BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 18, 2010

Kerana Cuaca kah?

Assalamualaikum...

Semenjak dua menjak ni maklang rasa tak berapa selesa laa.. Baik kat rumah mau pun kat office. Kenapa tak selesa? Kerana rasa melekit betul badan ni. Memang tak suka kalau melekit2 berpeluh ni. Mungkin kerana cuaca yang teramat lah panas kat Kerteh yang tak boleh nak diexplain. Kalau boleh nak duduk depan kipas and aircond aje. Nasib baiklah siang hari kat office. Tahan lah sikit tak perlu nak on kan air cond. Bahang panas kat Kerteh ni memang lain macam. Panasnya sejak dari terbit matahari sampailah ke besok pagi dan seterusnya. Bukan macam kat KL, kalau siang panas sangat, malam pasti hujan InsyaAllah. Kat sini ini jarang sekali berlaku, tapi syukur jugalah sebab dah beberapa hari kebelakangan ni jumpa jugaklah hujan.

Dan apabila cuaca yang panas yang menyebabkan belengas ni, mulalah badan cepat rasa letih. Malam2 seawal 8;00pm mata dah layu! Macamana nak siap keje2 yang ada...risau dah ni sebab banyak yang dah dekat due date nya...

Anyway, maklang nak tempeklah beberapa hasil kerja tangan maklang yang siap beberapa wiken yang lepas..selamat menjamu mata..


Beg ini ditempah oleh kawan maklang. Mula2 dia kata nak kasi kat murid dia yang nak grad. Lepas tu dia rasa dia nak, tapi last2 dia bagi Mak dia sempena hari Ibu. Alhamdulillah dia dan ibu dia suka..


Ini pula ditempah oleh seseorang dari Perlis. Menggigil nak menjahit ni sebab mak dia kata anak dia cerewet. Harap2 lah anak dia suka dengan beg ni..

Yang ini pulak ditempah oleh adek ipar maklang. Terkezut dia bila dia tengok benda ni besar...he..he..tak pelah banyak boleh isi barang..( barang2 bersepah belakang 'diaper stacker' ni tolong ignore ye..:)


Setakat nilah dulu, reben2 maklang dah melambai, mata pulak dah mengkuyu...Adoi...

9 comments:

My Life My World said...

Salam Mak Lang, kat KL pun sama. Lepas hujan pun panas balik. Saya sampai tidur atas jubin bawah kipas yang berputar maksimum. Kekadanf pukul 1 pagi pun bangun mandi :).

Waktu ni dah lupa pantang larang ... heheheh. Gambar beg maroon bunga pink tu cantik sangat, terbekenan lah pulak ;)

ibu,mommy,mom... said...

Salam Maklang...sama lah kita,tak tahan dengan cuaca sekarang.Mommy kat sini aircon tu on tutup on tutup and Mandi tu jangan kira lah kan...berkali kali satu hari:)

Maklang,nak tanya RE ada tak buat cadar katil King Size?

maklang said...

MLMW:

Itulah kan cuaca sekarang panas betul. Itu didunia, kalau diakhirat, entah macamana agaknya...moga Allah lindungi kita semua, InsyaAllah...:)

maklang said...

IMM:

Aircond kat rumah ni pun samalah...Bila dapat bill, ngeri, tapi hendak tak hendak kena bayar jugak. Kesian jugak tengok anak2 kepanasan, lagipun kita keje untuk nak bayar belanja anak2 kitalah kan...InsyaAllah ada rezeki walau pun bill melambung!

RE ni, apa yang customer mak, InsyaAllah maklang akan buat kan..Kenapa nak order ke?

Kak Ina said...

cantiklah maklang design re tu!!!...

ibu,mommy,mom... said...

Salam Maklang...
hee hee memang bill melambung:)

Tu la mommy nak tanya kalau bedsheet for king size macamana kira?:):):)

maklang said...

KAK INA:

thank you:)

maklang said...

IMM:

It all depends on what material you want to use, yang RM 12/m or RM 30/m. Kain nak buat migt be around 12m!And the pattern that you want, custom made lah katakan..Maklang boleh adjust! Or will be easier if you give me a call...hp no. ada kat blog jahit.:)

ibu,mommy,mom... said...

Thank you Maklang..Nanti biar mommy cari idea and design.Customized sikit..hihi..nanti Mommy call maklang la bila dah bersedia k?:)