BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 19, 2011

Report 1 minggu:)

Assalamualaikum..

alhamdulillah..panjang umur juga nak berjumpa lagi. Ni paksa2 nak menaip nak bercerita lagi kat blog ni...hehe..biasalaa sejak dah duduk rumah ni tak terkejar masa. Alhamdulillah dengan tempahan RE yang ok-ok, maklang tak lah boring duduk rumah. Seronok menjahit kat rumah ni. Tak ada nak pening2 pikir pasal keje lagi dah. Cuma tak boleh lah nak menjoli laa...macam masa keje dulu...anyway...tak apalaa dah puas menjoli selama bekerja...hehehe..now dah tak berapa nak sedih dah pikir tak keje. Happy adalah..Alhamdulillah. Diam tak diam dah dekat 3.5 bulan maklang menjadi suri rumah sepenuh masa untuk suami tercinta...suka sangat. Akhirnya apa yang diidam2kan selama 20 tahun berkahwin ni Allah makbulkan juga:)

selama seminggu lebih maklang tak bersiaran, banyak jugak dah maklang accomplished. Minggu lepas ada 2 sessi mengajar. hari rabu dan khamis petang. seronok bila ada datang nak belajar. macam2 lah tengok jahitan student2 maklang. ada yang tak ingat camana nak cucuk riben, ada yang main taram aje menjahit. pendek kata memang macam2 laa...hehe..gelihati maklang. tapi yang paling best ialah bila tiba2 suasana jadi sunyi sepi...sunyi sepi sebab seme dah masuk dalam riben..khusyuk laa tu:)..as usual kalau buat kelas memanglaa lajak waktu...hari ke2 lajak sampai nak dekat maghrib..apa2 pun maklang bersyukur sebab murid2 dapat apa yang diajar...Alhamdulillah

Ini hasil kerja maklang minggu ni..ada slow sikit...ada lagi 2 jugak dah siap...tinggal mati2 kan je:)



ini utk beg- dah jadi beg pon dan dah dipos pon:)


ini utk kusyen, 1 lagi dlm process dan yang sebelah ni utk table runner pun kena mati2kan je:)


tu cerita hari rabu khamis. jumaat macam biasalaa...sibuk2 memasak utk anak dan suami yang jauh dimata.

hari sabtu kami berpicnic di pantai kemasik. seronok berendam. air sejuk je...sedih gak..tak lama lagi kot2 tak sempat dah nak berendam..huhu..tapi InsyaAllah bila2 balik sini, masih boleh berendamlah kot...

petang sabtu kami outing pulak kat PH..lama gk tak bawak budak2 ni gi makan kat luar..sebab tiap kali abah balik wiken, mak nak masak utk cik abang...asyik2 tertangguh je:)

maklang bawa bekal roti, kentang dan sosej, manakala kawan maklang bawak meehoon, keropok serta kek


cantek gambar ni walau pun gelap sebab cahaya matahari



kami singgah beli ikan kat kuala kemasik...murah about 30% dari yg di pasar!


ahad pulak cik abang dah balik...bersendirian lagi laa maklang...ni dah nak khamis dah..insyaallah lusa jumpa pulak ...tak sabar gak nak tunggu dia balik...

lupa nak cerita..selesai PMR aritu, maklang ada buat makan2 sikit utk geng2 bloggers...segera buat hari selasa sebab chef celebriti dah nak berangkat ke KL hari Selasa malam...dari nak buat sessi pagi je...rupa2nya melarat sampai ke pukul 430 pm bila cikgu Angah datang. datang nak tempah beg je...so maklang ajak sekali lah mereka makan...


begitulah report maklang untuk seminggu..jumpa lagi bila maklang dapat pujuk jari jemari maklang ni menaip

1 comment:

Mulan said...

nanti invite kami makan2 lagi ya..