Diam tak diam dah beberapa hari tak tengok pun blog. alaaah biasalah kalau dah kat rumah, banyak benda lain nak buat. keje satu hal lagi, bila sampai rumah dah mentally exhausted, malas nak pk nak updet. dok pegang riben aje sebab ada date line nak kena kejar. Before may 1st maklang nak kena siapkan 40 pouches untuk majlis akad nikah anak kawan maklang nun di utara, Alhamdulillah...Insyaallah dan kejar tu. lagipun sekarang maklang dah dapat assistant minta tolong jahitkan pouches. tapi Re maklang siapkan. Kena ada yang standby sebab rasa2nya dalam sebulan dua ni keje akan melambak kat office ( Alhamdulillah..:)), so kemungkinan besar nak kena balik lewat amatlah besar...
Alhamdulillah Allah beri nikmat pada keluarga kami. Along dah dapat result yang cemerlang dan sekarang sedang sibuklah nak isi segala macam borang untuk nak masuk UPU tu...Abah dia pun sibuk sama, apply sana sini untuk dia. Moga murah rezeki dia untuk mencapai cita2 dia...Amin...
Kita sambung cerita kat HK lah ye...Lepas ni tinggal 1 aje lagi..:)
Pagi nak bergerak ke Ocean Park, kami bersiap awal. satu2nya hari kami keluar rumah sebelum jam 9pagi. Lepas breakfast nasi lemak ( kena heavy sikit sebab kat Ocean Park memang dia tak kasi bawa makanan luar sebab itu policy mereka macam yang tulis kat internet laa), kami pun menuju ke Ocean Park. Walau pun memang tak dibenarkan bawa makanan, kami angkut juga sedikit roti dan jem serta mentega kacang, sedikit biskut, dan buah2an. Air pun bawak jugak. Alhamdulillah lepas...taklah strict sangat. Maklang pun dah tanya kawan maklang macamana kalau bw makanan ok tak, dia kata bawak aje...so kami pun gamble jelaa...Alhamdulillah tak ada apa2.
Kami ke Ocean Park naik MTR lagi. Sampai kat Admiralty kami turun. Hari sebelum tu, ada travel agent dah approach kami kalau nak ke Ocean Park boleh pergi dengan dia. Tiket is about HKD250 per person. tapi kalau ikut travel agent tu, dia kasi diskon sikitlaa. HKD220 termasuk tambang pergi. Alhamdulillah lah tak ada problem. Mereka naikkan kami ke 2 taxi and bila sampai kat Ocean Park yang terletak lebih kurang 20mins away dari stesen Admiralty, ada kawan dia tunggu dan prg tu yang bayarkan duit taxi. Kemudian the 8 of us pun di bawa masuk ke Ocean Park.
Wah..memang seronok masuk situ. Macam Disneyland sikit2, banyak kartun2 ni semua. tapi of coz tak ada lah Disney characters.. Oklah tu. At 1st nak sewakan atok kerusi roda tapi atok tak nak. Dia kata dia nak practis jalan sebab Insyaallah nak buat umrah lagi cukup bulan. alhamdulillah dia ok masa kat OP.
1st sekali kami tuju kat bird park dia. ada bird show. Oklah jugak cuma tak faham sepatah haram. Semuanya dalam bahasa Cina, tapi adalah campur sikit2 bahasa omputih. Then dari situ kami jalan2 ke tempat Panda. Memang teruja sangat. then tengok ikan2 emas yang bermacam2 jenis. Memang teruja tengok keindahan ciptaan Allah. Alhamdulillah kami diberi peluang untuk dapat melihat ini semua. anak2 dan bapa anak2 naik lah rides 2-3 jenis kat sini. maklang pun ikut serta, tapi atok dan wan tak naik laa...cuma berehat2 tengok2 apa yang ada kat Ocean Park. Memang tempatnya tersangat besar dan terbahagi kepada 2, satu kat sebelah bukit sana dan dapat pergi kesana dengan menaiki cable car. Ada kot 2-3 km jauhnya...seriau dan kecut perut masa mula2 naik tu...nak2 bila melalui cerun2 bukit dan atas lautan....tapi Alhamdulillah semuanya seronok kat OP.
ada show jimnastic kat situ
harimau pun didecorate...belakang ada hot air balloon tapi tak leh naik kerana angin kuat
setakat ini sahaja...maklang akan updet bila datang seru lagi...Stanley market pula...
selamat berhujung minggu....:)
1 comment:
best nyaa.... suka tengok panda tu.. cute sangat kan..
Post a Comment