BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Suamiku. Show all posts
Showing posts with label Suamiku. Show all posts

Wednesday, January 13, 2010

Nyaris...

Assalamualaikum...

Malam ni rest kejap. Baru sebentar maklang kemaskan cushion covers kat bawah ni dan masukkan ke dalam kotak. InsyaAllah besok nak dipos lajukan ke Brisbane, Australia. Entah berapa agaknya postage nya. Moga2 diringankan timbangannya..



Add Image
Tersyok sendiri pulak bila tengok hasil jahitan sendiri. Berkenan dengan kombinasi warna. Alhamdulillah menjahit REnya pun senang sebab kainnya lembut sungguh. Allah sememangnya memberi pertolonganNya kerana menjahit kusyennya pun mudah sekali. Tak perlu buka 2-3 kali nak2 tang part zipnya sebab jahit atas kain tebal ni masalah sungguh untuk maklang...Apa2 pun Amin..kerana sudah selesai dan maklang ucapkan terimakaseh kepada Ana kerana mempercayai maklang untuk menjahitkan kusyen ini untuk hadiah harijadi buat kakak ipar nya...Maklang harap Ana puas hati dengan hasil kerja tangan maklang...

++++++++


Petang tadi lepas pejabat, maklang pegi date dengan Cik Abang. Apa lagi melayan hobby dia lah. Kalau ikutkan malas nak pergi sekali sebab memang pasti balik ke rumah lewat. Tapi lepas dah dipujuk masa lunch tadi...Tak nak ikut ke Abang...teman Abang jalan2 kat Dungun....?? Layan suami...??? Hmmm...Ku turutkan juga ajakan suami tercinta...

Hobby Cik Abang apa lagi kalau bukan tengok tanah. Last Friday dia pergi dengan Hakim ke Telok Bidara, dekat Dungun. Kali ini pergi lagi ketempat yang sama tapi tuan tanah yang berlainan. Lot tanah tu betul2 depan pantai. Memang maklang terpegun tengok keindahan alam ciptaan Illahi. Dengan hempasan ombak ke pantai memang menenangkan...Jiwang kejap tadi , masa Cik Abang dok berbual dengan tuan tanah, maklang pergi kesebelah pantai tengok laut. Sememangnya cantek sekali...

Lepas dari situ, kami singgah kat kedai mencari bahan utk Yaasin yang dalam progress. Apa yang dicari tak ketemu. Cuma dapat glue aja. Hampir 7:15pm kami bertolak balik . Biasalah jalan balik ni agak gelap. Nak2 jalan kat Bukit2 tu. Sebab nak kejar kan waktu solat, maka kereta macam nak jadi helikopterlaa ( kalau kapalterbang laju sangat lah pulak!). Sambil2 tu kami berbual lah tentang hobby Cik Abang .

Sedang kerete tu memecut, tiba2 nampak ada 2 ekor makhluk Allah ni lenggang lenggok cross jalan. Nasib baik maklang terperasan. Almaklum jauh dan gelap. Dan kereta tengah laju. Suspense jugak! Kalau tak tadi memang adalah perlanggaran antara anak dan mak lembu dengan kereta kami. Kereta belakang kami pun laju jugak dan nasib baik dia sempat break dan membelok ke kiri sikit. Kalau tak tadi memang kecelakaan lah kami. Syukur tak ada apa..


Tu je nak cerita sebenarnya..Otak dah slow dan mata dah kuyu..Lepas ni memang nak carik bantal...selamat malam semuanya...