BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 28, 2011

Cuti di JB dan RE

Assalamualaikum....


Nak balik KL ke tak ek? Rasa macam malas nak balik. Rasa macam nak duduk kat rumah mak lama2 sikit. Rindu jugak sebab balik JB ni setahun sekali. Tapi tahun ni Alhamdulillah dapat balik 2 kali. Tapi kali ke 2 ni kejap sangat. Cuma 3 hari. Tapi kalau tak balik nnt kesian pula kat anak2 kena balik sendiri dengan abah mereka. Kalau abah tak apa. Dah biasa sorang2 kat KL pun. Tengok lah kejap lagi macam mana rasa hati. Allah pasti akan bagi petunjuk...


Kejap lagi pon nak start packing baju2. Masukkan je 1 tempat. Sebelah2 kan baju sendiri. Kalau tak jadi kang, tinggal keluarkan aja sendiri punya. Anak2 pasti nak balik sebab kat sana ada swimming pool. Sejak dapat kebenaran boleh masuk swimming pool dgn seluar track bergetah dan baju Jersey serta tudung, waaaaah...semuanya bersemangat nak mandi termasuk maklang sendiri...hehe...tapi belum masuk lagi. Nantilaaa bila balik sana nanti boleh try hehe...lama tak berendam dalam swimming pool.


Kadang2 lama2 jauh dari rumah ni datang perasaan rindu nak balik sana. Apa nak buat kan...tempat yang kita dah lama duduk. Semua orang ada perasaan yang sama. Rindu kat katil. Rindu kat mesin jahit. Rindu kat kerusi tempat menjahit. Tapi tak ada pulak rindu nak kerja kat opis semula...hehe...dengan apa yang ada harap2 dapatlah menjana ekonomi sendiri. Dah biasa hidup dengan duit sendiri ni rasa tak seronok pulak nak minta2 duit orang. walau pun dapat tak banyak mana, tapi hasil keringat penat lelah sendiri, nak beli apa2 pun tak lah rasa bersalah...Sebab tu lah kemana pun pegi, jahitan mesti dibawa. Alhamdulillah dah nak siap jugak table runner yang maklang start di KL Khamis lepas ~ dah hampir selesai 98% sulaman riben dia. Tebal jugak bunga2 tu...Tapi tadi, bila tengok benda tu kena hempap dan penyek bunga2 maklang...sedih nya rasa. salah sendiri jugak letak benda tu atas kerusi. Tapi takkanlaaa tak nampak, tebal pulak tu...bukan runner aje. Cushion cover sekali. Terjerit maklang tadi tengok benda tu bawah ponggong orang! Terus rasa down sangat. And tak ada pun nak kata sori. Yang heran tu takkan tak terasa langsung bila dah terduduk atas benda setebal tu...Rasa macam tak ada rasa belas pulak kat kita ni...huhu...Nasib baik bila cuba nak kembalikan kebentuk asal bunga, hilang kemek2 bunga tu...Alhamdulillah...kalau tak tadi, mau menangis tengok hasil kerja selama 4 hari terbuang macam tu aje....


Anyway, lesson learnt ...lain kali kalau menjahit jangan sepah2 kerana penat menjahit tu orang tak rasa macamana kita rasa...so jagalah harta benda sendiri...jgn harapkan orang...


Selamat bercuti hari ni pada yang mendapat cuti ganti...Maklang nak mengubat hati yang agak tercalar ni bila tengok sulaman maklang tu...huhu..Moga Allah beri kesabaran..Amin


No comments: