InsyaAllah kurang dari 24 jam dari sekarang, kami akan memulakan perjalanan pulang ke Kerteh. Perasaan bercampur aduk...sedih ada, suka pun ada. Tiba2 malam tadi rasa sebak sangat nak tinggalkan anak sulong kat sini sendirian....Nak buat macamana..dah tentu dia kena belajar di sini. Doa aje yang mak tinggalkan utk bekalan dia di sini. Moga dia berjaya cemerlang mencapai cita2 dia yang murni, InsyaAllah..
Semalam maklang ke pasar chow kit lagi. Pendek kata tiap2 wiken pergi. Semalam pergi pun sebab nak beli sedikit bahan utk di bawa pulang ke Kerteh. Memandangkan harga barang jauh lebih murah di sini, apasalahnya nak bawak balikkan. Mulanya nak beli daging aje. RM12.oo sahaja berbanding RM 20.00 di Kerteh. Tapi daging segarlah di Kerteh. Tapi buka beli terus masak, masuk fridge jugak mula2 kan. Bukan daging aje yang dibeli, ikan2 pun maklang beli. Dapatlah bekalan utk semiggu. Ikan terubuk yg payah nak dicari pun maklang beli semalam. Alhamdulillah...
Balik pasar, mulalah memasak. Nak tinggalkan utk Along. Nasib baik fridge dah besar, or else, payah laa sikit. Dapatlah masak serba sedikit...Alhamdulillah...Lepas dah selesai masak, mandi, solat and lepas tu terlena kejap semalam. In the end makan tengahari pukol 6 agaknya bila Cik Abang balik dari kerja...
+++++++++
Itu cerita semalam...2 minggu maklang tak bersiaran..or was it 3 minggu...dah lupa jangka waktu. Malas nak bukak pc ni...lagipun terkejar2 masa nak menyiapkan pesanan kawan yang menempah agak banyak. Alhamdulillah..Dia nak siap semuanya b4 Christmas. Alhamdulillah semalam Cik Abang dah pos lajukan ke JB. InsyaAllah kejap lagi sampailaa kat tuan dia...TQ WSL ...dia kata nak lagi tu...:)Alhamdulillah...
l
Antara yg di tempah WSL...puas menjahit...ada lagi yang tak masuk sini sebab tak di ambil gambarnya...Cushion chairback tu maklang buat set of 6, 4 utk kerusi biasa dan 2 utk kepala meja laa:)...tapi seronok tengok bila dah siap...and bila dapat fulus mmg laa lg suka:)
Tapi dalam pada maklang sibuk menjahit..sempat jugak mencelah nak gi shopping sikit2. Shopping utk baju raya...nasib baik puasa dah habis ganti. Kalau tak beli sekarang, entah bila nak dtg KL selama ini. Kalau dtg pun 2 hari jelaa max. Sibuk ngan Along etc, nak enjoy2 shopping tak sempat laa nnt.
Sempat juga attend juara mencipta lagu kat Wisma TV RTM. Aunty Rohani kawan baik pada Kak Habsah Hassan yg ajak. So, kami menyibuk laa...Ada Muaz...masa pengenalan tu dengar suara dia aje...macam kenal . lama2 bila dia introduce nama dia baru lah perasan...ni lah dia org yang selalu teman maklang tiap pagi masa maklang hantar anak2 ke sekolah...Tak sangka kami nak masuk rancangan siaran langsung. Mulanya ingatkan nak dengar orchestra RTM aje. Tau2 malam tu glamourlaa kejap..masuk TV banyak kali kata anak2...almaklum duduk 2 row belakang Tan Sri Azman, chairman (?)Ambank. Ziana Zain duduk belakang Tan Sri...Wah...camera asyik2 fokus kat kami je...hehe...Sampaikan dapat sms laa dari Ina kat UAE...gelihati sangat! Best2 lagu2 yang dinyanyikan. Kata Kak Chah, lagu2 yang masuk final tu dah dipilih dari 3000 buah lagu yang dicipta..
teruja Cik Abang sy bergambar dgn Ramli MS dan Kak Chah...Dua2 ramah org nya...:)
Wah...maklang pun teruja...
dengan M Nasir pulak Ni dgn Ferouk (?) penyanyi lagu yg mendapat tmpt ke 2
Ok laa takat ni dulu...ada keje nak buat. InsyaAllah maklang cerita tentang Reunion Class of 81 SIGS dan pertemuan dengan Jun expert buat Cup cake..yg ada link kat blog ni...TQ Jun for wanting to meet us...TQ also for the gift:) and the food:) nanti kita jumpa lagi...seronok dengar kisah2 menarik Jun tu:)
2 comments:
Seronok pulak teringat time2 masa pergi shopping and RTM tu.
Esok malam I ada birthday party to go to dengan Minmin la... ke rumah Auntie Chah.
Rindu kat Icop... :((
-Alang-
Salam dan selamat tahun baru...
Post a Comment