BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Hakim. Show all posts
Showing posts with label Hakim. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Layan birthday bujang pula:)




Assalamualaikum...


Ahad dah hampir melabuhkan tirainya..Bagi kami hari ini dah mula dah bekerja. Maklang macam biasa, wiken ke tak, masih sibuk sentiasa. MengRE tak kira masa. Bila ada kelapangan ie, bila tak melayan masak kat dapur..pastinya maklang akan mengRE. Alhamdulillah setelah 7 bulan lebih meninggalkan dunia kerja 8-5 , maklang kini bahagia menjadi suri rumah sepenuh masa buat masa ni. Kenapa masa ni? Sebab mengikut kata suami tercinta...kita enjoy apa yang kita sedang lalui sekarang, tak payah nak pikir jauh2. Tapi kadang2 terbit juga dalam hati...macamana nanti dalam masa 2 tahun lagi...adakah akan menyambung tugas lagi? Buat masa ini kalau bolehlah , maklang nak dok rumah je..enjoying what I am doing now!


Dan bila mak dok rumah, projek after projek yang maklang buat..hehe...last week hari Isnin, projek buat kek choc utk kasi officemates Cik Abang...Ialah kira macam khenduri doa selamat laaa sebab abang keje sini semula...Alhamdulillah...dpt msj dari officemate dia kata ada yang sampai sayang nak makan...lama gaknya tak makan choc cake tu...kali ini maklang guna koko yang lebih baik. Dan sekarang harga koko sekg mahalnya ya amat. Kalau guna koko yg murah Along kata kena tunggu berhari2 baru lah moist betul. Kalau guna yg ini buat je terus dah sedap...kalau ada yang nak order, bolehlaa beritahu maklang...hehe


Hari ini maklang projek melayan besday bujang kat sekolah...seronok buat dia happy...




mak oi...masam nya muka..


senang kali ini. buat choc cake siap2 then ke kedai minta tolong pipekan huruf,. 10 sen sehuruf..boleh benar...hehe..tq Cg Tia..




Ini Hakim dengan his best friends...


==========

Hari Isnin last week was a busy day laa..hari abang ke KL, macam maklang cerita dalam n3 yg lepas. Selasa joli RE! Rabu apa lagi, lepas dari kuliah agama, maklang main2 buat kueh lompang! Pakai air kelapa...Alhamdulillah menjadi!



Hari Khamis..what did I do on Khamis? Could not remember dah sebab nowadays tak payah isi time sheet utk nak caj ke projek. Everyday I am free to do what I want! Petang Khamis, kawan datang ambil marble cake yang dia order...then it was RE-ing lagi..


Friday..Yes InsyaAllah now every Friday I can go to the pasar tani with my Darling. Adalah teman sekarang. or else bertemankan kakak je sebab I cannot carry heavy things at all...Did not plan to buy much, tapi banyak jugak sen yang kluar...macam2 buah dibeli...hehe..and sedikit sayur...beli gak sikit ikan kerisi and jenahak...murah lah jugak sebab ikan dah mulai banyak sekarang..Alhamdulillah. That Friday nite we went out to BK to celebrate Hakim's birthday...sekejap aje ke sana...makan2 and balik. Tak best celebrate bila tak cukup quorum ni..huhu...


Yesterday we went back to kampung Kuantan to visit Datok. Datok nampak sihat..Alhamdulillah... I made mee rebuz yang mmg Datok suka sangat. Sempat jugak mengservis kereta kecil ku....We arrived home about 7 lepas singgah sebentar kat kedai bakery to get some chocolate serbuk and few other things...


=======

Alhamdulillah today I completed one more bag. And now trying very hard to sew one small messenger bag for Along...Yeay...at last my tomboy baby girl dah belajar nak pakai beg munge2:). Dah siap nnt boleh letak kat sini, InsyaAllah. Sempat jugak siapkan 1 table runner. InsyaAllah mggu depan baru tuan dia datang ambil.:)








ok sini dulu....

Tuesday, September 20, 2011

Bujang melawa

Assalamualaikum

Alhamdulillah pagi ni senang nak kejut sibujang. Ingatkan dia pasal nak gi sekolah ada jamuan raya, pakai baju Melayu Raya. Wah..sejak malam tadi dia dah bersiap. Baju dah suruh bibik gosokkan, brooch dah sangkut kat songkok...kasut mana nak pakai pon dan minta tolong kakak siapkan. Perkara biasalah tu kalau si bujang nak melawa. Sah2 ikut Abah and Angah dia. Hmmm..semuanya nak kemas dan menarik..teringat kata2 arwah MIL..yg Cik Abang kalau pasal bergaya...bukan main...hmmm...lama dah MIL pergi. kadang2 teringat kat dia. Moga dia tenang di sana..Amin..Al fatihah buat MIL..


++++++

Baru selesai memasak ni. Terrrajin nak berblog. haha..perkara yang jarang2 berlaku dalam kamus harian maklang...

Lepas hantar anak2 ke sekolah tadi, maklang cek- in kat bilik jahit. Dari jam 745 lebih kurang sampai 915am, sempatlah sambung2 beg 3 biji. Alhamdulillah...nanti kakak dah letak butang dan kemaskan boleh lah di pos.

Kemudian turun pulak masak. Hari ni macam biasa, tak tahu nak masak apa. Pikir punya pikir maklang buat sup petola dgn telur dan kononnya ikan kembung pais. Entah apa rasa sebab baru 1st time buat ..hehe..main campak2 je .. Maklang, Maya dan kakak masih berpuasa. Angah tak puasa sebab rasa dah tak sedap badan. Maklang suruh dia jaga kesihatan sebab takut demam. Periksa tinggal beberapa hari aja lagi. Moga anak ke2 mak berjaya macam kakak dia. InsyaAllah..

Hari ini...macam biasa akan bermain dgn riben lagi. Kadang ilang idea dah nak lentok rose atau tulip atau matahari ke arah mana. Moga Allah beri ilham yang terbaik utk hari ini...Amin


Terimakaseh kerana melawat teratak maklang...moga hari ni baik utk semua:)

Monday, August 8, 2011

dilemma


Assalamualaikum...

Nak updet kejap sementara menunggu nak berbuka. Alhamdulillah ikan tenggiri masak tomato dah siap, sup sayur fishball dah pun atas dapur, tinggal letak sayur2an nya aje.. dah minta tolong kakak goreng taugeh dan juga bibik buatkan sambal belacan. Hari ini ringan2 je sebab semalam dah terlalu berat.


Maklang pun sebenarnya keletihan berkejaran hari ini. pagi2 dah keluar nak jumpa org yang offer maklang kerja tu. Tengok2 apa yang nak dibuat, insyaAllah tak ada masaalah. Orang tu pun macam confident bebenor nak maklang join. Memang pon masa maklang nak pergi tu memang rasa 60% maklang boleh join. Lepas dah berbincang ngan orang tu pun rasa masih ok lagi. Even after dah nak balik masih rasa ok cuma penat sikit. Memang lah dah drive jauh2 rasa letih...Tapi otw balik bila bujang maklang call...mak..mak kat mana? mak kata mak nak balik tengahari..Alahai...sedih nya maklang. memang dia suka bila dia balik sekolah mak dia ada kat rumah. ni hari ni balik , mak tak ada...kesian..baru sebulan tepat dia merasai keseronokkan ada mak kat rumah. tak aleh2 hari ni mak tak ada lagi..macamana ni mak nak buat decision? maklang pujuk jugak dia, kata mak bukan kerja full time, 3 hari aje keje, the rest mak kat rumah. geleng kepala aje..Maya pun dah cebik muka. Maya kata nanti mak penat, nanti mak sakit balik. macam2 alasan mereka. So...macamana ni? Abang dah kata, ikutlaa, kalau rasa nak keje , kejelaaa..kalau tak nak, tak payah laa...hmmm betul2 dalam dilemma. Malam ni InsyaAllah nak beristikorah lagi mohon petunjuk...InsyaAllah dapat alamat dari Allah..Amin..


++++++


Semalam memang penuh semeja...macam2 ada...sebab nak habiskan stok takut tak elok, baiklah maklang masak...so silalah menikmati hidangan ni..mana tahu dapat pulak idea nak masak apa kan...selamat berbuka semua...:)


sepinggan berisi ayam bakar, kentang oregano lagi, korma sebiji dan salad sayur



sepinggan lagi kentang oregano

sepinggan cendawan goreng



sepinggan ayam bakar


sepinggan kuew teowm dan mee goreng



semangkok salad, lebihan kuah kabonara, ada acar capsicum , kueh koci recycle dan juga pamelo..Alhamdulillah:)

lately kalau uplod gambar jadi camni...tak tahu kenapa...tak best betul!

Thursday, June 30, 2011

Nasi dagang, Nasi Lemak, Briani and Rendang Ayam

Assalamualaikum..

My colleagues are having breakfast of Nasi Dagang right in front of me. Hmmm…but I am fasting today. There are 3 free meals today. 2 for breakfast ( nasi lemak by one person and another one is the nasi dagang) and another one for lunch ( nasi beriani)…Alhamdulillah and may Allah give them more for their kind hearted to belanja us the food!. Ingat nak ambil sedikit for my iftar today…cukup tak agaknya…The nasi dagang looks so delicious. And I am sure it is good…as it was prepared by my friend’s grandma..



ooohhh..nasi dagang ini kelihatan sungguh sedap...



2 gantang nasi dagang free hari ni...:)Alhamdulillah





ada juga tapai pulut dan ketupat pulut:)


jom jamu selera:)..tapi jangan rebut!


sempat posing tu...nasi dagang boleh tunggu



ni apasal pulak tak ambil lagi...or ke dah kenyang makan sepinggang..

++++++

I was late coming to the office this morning. But not that late. Just about 5 mins late. I thought of coming early as I need to go to the school as it is parents’ day today. Alhamdulillah Maya did quite well. Angah dropped in her performance. Angah…Tengok laa lagi all those Korean movies….Mak tak nak cakap banyak. I have told her so many times about this…I hope she will get good results like Along did. Or else it will be like when she took her UPSR…only 4As. But its OK…only Angah was so frustrated! I hope she learnt her lesson. And I will pray for her success in her upcoming PMR.

++++++++++++++

Yesterday was a busy day for me. Not in the office though…as usual. There was a little bit of discussion on the current project. I am eager at times to get back to technical things but at times it was done half-heartedly. But I am sure I will miss these times when I am out of the office…Sad eh…Yes..Very sad that it has to end this way…But I am sure Allah has more good things for me in the future InsyaAllah..

I went to fetch Hakim from his Sekolah Agama after office. He told me that I need to make some ketupat for him…As usual….with her every so softly nak pujuk mak…

Mak…mak tahu tak nak buat ketupat?

I said yes…but mana daunnya?

Oh…ada Cikgu kasi…akim kena buat 8 biji tau…tapi mak kena buatkan jugak untuk Lokman lagi 3.

Oh..kenapa pulak mak nak kena buat untuk Lokman?

Tak pelaa…mak tolong laa..nanti pukul 6 dia datang ambik…

It was almost 530 at that time and I had to go print some of Angah’s kertas kerja. She needs to submit today. I had printed some on Tuesday but the night before she told me that she forgot to print a few more pages. I told Hakim I might not be able to do the ketupat by 6:00 and asked him to call Lokman to come at 630 instead. I took me only a few minutes to do 3 ketupats. But I did not make any using the rest of the daun ketupat. They were either too short or too small. 3 kali pusing kat my fingers, and that’s it. Even Maya’s tiny fingers would not be able to hold them!

Hakim was satisfied with Lokman’s 3 ketupat and for Hakim’s part, I asked bibik to make some nasi impit. Cikgu kata its ok if nak beli ketupat Adabi but I am just too lazy to drive to the shop. After all bibik is ever so ready to make the lontong. She likes to eat the lodeh with the lontong and I asked her to prepare extra for the house. So, InsyaAllah Sunday morning breakfast will be lontong and lodehlaa…

Today Hakim is so happy that he is going to make Rendang ayam. He had to bring all the blended ingredients. He read to me who is to bring what and as usual his part was the most. I asked him why was it like that and he said…tak pelaa…kan boleh dapat banyak pahala…he he…Pandai anak mak..as usuallaaa part dia part paling banyak. Like last year when the teachers asked for a donation of one hamper, Hakim or was it Maya told us that Cikgu nak 3!..I was thinking…wow..Cikgu demanding nya…but we got to know that cikgu just minta donation and bukan hamper…Ni mesti turun termurun, tangan kembang kata awrah MIL ( Al Fatehah to arwah MIL)…


Thanks for reading...


Allahumma, nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhlukMu adalah dariMu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi Mu segala puji dan syukur...



Thursday, June 23, 2011

Segar

Assalamualaikum..


Alhamdulillah pagi ni maklang bangun dengan berasa sungguh segar. Lama dah tak rasa macam ni. Entah lah kan. Agaknya fikiran tak berserabut kot. Lepas dah dengar Cik Abang ' lecture' kejap pasal life and how to look at things positively...it really makes a lot of difference. Rasa macam di rejuvenate je..he he...taulah ada meeting tentang project Bekok C yang nak di rejuvenate tu...tapi ini tidak ada kena mengena dengan project kat office. Its the internal punya hal ler...Hati ni kalau tak dipujuk, dibelai, dimasukkan dengan bacaan ayat2 suci kadang2 mudah terasa kacau...ha ha...ayat apa maklang tulis pagi2 ni.. he he...mood baik pagi ni ...alhamdulillah...harap2 akan jadi baik je sepanjang hari ni , besok, lusa dan selamanya InsyaAlla nak tolong...baru2 ni je maklang berjaya pujuk dia:) Alhamdulillah..Allah beri jalan untuk memudahkan kerja2 maklang...


Semalam seharian maklang siapkan jahitan RE utk beg anak makcik yang belajar jahit dengan maklang tu. Alhamdulillah dah siap pun letak manik, matikan jahitan dan buat apa yang patut. Yang belumnya ialah untuk menjadikannya beg. Nanti petang ingatkan nak minta kawan maklang jahitkan. Maklang bab nak menjadikan beg ni ada malas sikit. Rasa macam tension je. Alang2 ada kawan yang boleh tolong, why not. Dia pun dapatlah upahnya juga...Ni pun baru aje maklang minta buatkan. 2nd batch laa ni. Sebelum ni semua nya buat sendiri. Kalau ada yang tolong2 ni cepat lah sikit jadinya. InsyaAllah...Alhamdulillah Allah dah mudahkan sikit keje2 maklang ni:)



Ni pon antara jahitan2 yang dah siap. Cuma separuh je baru bersambung, yang lain masih macam tu juga. Tuan dia nak before 10th July or earlier. nak buat hadiah utk kawan2 masa hari khenduri kahwin anak dia. Harap2 siaplah semuanya, InsyaAllah...




Petang ni Hakim akan ke Penyu Sanctuary somewhere in Paka:). Dia minta maklang hantar dia petang nnt. Mak OK je...Tapi tak tahu kat mana lagi tempatnya...tak pernah pergi . Kalau Abah pernah pegi masa Maya ada aktivit kat sana. nanti2 nak tanya kawan2 yang tau laa...Sebab cikgu dah bagi2 ikut kumpulan, cikgu pun dah beri Hakim tugas. Tugas Hakim ialah minta mak marinate kan ayam utk nak bawa pergi camping. Dari malam tadi dia dah tanya mak dah marinate lom ayam...he he...Kot ye pun sabar lah sayang. Tengahari nanti mak balik, mak marinate laa ayam tu. Masih banyak masa lagi. Bukan payah pun. Ayam pun dah ada dalam fridge , tingga defrost dan cuci and then kita marinatelaaa... Just nice je by the time nak pergi petang nnt. Tengoklah nnt macamana dia punya excitement nnt. Pandai jugak dia kemas baju sendiri malam tadi. Nanti balik lunch nak kena cek jugak, takut ada yang tertinggal:).


Oklah sini dulu report maklang..:) Have a nice day:)

" sesungguhnya kami terjaga (dipagi hari) dengan ( kesedaran bahawa) Kerajaan ( bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain Dia dan kepada Nya kami akan dibangkitkan"

Monday, May 23, 2011

Panas ketekk

Assalamualaikum...


Satu lagi hari telah berlalu. Panas betul cuaca sekarang. boleh jadi demam bila kena panas2 macam ni. Anak2 pula esp Along dan Hakim asyik berdarah hidung aje. Zaman maklang berdarah hidung dah hampir berlalu Alhamdulillah. Masa kecik2 dulu toksah ceritalah mmg kerap berdarah hidung. Benda ni macam keturunan. Atok pon dulu berdarah hidung gak. Maklang masa b4 kawin dulu dah buat operation tampal2 kapileris dalam hidung. Lepas tu lega sikit Alhamdulillah. Kalau tak pantang panas, mmg mengalir je darah. Bukan sikit banyak pulak tu. Kalau time winter pulak, tiap kali nak mandi, tiap kali lah berdarah hidung ni. Kering sangat sampai kapileris tu retak...:(. Now jarang2 kena dah, Alhamdulillah



Minggu ni maklang macam biasa sibuk. Alhamdulillah maklang marathon dapat jahit 3beg kecik2 dalam masa 2 hari. Dah pon dihantar pada tuan dia. Terimakaseh ke Mek Za. Ada gak bahan jahitan maklang menjadi hadiah utk pertandingan yang akan di adakan di MM, InsyaAllah


Kalau ikutkan mata mmg lah nak lelap. Tapi keje menjahit al banyak sekali. terpaksa jugak bersengkang mata, tapi tak tahulah sampai kol bape nanti...sementara tu, enjoy hasi jahitan maklang ye..yang berminat boleh lah send message ke maklang ye:)
( 2 je yg boleh uplod malam ni..)


Thursday, February 24, 2011

Happy 10th birthday Hakim Sayang...

Assalamualaikum..


Kejap aje masa berlalu. Dah 10 tahun dah bujang mak yang manja ni. Kami tak beli kek kali ni tapi macam biasalah hari ni ada ayam bakar. Agak mudah sekarang sebab sekarang anak2 yang 2 sulong dah pandai buat ayam bakar. Mak tak payah sibuk duduk dapur lagi nak melayan kat dapur..Alhamdulillah..Maka siaplah 2 ekor ayam bakar. Ramai dapat rasa termasuk ustadz yang mengajar ngaji petang tadi. Maklang sempat gak kasi kat kawan baik maklang. Dah kata nak buat sebab anak dia balik dari asrama hari ni. Bukan main suka dia tadi. Menjerit2 panggil maklang...tapi rupanya Along ..he..he...muda kejap maklang tadi...


===========

Pagi tadi, maklang ikut Hakim kesekolah. kalau biasa lepas hantar anak2 ke sekolah, maklang akan balik rumah dulu untuk siap2 nak kepejabat, tapi hari ini, maklang dah siap awal lagi. teruja nak tengok anak bujang jadi maskot rumah hijau...mak pun sama menyibuk laaa ni..he..he..

malam semalam maklang tak menjahit sangat sebab nak siapkan songkok untuk bujang. dah nak dekat maghrib cikgu dia datang rumah, mintak tolong decoratekan songkok. Hentam ajelaaa...
2 jam jugaklah maklang dok main kain2 , felt dan glue. akhirnya siap juga, Alhamdulillah...
kakak Hakim pun teruja tengok Hakim pakai spec itam ni. Dia pun nak gak pakai dengan topi Mickey dia///
Memang rasa seronok bila dah transformasi kan the songkok:)

Ni dia...superhero tembam...
Ni maklang tgh siap2 kan dia. semuanya melekat guna safety pin...punya lah halus safety pin tu...
Lepas dah bubuh misai, mak conteng muka Hakim lagi...lupa yang dia nak kena pakai spec:)
ada aje aksi dia...++++++++++++

Pagi tadi maklang bercita2 nak siapkan jahitan ni, tapi masih lom sempat sbb petang tadi dok jahit beg, then maklang kazen maklang , Abang Man, came...thanks for staying the nite here

Harap2 bolehlah siap benda ni...takut nak sampai hari Jumaat...sebab memanglah teramat sebuknya....:(

Monday, February 14, 2011

Selamat ualngtahun ke 15 Angah

Assalamualaikum


setiap tahun pada hari Valentine's kami pasti beli kek. Memang kami sambut lah sambil nyanyi. memang sesuatu yang wajib setiap tahun. kalau tak maua mukanya cemberut kata orang Indonesia...Sebabnya hari itu juga adalah tarikh hari Angah dilahirkan. Malam sebelum tu, angah dah mintak kek tapi maklang saja usik2 dia kata tak mau beli kek...hmmm apalagi cemberut dong mukanya...he he...Tapi lepas balik ofis petang 14hb, maklang pergi jugak ke MM belikan dia kek. Barulah nampak manis sikit muka dia!




Paksa dia senyum sikit jadiklah...:)
Kaklong pulak dengan rela hati membuat kan shepard pie utk adeknya...

sedap jugak tapi ada sikit mashin you...

Maklang pula mula jahit yang dibawah ni 2 malam sebelum maulidur rasul tapi siapnya baru semalam. Entah bila nak jadik beg ni..
dan tengahari semalam start yang ini pulak untuk Alang nak kasi adek kawan dia...
malam ni ingat nak siapkan 1 pun jadiklaaa..Ini tinggal letak2 manik jer...


Hakim masih demam, tonsil bengkak and Cik Abang batuk2...Moga mereka cepat sembuh..Amin..

Setakat ini dulu, maklang nak jait lagi...:)

Sunday, January 23, 2011

Jumaat dan Sabtu

Assalamualaikum


Ingat2 malam semalam nak lah mengupdet blog sebab malam semalam macam free sikit. Maklang tak menjahit pun malam semalam sebab maklang keletihan. Rasanya penat hari jumaat tak hilang lagi. Mana tidaknya lepas dah menyiang ayam, ikan, udang dan sotong, maklang masak pulak bukan 1 -2 jenis tapi ada kot lebih 8 jenis. Jem kaki ni berdiri lama2 depan tungku dapur.

Sebab apa masak banyak? sebab nak buat persediaan untuk seminggu sekiranya maklang tak sempat nak memasak. Macam maklang kata ari tu sekarang waktu dah naik sekolah ni bz melampau terkejar ke sana kemari aje....pulak2 sekarang ni Hakim dah banyak homework, so memang dengan mak sekali sibuk buat homework. Jahitan pun banyak tu yang tak terlarat sangat. Tak terima tak sedap pulak sebab org mengharap sangat ( tak perasan eh...he..he..)

Pada Jumaat tu maklang masak ayam masak lemak kuning, kormak ayam, ayam masak serai, rempah untuk buttered prawn, sos utk masak tomato dan masak kicap. Sos2 dah siap senang, nanti kakak tinggal goreng ikan or ayam or even udang and terus aje masukkan kat dalam sos. Kira the major part dah siap laa. Sekarang pun nasib baik Along tolong2 kat dapur sebab dia dah tak sekolah. Tengahari Jumaat tu, maklang goreng lala , sayur bayam rebus, sotong celup tepung bersos lemon...






masa Cik Abang ke pasar tani, dia jumpa buah putat ni..tak pernah nampak kata dia. dia kata makcik yang jual tu kata, buah ni belah 4 buat ulam. Cik Abang makan laa..tapi maklang tak berani makan, takut tak tertelan. Rupa dia pun pelik, takut dah makan kang perangai pun jadi pelik. Mana tau kan...he..he...



Petang Jumaat walau dalam keletihan, maklang paksa diri maklang menjahit the pouches. Alhamdulillah masa tu tinggal 7 aje lagi yang tak siap dijahit. So, petang tu selesai lah 100 pouches dan Alhamdulillah Along tolong2 gunting kan misai dan janggut2 pouches tu...Besok bila semuanya dah masuk dalam beg untuk dihantar ke KL, nanti maklang tunjuk lah kat sini ye:)..InsyaAllah...


Sabtu pulak kami ke Kuantan. Tujuan utama nak lawat FIL yang baru warded sebab ada jangkitan kuman dan juga gula tinggi. Tapi sebelum melawat dia ( waktu melawat pukul 1:oo pm), kami singgah ke khenduri bekas ofismate cik Abang. dua2 suami isteri sepejabat. duduk pun sebelah2, akhirnya naik pelamin bersama. ALhamdulillah. Tak sempat bergambar bersama sebab masa kami tiba pengantin tengah ambil gambar dgn romantiknya kat atas katil...he..he...

Lepas dah tengok FIL kat spital, rondaan di Kontan pun bermula. 2 mesin jahit dah masuk dock. Taukey tu kata, mungkin mahal sebab board dia yang kong...Alamak kalau makan beribu, baik maklang trade in aje, tapi tgk pulak berapa harga mesin yang nak di trade in tu:). kalau mahal sgt tak kuasa nak tambah utang lagi...

Then melawat sepupu di Kamdar laa...cari kain kaler cream utk nak RE, tak ada pun. Yang ada cuma 1 meter aje...Kebas ajelah. Selesai kat situ barulah balik ke Kerteh. Sampai pun dah dekat pukul 6. sempat beli lemang kat Bukit Anak dara, tapi tak elok lemang dia. melekat kat buluh . Lain kali tak boleh beli lagi kat gerai tu. ( lemang di tganu ni murah 3 batang cuma RM10..kalau kat KL ke, hmmm sebatang rm 10 kot!). Sempat jugak bawak Hakim jumpa Dr. Raj sebab batuk dia teruk sangat walau baru kena sehari. Kesian dia. Dia kata sakit2 perut dan dada bila batuk. Tonsel pun dah bengkak!

Malam melepek sebab fenin. Letih sangat gaknya...dan malangnya dibawa sampai ke pagi...:(

Malam ni if sempat maklang nak selesaikan RE yang nak kasi kawan maklang. InsyaAllah petang besok boleh lah jadikan beg...harap2 lara lah nak menjahit!:)

Monday, January 17, 2011

Nasi tupe..dan kecewa...

Assalamualaikum...

Hari ini hujan lebat sejak pagi lagi. Masa nak hantar anak2 kesekolah hujan lebat sampai tak nampak jalan. Memang kena drive pelan2 takut nanti kalau kereta tercampak...memang ngeri sebab atas jalan ada banyak air....dan kalau banyak air tahu ajelah kalau kita tersimbah kat atas kereta, sure tak nampak nanti...pernah terkena lansung tak nampak sebab terlalu banyak air... bila on the way the way nak balik ke rumah, ada kerete terbalik 'turtle'...rasanya masa pergi tak nampak pula, mesti kejadian baru berlaku...harap2 tak apa2lah kat pemandu dan penumpang..kesian...


Kat ofis pulak sibuk sikit je...kena buat tender evaluation pulak. Memang tak berapa nak gemar buat benda ni pulak2 dah bertahun tinggalkan dia. Memang kenalah duduk dalam bilik tender je. Tak boleh nak bawak keluar dari bilik tu. Ni pun tak siap lagi sebab ingatkan nak taip siap2 petang tadi tapi tak de pulak laptop ofis. So, kerja2 di tunda sampai besok.


Wan dan Atok dah balik dah dari Kelantan. Terkejut masa balik tadi bila nampak kereta Atok dah park kat garaj. Terlupa betul. Walhal petang tadi masa kat office memang ada cuba call wan nak tahu dia kat mana. tapi tak berangkat pulak. Lepas tu langsung lupa nak call semula. Wan dan Atok bawak balik nasi tupang...memang sedap tu...dan tiap kali mereka kesana, memang mereka akan bawa balik nasi tupe ni...kalau ada nasi dagang beras merah alangkah enaknya..lupa pulak nak kirim beras merah kat wan. Tapi dapat 3 helai kaftan baru...thank you ibunda tercinta...:)


Nampak gaya malam ni selai pun pouch tak bersulam. Lepas dah siap jahit 16 buah pouches lepas makan nasi tupe tu,maklang rasa tak larat nak tengok jahitan dah. ( dah total 40 yang dah bersiap jahit laa...tapi belum kemas lagi laaa) Tu yang mengupdet blog ni...Dan satu lagi ...maklang kecewa lagi sebab satu lagi mesin maklang merajuk...Hu..hu...memang lah kena nak carik mesin yang kuat sikit...Sapelah nak sponsor duit muka....kalau adakan ke best...doa2 lah moga ada yang permurah...:)



ini pulak roti yang kakak buat semalam...Tersangatlah fluffynya...


++

Hangin pulak ngan budak2 ni. Dah pukol 11 malam tak tido2 lagi. Besok nak kejut bukan main liat. Mana nak masak, mana nak layan kejut bangun. Kadang sampai 5 minit dok pujuk suruh bangun tak gerak2...Ni dah naik suara baru nak dengar cakap, or else dia main2 lagi berebut nak masuk bilik air sebab nak angkat wudhu'..Sabo jelaa...Mata mak pun dah berair dah ni...mengantuk sangat dan penat...So, malam ni nak tido cepat laa...:)and cepat is less 1 hr b4 midnite...Good Nite All...and salam semua..

Tuesday, January 11, 2011

Banyak hal..:)

Assalamualaikum...

Banyak hal yang menggembirakan berlaku hari ini ..Alhamdulillah...:)


Pagi, as usual, lepas solat Subuh, maklang akan turun ke dapur tolong kakak buat breakfast, or the other way round, maklang yang buat and kakak yang tolong. Anak2 ni kadang nak mak jugak yang buat kan. seolah2 macam ada aje yang tak kena kalau bibik or kakak buat.Kadang biar aje. Kita nak gi kerjalaaa..nak make up pun tak sempat tau...any way, semalam Along dah request nak nasi goreng yang guna daging cincang. Dia panggil nasi goreng USA...maka siaplah sekuali nasi goreng USA ...untuk breakfast dan bekal anak2...Alhamdulillah..selesai...:)..sampai ke petang Along dok sebut...macam nak lagi jer...

Wah pagi tadi, ada orang teruja sangat ngan baju kadet dia. Almaklum Along dan Angah pun sama, so...Maya pun nak sama...Nilah baju yang mahal sangat tu...


Hakim rasa tak best sebab ada PJ so takleh lah melaram ngan baju PBSM cuma dapat pakai t-shirt PBSM..
Tapi lepas PJ kat sekolah, dia ganti pakai baju PBSM yang lengkap...wah..hemsem anak bujang mak...:) suka beno tu!


Tengahari sedap makan hari ni. Maklang buat nangka masak kari. Ada daging seme...menjilat jari...Hakim yang biasa tak suka nangka pun sedap makan....tapi tak tahulah, daging je or nangka tak diambil...sama lah tu..

Alhamdulillah pukul 620 lebihkurang puan Zar dari http://ibuika.blogspot.com singgah kejap aje..

Tak ada prepare apa sgt..Sian Zar jalan jauh2 tak ada yang special.
Tapi maklang sempat lah goreng mee dan buat cucur lepas balik ofis.



Just nice, angkat mee terus dah boleh jamu..

Itu dia Ms. Zar kita...akhirnya tiba jua kat umah maklang..so ni dah kali ke2 kita jumpa...:)



dapat hadiah sehelai kaftan dari Zar, TQ so much Zar...


oklah, kena tekan butang publish cepat2 b4 mata ni tutup...aaah...ngantuk lagi malam ni...2 je RE siap!:(