan benang2 kat pouches dan beg yang maklang nak pos besok..
Anyway, tu kisah semalam dan nanti lepas update ni.
Ni maklang nak cerita kisah excitement maklang...he..he..SyukurAlhamdulillah atas rahmatNya...
Patutlah sejak semalam, maklang terasa excited. Entah rasa tu takleh nak cerita. Rupa2nya ada aura dari Mekah..
+++++
Pagi tadi anakanda tersayang no. 1 dengan rajin nya dah siapkan English breakfast.

selesai satu bab, maklang tak yah sibuk2 nak masak breakfast. Bolehlah menjahit. Ingatkan nak selesaikan jahitan untuk beg2 yang dah ber RE...cadang2 lepas solat zohor. Lunch pun tak payah masak, cuma beritau bibik buat sup ayam campur dengan fish ball dan isi ketam. Letak pulak lada putih dan sayur2 lain laa...Sempoi je. Anakanda no. 1 nak makan. Dari semalam dia dah mintak. Selesai lah bab masak ari ni. Memang cadang nak jait enjoy2 main2 ngan riben...Bestnya...

Cik Abang pulak dah bawak anak2 ke MM sebab nak main bowling, tapi nasib tak menyebelahi mereka sebab kompeni minyak dah book lanes kat situ, ada tournament pulak...
+++
Itulah dia, kita merancang, tapi ketentuan semua dari yang di atas sana...
Jam 12 lebih Cik Abang balik. Hakim naik atas dengan hp Abah dia kata, Mak...Abah kata baca sms yang 2 yang no 601 tu..ooo...ingat kan apa tadi..Terkezut maklang bila tengok dari Cik Li dari Pengalaman di Kota Mekah. Memang ada maklang baca updet kata Cik Li jalan2 tapi tak sangka Cik Li sudi nak singgah kat teratak kami..Alhamdulillah. Terus updet kat FB. Lepas tu tinggallah FB, maklang nak masak buat tetamu dari jauh...Paklang pun excited sekali. Bincang2 nak masak apa, so we settled with mee mamak with lots of udang dan ayam bakar 2 ekor. Terimakaseh suami ku kerana nak tolong belikan barang2 tu dari kedai..
Sedang maklang masak2, Puan Rina talipon kata nak join..silakan...then Kak liza dan Ibu Sara. Malangnya Ibu Sara tak dapat hadir sebab ada urusan anak2...So, hampir jam 4, paklang pi ambil Cik Li kat McD...
Seronoknya kami...makan2, bual2 pasal pengalaman Cik Li di Mekah dan kembara Cik Li kat seluruh Malaysia. Almaklum...celebrity lah katakan. Dapat gak temukan 2 celebrity terkenal...he...he...








Dah nak siap makan, kami posing2laa...




Nanti balik sini singgahlah lagi kat rumah maklang ye...
+++++
Tak abis lagi ni...satu lagi excitement, maklang dapat call dari jauh...dengar macam Kak Sherry kata dari europe. Dia kata dia suka baca blog maklang...Alhamdulillah, dah dia nak order beg RE maklang, dan dia kata dia ingin nak jumpa maklang bila dia balik sini...Teruja sangat rasa, tapi maklang tak tau macam mana nak get in touch dan berharap kak Sherry dapat hantar mail ke maklang...Terimakaseh kak kerana sudi nak talipon maklang dari jauh2...:)
++++
Syukur Alhamdulillah atas segala limpah rahmatNya...Amin...
9 comments:
Hello MakLang, I really enjoyed seeing your well taken photos here.
And the food looks delicious.
I bet everyone had fun.
You stay young and keep a song in your heart, have a pleasant weekend, Lee.
Thank you Uncle Lee for dropping by...
And thanks for the well wishes...you too enjoy your day..:)
salam maklang. datang nak makan boleh? hehe...
Salam Maklang...
Alamak bestnya dapat jumpa Cik Li dari Makkah.Terkejut tengok gambar Cik Li kat umah maklang
Syukur Ya..
Wa bestnya Maklang ada order dari Europe,syukur alhamdulillah.
memang excited betul dapat jumpa cik li tu ....thanks for letting us join the club yesterday .
RE maklang memang dah terkenal seantaro dunia , syukur .
Alhamdulillah..
dapat juga kakliza menyibukkan diri berjumpa Cik Lie di mahligai maklang..
terimakasih atas kesudian maklang berkongsi perjumaan itu..
saperti biasa..hidangan yang maklang berkan memang superb.....rugi kalau tak rasaaaa...
salam kenal,
tetamu yang hebat bertamu diteratak orang yang hebat juga.
Alhamdulillah. smoga dirahmati Allah selalu.
Terimakasih atas jemputan dan minta maaf tidak dpt datang. Nampaknya meriah sungguh suasana, makanan pun best. Maklang memang famous, blogger2 semua kenal dgn Maklang. Semoga murah rezeki Maklang sekeluarga
salam mak lang,
wah, meriah sungguh ya. :)
Post a Comment