Assalamualaikum...
Kejap betul kalau Friday. Tau dah malam je..Mana taknya bertugas dari pagi tanpa henti. Lepas Subuh cleanup the room, then siap2 untuk ke pasar tani dengan Kakak. Since Cik Abang tak ada hari ini, kenalah Cik Adek ambil tugas. Nak pergi sorang tak boleh dah sekarang. Siapa pulak nak tolong angkat barang. Kalau Along tak periksa mungkin dia pun nak ngekor. Hujan rintik2 pulak pagi tadi. Terpaksa berpayung. Off late ni, kalau kena ujan sikit je demam. Nampak sangat dah senja...Tapi doa2 moga panjang umur ...dan diberikan kesihatan yang baik...Amin
Cantek pemandangan kalau lepas ujan..hijau betul...:)
Lepas dari pasar sempatlah breakfast sekejap sebelum berkejar hantar Along ke sekolah sebab cikgu buat kelas tambahan untuk add math. Besok pun ada. Moga anak2 yang ambil SPM berjaya dengan cemerlang dan terimakaseh banyak2 pada cikgu2 yang banyak berjasa mengajar murid2. Moga ALlah beri cikgu2 balasan yang setimpal dengan segala usaha cikgu.
Maklang marathon memasak sambil2 membersihkan lauk pauk yang nak disimpan. Disebabkan hari kerja maklang sibuk dengan Along periksa jadinya tak sempatlah nak masak pagi2. So, maklang masak lah tadi serba sikit supaya nanti boleh lah dihangatkan. Senang sikit. Dah kakak tinggal sorang tak bolehlahsemenya dia nak buat. So, tadi...nilah yang maklang masak..seme nya serba sedikti. Ada untuk nak dimakan, ada untuk nak dibekukan.
Siap kat dapur, rehat kejap and then meyupir kak long balik dari sekolah. Sempat jugak pegang mesin dan sejak lepas lunch tadi maklang dok mengadap mesin. Alhamdulillah siaplah dekat 30+ pouches. Lega sangat. Bab nak masukkan riben dia maklang mintak tolong anak dara no. 2. Sambil2 tengok cerita Korea, boleh lah dia siapkan.
Disebabkan maklang asyik melayan pouches ni, banyak RE lain yang terpaksa tolak tepi. Tuan2 dia ada yang dah bertanya...Maaflah eh...siaran tergendala kejap. InsyaAllah by 30hb ni maklang akan pegang balik yang berkenaan. Ada jugak org tempah apron yang due cukup bulan 12 nanti...Camana lah nak jahit 30 helai tu...?? Moga ada kekuatan InsyaAllah...
Ingat nak buat beg untuk host mother Angah..masih dalam pemidang lagi..Nak kena siap by besok sebab lusa Angah dah bertolak ke KL sebelum dia terbang ke negerimatahari terbit.
Ini pula yang maklang kena buat sekali lagi sebab hari tu tak sempat buat untuk Cikgu Along yang rose...sebab ada last minute tambahan...So maklang amek je kawan punya dulu. Lagipun dia nak bulan 12 nanti..
Ok lah setakat ni dulu. Nak gi tengok apa yang bunyi bising2 kat bawah tu. Kakak tengoh ketok2 ayam kot. Cik Abang nak makan lemon chicken bila sampai dari KL nanti. Icop pun ikut sama...Wiken ni meriah lah rumah kami. :)
Friday, November 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
terliur dengan lauk pauk tu hehe
Salam Mak Lang.
Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Along good luck for the rest of the SPM papers.
Dah musim tengkujuh ke di sana?
Post a Comment