BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label RE. Show all posts
Showing posts with label RE. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

2 minggu



Assalamualaikum...

Hehe 2 minggu..2 minggu ku membisu...tapi tak gak bisu sebab since semalam dok terjerit kat budak2 ni yang tak abis2 ngacau si Minmin..Memang seronok betul kalau kacau budak ( hehe ..mak pon sama gak sebenarnya.) time mak yg ngusik tak pe...time anak ngusik mak pulak marah sebab tak leh nak buat keje bising2 ni tau...I ni penyenyap time bekerja...serabut pon tak boleh..bila riben dah mula serabut mesti nak kena berenti kejap, kemas2 and continue menjahit...samalah masa keje kat opis dulu..sanggup kemas meja yg serabut b4 nak continue buat keje2..nak2 time keje banyak...banyak camana kalau meja serabut macam tak leh nak pikir:)


maklang agak sibuk macam biasa laa 2 minggu yang lalu. mana tak nya..nak kejarkan pesanan kawan yang tak siap2. banyak dia tempah. tu yang buat malas nak menaip kat blog. biasalah kalau dah melekat kat sini, sampai dekat 1 jam baru selesai. Tapi hari ni maklang kasi chance kat diri sendiri rehat kejap sementara menunggu darling balik lunch. dah siap buat ayam masak merah dan goreng sayur pagi2 tadi. mmg suka masak awal2 pagi supaya tak mengganggu kerja2 menjahit maklang. hari ni pulak tak ada kelas agama, makanya terus aje kat mesin jahit dari pukul 8 pg tadi sehingga dekat2 pukol 12;00 tadi. Alhamdulillah banyak jugaklah yang bersambung. 7 buah messenger beg, tinggak letak tali dan kemaskan butang etc. harap2 boleh continue besok pulak. lepas2 lunch ni nak selesaikan sikit je lagi jahitan semalam. kena jugak nak mula jahitan baru hari ni tapi tak tahu laa larat ke tak sebab mata and badan cam layu aje. tido lewat bangun awal:)...haaa..rasakan..sape suruh minum nescafe pukul 10:00 mlm...hehe..


khamis lepas kami ke KL. Mulanya ingat darling ada meeting hari khamis diKL. cadang2 nak kasi anak2 cuti awal je..hehe..tapi nasib baik meeting dia kensel. so hari khamis petang kami bertolak ke KL dan seperti biasa mulai hari selasa, maklang dah menyibukkan diri masakkan anak sulong. Alhamdulillah dapat laa beberapa jenis lauk yang siap. Elok je kita selesai masakkan dia lauk, dia minta mak dia buatkan carrot cake. punya lah malas nak buat, tapi nak buat macamana, ikutkan jelaaa...bila lagi nak bermanja tu kan...siaplah cupcake carrot dalam 50 bj. tapi belum apa2 angah dah bedal 3 biji, abah pon sama. last2 maklang kata...jgn makan lagi..ada yang tempah tu..hehe...or else entah berapa biji mereka bedal:)


Hari Jumaat, pagi2 dah meredah chow kit. biasanya wan yang belikan dan terlanjur ada masa, pagi Jumaat sebelum kakak balik Kg. Pandan, kami singgah kat Chow Kit. Dapatlah beli ikan2 bilis, lada kering, udang kering dan ikan kering serba sedikit utk nak bawa balik nnt. Thank you to Cik abang kerana sudi menunggu. Sempat jugak hangkut lada merah yang harganya separuh dari harga kat Kerteh. Terasa sungguh kemahalan barang2 di Kerteh ni. huhu


Dari situ, kami ke Ara Damansara ambil barang yang maklang beli online. Hangkut Corelle 4 kotak. Hmmm tak muak2 ngan Corelle...Penyakit betul! Abang sempat juga nak meronda tengok kondo yang dia minat. Minat jelaaa...beli? tak kot:)

Petang , Cik Abang layan anak2 ke i City. Maklang duduk rumah menjahit. dapatlah siap yang kecik2 3-4 biji:).


++

Sabtu sibuk jugak. Kami ke Rawang attend wedding babah. Alhamdulillah sudah bertemu jodoh babah setelah arwah mak enon pergi lebih 7 bulan. Arwah pesan, kalau dia tak ada, minta babah
nikahi jiran lama meraka yang juga kehilangan suami lebihkurang 3-4 bulan sebelum arwah mak enon pergi...kalau dah jodoh kan...moga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat..amin..


dari situ kami pulang kejap utk solat then bertolak ke Rumah anak yatim AlKauthsar yang terletak di Bangi. Alang nak sambut birthday Yusof kat situ. Sedih dengar cerita tentang anak yatim kat situ. Ada yang sudah mulai keje sejak umor 5 tahun. Cuci besi yg upahnya cuma RM1 sahaja sehari. dan duit yg dia dapat pun diambil ibunya....kesian sungguh. malam tu kami tak kemana..berehat aje...:)

ahad pagi ke GM plaza. yg dicari tak jumpa,yg lain pulak di hangkut balik:)

bakal menjadi beg kecik maklang..


dah sampai kat tuan dia last week:)

Ok takat ni dulu..ngatuk laa pulak

Thursday, March 1, 2012

Minggu yg tidak berapa productive:(

( sori byk spelling mistakes...nak cepat ni...nak kluar ambil ayam jap lagi:)...selamat membaca:)

Assalamualaikum...

apakabar? Maklang ok aje..Alhamdulillah...


Ingatkan nak menjahit terus tadi. Banyak yang terbengkalai..What have I been doing for the last 4 days..Jahitan mmg tak banyak production...Lets see...


Monday...what happened on Monday...Oh pagi tu cadang2 nak pergi kemajlis agama. Ada kelas tafsir. Baru nak berjinak2 ustadz pulak tak ada hari senin lepas. Bila tahu ustadz tak ada, kawan yg selalu mengendalikan usrah ni kata nak mai singgah rumah. Dia message kata ada benda nak share ngan maklang. Pastu kejap lagi dapat 1 lagi msg another fren nak datang. Dia nak mai ambil table runner yang dia tempah. Heran jugak sebab masa last dia chat ngan maklang, dia kata nak datang masa dia buat klas yang sepatutnya dibuat Ahad lepas. Tapi sebab dia tengah renovate rumah and tak sempat siap by last Sunday, dia minta tundalaa kelas tu. Maklang tak ada hal...bila2 mereka nak buat, kalau maklang free silakanlah...


Gelihati kawan no. 2 ni. Dia mmg tak biasa merayau2 kat kawasan umah maklang and sejak ada org buat rumah dia kat depan rumah maklang, rumah ni agak tersembunyi...Elok gaklaaa tidak kelihatan dari jalan utama..ada privacy sikit...hehe...Sesat barat member kita. Yang kelakar tu, dia dah berenti kat depan rumah maklang past dia tengok senyap nya...dia ingat tak ada rumah, and dia keluar semula ke jalan besar and tersasar agak jauh dari simpang rumah maklang. Last2 maklang ambil dia depan sekolah yg dekat ngan rumah ni...Memang ramah org nya walau baru kali pertama bertemu. ( dah biasa chat kat fb pon sebenarnya)...TR dia tak siap lagi maklang kata sebab kata tak apa nak ambil bila ada klas nanti...sian dia...So semalam, maklang sempat menyambung runner dia, now tinggal kemasan dan nak letak tassel je...


Then kawan ke 2 sampai. Ingatkan nak share apalaa..Rupanya dia nak share Evo8. Dia kata bagus. Dia dah cuba. Nak2 utk kita yang dah 40han ni...Tapi harga melambung. RM300.00. Kena pikir banyak kali. Nak je beli kalau masih dapat gaji tiap bulan. Sekarang ada juga, tapi tak tetap macam dulu...Jap aaaa...maklang pikir dulu...


Bila kawan dah balik, sempat laa maklang ke dapor jap. Then sempat sambung beg sebiji dan siapkan table mat. Then tengahari, lepas lunch, and lepas hantar Hakim, another fren came. Lama gak berbual ngan dia. Maklang punya laa mengantuk tak larat nak bukak mata sampai minta kakak buatkan Nescafe. Sian kawan maklang tu. Dia datang nak mencurah rasa...ialah ada sedikit kemelut rumahtangga. Maklang tak leh nak tolong cuma bagi nasihat suruh perbanyakkan solat malam dan mengaji Quran serta berdoa. Sian dia. Maklang doakan rumahtangga dia akan pulih kembali seperti sediakala...Amin...


Tu Senin, Selasa pulak sibuk jugak. Tak dapat jahit jugak sampai lewat malam.

Lepas dah selesai kuliah agama di surau , maklang gi hantar tempahan choc cake. Alhamdulillah 1-2 minggu ni banyakkan dapat tempahan:). Rezki di mana2 kan InsyaAllah..Biar pon irang cuba sekat rezki kita, sebab rezki dari Allah bukan dari orang kan...hehe...Then lepas dah hantar kek, maklang pergi beli barang2 dapor sikit. Angah cadang nak buat pizza malam tu, tapi entah apa yg di leka, bahan pizza tak terbeli pun! Pergi gitu jelaaa...sampai aje kat parking kereta...kawan yg darang senin tu call ..kak...jadik tak kita ke Kemaman hari ni...aduh aduh...pinggang saya sakit dong..tapi dek kasihan...maklang ikut aje teman dia. Nak gi jumpa ustadz kata dia..nak berubat suami dia...Moga2 dapatlah di perbaiki hati suami dia yang dah mula nak berarah ke lain...InsyaAllah..

It was a very tiring day selasa lepas. Denga cuaca yang tersangat panas cepat rasa letih...huhu..hujan pun sekejap aje..sekadar dapat melepaskan bahangnya aje...



Rabu...Again another unproductive day. Pagi2 sempatlaa maklang jahit 2 biji kusyen. Then siap nak keluar. Kuliah 1 jam je pagi smlm. maklang ajak kawan dtg rumah. nak kenal rumah katanya.... sempat gak layan makan baked beans jer...Alhamdulillah...


and pagi semalam sempat membuat nasi kerabu. maklang buat kuah dan serunding je...lain kakak and bibik yg buat:)


At last petang and malam dapat menjahit sedikit..selesailaaa 1 helai tie back...


Hmmm...tengah tak ada mood ni nak menaip. Bibik baru aje cakap dia nak balik for good after 5 years with us ( ke 6 years?)...how time flies...anak dia tak kasi dia keje lagi sebab anak dia dah keje sekarang...Pujuk2 pon tak nak..so tak apalaaa...Ni pun kakak tak tahulaaa berapa lama lagi kat sini. Tengah tunggu bakal suami dia selesai urusan permit then dia akan balik...Alahai...kenalah maklang jadi bibik pulak...huhu..anyway...doakan maklang moga2 bibik tukar fikiran..InsyaAllah kalau dia jadi balik 23rd March will be the day permit dia tamat, and she will balik then...Thank you bibik for yr services these past years....

Sunday, February 26, 2012

Layan birthday bujang pula:)




Assalamualaikum...


Ahad dah hampir melabuhkan tirainya..Bagi kami hari ini dah mula dah bekerja. Maklang macam biasa, wiken ke tak, masih sibuk sentiasa. MengRE tak kira masa. Bila ada kelapangan ie, bila tak melayan masak kat dapur..pastinya maklang akan mengRE. Alhamdulillah setelah 7 bulan lebih meninggalkan dunia kerja 8-5 , maklang kini bahagia menjadi suri rumah sepenuh masa buat masa ni. Kenapa masa ni? Sebab mengikut kata suami tercinta...kita enjoy apa yang kita sedang lalui sekarang, tak payah nak pikir jauh2. Tapi kadang2 terbit juga dalam hati...macamana nanti dalam masa 2 tahun lagi...adakah akan menyambung tugas lagi? Buat masa ini kalau bolehlah , maklang nak dok rumah je..enjoying what I am doing now!


Dan bila mak dok rumah, projek after projek yang maklang buat..hehe...last week hari Isnin, projek buat kek choc utk kasi officemates Cik Abang...Ialah kira macam khenduri doa selamat laaa sebab abang keje sini semula...Alhamdulillah...dpt msj dari officemate dia kata ada yang sampai sayang nak makan...lama gaknya tak makan choc cake tu...kali ini maklang guna koko yang lebih baik. Dan sekarang harga koko sekg mahalnya ya amat. Kalau guna koko yg murah Along kata kena tunggu berhari2 baru lah moist betul. Kalau guna yg ini buat je terus dah sedap...kalau ada yang nak order, bolehlaa beritahu maklang...hehe


Hari ini maklang projek melayan besday bujang kat sekolah...seronok buat dia happy...




mak oi...masam nya muka..


senang kali ini. buat choc cake siap2 then ke kedai minta tolong pipekan huruf,. 10 sen sehuruf..boleh benar...hehe..tq Cg Tia..




Ini Hakim dengan his best friends...


==========

Hari Isnin last week was a busy day laa..hari abang ke KL, macam maklang cerita dalam n3 yg lepas. Selasa joli RE! Rabu apa lagi, lepas dari kuliah agama, maklang main2 buat kueh lompang! Pakai air kelapa...Alhamdulillah menjadi!



Hari Khamis..what did I do on Khamis? Could not remember dah sebab nowadays tak payah isi time sheet utk nak caj ke projek. Everyday I am free to do what I want! Petang Khamis, kawan datang ambil marble cake yang dia order...then it was RE-ing lagi..


Friday..Yes InsyaAllah now every Friday I can go to the pasar tani with my Darling. Adalah teman sekarang. or else bertemankan kakak je sebab I cannot carry heavy things at all...Did not plan to buy much, tapi banyak jugak sen yang kluar...macam2 buah dibeli...hehe..and sedikit sayur...beli gak sikit ikan kerisi and jenahak...murah lah jugak sebab ikan dah mulai banyak sekarang..Alhamdulillah. That Friday nite we went out to BK to celebrate Hakim's birthday...sekejap aje ke sana...makan2 and balik. Tak best celebrate bila tak cukup quorum ni..huhu...


Yesterday we went back to kampung Kuantan to visit Datok. Datok nampak sihat..Alhamdulillah... I made mee rebuz yang mmg Datok suka sangat. Sempat jugak mengservis kereta kecil ku....We arrived home about 7 lepas singgah sebentar kat kedai bakery to get some chocolate serbuk and few other things...


=======

Alhamdulillah today I completed one more bag. And now trying very hard to sew one small messenger bag for Along...Yeay...at last my tomboy baby girl dah belajar nak pakai beg munge2:). Dah siap nnt boleh letak kat sini, InsyaAllah. Sempat jugak siapkan 1 table runner. InsyaAllah mggu depan baru tuan dia datang ambil.:)








ok sini dulu....

Tuesday, February 21, 2012

Mee kari dan RE


Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah pun petang selasa. Alhamdulillah...hari ini maklang seharian main riben. Semalam tak dapat nak pegang betul2 sebab semalam seharian dok depan dapor. Angah lama dah mintak mak dia masak mee kari, dan bila Along tahu, dia pun mintak Abah bawakkan ke KL. Memang dah rezki si manja tu, dapatlah maklang bekalkan dia mee kari. Mula2 nak bekalkan sedikit aje, untuk atok dan wan sekali, tapi teringat Cik Abang pun akan makan malam sekali kat rumah sana, so banyak jugaklah yang dibawa. So, masuklah mee kari dengan segala condiments dalam beg Cik Abang...dan bila dia dengar mak tengah buat kek utk kawan2 opis Abah dia, dia pesan nak gak kek utk dia. So, 2 adunan choc cake masuk dlm mixer. Alhamdulillah sempat juga masakkan ikan pari masak asam pedas...dia dok cerita yang dia baru aje makan kat kantin lauk tu...mak terasa laaa...sebab lama tak masak lauk tu untuk dia. Agaknya dah memang rezki dia, masa ke pantai hari Ahad, ada pulak orang jual ikan pari.. Dapat jugak buatkan dia sambal sotong coklat yg dah lama diidamkan...Dapatlaa stok lauk utk seminggu...hehe...Alhamdulillah...


2 versi mee kari...dengan mee hoon atau mee kuning:)





So hari ini, maklang dapat main riben...dan Alhamdulillah sejak malam tadi mengerjakan dari lebihkurang jam 9 - 1 pagi dan dari jam 8- 4 ptg lebihkurang, siaplah table2 mats ni..tinggal nak dijahit je...harap2 ada yang selesai minggu ni jadi product. Sarung bantal bunga lembut tu dah siap hari Ahad malam...tu pun kalau dapat jahit jadi cushion, bolehlah di pos ke tuannya nnt InsyaAllah...


So semalam, masa Cik Abang ke KL, penuhlaa 1 bag besar dengan makanan. Baju cuma sepasang utk malam, dan sepasang utk hari ini...1 beg kecik aje termasuk laptop dan other documents. Alhamdulillah makanan sampai dengan selamatnya...tapi apakabar agaknya roti Gardenia yang maklang kirim tu.. ( bukan tak ada roti kat KL, tapi sebab terlebih beli sampai ada 4 buku, maka lebih baik laa ke KL kan...or else bila laaa nak abis!)



















Ok setakat ni dulu buat hari ini..mata ni cam dah nak kena tampal gam...huhu..tapi dah nak maghrib mana boleh tidur..bersiram laa lebih baik:)..

Sunday, February 19, 2012

Macam BZ beno!

Assalamualaikum...


Ahad malam dah...cepatnya...rasa macam baru aje sampai dari KL malam tadi. Ni dah malam semula...Alhamdulillah bertemu malam...masih ada umur...


Kami habiskan wiken di KL...memang kelam kelibut maklang khamis lepas...mana tak nya...pagi2 konon nak masak laa sekali utk nak ke KL. Masih relax2 . We had nasi goreng China pagi tu. Buat untuk anak2 nasi goreng China and roti John atas permintaan Angah...tapi Maya nak nasi goreng...so mak melayan laaa...Tengah breakfast dapat call dari kawan kata nak dtg hantar ayam kampung..akak makan tak? alamak...macam tak makan, tapi aritu ada buat rendang ayam tua...sedap sangat! so, ambil je orang dah kasi. So, Mz T datang laaa dengan seekor ayam kampung yang telah disembelih oleh sang suami bersama pesanan kain yang dia belikan di KT. Maklang kalau dah jumpa Mz T ni memang seronok. Cerita tak lain tak bukan pasal projek RE kami laa...cita2 besar! haha...tapi harap2 dan berdoa moga 1 hari cita2 jadi kenyataan...( lupa nak cakap, Mz T ada bela ayam kg. Banyak ekor jugak laaa...ayam kg yang dia kasi tu kena sembelih sebab dok berlaga je tengah2 malam...so En. Suami kata...baik sembelih dari mati cam tu je...hehehe)


Lepas Mz T balik, maklang bergegas mandi semula sebab dah bau masakkan yg di masak pagi tu sebab nak ke majlis ilmu kejap. So siap2 laa..bergegas dan sampai lewat laaa...hehe...ampun ustadzah....tgh2 belajar...masuk pulak message Cik Nab minta ambik ayam yang dia dah tempahkan...so pukul 1130 lepas klas, maklang zooom ke kedai Yap nak beli kotak nak isi ikan2 dan udang2 serta sotong2 ( borong kat Paka hari sebelum tu) dan sikit lauk utk nak bawak bekal ke KL. Then gi amek ayam...hmmm...tiba rumah dah 1215pm. Aiyoooo...cam tak sempat aje nak masak sebab darling balik 1230 kata dia. Tengah nak menumis...ada pulak call masuk! Oh..Kak Liza nak datang...Sempat ajak Kak Liza makan sekali...tapi rupanya darling sampai lambat pulak...so kami dok laa bual2 je sambil dekat 1:15pm! memang kejar2 laa ari tu...dahlah baju2 belom masuk beg lagi...Takut jugak boss kata buat apalaa dari pagi...tapi rupanya dia ketawakan je...tak pe tak pe...kan ada tetamu tadi...relax, take yr time kata dia..Maam legalah sikit! Alhamdulillah..At last kami left the house about 4 and arrived in PG around 8 macam tu...Malam tu lepas makan, kami ke PASUM tengok budak manja tu...Yang best tu...kek coklat selamat! suka tengok kawan2 dia makan!

Jumaat, maklang enjoy menjahit. 2 -3biji jugaklaa siap! Alhamdulillah. Petang meredah KL mencari bahan. Lepas Darling balik dari meeting, dia gi solat Jumaat and after that dia bersetuju nak hantar maklang meredah KL. anak2 dara yg 3 semuanya ikut belaka...mula laa membeli merepek meraban! Tapi Alhamdulillah dapat apa yang nak! Malam tu dok merileks laa kat rumah..


Sabtu pagi2 anak2 and Darling dah kluar ke T3sco. Cari bahan nak buat rawa. Bila mereka dah balik baru maklang ke dapur, siap2 masak utk nak bawa bekal balik. Utk Rawa angah yang buat dengan the bibiks sebab along n maya dah keluar beli kasut! lama dah along nak kasut. katanya kasut yg dia pakai tapak dah 2 kali ganti...huhu

Thats all laa our wiken. Ni dah rasa mata tak leh bukak dah..mana tak nya lepas sampai sini semalam ( woooo Darling bw kete cam turbo dipasang! Dalam 2.5 jam dah tiba kat Sg Ular...tu singgah solat kat Temerloh tu! and it was raining heavily..al maklum pemantau kelajuan kete lena tido semalam!),maklang dok melayan cerekarama...tak abis tengok pon sebab streaming tak boleh and astro pun tak leh sebab hujan yang tersangat lebat!


Hari ini pon cam tak mencapai target...petang tadi pon ada 2-3 org kawan datang...Alhamdulillah...:) and hence tak pegang jarummm..


ok takat ni dulu..meh tengok gambo!:)




utk Su di KT


anak kawan punya


anak kawan punya


ini anakanda manja yang nak kaler gini


Sekian dulu:)

Tuesday, February 14, 2012

Layan Anak punya birthday

Assalamualaikum...


Alhamdulillah sejak 2-3 hari ni rasa seronok sangat menjadi seorang suri rumah. Seronok sebab suka hati boleh nak buat apa2 tanpa ada sekatan kerja. Nak masak lambat, nak buat kek ke kuih ke. sukahati. tapi plan mesti adalah. agaknya memang dah terbiasa ada buat plan sebab kekangan waktu masa kerja maka walaupun dah tak kerja, maklang mesti nak plan:)

so..kononnya...nak lah plan utk nak buat surprise birthday utk Angah. Tapi plan maklang tak menjadi sebab tersalah hantar message ke Angah mintak cik abang belikan barang2 utk nak masak.. ( dia pakai no fon spare Abah dia!) Kacau betul! Tau jelaa bila dia dah tau...hmmm...bising je...maaaaak...maaaaaak... ( macam baru belajar cakap pulak!)..Angah malu...Angah dah besar...nanti orang ingat Angah ni anak manja...Laaa...pulak...Masa nilaa mak boleh nak enjoy usik anak2...tahun ni mak tak keje..suka hati mak nak layan anak macamana. Memang lah maklang teruja sangat semalam...tak reti nak buat coating kat kek, sememeh pun tak pe..maklang sapu2 kan cream cheese kat atas choc cake then maklang pipekan coklat atas kek...tak pelaaa walau sememeh, jalan je..janji nampak huruf!




so beginilaaa choc cupcake ditepek dgn cream cheese:)...Oklaaa..lepas dah makan ilang dah bentuk kan...so no hal laaa:)



Pukol 1040am , maklang kalot2 ngan kakak pergi hantar mee, sosej gulung celup roti dan kek bersama air. Malulah konon2nya si Angah...Kelakar 3-4 kali laa kawan2 nyanyi kan dia...she must be very happy sebab nampak pon happy. Dan cikgu2 Angah semua sporting...Maklang pun rasa best bila semuanya habis licin...At 1st ingat mee tu banyak tak habis, tapi kawan kelas angah assured maklang...aunty tak per...habis punya....dan Alhamdulillah...


Maklang sejak dari last week mmg sibuk. hajat nak updet selalu, tapi sedar2 dah hari Rabu semula dah ni...hmmm...kejap aje dah petangnya...kadang nak menyulam dapat sikit aje. Macam hari ni, mula malam tadi...dekat maghrib baru selesai...huhu...memang masa berjalan sangat pantas sekarang! Memang kiamat sudah dekat! Apa2 pun ni maklang letak sikit gambar RE yang siap maklang sulam. Nak letak banyak lagi sebenarnya tapi entah knp bila upload gambar tak elok...










Oklah setakat ni dulu ye...maklang nak menjahit lagi jap lagi:). Take care! Wassalam!

Wednesday, February 8, 2012

Pening kepala

Assalamualaikum...

Cepatnya dah Rabu...Maklang rasa cam baru je updet. tengok2 dah 3 hari dah. Teringat jugak nak updet malam tadi tapi bila dah dibelit ulit dgn riben, lupa segalanya...nak2 malam tadi tengah pening nak buat design dan nak campurkan warna...aaaaahhhh...sungguh lemah kalau nak buat kaler lemah lembut sebab maklang ni bukanlah org yang lemah dan tersangat lembut ( walau makna nama lembut...hahaha)..tapi maklang seorang yang ceria...hence kaler bunga2 maklang kebanyakkan ceria dan riang ria hahahahaha...





Masih belum selesai lagi ni...masih nak letak manik2 emas kot kat jejari yang lopong tu...harap nampak idup sikit...InsyaAllah.. ( lepas dah uplod 3-4 kali baru lah cantek sikit!)





Alhamdulillah sempat jahit 2-3 lagi RE kecik2..tapi bila lah nak jahitkan jadi beg ni!
++++


Pagi ni as usual kelam kabut. Yang dah tau nak bawak bekal makanan berat, tak buat apa yang disuruh. Bukan susah pun. Mintak tolong beritahu bibik, bangun pagi nnt tolong masakkan nasi and keluarkan sotong, so that mak boleh goreng nasik utk bekal. Sebab balik pukol 5 agaknya, nak bekal lempar ( macam pulut panggang tapi isi ayam -sedap!) aje tak cukup laa...So pesan, tolong beritau bibik masak nasi and keluarkan sotong..nnt pagi mak goreng. Kita ingatkan message sampai tapi tak rupanya. Bila turun bawah, kecoh jap. Mintak bibik microwave kan nasi se put. Ingatkan nak goreng. Sotong masih kejung keras! Camana nak masak! Goreng telor, letak bawang and lada merah potong, then buatkan ikan bilis berlada...nasib sempat!

Hmm..dan bila Abah tak ada ni ( Abah ke KL ptg semalam, ada keje kejap kat sana)...rythmn lembab kembali lagi...Hmmm anak bujang kalau Abah ada cepat dan ringkas je..kalau mak yang kejut...Alahai...20-30 mins tak selesai lagi...nak buat camana...sejak hari pertama dok usik dia...kenapa kalau abah kejut awak senang je nak bangun nak siap? Dia kata...Suara Abah kuat, senang nak bangun...kalau mak kejut, lembut sangat, pastu mak tepuk pipi Hakim suruh bangun...Yelaa Hakim...kalau suara mak kuat sikit awak dah merajuk...habis camne tu? Hmmm..kadang penat nak layan...tak pe...nanti bila dah besar, tak ada pulak mak nak layan..tapi tak leh lebih laa kan sebab nnt lemak pulak! hehe...


Dah..dah lah komplen. Baik menjahit semula. Kejap lagi pun dah nak siap ke Surau Rantau ada majlis Maulud InsyaAllah...:)


jap-jap nak letak gambar food pulak:)

Hari Ahad lepas akhirnya tertunai permintaan Angah nak makan nasi dagang kelantan...Mak baru cuba2 buat...kali ke3 masih tak sesedap yg nak sebab main google resepi dan cuba2..pulak santan tak ada nak buat lemak2 ...nnt kena cuba dan cuba lagi...InsyaAllah


sempat buatkan Along Oreo Cheese ni. Masa dia balik, tak sempat nak buat ( malas sebenarnya:)..so kirim semalam ke dia, 8 biji, ke Alang 6 biji...Alhamdulillah yang kat rumah tinggalkan 10 dah selamat dah...mmg sedap ni..tapi kalori tebal ler...




Jumpa lagi nnt bila rajin melanda kembali... ( Syok sekarang sebab sejak Cik Abang ada sini dapatlah merasa macamana isteri2 yang tak kerja rasa..bila suami balik nak makan tengahari, kita dah ada kat rumah sambut dia, makan sama2 dan etc2..Alhamdulillah:)..happy mode sekarang!

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul..


Assalamualaikum...


Selamat menyambut hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w..betapa rindunya dan teringin nya nak menatap wajah baginda. Teringin juga nak melawat makam baginda..moga Allah swt mengkabulkan doa2 kami utk ke sana lagi...Amin...

Lihat video klip ni...:Rasulullah... ( ingat nak masukkan you tube..tapi tak pandai laaa pulak...huhu)

jom sama2 berselawat:) moga kita mendapat syafaat dari baginda diakhirat nanti, InsyaAllah..

+++++++


maklang baru selesai dari dapur ni. hari ni akhirnya dapat jugak nak tunaikan permintaan anakanda nak makan nasi dagang kelantan. selesai buat kuah utk nasi dagang dan sambal utk lodeh yang cikgu tempah besok pagi, maklang pun ke atas. tinggalkan bibik jaga nasi yang sedang di kukus. moga2 sedaplah jadi nya. maklang tak berapa konfident nak buat nasi dagang ni sebab tak expert lagi...


dua tiga hari ni Alhamdulillah adalah hasil menjahit yg diselesaikan. cuma kena jahit jadi produk dan harapnya dapatlah hasilnya jugak. ini antara yang maklang buat beberapa hari lepas...



ni buat malam tadi...dan masih blm siap sepenuhnya...InsyaAllah besok jadi beg..kalau sempat jahit:)


dapat 2 buah yang ni..kalau dah siap jadi kusyen nanti maklang tayang kat sini...

Terimakaseh datang sini...

Wassalam...

Friday, February 3, 2012

Mula jalan2 kaki


Assalamualaikum..


Alhamdulillah setelah lamaaaaaa sangat tak berjalan2 kaki,akhirnya misi nak berjalan kaki bermula kembali hari ni. Sebabnya dah berteman nak jalan2 kaki kat kawasan sekolah kg baru. Hakim naik basikal tadi. Ni pun dalam proses nak mengeringkan peluh. So, sambil tu...updatelaa blog ni. Tarikh penting ni..hehe...selesai jalan2 kaki, masuk dapor and Cik Abang kata...wah malam ni boleh makan satay! and I laughed! buat penat je jalan2 kaki ni...pastu bedal banyak2...hahahaha...tapi at least terbakar jugaklaa calories dari duduk je kat rumah kan..:)


Hari ini tak banyak yang tercapai. Pagi2 dah ke pasar. Ingatkan nak beli ikan laa. Lama tak makan ikan. Muka dah jadi muka ayam dah. Kat sini kalau kena musim ujan dan musim angin jawabnya makan ikan kotak jelaa...dan ikan kotak sungguh tidak sedap sebab dah biasa makan ikan yang tak pernah masuk kotak. Ikan yang matanya biru2 ijau, yang isi nya tetal...sedapnya... Tapi sebab lama sangat tak makan ikan, maka tadi belilah se kilo ikan kerisi RM12.00 oklaa sebab besar2. Ikan selar yg kecik ( bkn selar kuning ) sampai RM 12.00 se kg. Nak tak nak beli jelaaa...huhu..mahal sungguh! ikan kerisi tu dah pun di goreng dan diratah. Isinya sungguh putih dan sedap sangat. Lala pulak sekarang RM 18.00 se kg. Nasib baik masih fresh jugak.


Kelam kabut jugak hari ni. Tak habis breakfast lagi, students dah datang. Mengajar ni kadang2 tak sedar masa terbang begitu pantas. Hari ni plan klas 4 jam jadi dekat 5 jam. Anak2 murid sungguh teruja menjahit...tapi maklang tak ambil gambar pulak hari ni...Lepas kelas dah selesai dan mereka masih lagi tengok2 gambar, maklang dah turun ke dapur. Kalau biasa tak berapa kisah nak masak sebab darling tak ada, tapi hari ni masak laa jugak. Sedap tengok darling2 maklang makan lala goreng tadi...semangkuk besar kena bedal ubat gout tu...jangan nanti malam komplem sakit kaki dah...hmmm..kenyang sampai ke petang. Maklang pun ngantuk jugak petang tadi...sampai terlelap2 kat kosi menjahit ni. Lepas dah ilang kelat ngantuk barulaaa pegang RE..harap2 lepas ni dapat laa menjahit..Lemas tengok kalau dah 1-2 hari tersadai tak siap2...

Semalam pening kepala jadi tak menjahit sangat, tapi sempat siap bunga kecil2 utk coasters se set of 6. Alhamdulillah:)




oklaa sampai sini dulu...:)

Tuesday, January 31, 2012

Alhamdulillah...akhirnya...

..



Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah atas segala rahmat Mu Ya Allah...Akhirnya suami yang dikasihi dah pun kembali ke pangkuan setelah bekerja jauh dari kami selama 1 tahun 3 bulan...macam tak percaya, akhirnya Allah dah kabulkan doa maklang saban hari. Alhamdulillah...macam tak percaya Cik Abang dah nak balik sini dah...Alhamdulillah tu aje yang maklang boleh cakap. Syukur sangat.:)


++++++

Dah tiba pun yang di tunggu. Sekitar 745 pm tadi dah sampai. Penat kata dia drive sorang2 . 2 kali singgah rehat sebab ngantuk sangat. Penuh sangat kereta dengan file2 kerja dari ofis yang dah di tinggalkan...so, besok file2 tu akan berpindah ke ofis baru yang lama. Bermulalah satu lagi pengalaman baru...dan moga lebih berjaya di tempat baru...InsyaAllah...Amin...

Hari ni maklang buat soto...so kejap lagi bolehlah makan bersama2. Hanya Allah aje yang mengetahui betapa lega bila suami dah berada di sisi semula...Alhamdulillah...


sementara menunggu, sempat gak maklang menyambung jahitan tulip yang terbengkalai sejak beberapa bulan yang lepas...


gambar ni dah 3 kali di upload...jadi camni gak




ini pulak maklang siapkan semalam, lepas balik dari Kemaman...:)


Alhamdulillah...InsyaAllah dengan adanya Cik Abang di sisi, moga akan lebih banyak idealaaa nak membuat karya2 yang lebih baik, InsyaAllah...:)

Monday, January 30, 2012

Layan ..

Assalamualaikum..


Its about time to update this blog again...he he...2 weeks had gone by so fast. The whole of last week was spent with my eldest dotter who came back for Raya China. What else if not to layan her cravings for the food with mak's air tangan... Macam2 she requested and Alhamdulillah I got to fulfil most of them. Alang was here too with the kids. They arrived on Saturday evening with Cik Abang and Dhirah sebab Dhirah was admitted to Ampang Puteri on that very Friday afternoon due to her health which the Drs could not trace the reason why she was having all the lengohs here and there. Last2 she was diagnosed with stress! Punyalah mahalnak kena bayar and just to be diagnosed as stress....Anyway...tak apalaa at least now we know that there is nothing wrong with our daughter yang tersangatlah manja itu. Mak doakan anak2 mak sihat sejahtera..


The house was filled with laughter when Minmin is around. Up until last Saturday, the house is back to the silent mode. Even at this moment, when there are only the bibiks and me in the house. The TV je is making some noise...Tanyalah Ustadz in on. The must watch programme every morning. Tapi cuma dapat tengok sekerat aje sebab I have to send the kids to school and by the time I am back it is already more than halfway. Tapi lepas tu ada prog agama utk anak2 dgn my Ustadz Zamri. Suka sangat the way dia beri ceramah...kelakar aje...



This baby girl yang tercangat notty makes me smile je all the time..but when she starts to ngengek...pening kepala!


As usual, today I will sew again and hope to complete the alas meja which I started last nite. Really have to catch up on the sewing which has been somehow neglected bila anak2 ada rumah...Siap enjoy gi tengok wayang lagi - Underworld- last Wednesday. Sedap gak cerita dia. Mmg suka cerita merepek ni sebab tulaa enjoy...:)


Setakat ini aje...meh kita jamu mata dengan more pics of my work. Oh ye..I did venture into sewing my RE onto canvas, and it came out bolehlaaa for a 1st timer...Alhamdulillah...:)



ini beg utk hantaran.apalagi kalau bukan utk diisi telekong


baru 3/20 pouch ni siap...utk orang kawin..


ini bantal ke2 dalam seminggu . Yg menempah nak cepat...Alahai bab nak cepat ni yang payah sikit sebab takleh laa buat keje terkejar2 ni..Gigil!


beg ni siap malam tadi walau RE nya dah siap seminggu lebih...Cg Angah asik tanya aje...so dah ke sekolah bag ni


beg ni kena buat cepat. sebab nak hadiah pada kakak tuan beg. Alhamdulillah dah sampai



ini jugak utk bag. Dah lama dah tuan dia tempah. baru dapat buat last week. Masih sebuah lagi. tapi puan beg kata tak pe..nanti2 dulu..alhamdulillah..




ni jahit atas canvas pulak...macam biasa aje. tak laa susah mana cuma kn pandai main warna




among the food yang Along nak MAKAN...tempah aje...and sedap...3rd time dah makan yang org ni buat:)

Ucop makan sampai 2 mangkuk besar:)

Thats all for today. I hope to be more rajin to update this blog of mine...:)

Have a nice day All...