Assalamualaikum...
Dah beberapa hari maklang tak updet. Macam biasa...alasannya maklang sibuk menjahit laa. Tiba2 Alang call suruh siapkan sarung kusyen untuk pengantin. Dia kata nak kasi kawan dia punya adek. Terkejarlah maklang. sedang sedap2 menjahit, terpikir nak letak manik gold. Bila cek ada sejemput aje. Pesan kat Cik Abang yang berada di KL untuk tolong belikan. Maklang call kedai kat KL and minta dia siapkan. Sungguh lega bila dia nak tolong ambilkan di kedai, tapi bila dia bawa balik rupanya silver yang dapat, bukan yang gold. Alahai...hasrat hati nak siapkan tak kesampaian laaa..Kena tunggu lah sikit lagi, minta tolong belikan yang lain...:). Kalau tak dapat jugak, maklang tabur sikit2 jelaa buat syarat...Aci tak?
Wiken as usual, teramat sibuk. Memasak apa yang patut untuk seminggu. Sejak bibik duduk KL and kakak je tinggal, maklang kenalah involvekan diri lebih sikit kat dapor tu... budak2 pulak cerewat..nak mak gak yang masak:). Apa nak buat masak jelaa..pastu bekukan di fridge. Nanti bila weekdays tinggal pilih je mana nak. Senang kerja. Semalam pun maklang buatkan mee rebus tapi makan hari nilah sebab kuah mee kalau dah bermalam memang lebih sodap. Waaaa..Memang sedap tengok anak2 dan Cik Abang makan. Rasa puas hati maklang. Alhamdulillah...
Sekarang ni tengah jahit pouches utk busu. Kaler memang lain dari yang lain. nanti maklang paparkan kat sini bila dah siap, InsyaAllah...
In the meantime, jamu matalah dengan antara bunga feberet maklang...bunga tiga bulan aka bunga zaleha akak hydrangea....mekar kat taman maklang...Alhamdulillah...terimakaseh Allah kerana menghidupkannya kembali...Suka sangat...:), and thank you Pak Omar kerana tak jemu nak buatkan pokok kesayangan maklang ni berbunga2 :)
beratur pokok bunga ni kat pagar depan rumah:). berangan nak beli lagi nak tanam keliling rumah...bilalah gaknya tu...
Lama tak tengok pokok ni mengeluarkan bunga sebanyak ni. Lebih setahunlah dia sakit sebab terkena racun pokok...Alhamdulillah dah sihat kembali.
Wassalam...dan selamat malam semua...:) Ros merah di pouch sudah melambai2 dah...
Sunday, February 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
MasyaAllah..memang cantik..masa jiran sebelah nak pindah, dia bagi sepasu pokok bunga ni pada kami, tapi belum rezeki nak berbunga:)
Maklang..kraftangan mengkagumkan seperti biasa.
Pokok bunga cantiknya!
Masakan sedap sokmo!
SubhanaAllah, sangat cantik...
Salam Mak Lang...
Cantiknya bunga kat taman mak lang...saya suka bunga tu...tapi...tak pandai tanam..kebanyakkan pokok bunga saya semuanya mati...macamana mak lang jaga ye?
ixora:pokok ni mmg payah sangat nak berbunga. lepas dia sakit maklang cakap ngan pak omar, kalau dia tak baik, kita buang ajelah n beli yang baru. tau2 dia lebat berbunga..he he...Alhamdulillah
Post a Comment