BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 24, 2010

Apa Hakim buat hari ni...

Assalamualaikum...


Kami baru tiba dari KL malam tadi. Penatnya ya amat. Bertolak pun dah lewat. Maklang saja nak balik hari Khamis. At least boleh rehat lagi 3 hari kat rumah. Kalau terkejar2 lagi mau badan jem. Dahlah 2 hari lepas maklang ber MC. Batuk tak hilang2. Bila batuk kuat sangat pasti berdarah hidung. So maklang cuba tak mau batuk. Antibiotic dah bertukar tapi tak jugak baik. minta juga ubat telinga dari Alang tapi tak jugak dia nak hilang. Mungkin kena jumpa Dr. Raj kat Awana Kijal baru batuk nak hilang. Memang biasa kalau kena teruk2 camni, maklang akan pergi jumpa dia. Alhamdulillah sihat Allah berikan lepas berusaha makan dengan ubat dia.


Tengoklah nanti kalau tak kebah jugak, Ahad nanti maklang nak ajak Cik Abang bawak maklang ke clinic dia...bukan tak leh bawa kereta sendiri tapi saje ngada2 nak manja...:)

++

Siang tadi, before Cik Abang balik dari pasar, maklang sempat menjahit kejap. Masa maklang menjahit tu, bujang maklang sempat nak menyibuk jugak menjahit. Dia sekarang tengah suka buat cross stitch...he..he..ni yang ke 2 dia buat tau. Seronok pulak nampak dia ada minat , tapi dia kata dia malu mak cerita kat orang kerana dia menjahit. Laaa..apa salahnya kan...asal ada hobby tak kiralah apa pun. Tapi rasanya yang ke2 ni, dia macam dah malas aje nak menyiapkan nya..


Bila dia tengaok mak dia ke dapur, dia pun sibuk nak menolong, so Mak suruh Hakim buang kulit bawang pulak:). Rajin dia hari ini...entah apa lah kenanya tu...kot2 ada udang disebalik batu...:)

Petang tadi kami pergi shop kasut sekolah kaler hitam pulak...hmmm...nak sekolah ni, duit mengalir cam air! Maklang sempat jahit 3 helai tudung sekolah Maya, dan gunting kain sekolah Maya. Tak cukup kain pulak nak buat pinggang dia...kena belilah pulak kain...kalau nak tampal kain lain tak cantek lah pulak. So, minggu depan ni sebuk dengan kain Maya, kain Angah dan samping Hakimlah nampaknya...dan dalam pada mak sibuk nak siapkan baju sekolah...Maya kat....Mak..mak tak nak ke buat kan Maya pencil case baru...aduhai anakku...kesianlah kat Mak ni Maya...nantilah tengok camana, kalau larat Mak jahitkan utk Maya ye, sayang..



+++++++++


Masa di KL, kami sempat ke KLCC sebab Hakim nak sangat pergi Petrosains. Kami lunch kat Nandos. Anak2 enjoy sangat makan...as usual, dan for the 1st time maklong tengok Ucop makan berebut2! Sementara anak2 ke Petrosains, mak pulak pergi tengok wayang cerita Tron...memang sedaplah bagi maklang yang suka cerita merepek ni..



Sekian lah buat kali ini. Maklang nak solat isyak jap dan kalau larat nak sambung buat pouches yang akan due early Feb. Ada 100 bj nak buat, siap sulamnya baru yg ke 30 kot!
Adoiii...banyaknya lagi...:(

Selamat berhujung minggu semua

2 comments:

Acik Erna said...

salam mak lang..selamat berhujung minggu dan jangan lupa berihat mak lang..
akak baru nak berjalan esok..tapi..dua hari satu malam je..

♥MAMASYAZA♥ said...

xstitch, su pun suka jugak dulu2 tp sekrg mmg takde masa