BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 21, 2010

Majlis bertandang Wani @ Penang

Assalamualaikum...


Apakabar? maklang lama tak bersiaran sebab maklang dah seminggu lebih tak sihat...Memang lepas khenduri kat rumah Wani , maklang sakit. Pergi kerja pergi jugak, tapi kat ofis kepala senoneng semacam. Tak larat sangat sebab dok telan ubat batuk.


Agaknya sebab maklang terperanjat lepas jatuh kat masjid Kemaman. Tak nampak ada air kat pintu nak masuk dalam masjid. Tak pakai cermin mata. Lepas ambil wudhu menuju keruang solat ada tangga, masa tulah maklang tergelincir, langsung slide uncontrollable and langsung macam orang ski, jatuh terlentang. Maklang baring je terus kat situ kejap. Ada jemaah yang nak tolong, tapi maklang baring. Takutnya Allah aje yang tahu. Sebab maklang memang sangat berhati2 ketika berjalan. ALmaklum kita ni dah ada problem slip disc. Naudzubillah kalau tak boleh jalan...Ya Allah aku mohon bantuan Mu Ya Allah berilah aku keselamatan dari benca musibah dunia dan akhirat. Amin...


+++++++++++++


Last Thursday, maklang ke KL. Nak menuju ke Penang kerana ada majils bertandang Wani. Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Kami tidur semalam di KL dan bergerak ke Penang petang besok. Memang lebuhraya sibuk. Agaknya hujung minggu. Hujan pulak lebat. Takut aje. Maklang yang dok telan ubat batuk aje, memanglah mamai2 je. Alhamdulillah kami tiba menghampiri jam 11 malam. Atok dan Wan serta ahli keluarga yang lain dah tiba awal.


Tak kemana pun. Memang berjalan2 sekitar hotel aje. Memang meriah lah bila semua dah berkumpul. Maklong and family, Mak Ngah and family, Mak Teh and family, kami seluarga, pak Chu dan Mak De sekluarga semua ada. Datok sudah pasti tak ketinggalan sebab ini cucu pertama datok kawin. Dapat orang Penang...Alhamdulillah..:)_


Kami kerumah pihak lelaki tengahari Sabtu. Memang sedaplah makan tu. Sebab Cik Abang duduk kat meja pengantin, maka kami semua dapat merasa lauk pengantin. Mana tidaknya, Cik abang siap serve untuk semua kaum keluarga yang duduk dimeja depan meja pengantin. Lepas majlis berlangsung, kami balik ke hotel. Apalagi, bila perut kenyang, mata pun senang nak lelap!




Malam kami makan at Subaidah. Kali ini trip Pak Teh dan Cik Abang pulak yang jadi host. Thanks Pak Teh and Cik Abang...he..he..moga murah rezeki semuanya.

Ahad pagi anak2 sambung berenang lagi. Maklang dan Cik Abang sempat gak ambil angin kat tepi pantai. Jalan2 pimpin tangan kat tepi pantai...lama tak jalan tepi pantai...bukan lama tak pimpin tangan tau..he...he...

Tengahari kami semua check out. Lepas makan, anak2 nak naik feri bila balik ke tanah besar. Kami jumpa balik Pak Teh and famili...hmmm...walhal merka cek out dulu...biasalah anak2 ni, kalau dah jumpa, havoc balik kat atas feri. Nak2 si Pipa yang ever so peramah. Ajim nampak takut sangat...asyik pimpin tangan mama aje...Kami berpisah lepas kat tanah seberang, masing2 menuju haluan masing2.


Perjalanan agak slow sebab ada accident dekat ngan kuari ...entah km keberapa entah. 3 tempat R&R kami rasa nak berenti, tapi semuanya packed. Last2 berenti kat Tapah. selit2 parking sebab jam dah 5 lebih dan belum bersolat lagi. alhamdulillah, hasrat nak bersolat dapat dilaksanakan. Dan selepas memborong buah2an kami pun bertolak menuju KL. Dan selamat tiba jam 7:30pm.


Hari ini maklang masih cuti lagi. Walau macamana pun, batok masih ada dan badan tak berapa nak kuat. Kadang2 masih terhoyonh hayang melawan kuatnya ubat batuk.

Maaf tak dapat nak letak gambar banyaksebab ni pakai pc Cik Abang. nanti dah balik rumah dah pakaiPC maklang, InsyaAllah bolehlah tepek gambar lagi,...:)

Ok sini dulu, nak siap2 masak jap and then nak siap ke KLCC, nak bawak anak2 pergi Petrosains...Hakim lama dah mintak nak ke situ sebab kakak2 dia semua dah lama dah sampai petrosains...:)

5 comments:

Unknown said...

salam,
lepas ni kena lebih berhati2 maklang... kalau boleh naik tangga masjid ni kena pegang handrail sentiasa, lagi2 dkt dgn tempat wudhu'...

seronok la hakim tu dpt gi petrosains...

Acik Erna said...

salam mak lang..semoga cepat sembuh..memang teruk kesan jatuh ni mak lang,..akak jatuh ahad lepas..sampai sekarang..kesan sakitnya masih ada lagi..

zareda said...

sambil menghantar pengantin sambil dapat berjalan lihat tempa orang kan mak lang...

maklang said...

zhr..

tq...kerana ingatkan maklang. kebetulan masa hari tu, tak ada pulak railing yang nak dipegang..:(

maklang said...

kak erna..

memang teruk. sampai demam!