BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 26, 2011

Mak Enon dalam kenangan..

Assalamualaikum...


Semalam pagi maklang di kejutkan dengan berita yang sungguh menyedihkan. Lebih kurang pukul 6:00 pagi Cik Abang called. Dia kata...Na...Ainon dah meninggal!..Ha..??? Enon...Ye...Enon kata Cik Abang. Maklang macam tak compute and rasa macam tak masuk akal...Ya Allah...kawan rapat maklang dah dijemput Allah pulang kepangkuanNya...Ya Allah...macam tak percaya...

Petang sebelum tu, Mak Enon ada call Maya kata nak datang. Biasanya Mak Enon pun akan call maklang tapi sebab masa dia call maklang ada tetamu dan lepas tu, sibuk, maklang terleka dan terlupa nak call balik. Mak Enon kata nak ikut Babah yang ada kerja kat KSB. Memang biasa kalau Babah ada kerja kat KSB, mak Enon akan ambil cuti untuk sama2 ke mari. Dan biasanya Maklang akan ajak mereka bermalam di sini. Keluarga mereka dan keluarga kami memang rapat sejak anak2 masih kecil. Bahkan mereka dah anggapkan Maya dan Hakim macam anak angkat mereka. Kalau kemari, pasti ada aje buah tangan utk anak kami yang 2 orang tu...


So, bila Maya beritahu Mak Enon nak datang , Maklang OK aje sebab mmg dah pesan kalau Babah ada kerja kat KSB, jangan nak tidor2 kat hotel, meh sini aje duduk kat rumah kami. Tapi kali ini lain pula. Mak Enon dan Babah tak terus ke Kerteh. Mereka bermalam di Kemaman. Sedihnya Maklang masa menaip ni...Hanya Allah yang tahu...Memang rasa kehilangan sangat. Selalu kalau dia datang sini mesti dia akan peluk cium Maklang dan beritahu Maklang dia sayangkan Maklang. Dan tiap kali kami berjumpa pasti dia akan menangis bila bercerita tentang anak2 kami ( Babah suka giat dia...nak ujan dah tu...)Dan paling dia sedih bila nak berpisah...

Baru2 ni dia ada beritahu maklang dia nak cakap sesuatu tapi dia tak boleh cakap sebab dia kata
Babah ada dekat dia. Dia kata nanti the next day dia nak call. Maklang tunggulah dia call dan bila dia tak call Maklang tanya kenapa tak call. Dia kata dia dah call tapi dia cakap dengan Hakim sampai lupa nak bercakap ngan Maklang. Entah apalah yang dia nak cakap agaknya...dan ianya akan menjadi tanda tanya sampai bila2:(...

Maklang rasa baiklah maklang stop sini sebelum hujan makin lebat...Mohon sedekahkan Al Fatihah buat arwan Ainon binti Mohd Sani...

Ya Allah, Kau tempatkanlah sahabat baik ku Ainon binti Mohd Sani dibawah lindungan Mu Ya Allah..ampun kan dosa2nya dan Kau ringan lah azab siksa kuburnya, jauhkan azab api neraka dari nya dan masukkan lah dia ke dalam syurga2 Mu Ya Allah...Ya Allah kasihani lah beliau kerana dia seorang insan yang sangat baik dan berhati mulia...Amin ya Rabbal Alamin..