BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Hobby. Show all posts
Showing posts with label Hobby. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Bujang melawa

Assalamualaikum

Alhamdulillah pagi ni senang nak kejut sibujang. Ingatkan dia pasal nak gi sekolah ada jamuan raya, pakai baju Melayu Raya. Wah..sejak malam tadi dia dah bersiap. Baju dah suruh bibik gosokkan, brooch dah sangkut kat songkok...kasut mana nak pakai pon dan minta tolong kakak siapkan. Perkara biasalah tu kalau si bujang nak melawa. Sah2 ikut Abah and Angah dia. Hmmm..semuanya nak kemas dan menarik..teringat kata2 arwah MIL..yg Cik Abang kalau pasal bergaya...bukan main...hmmm...lama dah MIL pergi. kadang2 teringat kat dia. Moga dia tenang di sana..Amin..Al fatihah buat MIL..


++++++

Baru selesai memasak ni. Terrrajin nak berblog. haha..perkara yang jarang2 berlaku dalam kamus harian maklang...

Lepas hantar anak2 ke sekolah tadi, maklang cek- in kat bilik jahit. Dari jam 745 lebih kurang sampai 915am, sempatlah sambung2 beg 3 biji. Alhamdulillah...nanti kakak dah letak butang dan kemaskan boleh lah di pos.

Kemudian turun pulak masak. Hari ni macam biasa, tak tahu nak masak apa. Pikir punya pikir maklang buat sup petola dgn telur dan kononnya ikan kembung pais. Entah apa rasa sebab baru 1st time buat ..hehe..main campak2 je .. Maklang, Maya dan kakak masih berpuasa. Angah tak puasa sebab rasa dah tak sedap badan. Maklang suruh dia jaga kesihatan sebab takut demam. Periksa tinggal beberapa hari aja lagi. Moga anak ke2 mak berjaya macam kakak dia. InsyaAllah..

Hari ini...macam biasa akan bermain dgn riben lagi. Kadang ilang idea dah nak lentok rose atau tulip atau matahari ke arah mana. Moga Allah beri ilham yang terbaik utk hari ini...Amin


Terimakaseh kerana melawat teratak maklang...moga hari ni baik utk semua:)

Friday, January 7, 2011

Bila hujan turun...

Assalamualaikum…

Jumaat datang lagi. Betapa cepat masa berlalu …Dah banyak ke kita berbuat ibadat ye...Moga2 kita semua ke arah itu. Menyediakan diri untuk kehidupan yang di sana, InsyaAllah...

++++++++

Pagi ini juga kelihatannya langit amat gelap ketika ini. Tanda2 hujan akan turun lagi seperti semalam. Hujan mencurah2 hampir sepanjang hari. Tapi matahari sempat juga bersinar sebentar. Dan kemudian hujan turun lagi dan lagi dan lagi. Nasib baik maklang dah standby payung dalam kereta. Payung free yang dapat last wiken semasa Cik Abang service kereta. Besar macam payung eskrem. Dapatlah lindung dari hujan yang tersangat lebat. Tapi setokin lencun laaa...Bawa sepasang extra supaya taklah kaki basah lencun kat ofis.

hujan lebat, tengahari semalam...rasa macam fall pulak..daun2 banyaknya gugur

ini on the way ke arah rumah maklang...kabus meliputi bukit2 kat depan rumah.

bergenang2 air...longkang pun penuh air..



Bila hujan2 begini, maklang selalu teringat Pak Omar. Kalau hujan lebat2 sangat kesian Pak Omar. Rumah dia naik air. Tahun lepas masa minggu ke 2, tak silap...rumah Pak Omar naik air. Kata dia, penatnya lah berkemas kalau rumah naik air. Tu pun nasib baik, rumah Pak Omar rumah atas. Yang teruknya, dapur dan bilik Pak Omar lah ...nak buat macamana..redho ajelaa...

Itu kisah hujan yang turun, kisah bulan Januari poket kita pun macam air... Hmmm bukan aje utk membayar yuran2 dan buku2 serta segala perihal sekolah anak2, tapi nampaknya barang2 kat rumah pun macam nak demam2 aje. Semalam Alang talipon, seterika yang maklang beli masa akhir 2009 dah dihantar kat service center dia. Entah macamana bibik buat, benda tu dah rosak. Pakai tak sampai setahun dah kong! Lambat sangat nak dihantar ke service center maka dah tak ada warrantylaaa...kena lah dekat separuh dari harga yang dibeli...Adoiii....

Lepas tu petang semalam masa nak menjahit, mesin jahit maklang pulak buat hal....Nombor2 kat screen dah ilang and mesin tak nak gerak...Sedihnya mesin yang selama ini dah berkhidmat sekian lama dah mula nak menjauh dari maklang. Kena masuk service lah tu. Harap2 kalau nak betulkan taklah dia membocorkan poket ku yang telah sedia koyak2... Beritahu Cik Abang..macam rasa nak tengok mesin yang industrial tu laa...sape gaknya biasa guna mesin ini. And berapalah harga dia...So, buat masa sekarang, maklang guna mesin sulam maklang yang boleh juga jahit biasa...Or else..nangislah I...pouches banyak due end of the month..



Kisah Hakim pula...


terkejut petang semalam masa dia call maklang kat ofis.


Maaaak...hari ni Hakim balik lewat tau...


Kenapa?

Cikgu panggil nama Hakim..Cikgu pilih Hakim masuk kelab tarian zapin...


Haa...? Kelab zapin? ( sambil rasa nak tergelak). Kenapa Hakim nak masuk?


Hakim tak nak masuk...tapi Cikgu dah panggil nak buat macam mana? Hakim kenalah pegi...


Oklah..nanti petang nak balik call mak tau. Tengahari nanti nanti mak kirim nasi ngan Pak Omar eh..


Ok...


Nak tergelak...nak sangat dia join kelas joget ni. Bila balik, dia kata , Abah cakap kalau ada kelas tarian, Hakim kena masuk ...So, sebab tulah dia masuk..Alah..alasan. Mak tau Hakim memang suka menari..he he..kelakar ...

sempat snap gambar Hakim masa dia praktis...suka sangat...


++++

Sebab musim hujan, lepas dari mengambil Hakim, maklang sempat goreng mee hailam. Hmmm...sedap makan panas and waktu lapar2 ni...



jemput makan...mee hoon ni...makan macam sedut je...sekejap dah habis...Alhamdulillah


On the RE side...ni je yang buat semalam sebab maklang mengemas riben2 ku yang bertaburan

main2 riben...persediaan utk nak buat alas katil pengantin...Ya Allah...cepatkanlah ideas datang...


Yang ini pulak, maklang buat dah lama, baru dipos semalam petang...


Oklah, takat ni dulu, nak gi Pasar Tani jap...tapi hujan dah turun laa....:(..sedih dalam tawa...he..he..boleh bergolek2 dalam sejuk2 ni...tapi teringat pouches I...hu hu


Have a nice weekend...

Tuesday, March 2, 2010

Keje keje keje

Salam,


Kita cerita bergambar lah ye. Malas nak cerita panjang.

24.2.10: Hakim turned 9. As usual mesti nak kek. Mulanya nakkan Ben10, tapi yang tinggal cuma Pokemon. Tak pelaa. Pokemon pun oklaa...( gambar kena upload kemudian, 3 kali upload tak mau keluar..malam ni internet terok betul!Gambar2 kat bawah ni je yang dapat...)

Along Angah rajin masakkan daging lembu dan lamb bakar, tapi liet...anyway sedaplaa.. Yang best sekali was the baked potatoes. Thanks dear...


Last wiken kami ke KL. Ada urusan sikit. Terpaksalah maklang berkorban waktu menjahit. Banyak dah overdue. Maaf ye kalau ada yang terlambat sikit atau banyak. Kadang2 tak dapat nak elak bila ada urusan yang terpaksa diselesaikan segera. Macamana pun, maklang tetap hangkut bawak ke sana ke mari. Bukan sebab rajin tapi sebab nak habiskan tempahan dari kawan2 laa...Alhamdulillah ada jugak yang siap. Kadang dalam kereta pun maklang jahit. Tapi tak leh banyak2 sebab nanti mabuk. Lagi payah...

So, last wiken, dalam pada nak selesaikan kerja Cik Abang kami sempat singgah makan. Breakfast makan hampir pukul 11 pagi. Makan nasi briyani. Memang sedap sangat. Entah sebab perut lapar ke, tapi memang sedap sangat. Kat Kajang, kat belakang pada Metro Kajang. Nama kedai tu Restoran Ayza. Memang enak sekali...

Makan lunch, pukul 5 lebih, nasi kerabu dekat2 Giant yang hampir dengan Saujana Impian. Ada kedai nama Nasi Kerabu Yati. Memang 2 thumbs up. Sedap lagi...Mana lah nak kurus, asik sedap aje makannya..


Kami tiba Kerteh lewat hari Sabtu malam...maklang drive dari Sungai Ular sampai kerumah. Semuanya tidur keletihan..
++++++++
Jahitan maklang masih diteruskan, Alhamdulillah...Walau pun penat balik dari pejabat ( sekarang kerja banyak sangat), maklang tetap kena menjahit kat rumah. Kusyen2 kat bawah ni kena siap untuk dihantar masa cuti sekolah. Ada 6 semuanya. Sekarang ni maklang tengah buat yang ke 6. Tapi yang betul2 complete sulamnya cuma 2 aje ( 2 tengah nak kemaskan jahitan dan lagi 2 adalah dekat 3/4 siap). Aaaarrrggghh..camana nak siap ni. Entah2 kena jaga sampai larut malam, yang hanya boleh waktu malam hari tak kerja...Doakan maklang dapat siapkan semuanya...Amin...

Semalam petang pulak, maklang terbang ke KL. Dialogue session cuma 2 jam aje. Tapi masa pergi dan balik...aduhai...lamanya...Maklang hangkut lappy kecik maklang yang baru dapat pada 25.2.10 yang lepas. Saje beli yang kecik sebab nak bawak ke sana kemari mudah sikit. Taklah sakit pinggang hangkut laptop Cik Abang yang agak berat tu ( laptop maklang yang lama,toksah cakaplah, macam bawak batu sebab besar!). So, bila dah bawak ke sana kemari, dengan tak berbaju, kesian dia takut tercalar pulak. So, sesampai aje dari airport tadi, lepas dan asing2kan baju kotor, maklang masuk ke bilik jahit dan mula potong2, sulam2 dan cantum2 kain2 untuk menjadikan ianya sebuah sarong laptop untuk sendiri...Lamanya tak buat untuk sendiri..

Sekian sahaja buat kali ini. Besok will be another long day, tapi Syukur sebab Khamis kami tak keje...Yeay!

Tuesday, February 23, 2010

Memang berbaloi..

Assalamualaikum...

Mata kelabu nak menjahit. Sambil menonton Na-Omei kat TV 3 ni, maklang menaip entry kejap. Biasanya tak tengok TV tapi online jer, tapi sebab 3-4 hari kebelakangan ni memang lembab sangat nak tengok online, terpaksalah maklang tengok TV. Lagipun conquerer TV tak ada rumah masa ni. Tengah pergi beli ayam kot kat pasar tani. Sebab on line ni tak dapat tengok, makanya terlepas lah 3-4 episode last week. Nanti kalau online tu dah Ok, bolehlah maklang qada' cerita. Penting sebenarnya online ni, sebab maklang layan sambil menjahit....he..he..


+++++

Last wiken memang rasa best. Rasa setiap masa di manafaat kan dengan sepenuhnya. Mana tidak nya, maklang sempat jahit yang berikut ni. Masak pun sempat jugak. Buat kerabu pucuk paku lagi masa hari Sabtu. Lauk kesukaaan kekasih maklang. Hari jumaat masak biasa2 aje, ikan keli berlado aje. Anak2 suka sangat! Lagipun kekasih maklang tak ada rumah sebab keje kat KL. Lewat petang baru balik ke Kerteh.


Cik Abang mintak buatkan utk dia sebuah pencil case. Bila along nampak, dia nak. Letakkan nama. Angah pulak bila nampak Along ada, dia nak jugak. So, takkan tak buatkan untuk Maya...Jadinya petang Sabtu, maklang layan pencil cases jer laa....Hakim minat yang power rangers aje...so, dia tak naklah...lega...
Beg ni mulanya nak buat utk lappy baru maklang yang bakal sampai next week tapi terkecik pulak. So, maklang hadiah kat kawan yang memang suka kan beg2 kecik ni. Untuk kawan susah dan senang maklang. Seronok sebab dia suka sangat. Terimakasehlah kerana menjadi kawan yang setia...
Ini apron yang di tempah lepas maklang siapkan utk kakliza. Berapa lama baru nak siap. Alhamdulillah maklang dapat siapkan 2 helai plus satu lagi apron yang simple. Yang simple tu dah pun di pos ke tuan dia. Harap dia suka laa...
Ini pulak chair back cover. Sebab size kerusi penempah tu size dia tak berapa pasti, maka maklang letakkan riben sebagai pengikat supaya boleh adjust..Alhamdulillah banyak yang siap last wiken...


Kat office pulak, kerja banyak. Seronok. Tak lah lama nak tunggu petang!

Sekian buat hari ni...InsyaAllah bila rajin akan updet lagi...take care semua...:)

Saturday, February 6, 2010

Apa mau cerita?

Assalamualaikum...

Terasa begitu cepat masa berlalu. Dah seminggu rupanya blog tak berupdate. Tak sempat buat apa pun sebab sibuk dengan hal menjahit. Tapi rasanya macam tak nampak apa2 produk dia pun. Sebabnya maklang menjahit RE nya aje. Tak satu pun selesai sampai jadi beg atau alas meja. Maklang dah siap bunga matahari satu, alas meja satu, chair back satu, pouches adalah 2-3 yang sempat jahit. Ingat kan hari ni nak menyambung semuanya tapi satu pun tak usik sebab maklang sibukkan benda lain. Hmmm...nak duduk kat mesin jahit lama2 pun maklang tak larat sebab hari ni pinggang buat hal.

Sejak dari semalam dok menggunting kain. Nak buat apron. Lama dah tuan punyanya menempah, baru semalam dapat main2 dengan mesin sulam tu. Selesai bab menyulam, maklang tampal pulak felt berbentuk cupcake. Penat jugak lah melayan benda tu entah sampai 4-5 jam jugaklaa...Alhamdulillah by maghrib semuanya dah bersulam dan ber'felt' cupcake.

bahagian belakang apron, maklang buat 2 lapis...supaya kemas ..
depan dia plain aje, guna kain viscose, belakang pakai kain koton biasa aje..
seronok bila dah siap...maklang puas hati, harap client pun puas hati...:)


Malam pulak maklang melayan ambik gambar jahitan maklang...Sampai lewatlah jugak. Malam tadi cuma maklang aje yang tinggal dengan anak2 yang 3 sebab Hakim dan abah dia ke KL. Ada kerja sikit. Maklang malas nak ikut sebab banyak sangat kerja yang perlu diselesaikan. Dah naik pening kepala pikirkan dateline...


Pagi tadi maklang dok layan lah menghabiskan apron. Target nak siapkan semua 8-8 nya tapi tak larat dah pinggang ni. Rasa macam senget sebelah pulak! So, lagi 2 maklang akan sambung wiken mendatang nilah InsyaAllah. Harap2 dapat siaplah semuanya...Plan memang banyak nak siapkan, tapi tak larat!

Oklah, tak ada apa mau ceritalaa...nanti kalau ada masa maklang updet lagi tu pun kalau ada yang menarik..he..he...

Selamat bekerja pada yang nak kerja besok dan selamat bercuti pada mereka yang masih bercuti...

Sunday, January 24, 2010

Kelas RE

Assalamualaikum...


Hajat hati bila balik dari ofis tadi, nak campak beg and terus baring atas katil. Penat semalam tak hilang lagi. Campur pulak penat dipejabat. Tapi memang tak dan nak campak beg, periuk belanga kat dapur dah panggil. Lupa sebenarnya...Dah cadang nak buat kuah mee rebus utk besok. Bibik dah siap blend kepala udang semalam. Ingat nak buat semalam, tapi keletihan. Memang tak larat lepas seharian melayankan anak2 murid baru belajar. Selalunya ber2 dengan kak Ina, tapi semalam dia tak dapat hadir sebab ada hal keluarga, maka terpaksa proceed jugak sebab bukan senang nak set time yang sesuai utk setiap seorang.

Alhamdulillah the class went alright dan harap anak2 murid semua paham dengan apa2 yang dipelajari, InsyaAllah..


++++++++++

Minggu ni kat pejabat memang sibuklaa...Keje dah mula masuk Alhamdulillah. Kadang2 tu terlalu penat sampai nak terlelap aje kat ofis. Togok kopi bergelas pun macam tak ada effect aje. Tu petang ni maklang berehat kejap sambil mengupdet blog. Nanti malam kalau larat nak mengadap jahitan yang tak habis2 lagi. Tapi Alhamdulillah...rezeki masuk...Mana tau kompol2 dapat lah maklang nak pi umrah lagi ke atau bawak anak2 jalan2 he..he...Moga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga...

So, meh layan gambar2 pulak...

Hmm...ada yang nak cucuk jarum pun nak berpinar mata sebab seharian dok main benag, riben dan jarum...
Tekunnya lah menjahit..
Mata sampai naik juling lah nak buat folded rose...gelihati maklang
Tekun...tekun..jangan terjahit jari udah ler...
Senyum simpul semenya...penat tapi riang ria..Cik Nor yang bertudung coklat tu...kenapa masam aje.?

Main sauk aje tudung wan...so maklang berwarna warnilaa..

Nasib baik dah the end of class, kalau lah maklang pakai kaler2 tak menentu ni, memang jem tak leh pk. Macam pagi tadi, tersalah pilih tudung bunga2 pakai dengan baju bunga2, sepagi maklang rasa tak selesa. Serabut betul! Tengahari bila balik, carik tudung plain, baru rasa selesa..

Setakat ini dulu laa...

Buat murid2 Ribbon Chanteq..moga kita bertemu lagi di wiken akan datang. Hope it will be as fun as last wiken...

Friday, January 15, 2010

Excited

Assalamualaikum...

Seronok ...seronok...seronok...Sebab apa? Sebab hari ini hari Jumaat dan hari ini maklang bebas melakukan apa sahaja yang maklang suka nak buat. Bukan maklang aje, sesiapa pun yang tak kerja pasti seronok nak buat apa2 yang mereka suka..

Pagi2 ni sambil tengok dan dengar Ustaz Zalizan kat Tanyalah Ustaz kat TV9, ni maklang bolehlah berceloteh kat sini...

Malam tadi tidur tak berapa lena. Ada kawan kita yang bergumbira, berterbangan sambil menyanyi lepas tu menggigit orang nak tidur. Geram betul. Semalam tak spray pun bilik ni. Dah agak dah, mesti ada gangguan.... So sebab dok terjaga jaga ni, kepala ada senoneng sikit. Tapi tak mengapa...hari ni maklang excited.

Sikit je sebab kenapa maklang excited. Maklang nak jahit tudung Kak Yong yang dia dah pesan about 1 yr ago. Bagus kan maklang, simpan bertahun tempahan orang. Tapi nasib baik kak Yong bersabar...Terimakaseh Kak Yong :)


Tidur pun tak lena, dah lah kena gigit nyamuk, tapi sebab RE, semuanya tak kisah...he..he..InsyaAllah nak mereka reka lagi bunga untuk tudung...moga di beri idea oleh Allah swt, InsyaAllah..




Lagi 1 excitement ialah nak jahit 2-3 beg yang RE nya dah siap. Waaah...plan macam pinggang banyak kuat nak menatap depan mesin jahit. Tu je...he..he..

Hari ni pun maklang bercadang nak masak sesuatu yang nak buat anak2 dan suami yang dikasihi excited nak makan...bukannya apa...lemon chicken, udang butter dan tahu lembut. Sayur campur kot. Lama tak masak yang lavish2 untuk mereka. Semangat hari ini...

Anak2 yang 2 kecik pulak excited sangat. Maya nak gi tuition utk yang pertama kali. Ni tuition lain. Kat rumah pun ada tuition. Tiap kali ada tuition Maya excited semacam. Harap2 bila dia excited, pelajaran dia Ok laa..InsyaAllah...dan moga dia berjaya dalam UPSR dia...

Si Hakim pulak, entah kenapa, tak aleh2 nak sambung pulak Taekwando dia. Last yr tak mau pergi langsung. Kami ikutkan je. Asal dia nak. Kalau nak paksa tak jadi nanti. Mungkin ada kawan2 sekelas dia yang join , tu yang dia seronok sangat. Dan jugak dia tak sabar2 nak pergi bowling. Siap dah buat janji dengan Abah dia, tapi entah bila dia nak pergi tak tau laa. Asalkan dah berjanji, dia dah excited sangat.


Nak selit sikit..Ustaz kata, mandilah sunat Jumaat kerana ia mengkafarahkan dosa dari satu Jumaat ke satu Jumaat yang satu...

Oklah...ni je celoteh maklang buat pagi Jumaat yang indah...Semuga semuanya berbahagia di tempat bekerja atau berehat bersama keluarga..

Wednesday, January 13, 2010

Nyaris...

Assalamualaikum...

Malam ni rest kejap. Baru sebentar maklang kemaskan cushion covers kat bawah ni dan masukkan ke dalam kotak. InsyaAllah besok nak dipos lajukan ke Brisbane, Australia. Entah berapa agaknya postage nya. Moga2 diringankan timbangannya..



Add Image
Tersyok sendiri pulak bila tengok hasil jahitan sendiri. Berkenan dengan kombinasi warna. Alhamdulillah menjahit REnya pun senang sebab kainnya lembut sungguh. Allah sememangnya memberi pertolonganNya kerana menjahit kusyennya pun mudah sekali. Tak perlu buka 2-3 kali nak2 tang part zipnya sebab jahit atas kain tebal ni masalah sungguh untuk maklang...Apa2 pun Amin..kerana sudah selesai dan maklang ucapkan terimakaseh kepada Ana kerana mempercayai maklang untuk menjahitkan kusyen ini untuk hadiah harijadi buat kakak ipar nya...Maklang harap Ana puas hati dengan hasil kerja tangan maklang...

++++++++


Petang tadi lepas pejabat, maklang pegi date dengan Cik Abang. Apa lagi melayan hobby dia lah. Kalau ikutkan malas nak pergi sekali sebab memang pasti balik ke rumah lewat. Tapi lepas dah dipujuk masa lunch tadi...Tak nak ikut ke Abang...teman Abang jalan2 kat Dungun....?? Layan suami...??? Hmmm...Ku turutkan juga ajakan suami tercinta...

Hobby Cik Abang apa lagi kalau bukan tengok tanah. Last Friday dia pergi dengan Hakim ke Telok Bidara, dekat Dungun. Kali ini pergi lagi ketempat yang sama tapi tuan tanah yang berlainan. Lot tanah tu betul2 depan pantai. Memang maklang terpegun tengok keindahan alam ciptaan Illahi. Dengan hempasan ombak ke pantai memang menenangkan...Jiwang kejap tadi , masa Cik Abang dok berbual dengan tuan tanah, maklang pergi kesebelah pantai tengok laut. Sememangnya cantek sekali...

Lepas dari situ, kami singgah kat kedai mencari bahan utk Yaasin yang dalam progress. Apa yang dicari tak ketemu. Cuma dapat glue aja. Hampir 7:15pm kami bertolak balik . Biasalah jalan balik ni agak gelap. Nak2 jalan kat Bukit2 tu. Sebab nak kejar kan waktu solat, maka kereta macam nak jadi helikopterlaa ( kalau kapalterbang laju sangat lah pulak!). Sambil2 tu kami berbual lah tentang hobby Cik Abang .

Sedang kerete tu memecut, tiba2 nampak ada 2 ekor makhluk Allah ni lenggang lenggok cross jalan. Nasib baik maklang terperasan. Almaklum jauh dan gelap. Dan kereta tengah laju. Suspense jugak! Kalau tak tadi memang adalah perlanggaran antara anak dan mak lembu dengan kereta kami. Kereta belakang kami pun laju jugak dan nasib baik dia sempat break dan membelok ke kiri sikit. Kalau tak tadi memang kecelakaan lah kami. Syukur tak ada apa..


Tu je nak cerita sebenarnya..Otak dah slow dan mata dah kuyu..Lepas ni memang nak carik bantal...selamat malam semuanya...

Monday, January 11, 2010

Bz setiap masa..

Assalamualaikum...


Maklang kesunyian hari ini. Ye..hari ini dan esok. Sebab itu kena membizikan diri. Bila Cik Abang tak ada bersama, rasa sunyi pulak....dah terasa rindu walau baru pagi tadi dia terbang ke KL atas urusan kerja. Anak2 adalah ni bersama, suruh solat dia buat lagu rap pulak...Sabor je laa...kang mak tinggi suara kang, moncong jadik sekaki! Itulah dia bujang maklang...


Wiken lepas maklang sibuk. Sebab tu tak ada updet. Ni pun kejap aje ...

Mana tak sibuk, plan2 nak menjahit macam2.

Hari Jumaat, Wan Pari, Tok Uncle dan Aiman singgah kat rumah maklang. Bawa tauhu, taugeh dan lontong kiriman dari Wan..Alhamdulillah.

As usual, Jumaat sibuk menyiang ayam, ikan dan udang. Masak soto untuk tengahari. Nasi impit ( lontong ) dari Wan tak cukup sebab ada 3 aje, so, ptg khamis dah mintak bibik tolong buat lagi 4.

Tengahari pulak kawan Wan Pari yang also Cikgu Along datang. Lama mereka tak bertemu. Seronok bersembang dan makan2. Alhamdulillah.

Wan Pari dan keluarga balik ke KT lewat petang. Bila mereka dah pulang, maklang sambung menjahit. Alhamdulillah siaplaa sebuah beg lagi, dan beberapa pouches. Malam maklang menjahit RE pulak.

Sabtu lebih sibuk. Masak asam pedas ikan tenggiri utk lunch dan buat kacang pool utk breakfast. Selesai di dapur, maklang report duty kat bilik jahit. Seronok sebab 3 anak2 manja berkumpul sekali kat bilik jahit cum study. Adalah masa dengan mereka. Cik Abang pulak melayan TV kat bilik dan Angah pulak melayan Fb agaknya kat bilik dia.

Alhamdulillah sempat lah maklang siapkan alas katil berbantal 6 yang maklang potong beberapa hari sebelumnya...Syukur...

Ni dah 2-3 hari ni , maklang sibuk pulak wrap kan yaasin utk perkahwinan sepupu maklang. InsyaAllah raya China ni akan berlangsunglah majlis sambut menantu.

Kalau ada sesiapa berminat, Yaasin ini boleh jugak dibuat utk tanda mata untuk majlis cukur jambul ke, majlis baca Yaasin ke...Kalau berminat, maklang boleh buatkan. Harga sebuah RM4.50 sahaja...

Ni nak sambung pulak menjahit tag nama kat baju kadet Along yang baru ambil dari tailor petang semalam...

Selamat malam semua, jumpa lagi dilain waktu, InsyaAllah..

Monday, January 4, 2010

Janganlah ganggu tidur ku...

Assalamualaikum..


Hari ni ngantuk lagi..

Semuanya gara2 tidur maklang diganggu. Dah beberapa malam diganggu siap menyanyi2 lagi. Memang geram betul. Bila dah terganggu macam tu dan bila kita dok tepis2 dan dia tak puas hati, dia akan teruskan gangguan nya. Maklang ni pulak bangsa susah nak tidur balik kalau dah tersedar. Memang geram. Sekarang ni mata dok berkabus aje sebab tak cukup tidur dah 2-3 malam.

Semalam sebelum masuk tidur tu dah lah kita layan dia kasi ubat. Pening kepala gak kalau dah bagi ubat ni, dia tak mau pulak pergi2 dari kita. Kalau cakap kang dia tak paham pulak apa yang kita cakap. Cuba paham sikit, jangan ganggu tidur kita. Besok kita nak keje tau tak...Memang susah betul!

Malam ni harap2 janganlah diganggu lagi. Tak larat dah beberapa malam kena nyanyi kat telinga ni. Kadang tak kira, maklang selibung aje. Malas betul kalau kena cam ni.

Geram tu, maklang tepis. Kalau nasib baik, kena, kalau nasib baik, 2-3 kali tepis dia nyanyi lagi. Isssh...nyamuk ni betul laa. Geram!

Yang bestnya, dia nyanyi2 kat telinga maklang aje. Kat partner sebelah tak pulak dia gigit. Nyamuk jantan agaknya. Nak buat macamana tak tau. Sebaik aje aircond kat bilik ni off around 4:30am, nyamuk pun mulalah kacau. Nasib..nasib...yang masalah nya malam tidurnya agak lewat, kalau 4 jam memang tak cukup. Tahan tak tahan, terpaksa cekangkan mata kat ofis. Kadang sampai berpusing kepala terhangguk2 menahan lentok!

Oklah cukuplah sampai sini aje malam ni. Maklang nak jahit RE sikit. Kain alas katil yang maklang cerita semalam tu maklang dah guntingkan, nanti InsyaAllah wiken boleh lah jahitkan.


Tak dapat yang ori dapat yang biasa jadiklah. Kain ni entah berpa RM semeter. Beli 6 ke 7m ari tu dapatlah satu alas flat untuk king dan 6 buah bantal. Kena adjust sikit, tampal dengan kain plain cotton satin brown yang ada dalam simpanan. Alhamdulillah kena pulak colour brown tu dengan tulisan LV tu...


Jap lagi nak jahit kusyen cover yang dah masuk tahun ke 2. Puan dia dah beberapa kali bertanya...InsyaAllah nak paksa buat sampai habis, biar boleh sambung jadi cushion cover by weekend ni...:)

Yang ini, inti bunga semuanya dah siap.
Yang ini, inti bunga nya masih kosong lagi. Tang nak habiskan yang sikit2 nilah yang leceh...bercinta nak abiskan...


Selamat malam semua..,rajin2 lah datang ke sini...