BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 29, 2011

Di KL semula

Assalamualaikum...


Hehe..Teka maklang kat mana? Kat campus UM... Semalam balik lah jugak ikut suami tercinta dan anak2 yang dikasihi. Tunggu punya tunggu budak2 balik dari shopping entah apa2, dengan Busu and Ti Lin, at last pukul 5:00 ptg baru kami bertolak balik. Ada pulak sepupu maklang datang nak melawat Atok sebab masa Atok masuk "kospital"- Aman speak, dia tak sempat nak menjengah Atok. Dia bawa goreng pisang dan keledek goreng. Masa nak menghidang, tercurah kicap atas tangan maklang..lupa kat JB makan goreng pisang/ keledek goreng dengan kicap. Kalau kat Terengganu makan dengan sos lada...


Kami singgah solat kejap kat R&R air Keroh. Mak aiiii...penuh! Adalah dalam 5-10 mins tunggu untuk nak dapatkan parking. Ada pulak parking yg kita tengah tunggu, kereta lain pulak masuk. Sabar ajelaaa...Nak buat macamana...some people...R&R Air Keroh ni OK, tapi bab nak ambil air sembahyang punya laaa sedih. Air dia halus nya....lama nak siap angkat wudhu, dalam toilet ok pulak. Kalau lah pihak PLUS dapat betulkan paip air tu pasti perfect tempat solat tu...Lepas selesai solat kami bertolak semula ke KL....Walaupun kereta banyak, moving laaa...Dan alhamdulillah selamat sampai kat GP around 9:13pm.


Lepas dah makan , maklang mandi mandalaa...Ingat nak menjahit, tapi macam tak ada mood aje.. So layan TV kejap sampai pukol 11:30pm. Budak2 yg kecik 3 orang ( Akim, Ucop and Min) refused to sleep. Ni mesti sebab dalam kereta semuanya tido aje sampai lah kat Air Keroh R&R. Dah puas tido laa tu agaknya....


++++++++++++


Tadi pagi masa tengah buat breakfast, Alang minta maklang cepat siap. Ingatkan nak kluar pukol 8am. dia kata mekanik yg betulkan kereta dia ( bumper dia koyak- kena hari Khamis lepas), dah tunggu kat rumah Alang. so cepat2 lah siap, ingatkan nak hantar Alang and Along ke UM aje and then baliklaa, tiba2 Along ajak maklang tunggu dia kat UM ni ha, tunggu sampai dia habis kelas. Kelas start kol 10 and habis pukol 1..so disinilah saya tak ada buat apa...tadi pegang riben kejap tapi cam tak ada mood gak. tu yang main2 kat blog ni ha...hehehe...Dapat lah merasa dok kat kolej...sejarah berulang kembali...2o tahun dulu ( or less) dok kacau alang kat Kolej Kinabalu dia....sekarang turn along pulak...

Oklah nak layan merlin kejap sambil paksa diri menyulam,...or else bilalah nak siap...dah nak muntah buat kaler yang sama aje....ada kusyen 1, Table Runner lagi 70% tak siap, dan 2 chairback utk set yang sama belum siap...Mampu kan aku???? Doakan ye:)..InsyaAllah...


Salam hari Selasa yang meriah utk semua....:)



1 comment:

Mulan said...

seronok nya balik jb... bertahun2 tak sampai sana...