BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Minggu yg tidak berapa productive:(

( sori byk spelling mistakes...nak cepat ni...nak kluar ambil ayam jap lagi:)...selamat membaca:)

Assalamualaikum...

apakabar? Maklang ok aje..Alhamdulillah...


Ingatkan nak menjahit terus tadi. Banyak yang terbengkalai..What have I been doing for the last 4 days..Jahitan mmg tak banyak production...Lets see...


Monday...what happened on Monday...Oh pagi tu cadang2 nak pergi kemajlis agama. Ada kelas tafsir. Baru nak berjinak2 ustadz pulak tak ada hari senin lepas. Bila tahu ustadz tak ada, kawan yg selalu mengendalikan usrah ni kata nak mai singgah rumah. Dia message kata ada benda nak share ngan maklang. Pastu kejap lagi dapat 1 lagi msg another fren nak datang. Dia nak mai ambil table runner yang dia tempah. Heran jugak sebab masa last dia chat ngan maklang, dia kata nak datang masa dia buat klas yang sepatutnya dibuat Ahad lepas. Tapi sebab dia tengah renovate rumah and tak sempat siap by last Sunday, dia minta tundalaa kelas tu. Maklang tak ada hal...bila2 mereka nak buat, kalau maklang free silakanlah...


Gelihati kawan no. 2 ni. Dia mmg tak biasa merayau2 kat kawasan umah maklang and sejak ada org buat rumah dia kat depan rumah maklang, rumah ni agak tersembunyi...Elok gaklaaa tidak kelihatan dari jalan utama..ada privacy sikit...hehe...Sesat barat member kita. Yang kelakar tu, dia dah berenti kat depan rumah maklang past dia tengok senyap nya...dia ingat tak ada rumah, and dia keluar semula ke jalan besar and tersasar agak jauh dari simpang rumah maklang. Last2 maklang ambil dia depan sekolah yg dekat ngan rumah ni...Memang ramah org nya walau baru kali pertama bertemu. ( dah biasa chat kat fb pon sebenarnya)...TR dia tak siap lagi maklang kata sebab kata tak apa nak ambil bila ada klas nanti...sian dia...So semalam, maklang sempat menyambung runner dia, now tinggal kemasan dan nak letak tassel je...


Then kawan ke 2 sampai. Ingatkan nak share apalaa..Rupanya dia nak share Evo8. Dia kata bagus. Dia dah cuba. Nak2 utk kita yang dah 40han ni...Tapi harga melambung. RM300.00. Kena pikir banyak kali. Nak je beli kalau masih dapat gaji tiap bulan. Sekarang ada juga, tapi tak tetap macam dulu...Jap aaaa...maklang pikir dulu...


Bila kawan dah balik, sempat laa maklang ke dapor jap. Then sempat sambung beg sebiji dan siapkan table mat. Then tengahari, lepas lunch, and lepas hantar Hakim, another fren came. Lama gak berbual ngan dia. Maklang punya laa mengantuk tak larat nak bukak mata sampai minta kakak buatkan Nescafe. Sian kawan maklang tu. Dia datang nak mencurah rasa...ialah ada sedikit kemelut rumahtangga. Maklang tak leh nak tolong cuma bagi nasihat suruh perbanyakkan solat malam dan mengaji Quran serta berdoa. Sian dia. Maklang doakan rumahtangga dia akan pulih kembali seperti sediakala...Amin...


Tu Senin, Selasa pulak sibuk jugak. Tak dapat jahit jugak sampai lewat malam.

Lepas dah selesai kuliah agama di surau , maklang gi hantar tempahan choc cake. Alhamdulillah 1-2 minggu ni banyakkan dapat tempahan:). Rezki di mana2 kan InsyaAllah..Biar pon irang cuba sekat rezki kita, sebab rezki dari Allah bukan dari orang kan...hehe...Then lepas dah hantar kek, maklang pergi beli barang2 dapor sikit. Angah cadang nak buat pizza malam tu, tapi entah apa yg di leka, bahan pizza tak terbeli pun! Pergi gitu jelaaa...sampai aje kat parking kereta...kawan yg darang senin tu call ..kak...jadik tak kita ke Kemaman hari ni...aduh aduh...pinggang saya sakit dong..tapi dek kasihan...maklang ikut aje teman dia. Nak gi jumpa ustadz kata dia..nak berubat suami dia...Moga2 dapatlah di perbaiki hati suami dia yang dah mula nak berarah ke lain...InsyaAllah..

It was a very tiring day selasa lepas. Denga cuaca yang tersangat panas cepat rasa letih...huhu..hujan pun sekejap aje..sekadar dapat melepaskan bahangnya aje...



Rabu...Again another unproductive day. Pagi2 sempatlaa maklang jahit 2 biji kusyen. Then siap nak keluar. Kuliah 1 jam je pagi smlm. maklang ajak kawan dtg rumah. nak kenal rumah katanya.... sempat gak layan makan baked beans jer...Alhamdulillah...


and pagi semalam sempat membuat nasi kerabu. maklang buat kuah dan serunding je...lain kakak and bibik yg buat:)


At last petang and malam dapat menjahit sedikit..selesailaaa 1 helai tie back...


Hmmm...tengah tak ada mood ni nak menaip. Bibik baru aje cakap dia nak balik for good after 5 years with us ( ke 6 years?)...how time flies...anak dia tak kasi dia keje lagi sebab anak dia dah keje sekarang...Pujuk2 pon tak nak..so tak apalaaa...Ni pun kakak tak tahulaaa berapa lama lagi kat sini. Tengah tunggu bakal suami dia selesai urusan permit then dia akan balik...Alahai...kenalah maklang jadi bibik pulak...huhu..anyway...doakan maklang moga2 bibik tukar fikiran..InsyaAllah kalau dia jadi balik 23rd March will be the day permit dia tamat, and she will balik then...Thank you bibik for yr services these past years....

Tuesday, February 21, 2012

Mee kari dan RE


Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah pun petang selasa. Alhamdulillah...hari ini maklang seharian main riben. Semalam tak dapat nak pegang betul2 sebab semalam seharian dok depan dapor. Angah lama dah mintak mak dia masak mee kari, dan bila Along tahu, dia pun mintak Abah bawakkan ke KL. Memang dah rezki si manja tu, dapatlah maklang bekalkan dia mee kari. Mula2 nak bekalkan sedikit aje, untuk atok dan wan sekali, tapi teringat Cik Abang pun akan makan malam sekali kat rumah sana, so banyak jugaklah yang dibawa. So, masuklah mee kari dengan segala condiments dalam beg Cik Abang...dan bila dia dengar mak tengah buat kek utk kawan2 opis Abah dia, dia pesan nak gak kek utk dia. So, 2 adunan choc cake masuk dlm mixer. Alhamdulillah sempat juga masakkan ikan pari masak asam pedas...dia dok cerita yang dia baru aje makan kat kantin lauk tu...mak terasa laaa...sebab lama tak masak lauk tu untuk dia. Agaknya dah memang rezki dia, masa ke pantai hari Ahad, ada pulak orang jual ikan pari.. Dapat jugak buatkan dia sambal sotong coklat yg dah lama diidamkan...Dapatlaa stok lauk utk seminggu...hehe...Alhamdulillah...


2 versi mee kari...dengan mee hoon atau mee kuning:)





So hari ini, maklang dapat main riben...dan Alhamdulillah sejak malam tadi mengerjakan dari lebihkurang jam 9 - 1 pagi dan dari jam 8- 4 ptg lebihkurang, siaplah table2 mats ni..tinggal nak dijahit je...harap2 ada yang selesai minggu ni jadi product. Sarung bantal bunga lembut tu dah siap hari Ahad malam...tu pun kalau dapat jahit jadi cushion, bolehlah di pos ke tuannya nnt InsyaAllah...


So semalam, masa Cik Abang ke KL, penuhlaa 1 bag besar dengan makanan. Baju cuma sepasang utk malam, dan sepasang utk hari ini...1 beg kecik aje termasuk laptop dan other documents. Alhamdulillah makanan sampai dengan selamatnya...tapi apakabar agaknya roti Gardenia yang maklang kirim tu.. ( bukan tak ada roti kat KL, tapi sebab terlebih beli sampai ada 4 buku, maka lebih baik laa ke KL kan...or else bila laaa nak abis!)



















Ok setakat ni dulu buat hari ini..mata ni cam dah nak kena tampal gam...huhu..tapi dah nak maghrib mana boleh tidur..bersiram laa lebih baik:)..

Wednesday, February 8, 2012

Pening kepala

Assalamualaikum...

Cepatnya dah Rabu...Maklang rasa cam baru je updet. tengok2 dah 3 hari dah. Teringat jugak nak updet malam tadi tapi bila dah dibelit ulit dgn riben, lupa segalanya...nak2 malam tadi tengah pening nak buat design dan nak campurkan warna...aaaaahhhh...sungguh lemah kalau nak buat kaler lemah lembut sebab maklang ni bukanlah org yang lemah dan tersangat lembut ( walau makna nama lembut...hahaha)..tapi maklang seorang yang ceria...hence kaler bunga2 maklang kebanyakkan ceria dan riang ria hahahahaha...





Masih belum selesai lagi ni...masih nak letak manik2 emas kot kat jejari yang lopong tu...harap nampak idup sikit...InsyaAllah.. ( lepas dah uplod 3-4 kali baru lah cantek sikit!)





Alhamdulillah sempat jahit 2-3 lagi RE kecik2..tapi bila lah nak jahitkan jadi beg ni!
++++


Pagi ni as usual kelam kabut. Yang dah tau nak bawak bekal makanan berat, tak buat apa yang disuruh. Bukan susah pun. Mintak tolong beritahu bibik, bangun pagi nnt tolong masakkan nasi and keluarkan sotong, so that mak boleh goreng nasik utk bekal. Sebab balik pukol 5 agaknya, nak bekal lempar ( macam pulut panggang tapi isi ayam -sedap!) aje tak cukup laa...So pesan, tolong beritau bibik masak nasi and keluarkan sotong..nnt pagi mak goreng. Kita ingatkan message sampai tapi tak rupanya. Bila turun bawah, kecoh jap. Mintak bibik microwave kan nasi se put. Ingatkan nak goreng. Sotong masih kejung keras! Camana nak masak! Goreng telor, letak bawang and lada merah potong, then buatkan ikan bilis berlada...nasib sempat!

Hmm..dan bila Abah tak ada ni ( Abah ke KL ptg semalam, ada keje kejap kat sana)...rythmn lembab kembali lagi...Hmmm anak bujang kalau Abah ada cepat dan ringkas je..kalau mak yang kejut...Alahai...20-30 mins tak selesai lagi...nak buat camana...sejak hari pertama dok usik dia...kenapa kalau abah kejut awak senang je nak bangun nak siap? Dia kata...Suara Abah kuat, senang nak bangun...kalau mak kejut, lembut sangat, pastu mak tepuk pipi Hakim suruh bangun...Yelaa Hakim...kalau suara mak kuat sikit awak dah merajuk...habis camne tu? Hmmm..kadang penat nak layan...tak pe...nanti bila dah besar, tak ada pulak mak nak layan..tapi tak leh lebih laa kan sebab nnt lemak pulak! hehe...


Dah..dah lah komplen. Baik menjahit semula. Kejap lagi pun dah nak siap ke Surau Rantau ada majlis Maulud InsyaAllah...:)


jap-jap nak letak gambar food pulak:)

Hari Ahad lepas akhirnya tertunai permintaan Angah nak makan nasi dagang kelantan...Mak baru cuba2 buat...kali ke3 masih tak sesedap yg nak sebab main google resepi dan cuba2..pulak santan tak ada nak buat lemak2 ...nnt kena cuba dan cuba lagi...InsyaAllah


sempat buatkan Along Oreo Cheese ni. Masa dia balik, tak sempat nak buat ( malas sebenarnya:)..so kirim semalam ke dia, 8 biji, ke Alang 6 biji...Alhamdulillah yang kat rumah tinggalkan 10 dah selamat dah...mmg sedap ni..tapi kalori tebal ler...




Jumpa lagi nnt bila rajin melanda kembali... ( Syok sekarang sebab sejak Cik Abang ada sini dapatlah merasa macamana isteri2 yang tak kerja rasa..bila suami balik nak makan tengahari, kita dah ada kat rumah sambut dia, makan sama2 dan etc2..Alhamdulillah:)..happy mode sekarang!

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul..


Assalamualaikum...


Selamat menyambut hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..betapa rindunya dan teringin nya nak menatap wajah baginda. Teringin juga nak melawat makam baginda..moga Allah swt mengkabulkan doa2 kami utk ke sana lagi...Amin...

Lihat video klip ni...:Rasulullah... ( ingat nak masukkan you tube..tapi tak pandai laaa pulak...huhu)

jom sama2 berselawat:) moga kita mendapat syafaat dari baginda diakhirat nanti, InsyaAllah..

+++++++


maklang baru selesai dari dapur ni. hari ni akhirnya dapat jugak nak tunaikan permintaan anakanda nak makan nasi dagang kelantan. selesai buat kuah utk nasi dagang dan sambal utk lodeh yang cikgu tempah besok pagi, maklang pun ke atas. tinggalkan bibik jaga nasi yang sedang di kukus. moga2 sedaplah jadi nya. maklang tak berapa konfident nak buat nasi dagang ni sebab tak expert lagi...


dua tiga hari ni Alhamdulillah adalah hasil menjahit yg diselesaikan. cuma kena jahit jadi produk dan harapnya dapatlah hasilnya jugak. ini antara yang maklang buat beberapa hari lepas...



ni buat malam tadi...dan masih blm siap sepenuhnya...InsyaAllah besok jadi beg..kalau sempat jahit:)


dapat 2 buah yang ni..kalau dah siap jadi kusyen nanti maklang tayang kat sini...

Terimakaseh datang sini...

Wassalam...

Thursday, February 2, 2012

Mabuk..

Assalamualaikum


Entah kenapa hari ni pening je...nak menjahit pon tak seronok. So layan tido kejap petang tadi. Mungkin mata penat gaknya...



Sejak dari siang macam mabuk semacam. Lepas dari memasak breakfast pagi tadi, Cik Abang cakap nak balik makan tengahari ngan kawan dia dari ofis Kawan dia tu pun mmg kawan maklang masa belajar dulu. So kenalaa tambah lauk siit. Takkan nak kasi makan lauk 2 jenis je. Pastu sempat gak buat kek. Bila dah letak bahan2, tau2 koko tinggal 2 sudu besar je. So, maklang cairkan cooking choc and agak2 laa sambil doa biarlah kek ni elok. Petang ingat kan ada kelas tapi tak jadi pulok. Minggu depan kata murid2..tak pe boleh laa berehat kejap!


sempat buat petola masak air



dan daging lada itam


dan brocolli cendawan ( cantek gak brocolli kaler purple!)


dan ayam goreng tomato pedas


dan rojak buah...kuah dia pon maklang buat pagi tadi...ada orang ngidam kat Kemasik nak makan rojak buah!



Seronok rasa 2 ari ni...masih macam tak caya Cik Abang dah ada di sisi...Alhamdulillah...:) Thank you Allah for all the good things in our lives;)

Wednesday, January 18, 2012

Updet hari Rabu

Assalamualaikum...


Cepatnya masa berlalu. Seolah2 tak perasan dah hari Rabu dah hari ni. Dan maklang cuba nak updet setiap Rabu...hehe..boleh gitu? macam malas sangat nak updet. Sibuk menjahit pun satu hal. Nak2 bila ada yang urgent sebab ada nak bagi hadiah laa etc. Kadang rasa malas nak terima tapi kesian pulak. Dan lebih kesian yang dah menunggu berbulan2...Alahai....nak buat cepat macamana lagi tak tahu!. Jari ada 10 aje. Ni pun setiap hari pegang dari pagi sampai malam. Tapi nak buat macamana sebab kadang ada kawan datang, kadang melayan anak2 nak makan macam. Ni pun sekarang, sikit je masa memasak sebab dah mintak bibik yang siap2 kan bahan and maklang tinggal masak aja. Bila Cik Abang tak ada kat rumah, kadang tu minta bibik je masak simple2. Masalahnya bila bibik yang masak, mulalah dengar desas desus dari anak2 tersayang ni...hehe...

+++


Last weekend, badan memang tak berapa sedap. Agaknya asyik kena hujan aje. Kejap2 keluar kena ujan. Lama2 badan lemau! Hmmm...nasib baik tak lah teruk sangat. Cuma rasa tak sedap sikit laaa...Alhamdulillah dapat gak buat sulaman2 dan juga dapat masak Laksa Nyonya. 2 kali masaklaa. Tak cukup yang masak pagi so petang kenalah masak lagi. Cik Abang pulak, tak leh kalau minta bibik yang tambah...so kenalah maklang turun ke dapur kejap, tumis2 dan masak2 kejap. Malam tu maklang tak lalu dah nak makan, so maklang makan roti ngan telur aje. Letak kicap. Sedaaaap...Alhamdulillah:)



Maklang sempat gak dok layan2 pokok last wiken. Dah macam hutan rumah ni. Hmmm...tapina asik sibuk pukul nyamok laa...musim hujan, nyamuk pun sedap sembunyi celah daun2..tak aleh2 kena usik. Yang heran bibik ok je, tak ada pon nyamuk nak gigit. Layan pokok2 bunga ni memang maklang suka, tapi setakat cakap kat bibik mana nak buang, mana nak potong, angkat ke sana sini laa...sendiri tak boleh bikin, takut jem satu badan. Lega bila tengok dah kemas sikit....Alhamdulillah


Sempat jugak mengepos yang berikut pada tuannya. Tp yg tak best tak ada buat QC sebab nak cepat, 1 bag, tak berjahit sambungannya kat dalam...Dah minta tolong org tu pos semula ke maklang dan maklang akan repair...Hmmm...tulaa lain kali pastikan di QC! huhu


dah lama siap ...pastu tuan asal tak nak sebab kata dia tak ada budget...:(, maklang jual kat org lain


ni uk hadiah org kawin kata kawan maklang...:) suka yang ini:)


sebagai small token sebab order banyak. sempat selit senaskah yasin:)


ada banyak jugaklah yang di pos. tak boleh nak upload. Bila upload, blank aje kluar...apasal tak tahu...tak larat nak layan lama2:(

Have a nice day all...

Monday, December 5, 2011

jalan2 makan2 etc

Assalamualaikum...

6 hari off dari blog. Malas nak updet. Internet pon slow. Yes blame it on the internet! Kalau dah malas jangan salahkan benda lain, cubalah except je kemalasan itu.


Lepas dah kena angin rajin updet 2-3 hari, angin malas tiup dengan lebih kencang! Hence banyak keje tak siap. Mak and Abah pulak sampai sini last Thursday...tambah tebal malas dia sebab nak bual2 ngan mak and abah. Nak menjahit je tak jadilaaa ...seronok melepaks...ini pon paksa2 lah nak cerita sikit. Dah lupa pon buat apa last week. Layan riben sikit2 and macak2 ( minmin-speak)..

+++++


Maklang pergi shopping spree at Chow Kit last Friday. All because makanan kat dalam fridge dah habis. Fridge pulak buat fe'el if terlalu banyak food dalam dia. Tak mau sejuk dan banyak bahan busuk. Dok pk-pk and hitung2 Insyaallah bolehlah nak membeli esbok baru. Dengan food rate yang diminishing very fast ni, maklang jadi risau. Asik nak kena ke supermarket aje. Kalau sekali pergi mau ratus2 habis. Kalau kurang pergi, at least sekali aje yang habis ratus2. kalau pergi 2-3 kali macam2 nak di kaut. So, the plan was to buy the fridge and tak payah berulang ke supermarket. So, petang khamis cik abang bawa maklang ke Kepong. dapatlah esbok besar sikit. Lagi pon kalau dtg cuti lagi senang. bukan busuk pon fridge tu. Senang jugak nak store barang...Alhamdulillah.


angah geli sangat tengok kepala2 lembus ni...maklang teringat pulak kat telinga dah hidung khinzir masa kami gi Birm dulu...yikes!

Apalagi..pagi Jumaat ajak atok and wan menyopping kat CK. Wah rasa lega bila boleh hangkut macam2. Alhamdulillah, spent like 2 hours dalam tu!bawak kakak and angah juga utk nak tolong angkat barang. Alhamdulillah..harga barang murah kat sini...:) minggu ni dah tak payah nak risau pk nak masak apa sebab ada banyak bahan:)


Hari sabtu jalan2 ngan atok and wan. lepak jap kat Ikea. beli kerusi sebab kerusi meja makan dah 2 yang patah. And bila ramai ni ( ada 14 of us in this rumah burung:) sampai tak cukup kerusi nak makan semeja! , balik dari Ikea,kami lunch kat rumah..maklang dah siap masak b4 merayau...masak kari nangka bersama daging...feberet Angah tu! rehat kejap, cik abg ajak gi kedai hardware nak cari ampaian baju...lemas tengok tali rafia merentang depan balcony kecik rumah ni. Mahalnya yang retractable tu. mencecah RM 400! Tak apalaa tak payah laa dulu...Tahan ajelaa dgn kain2 basuhan merentang kat balcony tu. Alhamdulillah bila balik, Alang kata, ambil aje yang dari rumah lama dia..Masih boleh guna lagi..

Balik dari situ, Alang bawak maklang pi ambil baju kat tailor dia di gombak. dkt dgn UIA. Sedap jugak jahitan baju dia. sempat bergaya dengan baju baru masa ke rumah bang teh, adek Cik abang , petang semalam. Malam pon keluar pakai jubah baru...ni pon sedang berfikir nak buat baju baru utk nak pergi reunion dengan kawan2...hehe..berangan pulak ni...


dah -dah ler merepek...maklang malas nak merepek...nak jahit laa...

pagi semalam , maklang buat nasi dagang kelate...1st try Alhamdulillah..boleh buat lagi:). tapi Cik abang prefer nasi dagang terengganu..kena blajar pulok lah ni:)




nasi lemak pembuka selera
dibungkus dengan daun pisang
dibeli dari pasar Chow kit



Ni udang bercili.feberet Cik abang..udg T35Co ....ok fresh juga udangnya..


ok sehingga jumpa lagi..InsyaAllah:) selamat bekerja...:)

Monday, October 24, 2011

Penangan Briani

Assalamualaikum...


Alhamdulillah sudah 3 hari berturut nampaknya mengupdet. eh apa kena ngan tuan rumah ni? Angin baik laa ni. Plus penat fikir nak ribbon pattern lagu mana. Tinggalkan kejap laa...hehe..

Semalam tak banyak yang di achived. Biasalaa kan bila Cik abang ada..ada je keje maklang. Semalam malas. Breakfast makan cucur sotong dan bubur nasi yang bibik buat. Lepas tu menjahit sambil tgk You tube Ustaz Azhar tu. Boleh gak dapat pelajaran. Kadang tengok cerita2. Tengoklah apa yang terasa nak tengok sambil menjahit:)

Hampir pukol 12 barulah masak sebab nak makannya pukul 130 bila bujang balik. Lagipun ayam belum lembut. Pagi baru kluar dari icebox. Cik Abang pun baru balik dari kedai pukol 11:0 lebih. Dia nak makan ayam madu, tapi maklang offer nak buatkan briani yang dah lama di idamkan tu...hehe..sayalah yg mengidam:) Alhamdulillah kali ini jadi sedap dari yang maklang buat last week. All because of the rempah. TQ lah pada Kak Ha dan Angah ( anak kak Ha) yang menghantar rempah tu. Rempah briani dari Batu Pahat Johor ni memang paling best. Masak menjadi je...but of cozlaa kn letak segala macam tok nenek yang dah ada dalam resepi. Alhamdulillah sempat jugak maklang belajar dgn arwah mak Kak Ha, Mak Tok, yg telah pun pulang ke rahmatullah lebih kurang 3 tahun lepas...Alfatihah pada arwah Mak Tok dan moga ilmu yang Mak Tok curahkan dapat lah memberkati Mak Tok di sana...Amin...Kalau nak tahu resepinya boleh ke:http://daridapurmaklang.blogspot.com/search/label/Nasi



Ha.ha...lepas dah pekena briani..mata mulailah me-layu-kan diri..tersengok2 menjahit...Cik Abang pun sempat belayar masa tengok TV..Alhamdulillah maklang sempat menyelamatkan diri dgn tidur sambil duduk sebab kalau baring, mau 2 jam tak bangun! Dan sampai kemalam aroma air mawar nasi beriani terbau2 kat ruang makan...sedap sungguh!

Setakat ni dulu...Moga hari Isnin membawa ceria buat semua...


Dan semuga Allah permudahkan Along menjawab soalan periksa dia...dengan sebaik mungkin...Amin...mohon doakan juga..Amin.

Sunday, October 23, 2011

steak daging

Assalamualaikum...

Kejap aja Sabtu berlalu. Sudah pagi Ahad. Hari ini Angah tak ke sekolah. Tak ada buat apa pon katanya. Baik dia duduk kat rumah...

Maklang ni sebenarnya tak ada idea dah nak menjahit pattern camana. semalam pon macam kabur2 aje. Pagi semalam berbaring2 kejap lepas dari pegi makan roti canai. kena hujan lagi semalam...hmmm...rasa sejuk nya sampai ke tualng. Langsung rasa nak demam...doa2 semuga cepat lah kebahnya. bila nak sampai ke malam, Alhamdulillah macam dah kebah sikit:)

Malam tadi malam berehat...makan malam pon Cik Abang and Angah yang masakkan...maka mak boleh lah menyambung jahitan yang terbengkalai. Alhamdulillah siap 1 utk nak buat beg...:)


inilah dia steak kambing n lembu...dan salad kentang...sedap tapi takleh makan banyak sebab takut darah melompat tinggi...kang lain pulak jadinya..





Ini pulak beg yang maklang jahit hari khamis lepas. jahitan semalam belum di photo lagi. malasnya nak bangun gi ambil gambar..


jap lagi konon2 nak buat briani ayam. Rempah yang kawan maklang janji nak bagi dah pun dapat ...Alhamdulillah...harap2 sedaplaa nnt beriani. yang buat last week tak brapa sedap...


Oklaaa..dah lupa nak cerita apa lagi bila Cik Abang nak guna pc.....wassalam..

Wednesday, October 19, 2011

Report 1 minggu:)

Assalamualaikum..

alhamdulillah..panjang umur juga nak berjumpa lagi. Ni paksa2 nak menaip nak bercerita lagi kat blog ni...hehe..biasalaa sejak dah duduk rumah ni tak terkejar masa. Alhamdulillah dengan tempahan RE yang ok-ok, maklang tak lah boring duduk rumah. Seronok menjahit kat rumah ni. Tak ada nak pening2 pikir pasal keje lagi dah. Cuma tak boleh lah nak menjoli laa...macam masa keje dulu...anyway...tak apalaa dah puas menjoli selama bekerja...hehehe..now dah tak berapa nak sedih dah pikir tak keje. Happy adalah..Alhamdulillah. Diam tak diam dah dekat 3.5 bulan maklang menjadi suri rumah sepenuh masa untuk suami tercinta...suka sangat. Akhirnya apa yang diidam2kan selama 20 tahun berkahwin ni Allah makbulkan juga:)

selama seminggu lebih maklang tak bersiaran, banyak jugak dah maklang accomplished. Minggu lepas ada 2 sessi mengajar. hari rabu dan khamis petang. seronok bila ada datang nak belajar. macam2 lah tengok jahitan student2 maklang. ada yang tak ingat camana nak cucuk riben, ada yang main taram aje menjahit. pendek kata memang macam2 laa...hehe..gelihati maklang. tapi yang paling best ialah bila tiba2 suasana jadi sunyi sepi...sunyi sepi sebab seme dah masuk dalam riben..khusyuk laa tu:)..as usual kalau buat kelas memanglaa lajak waktu...hari ke2 lajak sampai nak dekat maghrib..apa2 pun maklang bersyukur sebab murid2 dapat apa yang diajar...Alhamdulillah

Ini hasil kerja maklang minggu ni..ada slow sikit...ada lagi 2 jugak dah siap...tinggal mati2 kan je:)



ini utk beg- dah jadi beg pon dan dah dipos pon:)


ini utk kusyen, 1 lagi dlm process dan yang sebelah ni utk table runner pun kena mati2kan je:)


tu cerita hari rabu khamis. jumaat macam biasalaa...sibuk2 memasak utk anak dan suami yang jauh dimata.

hari sabtu kami berpicnic di pantai kemasik. seronok berendam. air sejuk je...sedih gak..tak lama lagi kot2 tak sempat dah nak berendam..huhu..tapi InsyaAllah bila2 balik sini, masih boleh berendamlah kot...

petang sabtu kami outing pulak kat PH..lama gk tak bawak budak2 ni gi makan kat luar..sebab tiap kali abah balik wiken, mak nak masak utk cik abang...asyik2 tertangguh je:)

maklang bawa bekal roti, kentang dan sosej, manakala kawan maklang bawak meehoon, keropok serta kek


cantek gambar ni walau pun gelap sebab cahaya matahari



kami singgah beli ikan kat kuala kemasik...murah about 30% dari yg di pasar!


ahad pulak cik abang dah balik...bersendirian lagi laa maklang...ni dah nak khamis dah..insyaallah lusa jumpa pulak ...tak sabar gak nak tunggu dia balik...

lupa nak cerita..selesai PMR aritu, maklang ada buat makan2 sikit utk geng2 bloggers...segera buat hari selasa sebab chef celebriti dah nak berangkat ke KL hari Selasa malam...dari nak buat sessi pagi je...rupa2nya melarat sampai ke pukul 430 pm bila cikgu Angah datang. datang nak tempah beg je...so maklang ajak sekali lah mereka makan...


begitulah report maklang untuk seminggu..jumpa lagi bila maklang dapat pujuk jari jemari maklang ni menaip

Tuesday, October 11, 2011

Selesai sudah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai sudah PMR Angah. Moga usaha dan doa Angah dan ibubapa sekelian utk anak2 diberkati dan dikabulkan oleh Allah swt. InsyaAllah...Amin..

Alhamdulillah selesai juga maklang berulang alik 3-4 kali atau lebih ke sekolah yang terletak lebih kurang 6km dari rumah. Walau pun periksa dah habis, doa dan solat hajat tetap diteruskan moga yang memeriksa kertas periksa Angah lembut hati dan moga cita2 Angah nak memperolehi seperti Along akan tercapai InsyaAllah

+++++


Tak tahu nak updet apa sebab rasanya baru sangat maklang updet jumaat lepas. Sejak 2 menjak bermalasan nak updet blog ni rasanya macam tak ada idea nak tulis apa. Biasa aje tak ada apa nak cerita sebab routine maklang tak berubah. Lepas balik dari hantar anak2 ke sekolah, samada maklang masak2 atau terus menjahit sambil tengok TV9 yang ada rancangan agama. InsyaAllah sedikit sebanyak boleh lah menambah ilmu pengetahuan maklang yang cetek ni. Lepas tu continue menjahitlaa sampai petang dan last sekali pergi ambil Hakim dari tabilas.


Kadang2 ada gak kawan2 yang datang ziarah. Maklang ni memang malas sangat nak kluar rumah. Tak iye iye memang tak keluar. Nak-nak wiken bila Cik Abang balik, kadang tu kalau tak keluar sampai hari Isnin seterusnya sebab kena hantar anak2 ke sekolah. Hmm..dok rumah lagi best. So sebab banyak sangat dk dalam rumah, maka terjadi lah peristiwa2 kat dapor...macam2 rasa nak masak, cuma masa aje tak mengizinkan..Tapi Alhamdulillah jadilaa
jugak:)




semalam buat Hummingbird cake..rasa dia sedap gak...1st time cuba. ada pisang ada nenas..sekali rasa cam lepat pisang pulak...







konon2 nak buat raviolli...bentuk olah sendiri..tp ada jugak orang buat cam ni. kalau kat buku yang maklang tengok cam bentuk empat segi. Cik Abang kata raviolli ni sama je ngan wantan. Cuma rempah ratus daging letak parsley dan oregano. Betullah tu..Alhamdulillah anak2 suka...:)


Sehingga berjumpa lagi di lain siarang. Terimakaseh singgah sini:)

Friday, October 7, 2011

santai je...

Assalamualaikum...

alhamdulillah dah Jumaat dah. Ni break sekejap dari memasak. Pusing2 cari resepi. Konon2 nak buat ravioli hari ni. entah jadi entah tidak. Anak sulong nak makan ni. Kena juga usaha buatkan. Daging pun belum keluarkan. Kang ilang kisah nak buat raviolli jd karipap bulat pulak. maya tanya...camana mak nak buat bentuk bulat tu? mak nak guna cetak tartlaa...cetak yang ada biku2 tu...haha..raviolli pesen barulaa...jap lagi google lagi resepi cari yang senang. 2-3 ari lepas dah google nampak senang resepi tapi tak bookmark pulak. Jap lagi mmg kena turun masak jugak. Ni pon dah pukul 10.00 lebih

Balik dari pasar tani lepas breakfast sempat masak sambal udang utk nak ke KL dan masak lemak kobis yang angah dah beberapa hari sebut. Lately ni sejak mak tak keje...seme kalau boleh nak mak yang buat. Ada aje komplen kalau bibik yang masak. muka kerepot2! hmm...semua anak2 macam tu agaknya. Along pun dah kata, kalau mak tak keje..mak masak utk Dhirah je eh...

Last week, sempat jugak maklang buat kan sardin roles utk anak2 . suka nya makan berebut2. Tapi bila dah sejuk tak mau pulak. Alhamdulillah laa mereka suka. 1 tin sardin tu dapat buat about 30+ gulung. Oklaa tu.


Angah hari ni relax sikit dari last week. Kesian dia PMR. 1st day pg, gelabah jugak mek tu. Maklang sempat gak jaitkan beg dia...konon2 nak ceriakan dia utk nak PMR.
Harap2 Angah berjaya cemerlang InsyaAllah...


Dan pada hari jumaat ni baru laa dapat rehat tak payah keluar masuk rumah banyak kali. Jumaat lepas teruk sgt. 7 kali pergi balik layan anak2. Tapi nak buat macamana...dah tugas..buat ajelaaa


setakat ni dulu...ayam2 dan ikan2 tengah tunggu nak kena masakkan...anakanda kat KL nak dimasakkan apa agaknya utk mggu depan...sambal udang dah siap..buat telor ikan masak lemak kuning, ayam cashew nut, ayam masak merah dan ikan percik kot...alahai ..bab pikir nak masak apa ni yang melemahkan ni...

selamat berhari jumaat dan terimakaseh kerana sudi singgah sini..

Friday, September 30, 2011

Cerita basi...

Assalamualaikum...

Hari ini cita2 maklang besar...besar yang teramat...InsyaAllah nak updet blog yang dah seminggu lebih maklang tinggalkan. Kalau ikutkan cerita mmg teramat banyak nak cerita tapi masa amatlah limited sekarang...macam biasalaaa...apalagi kalau bukan melayan anak2 dan meng RE. Kebetulan semalam maklang dah deliver 13 buah beg kecik dan besar serta 10 buah pouches kepada yang menempah. Lengok jugak mencari idea agar semuanya berbeza antara satu dengan lain. alhamdulillah...Ini pun banyak yang tertunggak. Berharap benar pada yang menempah dapat bersabar. Ada yang RE nya dah pun siap di buat, tapi belum dijadikan beg lagi. Kawan maklang yang tolong jahitkan beg tu, mesin dia dah kong. Belum betulkan lagi agaknya...
So, terpaksalah menjahit sendiri...



Last week, masa hari raya kat sekolah memang bujang maklang menang. Dia bawa balik RM10 dan kueh sekotak. Suka sangat! Tak rugi pakai bedak mak. Hari tu dia happy sangat2. Alhamdulillah berbaloi.


Minggu yang baru berakhir ni pulak mmg lah sibuk dan menyibuk. Hari Isnin Mulan ada ajak pergi makan kat rumah dia dan juga Saz ada buat bacaan Yaasin sempena anak nak periksa. alhamdulillah dapat maklang rebut 2-2nya walau tak puas bersembang dgn kawan2 di mahligai Mulan sebab nak kejar ke rumah Saz. ialah maklang pun nak gak baca2 Yasin sebab Angah pon peksa juga minggu depan ni, Insyallah. Moga anak2 kami berjaya memperolehi yang terbaik...Amin..

Hari Rabu pula ada kawan yang menempah ayam bakar. malangnya pukol 915 gitu letrik tak ada..dah lah tengah bakar kek. Nasib baik kek tak batat! Ayam pula akhirnya di bakar atas stove. Baru aje nak meniaga, macam tu pulak jadinya...Tapi Alhamdulillah...semuanya dapat disiapkan mengikit masa yang ditetapkan..


Maklang dah cuba letak gambar ayam bakar tapi gambar dia teruk sangat. kenapa entah tak cantek langsung. apa prob dgn blog ni agaknya entah...huhu