Assalamualaikum
Semalam tak ada mood nak update. Maklang tidur awal malam tadi. Penat dan tension agaknya.
Kereta kecik Along yang baru aje balik dari spital last week kena sakit kuat lagi semalam. Alahai...macam terobek hati maklang bila tengok pintu belah driver terkepak ( terkaypak) tak leh nak tutup. Adalah salah seorang yang tak ada lesen saje2 turun kan handbrake and put on reverse dgn pintu kereta terbuka! Lepas tu kereta tu undur laa...and yang malangnya pintu tu mencalarkan kereta kat sebelah dia. And juga the bumper yang baru betul tak dan 2 bulan. Sungguhlah malang mmg tak berbau! Innalillahiwainnailahirojiun...Tapi syukurlah tak ada apa2. Terkejut jugak dengar anak2 menjerit semalam. Kejadian cuma di garaj rumah sahaja! Hmmm....duit kalau nak keluar tak kira masa kan...Tak apalaa asal anak2 tak apa. Itu sudah seribu rahmat. Alhamdulillah. Tengahari tadi Cik Abang dah bawa kereta kecik tu ke spital dia..huuhuuu..sian kete kecik tu..Moga lepas ni tak ada apa2 laa.. Maklang nak amek gambar pon tak sampai hati..:(
Sebelum dari kejadian sedih tu, Cik Abang ada buat steak. All on his own. So, tukang masak biasa dapat cuti dan merajinkan diri menyiapkan jahitan:) Alhamdulillah...
Hari ini pula pagi2 maklang dah mengkuew teow...Alhamdulillah walau pun lembik sikit sebab dah dicerai beraikan dan disimbah air oleh kakak...Kuew teow kalau dah masuk esbok dan dicuci memang lembik nyek bila di goreng. Tapi kalau digoreng cepat2 taklah dia hancur...:)
Then terus aje masak simple2. hari ni bendi rebus asam dan ikan kerisi berlada je. Lain2 maklang panaskan lauk2 yag banyak dalam esbok tu.
Lepas tu apalagi...sessi menggunting kain utk persedian kelas nak buat
beg besok dan juga gunting2 kain2 tebal utk ada yang tempah...Dapat lah
maklang siapkan juga separuh jalan sebuah beg dan separuh jalan 6 bj pouches. Dan
yang best sekali hari ni setakat ni 6 buah pouches lagi susah siap
disulam:) Alhamdulillah... ( ada lagi 23 buah plus 100 lagi huhu)
Insyaallah kalau mata larat nak gak jahit 1 lagi...:)
Setakat sini dulu..rajin2 lah dtg melawat sini :)
Sunday, May 6, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment