Assalamualaikum...
Sekejap aje dah Ahad semula...and I do not like Ahad so much...hu hu...
Semalam seronok. Hujan sepanjang hari. Maklang tak berapa perasan samada lebat sangat atau tak. Tapi memang sejuk cam kat London rasanya. Macamana nak perasan lebat ke tak. Seharian maklang duduk terperok kat celah bilik atas kerusi feberet maklang. Melayan jahitan lah sambil2 melayan Cik Abang tengok TV...Alhamdulillah banyak yang siap. Masak pun mintak kakak yang buatkan steam siakap and goreng sayor. Maklang buat breakfast nasi goreng. Makan pun dah tak leh banyak2..Kena jaga sebab cholestrol tinggi you. Takut pulak.
Malam tadi jugak maklang siapkan 2 pouches dia sebab nak tunjuk kat tuan dia pouches dia. Senang dia boleh pilih kaler yang mana dia berkenan, sebelum maklang meneruskan misi menjahit
Ini pulak carnation utk beg telekong. Lama dah kawan ofis maklang tempah, baru semalam dapat pegang..
Banyak jahitan terbengkalai yang maklang dapat siapkan...Memang teruja. Maklang pun dah potong baju untuk nak pakai masa wedding Wani nanti. So, sekarang ni tengah mencelah mengRE sempoi2 untuk baju sendiri. Kain batik utk pakai ngan baju kosong pun tak berjahit lagi. Berangan hari Selasa ni maklang nak siapkan, baju maklang, Maya dan satu lagi, samada Along or Angah boleh lah pakai. Baju Hakim tak ada purple, mungkin dia pakai pink kot. Baju Darling maklang sepasang ngan kain maklang. Kami beli masa kat Indonesia beberapa tahun yang lepas, ni baru nak pakai...:)
Tengahari tadi makan mee kari. Maklang buat pakai santan kotak sebab nak cholestrol free konon. Pekat pulok...Tapi anak2 and darling I enjoy je nampaknya makan. Lain kali kalau buat nak pakai fresh milk je...macam kat US dolu2...
Petang tadi kami gi makan kat BK. Tengahari tadi Along dah pujuk Abah dia suruh belanja makan kat situ...Layan jelah anak manja sorang tu. Maklang share aje satu Whopper dengan Cik Abang..kenyang lagi...( hmmmm sape lah melepaskan gas ni...bucuk giler...nak menaip pun rasa nak muntah!)
Tu budak yang ambil SPM...mana2 pergi mesti dia hangkut buku dia..Moga lulus dengan cemerlang hendakNya..Amin..
wah Cik Abang..enjoy...
Tu...sedapnya makan...
Oklah setakat ni aje...tak ada apa nak cerita laa...RE lambai2 tu, takut nanti baju maklang sebelah aje yang siap!
Sehingga berjumpa lagi besok atau lusa atau tulat...atau bila2 ada masa dan rajin nak updet!
Sunday, December 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam maal hijrah....
wahhh ... ter4uja betul saya tgk sulaman riben yang indah2 tu! (entah bila nak belajar buat ni haha)ok mak lang .. selamat melunaskan kerja yang tertunggak .. moga langsai deh! :D
salam maal hijrah..dan semoga berjaya dengan cemerlang anak mak lang yang spm tu..
Post a Comment