BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 19, 2010

Salam aidil adha

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlewat lagi untuk maklang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua. Moga tahun ini membawa berkah buat kita semua. Untuk yang nak berkorban, mungkin sudah pun selesai. kalau belum masih ada sehari lagi untuk berbuat demikian. Dan syukur untuk yang kurang bernasib baik, yang cuma dapat makan daging setahun sekali, telah pun mendapat rezeki makan daging dari org yang berkorban.

Alhamdulillah kami juga dapat sedikit daging korban dari kawan yang berkorban tahun ini.

Persiapan untuk hari raya tahun ini amat sederhana sekali. Tak ada preparation sangat. Memandangkan maklang masih bekerja pada hari Selasa, maka persiapan utk nak masak rendang telah pun maklang buat pada hari Jumaat lepas. Malangnya rendang tahun ni tak cantek macam selalu. Mungkin tak ada mood kot. Sebab nampak rendang tak ceria, masa Selasa lepas, maklang minta bibik tolong tambahkan sedikit santan dan kerisik lagi. Alhamdulillah...boleh di makanlaaa:). Untuk ayam serai pula, maklang minta bibik gorengkan ayam separuh masak. Masakan lain2 seperti lodeh, sambal kacang dan ayam serai ( ladanya), maklang buat pada pagi raya. Alhamdulillah sempatlah masak sebelum nak mengekor Abang ke masjid:). ShukurAlhamdulillah...

Nasi impit tahun ni memang cantek sangat bibik buat. Guna kelonsong yang diperbuat dari aluminium dan direbus. Lembut sangat...:)


Baju raya pun tak ada sibuk2 nak buat. Baju Abang dan Hakim dah siap pun masa buat baju raya puasa. Baju maklang dan anak2 tak prepare mana pun. Nak jahit sendiri memang tak sempat. Tau2 2 hari b4 raya, tailor maklang call beritahu ada baju dah siap. ALhamdulillah.. Maya pula pakai baju yang dari kak titin. Sehari sebelum raya kakak bagi dia jubah yang kakak bawa dari Indonesia. Alhamdulillah semuanya berbaju baru pada pagi raya. Dalam pada tak prepare apa2 langsung seme dapat baju baru..itulah rezeki namanya..:)


Macam biasa, lepas solat kami makan bersama. Then lepak2. Gambar pun tak ada tahun ni. Semenya malas..boleh gitu??. kalau ada pun gambar yang tak bertudung, so tak leh lah nak publish kat sini... Lepas lepak2 kejap, maklang menonton. and as usual, pegang jahitan. Abang dan anak2 ke MM nak gi tukar battery calculator Kaklong in preparation for her SPM. Moga dia berjaya hendaknya...Amin...

Kawan maklang dtg hantar daging korban dan kami ajak dia sekelaurga menjamu selera dengan makanan yang sederhana..

After zohor kami ke rumah Pak Omar. Memang lazimnya pada raya haji, kami akan ke rumah Pak Omar. Cik Yah masak nasi dagang. Bagi maklang yang tak pandai masak nasi dagang ni, makan lah dengan seleranya...

Petang lepas asar, kami bersama Hakim, Maya dan bibik bertolak ke KL.The flite was smooth. Sedapnya tido mungkin sebab penat menjahit beg2 baru terasa. That was the most lena sleep that I have had since the last few weeks. Kami tiba 9 lebih. Wan jamu kami nasi lemak, dan kami jamu atok, wan dan alang nasi impit, lodeh dan rendang serta ayam serai...Alhamdulillah..



Petang ni maklang dan Abang aje yang akan balik. Hakim and Maya decided to stay here until next week. Bibik pula akan tinggal kat rumah alang until her maid arrives ( maid alang yang baru datang decided to kabur...biasalah maid2 ni ilang2...kesian alang..)




ini aje gambar yang ada, macam ayam lentok semuanya...he..he..sebelum menikmati nasi dagang Cik Yah

InsyaAllah dalam masa terdekat maklang berangan nak cerita pasal graduasi along. Time is really flying too fast. tak sempat apa2 dah cukup minggu. Hmmm...ni pun nak kena balik pada jahitan. Pouches utk wedding nak kena siap by the 30th. Insyaallah ada masa akan updet lagi:)
In the meantime..enjoy your weekend:)

5 comments:

My Life My World said...

Salam Aidil Adha untuk Mak Lang sekeluarga :)

Mulan said...

good luck along...!!!!

Izariza said...

salam maklang,

seronok dengar bila semua dapat baju baru, yeayyy! :D

Salam Zulhijjah ..

maklang said...

MLMW:

sama2..lama tak nampak?

maklang said...

Mulan:

TQ

Izariza:

Salam Zulhijjah..

memang seronok...dapat baju baru...:)