BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 13, 2012

Tak produktif

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...walau pun hari ni maklang tak ada menghasilkan apa2 dari RE...maklang rasa bersyukur kerana dapat buat benda2 lain...


Semalam seharian melayan RE so hari ini maklang tak layan RE...tapi rasanya kejap lagi memang kena layan. Semalam dah ada orang tanya bila beg dia nak siap. Tadi petang baru nak gunting...


Hari ni memang tak pegang lagi. Mabuk batik tadi pagi. Semenjak musim panas ni memang lah kerjanya pakai kain batik dengan baju pendek aje. Memang tak semonggah. Tak kuasa nak pakai cantek2 kat rumah. Asal bersarung sudah. Teramat panas sangat. Tak kiralaa kalau baju dah lusuh pun. Sauk jelaa asal rasa selesa dan sejuk. Sorilah nak pakai baju lengan panjang ni.

Sebab sedap pakai kain batik musim2 panas ni, maka sejak hari jumaat maklang dok pakai kain batik yang dijahitkan getah. Tadi pagi marathon menjahit sampai 6 helai. Alhamdulillah siap...

 

lepas  lbhkurang 2.5jam siap 6 lai..oklah kan:)

Selesai menjahit, maklang gi buat grocery dengan Along. Sempat gak singgah kat Romantika. Dapatlah beli bekas2 utk nak isi bahan2 jaitan maklang yang sekian lama bersepah2...dapat juga beli hadiah utk cikgu lelaki. Yang utk perempuan dah dibeli masa kat KL aritu. Kena cepat2 sebab belum masak and darling dah nak balik lunch!

Cik Abang nak keKL pulak tu. So, memang kena cepatlah. Alhamdulillah bila dia balik maklang dah siap masak. Paling senang sebab buat paprik udang je:). Lepas hantar Cik Abang ke pejabat, ( dia nak terus ke airport KT dgn taxi dari ofis), maklang sempat singgah menyopping tupperware. Baru aje cik abang kata...wah abang tak de ni sure nak merayau kan...hehe..belum pon dia terbang, isteri tercinta dah merayau dah...pastu satu sen tak bawak!. Bukan apa kedai tupperware tu kat laluan nak balik rumah aje...Alhamdulillah apa yang diidamkan dapat. Maklang teringin nak tambah koleksi tupperware besar2..konon2 senang bila nak buat makan2 kalau ada yang tempahan...InsyaAllah...:)


Petang pulak gi ke MM gi ambil langsir, beli wrapperlaa...etc. Dari MM pegi ambik sikecik. Alhamdulillah kete2 yang cedera aritu dah balik kat rumah...Hmm...pening kepala bulan ni pikir pasal kereta...Tak apalah asal tak ada yang cedera dah bersyukur banyak pada Allah...Alhamdulillah...

 Bila mklg call Cik abang if dia dah sampai KT, dia kt meeting dia cancel...dah dia dah sampai Marang bila dapat tahu meeting kensel...So berpatah balik laa ke Kerteh. Sian dia penat. Tapi tak pelaa...suka kalau dia ada rumah...kalau jauh2 ambe tak suka:) Alhamdulillah...



Oklah...nak bersiram ..dah lewat dah ni...:) sehingga berjumpa lagi jika umur panjang...:)


No comments: