BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label celebration. Show all posts
Showing posts with label celebration. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah 1 Muharram 1433 dah hampir menutupkan tirai. In fact waktu ni pun dah masuk 2 Muharram. Maklang dan keluarga sempat lah membaca doa penutup tahun 1432 dan doa awal tahun 1433. Cik Abang yang mengetuai doa penutup tahun dan kemudian kami mengaminkan doa kat TV jugak. Atok ke surau, sementara kami anak beranak bersama Wan dan keluarga Busu hanya di rumah. Busu pun tak ada di rumah.

Alhamdulillah 1432 yang berlalu telah ditempuhi dengan tabah. Kalau ikutkan banyak jugak yang dilalui terutamanya dalam soal kerjaya. Siapa sangka tahun 1432 ialah tahun terakhir maklang akan meninggalkan jawatan sebagai jurutera di pejabat tersebut. Allah telah menentukan segalanya. Segala apa yang berlaku adalah qada' dan qadar daripadaNya. Yang pasti ianya adalah yang terbaik buat kita..Redho ajalah...dan bersyukur..InsyaAllah semuanya akan dilalui dengan tenang...Begitu juga, telah 1 tahun kami berpisah tempat...ialah suami di Kuala Lumpur dan maklang serta anak2 masih menetap di Kerteh. Kalau di renung2 , lama nya 1 tahun tu dan bukan senang nak melaluinya sendiri. Kadang2 datang resah di hati sekiranya tidak dapat menjalankan tugas sebagai ibu dan isteri dengan baik. Maklumlah terlalu banyak hendak difikirkan. Kadang2 tersimpan terbuku di dalam hati. Nak luahkan perasan pada siapa pula kan. Nasib baik ada juga kawan2 yang memahami keadaan yang memberi semangat kepada maklang. Alhamdulillah...Allah beri kekuatan...:)


Doa maklang moga 1433 akan menjadi tahun yang lebih baik buat kami sekeluarga. Moga perkahwinan yang dilalui akan menjadi lebih bahagia, moga anak2 akan menjadi anak2 yang lebih soleh dan solehah yang berjaya dunia dan akhirat, begitu juga kami suami isteri akan menjadi seorang suami yang soleh yang mempunyai isteri yang solehah, rezeki yang melimpah. Juga doa buat ibubapa yang dikasihi, dilimpahi rezeki dan rahmat Allah serta kesihatan yang baik. Juga buat adek2 yang tersayang, moga berjaya dunia akhirat dan memperolehi kebahagiaan berumahtangga ( dan mendapat calon suami yg baik dan soleh:) dan doa utk semua muslimin dan muslimat...moga doa2 kita di kabulkan InsyaAllah dan Allah ampun dosa2 kita...Rabbana atina fiddunya hasanah wafilakhirati hasanah wakina 'azabannar....Amin..


Selamat menyambut Maal Hijrah 1433...

Tuesday, November 22, 2011

genap 20 tahun

Assalamualaikum...


Alhamdulillah pagi tadi at about 11:38am , maklang genap 20 tahun menjadi isteri kepada Paklang...syukur Alhamdulillah walau banyak rintangan suka duka pahit manis di tempuhi kami bersukur kerana diberi sebuah perkahwinan yang bahagia serta dikurniakan 4 cahaya mata yang baik2. Alhamdulillah. Doa kami semuga perkahwinan kami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan seterusnya dibawa ke syurga, InsyaAllah..


--------


Alhamdulillah tahun ini kami dapat sambut bersama. Tak macam tahun lepas, sorang di KL, dan seorang di Kerteh. Memang plan tahun ni nak bersama2 di sini. Tu yang cepat2 belum cuti sekolah, kami dah pon sampai di KL. Cik Abang belanja makan, kali ini bukan ber2 ( memang dah lama tak makan ber2-an pon sebab trailer selalu nak makan bersama:)), kali ini kami makan ber10, termasuk anak2, Alang, Ucop, Min dan juga Alan. Tengok mereka makan pon seronok...Alan yang mula2 kata tak pernah try Dim Sum bukan main seronok lagi makan...Hmmm entah berapa bekas agaknya di ulang2 ambil dari tempat letak makan...Alhamdulillah kenyang semuanya...


Lepas balik makan, semuanya tersadai macam ular sawa. Maklang 'terpaksa' merajinkan diri nak lipat baju...bibik2 bercuti semuanya...balik ke Kg. Pandan. Kakak ada ramai sedara so bibik Alang dan bibik kami ikut kakak balik Kg. Pandan. Hari sebelumnya, maklang dah hantar mereka kat Jalan TAR dan mereka naik bus ke Kg. Pandan.


Dalam pukul 2:oo, maklang , Cik Abang dan Angah bertolak ke KLCC. Nak gi tengok concert orchestra kat KLCC punya MPO. Wah seronok dengar lagu2 classical ni. Teringat masa zaman muda2 dulu masa Cik Abang bawak maklang gi kat dewan Philharmonic kat jalan Ampang tu...apa kenama tak ingat dah. Beberapa kali jugak lah pergi masa awal perkahwinan. Bila dah dapat Along tak pergi dah. So, sempat menjiwang laa petang tu kejap!:)



Alhamdulillah ..terimakaseh wahai suami untuk segala2nya...ILU



dah macam kembar dah...Alhamdulillah


Dim Sum..memang meriah betul tengok anak2 makan


Alang and Min


Ni orang yang nak cuba2 tapi dia yang sedap sangat makan



Semangat lan...jangan tak semangat:)



Maya pon sama tu!


Semalam petang, Cik Abang dah kasi maklang hadiah sebentuk cincin belah rotan. Nak belikan gelang pada mulanya tapi harga emas terlalu mahal. Lebih sebelah tangan...last2 tak jadi so 10% dari harga gelang pon jadiklaa hehe..Alhamdulillah . Tapi cincin terlalu besar, so dia dah bawa pi tukarkan..Dapat jugak sepasang selipar dia belikan lepas tengok konset. Dia nak belikan 2 tapi rezki tak ada sebab size tak ada utk kakiku yang comei ni...huhu..Sedih juga tahun ni tak dapat nak belikan hadiah utk dia. Tapi dia kata tak pe, jangan risau...Abang dah belikan hadiah utk sendiri.:).


Tp Alhamdulillah ptg tadi dengan pertolongan Alang dapat gak maklang belikan hadiah sepasang selipar utk dia..
++++++


Hari ini turn Hakim and Maya pulak tgk konset classical music tu. Memang anak2 maklang enjoy jugak classical music ni terutamanya si Hakim. Memang ikut abah betul tu.:).

Tak sangka pulak masa, Cik Abang balik dari tgk concert, anak2 dah belikan kek utk mak dan abah. TQ lah. Mak and Abah sayang anak2 dan doakan kami bahagia selamanya...dunia akhirat...Amin....

Wednesday, November 16, 2011

Cuti2 Kuala Lumpur

Assalamualaikum...


Alhamdulillah kami dah nak bermastautin di KL buat beberapa minggu InsyaAllah. Since Maklang tak keje ni bolehlah nak berlama kat sini. Come tahun depan, cuti macam biasa aje..sebab Cik Abang dah mula keje di Kerteh semula by 1.1.2012. Alhamdulillah...Allah mengkabukkan doa hambaNya ni. Doa yang mahukan keluarga kami bersama semula di Kerteh. Syukur sangat. Dalam masa maklang berkemas nak berpindah dan dengan hati yang tersangat berat...tiba2 datang berita yang sangat tidak kami sangka. Abang dapat offer berkerja semula di Kerteh. Dah Alhamdulillah semuanya telah Allah susun dengan sebaik2nya...Teringat kata dari Abang supaya jangan risau bila dah tak berkerja...Yakinlah yang rezeki Allah tu akan ada dimana2 pun..insyaAllah...dan itu lah yang maklang cuba yakinkan dah redho dengan apa yang telah berlaku dan menimpa keluarga kami...Alhamdulillah berkat doa kami sekeluarga..akhirnya Allah telah mengkabulkan doa2 kami...

---------


Kami tiba di Kuala Lumpur 2 malam lepas. Baru nak duduk beberapa minggu kereta dah penuh macam nak pindah...aduhai...Macamana tak penuh! Segala makanan dah memenuhkan semuanya..Habis segala makanan di bawa sebab kalau kat KL ni maklang tak tahu mana nak beli barang2 masak. Pelan2 laa kot2 nanti boleh ke Tesco dekat2 rumah. Almaklum...takut jugak nak bawak kereta kat KL . Ni pon baru2 ni je maklang gain the confidence utk nak drive semula. Sejak berpindah ke Kerteh, macam takut semacam dengan kereta2 yang banyaka di KL. Tapi sekarang dah oklaa nak ronda2 kat Jalan TAR nak shop kain2 sikit utk kerja maklang ni:)


kereta kecik ni memuatkan 4 orang dewasa dan 1 budak nakal minmin, Abah, Angah dan 2 bibiks


kereta ni memuatkan Maklang, Along, kakak, Maya, Hakim, Alan dan Ucop serta beg2 tu semua..:)


Ni belum nak pindah. Just imagine kalau pindah macamanalah agaknya kan?
-------------------


Pagi ni Alan akan ikut Wan dan Atok balik setelah bersama kami di Kerteh sejak raya haji yang lepas...seronok dok ramai2 masa raya haji. 2 antara 3 adek2 maklang beraya di Kerteh bersama Atok dan Wan. Memang meriah sangat. Sempat jugak bawak budak2 melihat acara korban kat masjid Mizan:)...( by the time maklang habis menaip..Alan had changed his mind..tak nak balik pulak)



Cik Abang pegang kaki lembu masa melapah. By the time kami tiba lepas sesi makan and bergambar...lembu kami dah selamat sampai ke syurga...No4....tak apalaa nak buat macamana, pemergiannya tak dapat kami saksikan..:(. Moga Allah terima korban kami..Amin



macam berjanji tanpa pengetahuan kawan ex-office maklang, dia melapah lembu kami..Alhamdulillah..



lepas makan, anak2 sedara dok pelok2 dengan fav paklong mereka...nak2 si kecik Minmin and Aman.. Maklong pon tak leh share Paklong ngan Aman...hehe..kelakar betul Aman ni


Pagi Raya lepas makan, kami nyanyi Happy birthday berkali2 utk Atok yang dikasihi..Aman pulak perasan kita nyanyi kat dia...

Alhamdulillah kerana beri Abah @ Atok kesihatan yang baik. Moga Panjang umur, sihat sentiasa, murah rezeki dan hidup diberkati sentiasa untuk Abah @ Atok yang dikasihi...Amin


Sekian buat hari ni...entah bila angin R nak tiup lagi utk maklang updet blog ni...:) Selamat bercuti semua utk ang bercuti dan selamat bekerja utk yang tak cuti:). Take care:)

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum

Akhirnya kini pasti...tapi InsyaAllah akan cuba nak menulis kat blog ni. 2-3 hari lepas dah beberapa kali cuba nak updet. sekerat jalan je...pastu boring, tutup PC and buat keje lain. Maklang pun agak sibuk sebab dok kejar nak siap kan beberapa buah kusyen dan table runner., gambar dalam camera lagi, and tak tahu kat mana benda tu. Malas nak cari. yg kat phone ada tengok if rajin maklang upload


masa cuti deepavali, kami ke KL. Sejak tu malas nak updet. Camana nak updet? Bila cuti RE tertinggal. bila balik sini gabra banyak tak siap. Padan muka. Ni pon tengah malas nak jait tapi terpaksa jugak. Alhamdulillah sempat dah maklang siapkan table runner and hantar kat rumah kawan. Dia nak guna jugak semalam sebab dia ada buat khenduri solat hajat sikit utk anak dia yang nak SPM. Moga berjaya. Lepas dari khenduri, tengahari tu, sebab maklang puasa, maka balik dari khenduri, maklang titon laa. Lately ni rajin pulak tido petang sebab ujan2 ni sejuuuuukkkk je..Ialah org tak keje:).



Malam tadi, darling I dan anakanda dan Alang dah sampai kat sini. Anak2 Alang dah ada kat sini ikut kita orang balik, last Saturday. Seronok benar si minmin...dan ecop. Ialah dah dekat seminggu tak jumpa mummy. Mummy pon ke KB masa Ecop n minmin kat sini...Mommy jaga orang exam tak silap maklang...


Tadi Busu and kompeni sampai. Tiket bas cuma sampai kuantan aje sbb last minute punya keje...lagipon nnt busu boleh drive bila balik JB ngan atok, insyaAllah. so My darling pergi ambek dia kat sana. Seronok ramai2 kat sini. Pak Ngah tak dapat nak kompol ada hal2 yang tak dapat nak dielakkan...

Alhamdulillah, rendang ayam kampung dah hampir kering ( tutup dulu,besok sambung panaskan dan kering kan), ayam dah separuh masak utk ayam serai besok. Lodeh, sambal kacang tu, kerja utk besok pagi. Ingat nak buat sambal tumis jugak, tapi terlupa pulak sebab tadi sibuk buat nasi kerabu juga... sebab ramai berpuasa hari ni and nak puaskan hati atok sebab semalam nasi kerabu dia beli sejemput je RM4.00! hmmm tu lah dia kerteh! Semuanya mahal...tapi kami sayang kerja...:)



Moga doa2 kita dimaklbulkan Allah dihari Arafah ini...YA Allah...Kau peliharalah kebajikan kami sekelaurga serta sahabat handai muslimin dan muslimat,dunia dan akhirat..Ya Allah kau kabulkan lah doa2 kami ya Allah..sesungguhnya kami insan yang kerdil yang hanya mengharpakan kasih sayang dan belas kasihan Mu Ya Allah...
Ok laa takat ni dulu, nak sambung keje semula...sementara tu...selamat menyambut hari raya aidul adha....maaf zahir batin...

Monday, September 5, 2011

Raya raya

Assalamualaikum..

Alhamdulillah dah 2 hari kami sampai kat rumah. Perjalanan dari JB ke Kuantan mengambil masa lebihkurang 4 jam. Banyak kereta tapi taklah jam. Syukur Alhamdulillah. Cik Abang yang memandu sepanjang jalan, maklang tanya2 jugak kalau nak tukar, tapi dia tak nak..Alhamdulillah...boleh lah maklang bertidur2an...he he...

Kami singgah Kuantan sekejap. Dapatlah jumpa Datok, Pak Chu, dan Maklong sekeluarga. Alhamdulillah...

Sempat jugak singgah di Kamdar Kuantan kejap nak carik kain yang perlu.:)

By the time tiba rumah pukol 8 mlm, kakak dah siap masak nasi. Tinggal panaskan lauk aje.

+++++
Semalam tengahari sepupu maklang stopped over for lunch. Maklang masak mee kari je. Pagi2 dah siap masak and continued with the sewing laa...


Semalam maklang bermarathon menjahit sulam. Tempahan utk dibuat hantaran kawin kena sampai kat KL latest by Wednesday.



Dan since Cik Abang nak balik malam ni, makanya kirim dgn dia lebih selamat InsyaAllah..At this time dah selesai dah semuanya. Dah masuk dalam beg dah:) Alhamdulillah...:) siap jugak lah tu.

Ptg pulak kawan maklang datang ke sini. Kak Liza pun ada..

.

Hari ni pun ada yg datang...alhamdulillah. Kalau raya ramai jugak yang bertamu ke teratak kami:)..Syukur Alhamdulillah:) TQ Allah


Sehingga bertemu lagi:) Terimakasih kerana sudi singgah sini:)

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Raya




Assalamualaikum..


Rasanya masa terlalu cepat berlalu. Hari ini sudah hari ke 4 kita menyambut Syawal yang mulia, dan Ramadhan juga telah berakhir...sedih meninggalkan Ramadhan yang mulia kerana belum tentu kita akan dapat melaluinya lagi tahun hadapan. Berdoa lah moga dipanjangkan umurnya moga dapatlah kita melaluinya lagi dan dapat menggandakan amal ibadat kita insyaAllah.



Rasanya tahun ini adalah tahun maklang paling letih sangat. Agaknya sebab terkejar2 menjahit baju2 anak2 dara maklang yang tak siap lagi. Hmm..sibuk sangat2 sebab banyak tempahan RE dan kueh raya ...Alhamdulillah ada juga rezeki walau tidak bekerja sepenuh masa seperti tahun yang sudah. Dan paling menggembirakan tahun ini maklang tak perlu nak submit request utk cuti...Alhamdulillah...tahun depan belum tentu lagi. Tengok nanti keadaan ekonomi macamana. Kalau Ok, mungkin akan terus bekerja dari rumah aje. Dan sekarang ni, doa maklang adalah kearah itu dan moga Allah akan mengkabulkan doa2 maklang, InsyaAllah...


Seperti biasa, pagi2 raya, maklang akan bangun awal sikit laa untuk memasak juadah pagi raya seperti ayam serai, lodeh dan sambal kacang, tapi tahun ini m biological clock terlambat sikit. Pukl 6:45pg baru laa repot duty dan alamat nya terlepas lah nak ke surau utk menunaikan solat hari raya di sana. Takkan nak tinggalkan bibik sendirian masak kat rumah. Walaupun ada Aunty Lin dan Alang, masing2 ada anak2 kecik yang kalau nak attention, tak kira nak jugak:). alhamdulillah sebelum pergi solat sempatlah Abah , Mak, abang, dan anak2 makan dulu ...


Dan lepas balik dari solat Aidilfitri adalah sesi yang paling best sekali. Sesi bergambar yang paling dinanti2..macam2 perangai anak2 sedara...gelihati melihatkan telatah mereka. alhamdulillah berjaya jugaklah nak suruh mereka posing cantek2 sikit..





Lepas sesi bergambar...sambung lagi makan. then bapa/ mak sedara dtg dengan anak2...then adalah budak2 datang beraya. sempat juga berehat sebentar, then datang lagi sepupu maklang, diikuti dgn bapa saudara sefamili besar. Malam sunyi sikit. maklang goreng telur dadar dan goreng sayur sawi pendek dengan oyster sos..dah tak sanggup nak tengok rendang dah:)..Laku pulak tu..


Mak dan Abah tercinta



bersama suami tercinta dan anak2 yang dikasihi

Raya ke 2 pagi, tak kemana2. Ada ex officemat dtg.. lepas dia balik, kami pergi ke rumah Wan Pari. Wan Pari dah pindah ke Johor... Dapat makan laksa dan rojak sedap. Dapat jugak resepi dari dia. Resepi kuah rojak petis yang berlainan dari yang arwah MIL buat dan juga resepi kek buah. Insyaallah dah balik nanti maklang nak cuba laa...


Then pergi melawat Adek Abah dan abang Mak...

Malam berehat aje kat rumah..

Semalam ptg kami ke rumah sepupu maklang. Hajat nak makan beriani tercapai..Alhamdulillah.. Terimakaseh Puan Nora dan en. Man kerana menunaikan hajat maklang..:)

Tengahari sebelum tu, dapat berjumpa kawan2 sekolah yang dah 30 tahun terpisah...Alhamdulillah. Kami makan kat restoran di Hotel Mutiara. Seronok bertemu dan malamnya mereka ke rumah maklang menjamu selera...Tersengih2 je maklang tengok kawan2...Seronok...

Takat sini dululah ye..di akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Maafkan salah silap maklang sekiranya terkasar bahasa atau ada yang menyinggungkan perasaan teman2 ..jaga diri baik2 sehingga kita bertemu lagi di lain masa...:)

Saturday, August 27, 2011


Assalamualaikum..
sempat gak buat kueh cornflakes...:)

Alhamdulillah kami semua dah selamat sampai kat JB.

Hari Khamis lepas, maklang drive bersama2 3 anaks dan 2 bibiks menuju ke KL. Menuju ke suami tercinta, anak dan adek yang dikasihi. Letihnya nak sampai ke KL. The 1st 1 hour was really a torture! Adoilaaa..nak menyampaikan ke Perhentian Kuantan tu, Allah aje yang tahu camana nak menahan mata supaya tak lelap! Akhirnya sampai juga ke destinasi...Bila anak2 pergi solat maklang sempat melelapkan mata sebentar. Bila mereka dah selesai barulah maklang pergi solat. Lepas tu..Alhamdulillah lega lah sikit. Kami tiba kat rumah alang around 7:45pm. Berbuka dengan coklat dan keropok sira sebab waktu berbuka kami masih dalam kereta...



Semalam, maklang break record. Tido dari jam 12:00pm till 4pm. Sedar2 je..terkejut...sebab dah lewat sangat. Mungkin letih sangat sebab memandu malam kelmarin...:). Sedar aje dari tidor, terus ambik kain2 yang belum berpotong...hehe..baju2 anak2 dara utk nak pakai hari raya pertama belum bergunting lagi...sibuk sangat beberapa minggu ni. Banyak sangat yang kena diselesaikan utk orang sampai utk sendiri tak terbuat...


Alhamdulillah dapat lah jugak maklang siapkan keje2 yg diperlukan utk nak hantar ke mereka2 yang berkenaan...


Hmmm...malam ni nak buat apa ye...nak mengenjoykan diri yang sangat merindui JB:)...dok berangan at ujung rumah Wan...


Sampai sini dululah ye...nnt cerita lagi...ada kerja yang perlu dibereskan...:)









Monday, February 14, 2011

Selamat ualngtahun ke 15 Angah

Assalamualaikum


setiap tahun pada hari Valentine's kami pasti beli kek. Memang kami sambut lah sambil nyanyi. memang sesuatu yang wajib setiap tahun. kalau tak maua mukanya cemberut kata orang Indonesia...Sebabnya hari itu juga adalah tarikh hari Angah dilahirkan. Malam sebelum tu, angah dah mintak kek tapi maklang saja usik2 dia kata tak mau beli kek...hmmm apalagi cemberut dong mukanya...he he...Tapi lepas balik ofis petang 14hb, maklang pergi jugak ke MM belikan dia kek. Barulah nampak manis sikit muka dia!




Paksa dia senyum sikit jadiklah...:)
Kaklong pulak dengan rela hati membuat kan shepard pie utk adeknya...

sedap jugak tapi ada sikit mashin you...

Maklang pula mula jahit yang dibawah ni 2 malam sebelum maulidur rasul tapi siapnya baru semalam. Entah bila nak jadik beg ni..
dan tengahari semalam start yang ini pulak untuk Alang nak kasi adek kawan dia...
malam ni ingat nak siapkan 1 pun jadiklaaa..Ini tinggal letak2 manik jer...


Hakim masih demam, tonsil bengkak and Cik Abang batuk2...Moga mereka cepat sembuh..Amin..

Setakat ini dulu, maklang nak jait lagi...:)

Monday, December 27, 2010

masak2 and jahit2

Assalamualaikum...

Maklang tersangatlah bz semalam. apalagi kalau bukan pasal masak dan menjahit.

Cik abang nak makan rojak india. Sekarang ni kalau buat rojak india, kena buat banyak. semua dah pandai makan. kalau dulu buat tak habis2 lah pulak...Alhamdulillah mak enon dan baba yang sampai malam semalam dapat gak rasa rojak india tu. Kak Liza pun dapat rasa sebab masa kami keluar malam tu, kami singgah kat rumah kak liza...he..he..rezeki tu..




Selesai masak kat dapur, maklang menggunting kain untuk nak buat samping Hakim. Tersalah gunting pulok...terbuang lah kain tu...nasib baik banyak kain...menggunting yang lain laa...rasa susah benar buat samping Hakim sebab buatnya sekali sekala je...Alhamdulillah lepas maghrib tadi dah siap semuanya...





at this time, anak2 yg 2, Hakim and Maya keluar makan ngan mak Enon and baba, maklang dan angah dan along makan nasi goreng and ayam lada hitam version Angah ...boleh tahan..tq angah..
konon2 dinner in bed...sekali entah macamana, nasi goreng along tumpah terbalik sepinggan atas alas katil maklang...alahai anak ku sayang...siaplah malam ni semut gigit kaki mak...kesian along, kena lap2 alas katil tu...harap2 tak adalah semut merayap atas katil nanti...

Sekian saja buat malam ini...Untuk suami tercinta..Selamat menyambut ulangtahun yang ke....he..he..moga panjang umur, murah rezeki dan moga jodoh kita berpanjangan serta berbahagia dunia akhirat...I love u sayang...

Tuesday, December 21, 2010

Majlis bertandang Wani @ Penang

Assalamualaikum...


Apakabar? maklang lama tak bersiaran sebab maklang dah seminggu lebih tak sihat...Memang lepas khenduri kat rumah Wani , maklang sakit. Pergi kerja pergi jugak, tapi kat ofis kepala senoneng semacam. Tak larat sangat sebab dok telan ubat batuk.


Agaknya sebab maklang terperanjat lepas jatuh kat masjid Kemaman. Tak nampak ada air kat pintu nak masuk dalam masjid. Tak pakai cermin mata. Lepas ambil wudhu menuju keruang solat ada tangga, masa tulah maklang tergelincir, langsung slide uncontrollable and langsung macam orang ski, jatuh terlentang. Maklang baring je terus kat situ kejap. Ada jemaah yang nak tolong, tapi maklang baring. Takutnya Allah aje yang tahu. Sebab maklang memang sangat berhati2 ketika berjalan. ALmaklum kita ni dah ada problem slip disc. Naudzubillah kalau tak boleh jalan...Ya Allah aku mohon bantuan Mu Ya Allah berilah aku keselamatan dari benca musibah dunia dan akhirat. Amin...


+++++++++++++


Last Thursday, maklang ke KL. Nak menuju ke Penang kerana ada majils bertandang Wani. Alhamdulillah perjalanan kami selamat. Kami tidur semalam di KL dan bergerak ke Penang petang besok. Memang lebuhraya sibuk. Agaknya hujung minggu. Hujan pulak lebat. Takut aje. Maklang yang dok telan ubat batuk aje, memanglah mamai2 je. Alhamdulillah kami tiba menghampiri jam 11 malam. Atok dan Wan serta ahli keluarga yang lain dah tiba awal.


Tak kemana pun. Memang berjalan2 sekitar hotel aje. Memang meriah lah bila semua dah berkumpul. Maklong and family, Mak Ngah and family, Mak Teh and family, kami seluarga, pak Chu dan Mak De sekluarga semua ada. Datok sudah pasti tak ketinggalan sebab ini cucu pertama datok kawin. Dapat orang Penang...Alhamdulillah..:)_


Kami kerumah pihak lelaki tengahari Sabtu. Memang sedaplah makan tu. Sebab Cik Abang duduk kat meja pengantin, maka kami semua dapat merasa lauk pengantin. Mana tidaknya, Cik abang siap serve untuk semua kaum keluarga yang duduk dimeja depan meja pengantin. Lepas majlis berlangsung, kami balik ke hotel. Apalagi, bila perut kenyang, mata pun senang nak lelap!




Malam kami makan at Subaidah. Kali ini trip Pak Teh dan Cik Abang pulak yang jadi host. Thanks Pak Teh and Cik Abang...he..he..moga murah rezeki semuanya.

Ahad pagi anak2 sambung berenang lagi. Maklang dan Cik Abang sempat gak ambil angin kat tepi pantai. Jalan2 pimpin tangan kat tepi pantai...lama tak jalan tepi pantai...bukan lama tak pimpin tangan tau..he...he...

Tengahari kami semua check out. Lepas makan, anak2 nak naik feri bila balik ke tanah besar. Kami jumpa balik Pak Teh and famili...hmmm...walhal merka cek out dulu...biasalah anak2 ni, kalau dah jumpa, havoc balik kat atas feri. Nak2 si Pipa yang ever so peramah. Ajim nampak takut sangat...asyik pimpin tangan mama aje...Kami berpisah lepas kat tanah seberang, masing2 menuju haluan masing2.


Perjalanan agak slow sebab ada accident dekat ngan kuari ...entah km keberapa entah. 3 tempat R&R kami rasa nak berenti, tapi semuanya packed. Last2 berenti kat Tapah. selit2 parking sebab jam dah 5 lebih dan belum bersolat lagi. alhamdulillah, hasrat nak bersolat dapat dilaksanakan. Dan selepas memborong buah2an kami pun bertolak menuju KL. Dan selamat tiba jam 7:30pm.


Hari ini maklang masih cuti lagi. Walau macamana pun, batok masih ada dan badan tak berapa nak kuat. Kadang2 masih terhoyonh hayang melawan kuatnya ubat batuk.

Maaf tak dapat nak letak gambar banyaksebab ni pakai pc Cik Abang. nanti dah balik rumah dah pakaiPC maklang, InsyaAllah bolehlah tepek gambar lagi,...:)

Ok sini dulu, nak siap2 masak jap and then nak siap ke KLCC, nak bawak anak2 pergi Petrosains...Hakim lama dah mintak nak ke situ sebab kakak2 dia semua dah lama dah sampai petrosains...:)

Tuesday, November 23, 2010

19th wedding anniversary dan SPM

Assalamualaikum


Apakabar hari ini? Malam tadi maklang Cuba updet tapi tak boleh load pun page ni. Bengang betul. Bukan senang nak dapat mood nak updet blog lately ni. Almaklum tuntutan reben selalu buat maklang sebuk. Belum
lagi tuntutan suami dan anak2 yang memerlukan attention yg tak berbelah bahagi. Alhamdulillah stakat ni maklang boleh membahagikan masa;)


22.11 merupakan ulangtahun perkahwinan ke19. Tahun ni tak sambut pun sebab
Cik Abang kena bertiuga di KLl. Tak apalah walau jauh mana sekalipun, hati kami tetap dekat..moga hidup
kami sekeluarga bahagia hingga ke Akhir hayat...

Semalam pula Along menduduki SPM. maklang harap Along dan kawan2nya Akan berjaya dgn cemerlang ... Amin

sedang menunggu nak masuk dewan...along dan kawan2 lepak kat depan sengan buku2 dan nota2...
ni kawan2 sekelas sedang menelaah...baca jangan tak baca....


Moga anak2 berjaya cemerlang..

Monday, September 27, 2010

Kisah Raya kami

Assalamualaikum...

Malam ni terpanggil pulak nak mengupdet blog yang lama maklang tinggalkan. Hmmm...rasanya tak ada yang melawat pun, tapi tak pelaa...kita updet je..suka2. Kadang lama tak mengupdet , rasa rindu pulak.

Kami beraya kat JB selama seminggu tapi raya ke3 balik Kuantan sekejap sebab anak sedara belah paklang bertunang. Alhamdulillah selamat dah...:). Maklang masa pergi tu ikut Mersing, kenalah pening kepala...kata dah jangan ikut Mersing sebab nanti kena serang sakit kepala..hmmm...sampai ke besok pagi pening kepala yang melarat jadi migraine tu baru ilang..nak buat camana dah nasib badan :(




Tahun ni, Raya tak meriah mana sebab Alang satu family tak balik. Uncle Jai tak berapa sihat. Bibik dah kami hantar ke KL untuk nak tolong Alang jaga Uncle Jai sebab bibik Alang cuti. Kesian Alang dan kesian bibik tapi itulah ketentuan Allah kali ini. Alhamdulillah Aunty Leen dan anak2 rajin tolong kat dapur. Maklang pun culas jugak kat dapur sebab keletihan teramat sangat kali ini berpuasa. Dah berumur agaknya, badan tak berapa kuat. Mana taknya setibanya dari Kuantan hari Rabu before Raya, maklang terus report duty untuk nak menganyam ketupat. Wan dah masak utk berbuka so tak kisah pasal nak makan apa. Lagipun dah mintak Busu shop2 makanan, nasi ambang laa, murtabak laa, rojak asma dan macam2 lagi. Masa Atok tengok kat meja, atok kata...banyaknya makanan, tapi 1/2 jam lepas tu...meja licin...mana tak nya seronok makan beramai2...:)



Thema pink peach tahun ini...




Beriani di rumah tok Busu Md Din


Bergambar dengan si dia..:)


Bujang pakai samping nikah Abah kali ini...dah 19 tahun dah samping tu..:)

Alhamdulillah laa walaupun tak ada bibik nak tolong2, kami OK. Untung anak2 dara memang rajin betul tahun ni. Tahun ni lain sikit acara kami. 1st day dah jalan pergi rumah Tok Busu Md din abang Wan sebab nak makan beriani. Sedap.. Wan Pari pun tak balik, so mmg pagi raya tak ada lah yang datang. Tapi start dari kol 3 orang datang tak berenti. Alhamdulillah ketupat selamat on the 1st day. Ayam serai pun habis. Rendang masih ada berbaki sebab memang buat banyak untuk nak bagi Alang dan nak bawak balik Kerteh.



Semasa beraya kat rumah sepupu di Taman U...My girls and me..


Seronoklaa setahun sekali balik JB. Maklang sempat gak buatkan Wan chairback cover. Tapi siapnya hari yang maklang dah nak balik Kerteh. Terkial2 seme nak buat sendiri...




Seronok juga beraya sakan ke rumah sepupu2 yang cuma setahun sekali dikunjungi..sebab kami jauh di perantauan. Terimakaseh Cik Abang sayang kerana bawak kami beraya, tapi kenapalah tak bawak kami jalan2 kat Tebrau City...Teringin jugak nak ikut!:)


Sekian dulu...kita jumpa lagi bila maklang ada masa terluang, InsyaAllah.. Almaklum sekarang sudah mulai sibuk. Tengok list RE yang belum siap je dah nak fengsan..Ya Allah aku moon kekuatan dari Mu...Amin..

Monday, September 6, 2010

Salam Aidil Fitri

Assalamualaikum...


Maklang memang tak sempat nak mengupdet blog. Bila ada masa pulak, internet teruk. Tak kuasa nak menunggu...Kadang rasa nak tambah tangan je nak siapkan keje...


Walau macamana pun, maklang sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri yang mulia, ampun maaf zahir dan batib...berhati2 dijalan raya...dan jangan lupa nak balik sambung tugasan...

Sehingga berjumpa lagi...:)

Love you all...

Monday, July 19, 2010

Majlis khenduri kahwin sepupu Cik Abang

Assalamualaikum...


Saje nak updet pagi ni. Jengok2 macam berabuk kat sini. Maklang tak sempat nak jenguk pun. Sibuk benar nak siapkan tempahan kawan maklang yang nak balik ke US 27hb ni. Kesian kalau tak dapat nak siapkan sebab nanti kena pula nak bayar kos pos, so menjahit macam cicak kudung. Kadang rasa jemnya pinggang sebab duduk lama. Bila lenguh melanda, maklang pun mula lah buat benda lain. Semalam pun , ingatkan nak menjahit seharian. MAsak pun tak sebab nak habiskan makanan yang macam nak termuntah keluar dari fridge. Tapi biasalah apa yang diberangan kan tak jadi. Lupa ada khenduri kawin dan Wan Pari dan Tok uncle pun datang, so kami dok melayan mereka lah..Dapatlah maklang berehat jugak in a way.

Anyway, ni gambar2 sekitar cuti kami pada 26hb Jun lepas. Kat rumah arwah pakcik paklang. Alhamdulillah selamat dah semuanya...Amin...



apalah yang digelakkan oleh 3 dara ni...


lamanya nak tunggu tok imam datang untuk majlis akad nikah, paklang pulak sibuk dengan fb dia...menjangkit dah tu...


ceria2 semuanya...biasalah tu kan...seronok2 masa tu..


Ini dia pengantin baru...kejap je dah dekat sebulan kan!

selamat malam/pagi semua. InsyaAllah besok bermulalah hari yang sibuk nak mengangkut beg lagi..kali ini hangkut juga mesin jahit...doakan kami berjaya misi kali ini..Amin..

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu di Kuala Lumpur

Assalamualaikum...


Penat sungguh rasanya hari ini. Badan rasa macam nak demam. Maklang sebenarnya baru aje tiba dari KL flite petang tadi. Semalam tengahari maklang ke KL kerana ada meeting pagi tadi. Tu pun berkejaran sebab nak solat zohor dulu. elok2 selesai solat, nampak macam ada tanda darah kat kepala. Darah nyamuk gamaknya. Apalagi, terpaksa solat semula. Maklang tiba kat airport KL 25 mins sebelum nak berlepas. Tiba KL jam 5.05pm. Masa nak naik lift nampak ada msg masuk dari kawan maklang. Pasal nak reply msg punya pasal, tak menyempat, terus tersalah naik lift. Keluar lift, pusing the other away, naik lift nak ke ERL. Elok2 keluar dari lift kat platform ERL, ERL pun tutup pintu...Hmm..nasib2...terpaksa tunggu lagi 15 min. Lewat lah tiba kat hotel. Berkejaran pulak nak solat Asar. Nasib baik sempat.

Malam maklang memang dah berjanji dengan kawan lama. Kawan yang dah lebih 20 tahun. Memang gang maklang rapat jugak dengan gang abang sorang ni. Alhamdulillah isteri dia pun yang memang ramah pun mudah rapat dengan kami. Kebetulan pulak nama dia sebijik sama dengan nama maklang.


Ini abang Kuch yang bermurah hati belanja maklang...murah rezeki dia...:)


Ini isterinya..baru bersua muka kali ke 3 tapi macam dah lama kenal sebab selalu gak bertemu jari kat FB..he..he.

+++++++++

Selesai solat maghrib, sekitar 830pm, dia datang jemput maklang kat hotel. Sebenarnya serba salah gak nak pergi sebab takutlah orang nak sambut Hari Ibu dengan isteri tercinta, tak aleh2 ada pulak sorang ibu dari Kerteh ni menyibuk! Tapi lepas dah diconvince, ok tak apa2, maka maklang pun menyibuk laa.... Tak buah tangan apa pun untuk mereka cuma beberapa biji coklat cup cake yang tak berapa naik..hu..hu...

Memang tak tahu hala tujuan, sekali Abang Kuch, bawak maklang pi makan kat sini...


Lama betul tak makan kat sini ada kot 15 tahun! Punyalah lama. Alhamdulillah...ada gak org nak bawak..Murah rezeki mereka..:)



Maklang MMS gambar ni kat Cik Abang..he..he..anak2 geram aje...tak pe..InsyaAllah..mak buatkan nanti...lagi original punya...


Ini gambar kami bertiga...berbual2 punya berbual kisah semasa, sedar2 orang dah nak tutup kedai. Memang seronok kalau bukak kisah lama masa kat Uni dulu...he..he..

Bila balik, maklang dapat hadiah Hari Ibu cum Hari Lahir dari mereka, cantek sangat alas meja tu, macam tau je kita suka..TQ all. Gambar dia besoklah pulak di upload ye..

Pagi tadi pun dapat hadiah gelang tangan 2 utas dari Sabah. TQ mak Enon dan babah. Gambar tak ambik lagi. Besoklah upload jugak. At least ada gak gambar nya untuk entry tersebut, Insyaallah

Petang tadi pulak dapat hadiah ni dari Wan dan Atok dan 3 helai kaftan, dah masuk bakul dah nak basuh. Besok kalau bibik dah basuh dan gosok, bolehlah maklang bergaya...Terimakaseh atas semua hadiah2...Maklang sukeeeee...senyum sampai nampak gigi!