Wednesday, March 14, 2012
2 minggu
Assalamualaikum...
Hehe 2 minggu..2 minggu ku membisu...tapi tak gak bisu sebab since semalam dok terjerit kat budak2 ni yang tak abis2 ngacau si Minmin..Memang seronok betul kalau kacau budak ( hehe ..mak pon sama gak sebenarnya.) time mak yg ngusik tak pe...time anak ngusik mak pulak marah sebab tak leh nak buat keje bising2 ni tau...I ni penyenyap time bekerja...serabut pon tak boleh..bila riben dah mula serabut mesti nak kena berenti kejap, kemas2 and continue menjahit...samalah masa keje kat opis dulu..sanggup kemas meja yg serabut b4 nak continue buat keje2..nak2 time keje banyak...banyak camana kalau meja serabut macam tak leh nak pikir:)
maklang agak sibuk macam biasa laa 2 minggu yang lalu. mana tak nya..nak kejarkan pesanan kawan yang tak siap2. banyak dia tempah. tu yang buat malas nak menaip kat blog. biasalah kalau dah melekat kat sini, sampai dekat 1 jam baru selesai. Tapi hari ni maklang kasi chance kat diri sendiri rehat kejap sementara menunggu darling balik lunch. dah siap buat ayam masak merah dan goreng sayur pagi2 tadi. mmg suka masak awal2 pagi supaya tak mengganggu kerja2 menjahit maklang. hari ni pulak tak ada kelas agama, makanya terus aje kat mesin jahit dari pukul 8 pg tadi sehingga dekat2 pukol 12;00 tadi. Alhamdulillah banyak jugaklah yang bersambung. 7 buah messenger beg, tinggak letak tali dan kemaskan butang etc. harap2 boleh continue besok pulak. lepas2 lunch ni nak selesaikan sikit je lagi jahitan semalam. kena jugak nak mula jahitan baru hari ni tapi tak tahu laa larat ke tak sebab mata and badan cam layu aje. tido lewat bangun awal:)...haaa..rasakan..sape suruh minum nescafe pukul 10:00 mlm...hehe..
khamis lepas kami ke KL. Mulanya ingat darling ada meeting hari khamis diKL. cadang2 nak kasi anak2 cuti awal je..hehe..tapi nasib baik meeting dia kensel. so hari khamis petang kami bertolak ke KL dan seperti biasa mulai hari selasa, maklang dah menyibukkan diri masakkan anak sulong. Alhamdulillah dapat laa beberapa jenis lauk yang siap. Elok je kita selesai masakkan dia lauk, dia minta mak dia buatkan carrot cake. punya lah malas nak buat, tapi nak buat macamana, ikutkan jelaaa...bila lagi nak bermanja tu kan...siaplah cupcake carrot dalam 50 bj. tapi belum apa2 angah dah bedal 3 biji, abah pon sama. last2 maklang kata...jgn makan lagi..ada yang tempah tu..hehe...or else entah berapa biji mereka bedal:)
Hari Jumaat, pagi2 dah meredah chow kit. biasanya wan yang belikan dan terlanjur ada masa, pagi Jumaat sebelum kakak balik Kg. Pandan, kami singgah kat Chow Kit. Dapatlah beli ikan2 bilis, lada kering, udang kering dan ikan kering serba sedikit utk nak bawa balik nnt. Thank you to Cik abang kerana sudi menunggu. Sempat jugak hangkut lada merah yang harganya separuh dari harga kat Kerteh. Terasa sungguh kemahalan barang2 di Kerteh ni. huhu
Dari situ, kami ke Ara Damansara ambil barang yang maklang beli online. Hangkut Corelle 4 kotak. Hmmm tak muak2 ngan Corelle...Penyakit betul! Abang sempat juga nak meronda tengok kondo yang dia minat. Minat jelaaa...beli? tak kot:)
Petang , Cik Abang layan anak2 ke i City. Maklang duduk rumah menjahit. dapatlah siap yang kecik2 3-4 biji:).
++
Sabtu sibuk jugak. Kami ke Rawang attend wedding babah. Alhamdulillah sudah bertemu jodoh babah setelah arwah mak enon pergi lebih 7 bulan. Arwah pesan, kalau dia tak ada, minta babah
nikahi jiran lama meraka yang juga kehilangan suami lebihkurang 3-4 bulan sebelum arwah mak enon pergi...kalau dah jodoh kan...moga mereka berbahagia hingga ke akhir hayat..amin..
dari situ kami pulang kejap utk solat then bertolak ke Rumah anak yatim AlKauthsar yang terletak di Bangi. Alang nak sambut birthday Yusof kat situ. Sedih dengar cerita tentang anak yatim kat situ. Ada yang sudah mulai keje sejak umor 5 tahun. Cuci besi yg upahnya cuma RM1 sahaja sehari. dan duit yg dia dapat pun diambil ibunya....kesian sungguh. malam tu kami tak kemana..berehat aje...:)
ahad pagi ke GM plaza. yg dicari tak jumpa,yg lain pulak di hangkut balik:)
bakal menjadi beg kecik maklang..
dah sampai kat tuan dia last week:)
Ok takat ni dulu..ngatuk laa pulak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Hi maklang pekabor...saje singgah bblogwalk dan baca entry2 sini...hehe..jumpa lagi
Papa-NtiQ, maklang kabar sibuk and tak berapa nak sihat ari ni...selsema sikit:(. TQ visit maklang...
Post a Comment