Assalamualaikum..
seronoknya maklang rasa. semalam petang kami ex mizzourians bertemu lagi. lepas balik dari US maklang tak pernah lagi pergi ke reunion. pernah 2-3 kali dah kawan2 buat tapi tak dapat nak hadir. mana taknya kami tercampak kat bumi kerteh dah dekat 14 tahun. jauhnya nak pergi. tapi kali ini memang maklang tak kira, maklang nak pergi jugak. dengan support yang kuat dari cik abang, maka hari khamis petang kami bertolak ke kuala lumpur. alhamdulillah perjalanan was smooth.
macam biasalah kalau lama tak jumpa ni mesti ada segan2 sikit nak jumpa kan. almaklum, banyak excess kg kat seluroh bahagian kan...nak buat macamana, excercise pun malas.
maklang tak adalah nak bersiap mana sebelum nak gi reunion ni. macam biasa aje. jangan dibuatnya hari nak pergi tu, jerawat tumbuh tersembul sudah. alhamdulillah all went well. yang tak berapa nak well, masa malam jumaat nak keluar pergi ke puchong sebab nak ambil barang, kerete ada buat peel sikit. battery was not charging. so, pagi sabtu cik abang kenalah bw kereta ke bengkel. alhamdulillah kete ok, balik dari situ cik abang bawa along ke pwtc utk nak dengar ceramah utk pelajar2 lepasan spm. ingatkan sempat lah dia nak balik dan bawa maklang ke royale bintang tempat kami nak ber reunion, tapi tak sempat pulak. terpaksalah maklang naik taxi ke sana. nak bawa kereta atok cam tak confident aje sampai...bukannya pandai sangat jalan2 kl ni. alhamdulillah maklang tiba dalam pukul 2:30pm. disambut oleh tuan organizer mr kuchai..he..he...one of the Turner Ave punya gang rapatlaa sebab dia rajin jadi tetamu nak makan kat rumah kami. en. raja fauzi Aka Roger pun ada , dan mereka maintain kelakar and kuat mengacau orang cam dulu jugak..
bila dah jumpa ni, biasalah semuanya mengupdet tentang diri masing2. no story about kerje. mainly it was stories masa kita muda2 dulu. bila dah jumpa, ada yang tak kenal masing2. yang best tu, maklang dapat komplimen...he..he..masih cam dulu lagi...maintain...maintain...Alhamdulillah...banyak jugak geng2 lelaki yang maklang tak berapa kenal. lama2 perati baru perasan mereka. nak buat macamana, ramai yang dah expand sideways, dan on the frontside. tolak ke tepi lah semua tu...tapi semuanya macam adek beradek. lupa bahawa dah 25 tahun kami berpisah.ada yang langsung tak pernah bersua sejak balik. walau pun camtu, sempat lah juga jumpa kat fb. seronok sangat petang semalam. terimakaseh betul kat mr. kuchai yang sponsor maklang utk semalam punya occasion. moga murah rezeki mr kuchai. nanti kalau dtg kerteh maklang belanja ayam ke, itik golek ok!:)
kak fuziah dan kak ana, my ex roommates for 2 years, were there. kak fuziah dah slim sekarang. camana lah dia buat. miss them so much. seronok cerita2 masa kat sana, macam biasa maklang jd chief cook, while yang lain dok potong2 bahan. kak Ee tak ada pula semalam. 2 tahun maklang duduk dgn kak ana and kak Ee... and we had a wonderful life Alhamdulillah..shukur, persahabatan kami tetap erat sampai sekarang...
kalau ada rezeki, nak aje maklang ajak berreunion kat kerteh pula. untuk wanita sahaja...kak nani dah pernah datang kan, so apa kata, dtg lagi, kita buat ramai2 utk the gals...the golden girls or the grey gals...idea yang menarik tu...InsyaAllah...
sekian buat malam ni...jumpa lagi bila maklang free...
4 comments:
seronoknya dapat jumpa kawan-kawan lama
antara kita ladies masih boleh kenal lagi, tapi the guys memang payah nak ingat semula...perubahan besar :)
ixora: memang seronok nya sampai hari ni masih terasa..:)
kenari...maklang masih kenal semua ladies yang datang, tetapi yg paling terperanjat was Raffi laa...berubah abis!
Post a Comment