BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

Bizi bizi

Assalamualaikum…

Selamat berhari Jumaat…Waaaah…seronok ek, cuti hari ini. Tapi bagi kami di Terengganu biasa aje sebab Jumaat memang hari cuti untuk kami. Semalam masa maklang cek kat email office dari rumah ( sebab I kan Mc..), HR ada hantar email kata yang cuti yang kerajaan dah umum tu, tak ada replacement hari ahad sebab ofis KL mmg dah cuti Jumaat, so nak selaraskan, cuti umum digantikan jadi cuti tahunan….hmmm sedih gak sebab ingatkan anak2 tak sekolah, tapi mak anak kena kerja. Office Cik Abang memang ganti dah….so tinggallah mak aje yang kerja. Tapi bila petang bukak lagi email, HR hantar revised email kata, cuti pulak sebab Terengganu dah umum cuti umum on 2nd tu…Yeay…


Malam semalam tak sempat nak updet. As usual sekarang ni cepat dah ngantuk. Dok makan ubat je kot sebab tu. Plus penat agaknya.


Semalam ingatkan bolehlah berehat. Tapi Alhamdulillah…maklang tak berapa batuk dah. Alhamdulillah ubat yang Dr Raj bagi tu sesuai ngan maklang. Sikit2 adatlah , InsyaAllah by the time habis makan ubat, batuk dah hilanglah hendak Nya…


++++++++

Pagi semalam, maklang ingatkan nak masak dulu sebelum bawa anak2 yang 3 ke sekolah. Hmmm..terlewat lagi. Gara2 makan Zrytec. Memang out terus! Tak sempat nak masak sebab kakak pun baru aje keluarkan ayam! Berdengkang kerasnya. Nak potong kecik2 bite size memang lah tak dan! So maklang potong aje bahan2 lain. Siapkan. Nanti balik dr sekolah boleh masak. Dalam hati, kol 10 dah boleh balik.

Unfortunately, masa sampai kol 9 ( dah lambat 1/2jam!), rupanya ada taklimat. Tapi tak lama lah. Kol 10 baru keluar. Dahlah dtg lambat makanya dapat no.13 laa. Maya masuk kelas 1 inovatif. Mula2 tgk list ada 46 students. Semua yang dapat 5A dari sekolah rendah Rantau petronas, semua masuk situ. Tapi cikgu kata ramai yang keluar ke sekolah berasrama. So, tinggal Cuma lebihkurang 13 aje kot ( masa maklang register tulaaa).PK Hem, Puan Hajjah Helmiyah tengah bagi taklimat sementara Puan Hajjah Jamilah...tengah gode PC ...apa masalah tu Cikgu? Puan Helmiyah baru aje bertukar ke SMKRP. Dia pun dulu, satu kelas ngan maklang masa sekolah menengah ...Alhamdulillah boleh dia pantau anak2 maklang jugak...kecik nya dunia...:)



Selesai kat skolah ingat singgah jap kat MM. Nak cari kain utk tudung Maya. Bukan apa, kain yang maklang beli mula2 tu payah nampaknya Maya pakai pagi tu. Kainnya nipis , so kat atas kepala tu tak berapa cantek. Tak apalah , nanti senang petang ni jahitkan lagi 3 yang baru. Kita jahit sendiri insya Allah taklah payah keluar duit utk tempah. Kain Angah pun kena jait jugak tapi tu tak urgent sebab kain Along ada. Nasib baik size sama.

Then ke TMC, shop sikit and by the time tiba tumah dah almost 12. Masak pulak! Nasib baik Angah tolong. Or else entah bila boleh makan. Lepas masak, sambung pulak buat kacang pool, then lunch, then masak pulak pasta. In the mind, thinking kak liza nak datang and petang memang tahu Kak Asmah nak dtg. As usual, kalau nak ada org datang, takut lah makanan tak cukup. Lagipun anak2 ni kalau tengok makanan yang dia suka…dia tak kira..:). Tak lah penat sikit untuk anak2.
our lunch yerterday, lauk campak2...:)

Terkejut maklang, masa tgh buat pasta, tak aleh2 mak Enon kata dia nak balik. Laaa..maklang ingat dia nak balik Jumaat! Sedih gaklah macam abrupt sangat. Puas pujuk baba tapi baba berkeras nak balik. Dan Kak Liza pun tak jadi datang sebab tujuan utama dia nak dtg is nak jumpa Mak Enon…:( So, kensellaaa…


Kak Asmah and abg Man tiba kol 6 lebih. Lepas mereka solat, maklang jemput mereka makan…Seronok tau kalau kawan2 yang dtg makan masakan kita. Tak kiralah sedap ke tak, janji ada usaha nak jamu kan. Alhamdulillah tengok Kak Asmah suka kacang pool tu. Siap Tanya resepi sekali!

Kak Asmah dan Kak Asmah, having late teatime...1st time makai kacang pool!


my pasta hentam..entah apa rasanya...Hakim pun menyebok makan sekali lagi..
My kacang pool set...enjoy looking aje lah ye teman2 alam maya...:)

Lepas mereka pulang, maklang mulalah menjahit lagi. Sekarang pouches dah yang ke 53/100. Harap2 long weekend ni bolehlah maklang siapkan 20-30 RE…barulah boleh bernafas lega…Masa ke MM semalam tu, kain maklang pesan dari Kamdar Kuantan tak ada. Maka mengkoreklah perca2 kain yang sama dgn harapan cukuplah nak buat lagi 14 buah dgn warna yang sama. Dan berkat doa, cukup2 je. Legaa...ni pun nak kena kejar jugak sebab ada pulak beg due 12th ni.... Untuk alas katil pengantin pun kainnya belum dapat lagi...Nasib baik lama lagi baru nak siap...