Assalamualaikum..
Bila Cik abang ada
Hati jadi berbunga
bangun pagi dah mengada-ngada
konon rajin nak mengupload bunga2:)
( tajuk N3 tak ada kena mengena ngan N3 pon..nak uplod bunga je...sebab ada gak yg terdekat sedang dilamun cinta...hehe..all the best for her..)
ha ha...maklang pagi ni terrrrrrrrrrrrrrrrrajin nak memblog. Badan tak berapa sihat 2-3 hari ni sebab hidung dah semacam lepas tekak dah rasa 2 macam semenjak 2 menjak ni. Tu kena rest tu.dah bagi indication tak boleh keje. Ni kalau degil kang, kena tidor pulak 1 hari. Maklang ni sejak 2-3 tahun ni tak boleh kena ujan sikit pun. sekarang ni pulak musim hujan, tempias sikit pun dah rasa tak sedap. semalam dah mula telan ubat, tapi nampak nya selsema dan batuk nak mari jugak! pagi ni nampaknya pon nak ujan lagi. tapi kalau ujan pun biarlah lewat sikit sebab ingatkan nak keluar nak makan roti canai. dari minggu lepas Angah dah ajak. ingat nak pergi last Sunday, tp tayar kereta pancit masuk paku. patut pon bila bawa kereta rasa tak sedap aje...nak reverse pon rasa berat aje. bangun pagi Ahad tu, kakak cakap, tayar kereta flat abis. nak hantar budak2 ke sekolah, terpaksalah pinjam kereta kawan kejap. ada hikmah tayar pancit, kawan dtg rumah, duduk2 sementara cik abang guna kereta dia. sempat dia tempah 2 helai tudung bawal Alhamdulillah...memang betul kata orang, kalau tetamu datang bawak rezki:)
ni maklang mula buat 2 malam lepas...ramai pulak yang suka...Alhamdulillah...:) mulanya pucat lesi..lepas makeup n lipstick merah tua..Alhamdulillah
yg ni lemah lembut...org ni minta buat kan 5 buah beg, baru siap 1...huhuhu..bilalah nak buat ni??
Hari Khamis, kazen maklang singgah lunch kat sini. dia ada keje kat kemaman, dia call saje je...nak lunch kat sini..kebetulan tak ada masak apa...lepas dari surau, maklang masak sup ayam je...kesian abang Man...tapi Alhamdulillah tengok dia makan bertambah2 walau lauk sempoi je:)
Hari Khamis lepas kawan2 maklang yang dari Uitm shah Alam yang lalu sini ahad lepas, yang singgah kejap tu, singgah lagi. Seronok jumpa mereka. Kawan yang dah kenal lama masa kat US tu cuma sorang tapi kakak lain yang semenya lecturers EE kat Uitm tu, mudah mesra:). sebelum mereka tiba, maklang meronda cari ikan. Mulanya ingat nak belikan ikan2 yang mereka pesan, tapi 2 hari berturut ujan turun. tapi alhamdulillah ada juga serba sedikit utk kawan lain yang pesan.. dia tgk kat fb je..and kebetulan dia keje kat Shah Alam and tinggal di Puchong, senanglaa nak ambik dari kawan2 yg kemari...kakak ni semua dah borong ikan di pasar Dungun...mahal jugak, maklang mengshopping kat Kuala Kerteh n Kuala Kemasik...murah lagi di Kuala Kemasik..
sempat bergambar hari Ahad lepas...sambil2 melihat RE maklang
hmmm...ijau2 ikan kembong dan kerisi tu memang sedap sgt, beli2 terus masuk tong...semalam dah goreng yang dibeli khamis lepas
Hujan dah turun lagi...tengkujuh dah mula lagi...seronok juga musim ujan, cuma bibik suka mengeluh sebab baju dia tak kering:(...jadi ke tak nak menroti canai pagi ni...tengok jap lagi..moga reda, InsyaAllah
Saturday, October 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wah! lecturer2 sy semua tuh hehe.
kalau kek rumah maklaong masak apo pun sodap hehe
Salam
Cantiknya rumah Maklang
Post a Comment