BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 25, 2010

Jalan-jalan jumpa kawan..

Assalamualaikum...

Yeay...Alhamdulillah dapat gak nak mengupdet walau rasanya pendek lah sangat...tak payah banyak ceritalaa..gambar je dah cukup kot. i sibuk you...:)

Sebelum gambar ni nak diupload, meh maklang cerita serba sedikit cerita terkini kami sekeluarga.

As usuallah masing2 memang sibuk memanjang..

Abah..sibuk keje. Abah Alhamdulillah sihat macam biasa.
Mak ..sibuk keje jugak, menjahit dan memasak. Mak sekarang ni sakit lutut, sakit tumit dan sakit pinggang - akibat mengangkat sekotak besar riben last week. Sampai hari ni rasa tulang bengkok dah ni...Minta2 cepatlah baiknya...Amin..
Along, sibuk sangat dengan toy baru dia tu...jangan lupa study sudah..mak dah kasi hadiah tu...tahun depan awak pulak kasi hadiah kat mak...eh..
Angah..as usual sibuk jadi orang Thailand laa, orang Indonesia lah dan jadi orang Cina or India..Kalau dia dah mula sebuk dengan berbahasa macam2 ni gamat kat dapur tu dengar dia cakap..Jadik pulak tu...
Maya, Maya ni sibuk tuisyen aje siang malam, sampai Mak pulak kata tak payah lah pegi Maya..Kesian tengok dia asyik dengan buku aje. Tapi Mak doakan Maya berjayalah dengan memperolehi 5A, InsyaAllah...dan
Hakim Mak, sibuk dok terkeseng2 nak tido kat bilik mak lagi...sekali sekala mak Ok jer...:)


Gambar2 kat bawah ni berlaku beberapa minggu lepas. Kami dapat cilok kejap sebelum attend khenduri sepupu Paklang...Pergi menziarah Kak Ezza...seronoknya...kami dihidangkan dengan Mee Udang...sedaplah kak, saya cuba buat tapi macam tak jadik jer...he..he..


sedapnya mee udang akak tu...beberapa mangkuk lah setiap seorang makan..malu kak..malu..


As usuallah...bergambar semuanya...


tengok tu mula2 malu2 last2 tak malu...sori kak Ezza...tapi kesedapannya menghilang kan rasa segan kami kat tuan rumah



Tu dia...sama comel sama tembam..

Thanks kak Ezza and Abg Aziz and family kerana sudi menerima kami...Alhamdulillah...nanti nak kesana lagi boleh tak?

Yang kat bawah ni pulak was last Tuesday...maklang ke KL ikut Cik Abang sebab dia ada hal yang perlu diselesaikan..So, I ponteng keje senin petang dan Rabu. Hari selasa was Along's birthday, so we celebrated 2 days earlier...kat BK MM jer...


rasa comel sangat E-chop dengan idola dia ni...:)


Ni kat GSC Mid Valley GSC...tengok Toy Story je..kalau tak bawak..Hakim kat dia nak merajuk kat mak sentiasa...sentiasa tu...:)


Malam pulak, tak sangka Zar nak datang umah maklang. Nak hantar kasut yang maklang kirim...TQ Zar, sorilah maklang hidangkan kopi dalam cawan tak berpiring...almaklum, rumah singgah2 jer


Cik Abang yang beria nak ambil gambar ini...

Alhamdullah setakat ini..maklang terlalu mengantukkkkk..


Wassalam..sehibgga bertemu

Monday, July 19, 2010

Majlis khenduri kahwin sepupu Cik Abang

Assalamualaikum...


Saje nak updet pagi ni. Jengok2 macam berabuk kat sini. Maklang tak sempat nak jenguk pun. Sibuk benar nak siapkan tempahan kawan maklang yang nak balik ke US 27hb ni. Kesian kalau tak dapat nak siapkan sebab nanti kena pula nak bayar kos pos, so menjahit macam cicak kudung. Kadang rasa jemnya pinggang sebab duduk lama. Bila lenguh melanda, maklang pun mula lah buat benda lain. Semalam pun , ingatkan nak menjahit seharian. MAsak pun tak sebab nak habiskan makanan yang macam nak termuntah keluar dari fridge. Tapi biasalah apa yang diberangan kan tak jadi. Lupa ada khenduri kawin dan Wan Pari dan Tok uncle pun datang, so kami dok melayan mereka lah..Dapatlah maklang berehat jugak in a way.

Anyway, ni gambar2 sekitar cuti kami pada 26hb Jun lepas. Kat rumah arwah pakcik paklang. Alhamdulillah selamat dah semuanya...Amin...



apalah yang digelakkan oleh 3 dara ni...


lamanya nak tunggu tok imam datang untuk majlis akad nikah, paklang pulak sibuk dengan fb dia...menjangkit dah tu...


ceria2 semuanya...biasalah tu kan...seronok2 masa tu..


Ini dia pengantin baru...kejap je dah dekat sebulan kan!

selamat malam/pagi semua. InsyaAllah besok bermulalah hari yang sibuk nak mengangkut beg lagi..kali ini hangkut juga mesin jahit...doakan kami berjaya misi kali ini..Amin..

Saturday, July 3, 2010

Surabaya Part Last

Assalamualaikum...


Wah diam tak diam, dah dekat 3 minggu hari since last updet. Punya cepat masa berlalu. Betul tak sedar. As usual my reasons are the same. Terlalu sibuk dan malas...he..he..


Last 2 wikens pula, kame ke KL. Ada majlis perkahwinan sepupu Cik Abang. Kali ni memang mesti pergi sebab the last wedding untuk anak ke2, kami tak dapat hadir. Baju semua dah siap jahit seronok nak jalan, tapi tak dapat pulak sebab Cik Abang demam. So, boss kata tak pergi, kita dok dendiam aje laa. Alhamdulillah sampai ke KL kali ini. Memang lah seronok bila pergi wedding sedara mara ni. Ramai jumpa sedara mara yang lama tak dapat nak bersua muka. Syukur dapat bertemu kali ini.

Hari Khamis kami tiba jam 11 lebih. Angah, Hakim and Maya ikut sebab terlalu seronok nak jumpa kakak. Malam tu, entah pukol berapa mereka tidor sebab bersembang dengan kakak. Pagi Jumaat kami ke clinic bawa kakak dan bibik Ju ( bibik Alang) untuk fomema. Lepas dah selesai amek ucop dan hangkut semuanya ke Kajang.

Alhamdulillah perancangan nak pegi rumah Kak Ezza tertunai. Sedap mee udang Kg. Pandamaran kak Ezza. Tinggal suku je gaknya dari yang Kak Ezza hidang!Nanti lah maklang cerita.. Cerita waktu menghadiri perkahwinan sepupu Cik Abang pun kalau rajin, maklang cerita eh. Ni kita selesaikan Cerita Surabaya ni dulu ye..



+++++++++

Hari ke 3

Hari ke3 punya rancangan kami buat masa dalam perjalanan pulang dari Jambatan Suramadu...Biasa laa...tak tahu mana nak pergi. Ok, pagi2 kami berangkat ke Tanggul Angin pukol 8:30pagi. Sebab perjalanan ambil masa lebihkurang 1 jam ,maka kami bertolak awal supaya dapat pergi tempat2 lain kalau dah pegi awal pagi. Dalam perjalanan Pak Por bercerita tentang macam2 lah juga. Kami juga banyak bertanya, kalau tak tanya, nanti banyak yang tak tau.

Memang tak sangka yang kami akan singgah kat bandar Sidoarjo. Sempat jugak singgah tengok lautan lumpur yang dah hampir 4 tahun lumpur keluar dari bawah tanah sehingga menutupi seluruh daerah kecil di sana. Dalam masa 4 tahun lumpur yang sedalam 10 meter dah mengalir menutup 3-4 daerah. Kerajaan sudah pun meninggikan benteng setinggi 10 meter, tetapi tidak cukup untuk menampung semuanya. Moga2 cepatlah lumpur yang mengalir tu berhenti..Amin...


Dalam perjalanan pulang kami singgah di tempat jual sulam2an. Bestnya . Walau pun ad hoc je sebab tak ada perancangan nak ke mari..Duduk bersila lah maklang memilih kerudung2. Aduuuhhh cantik2 bangat. Green pulak asyik berkelip je...so apalagi sambar sekali lah untuk anak2 and untuk buat Raya sekali...Thanks darling layan isteri tercinta ni..he..he..

Dari sini kami bertolak balik. Sempat singgah kat kedai2 jual lukisan sebab hajat cik Abang nak beli lukisan belum tercapai lagi. Nak buat macamana, tak ada pulak yang menjual lukisan2 macam kat Bali or Jakarta. So, tak adalah membelinya. Lepas tu kami pergi makan dan balik rehat. Petang kami ke Plaza nak cari kain katun ( cotton). Ingatkan kedai tutup lewat rupanya pukul 5 dah tutup. Apalah nasib. Dapat beli sehelai 2 aje dan sepotong yang lain untuk ole2 seseorang yang maklang agak rapat. Alhamdulillah dah sampai pun kat tangan tuan dia dan dia suka..Lepas tu kami pergi beli satay. Cik abang teringin sangat nak makan satay kambing. Pak Por recommended satay kat satu tempat tu, secucuk 13 ribuan. Besar dia macam ibujari kaki . Daging kambing dipotong kecik2 dan dicucuk kat lidi and then dibalut dengan kepingan daging kambing lalu dibakar. Maklang rasa segigit je. Tak leh masuk sebab ada bau. Cik Abang pun makan sikit aje dan yang lainnya tong sampah yang kenyang! Ada jugak beli satay ayam sikit, tapi yang tak bestnya separuh cucuk tu lemak ayam. Ish tak leh masuk terus. Kata Cik Abang satay kat Surabaya fail ngan tekak dia... tak lawan Satay kat Malaysia!

Lepas malam tu, beg dah siap pack semua. Maklang tidur awal. Tak larat dah rasanya...


Hari 4

Besok pagi lepas breakfast, seawal 8 pagi kami dah bersiap sedia nak ke kg. kakak. Ye, misi kami ada lah untuk melawat family kakak dan bawak kakak balik ke Malaysia. Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan urusan untuk mengambil kakak bekerja dengan kami akhirnya selesai juga. Kakak yang sebenarnya nak keje semula. Bosan kerana kekurangan wang kat sana, akhirnya kakak nak datang kerja dengan kami semula. Alhamdulillah. Dapat juga ambil saudara kakak yang nak keje dengan Alang.

Dalam perjalanan sempat juga kami singgah kat tempat wisata- cantek tempat tu - macam waterworld diGambang tapi entah 4-5 kali lebih besar. Walau tak masuk, tapi nampak tempat tu amat besar..

Total perjalanan dari Surabaya ke kg kakak ambil masa sekitar 3 jam. Ingatkan ulu sangat lah tempat kakak ni, rupa2nya besar dari bandar Dungun...Meriah juga bandarnya..Yang lain was history. Happy dapat bertemu keluarga kakak. Ialah dah kenal kakak sejak along berumur 2 bulan masa kakak mula2 keje dengan maklang. Sekarang dah 17 tahun, tolak cuti setahun masa maklang beranakkan Hakim dan berenti selama 4 tahun, kakak masuk balik nak keje semula. Alhamdulillah...:)



Perjalanan pulang ke bandara ( airport) ambil masa 2 jam aje. Sampai airpot ejen yang uruskan paspot utk dicop di kedutaan Malaysia uruskan semua paspot kami. Tak payah tunggu2 kat imigresen nak dicop. Senang aje lah. Syukur. Masuk Malaysia yang masalah. Utk kakak ok sebab majikan ada bersama, tapi untuk Alang tersekat sebab dia nak copy of IC uncle Jai pulak. Yang kami bawa cuma surat undertaking aje. Selalu ok je dengan surat. Puas pulak tunggu Uncle Jai faxkan IC dia. Uncle Jai balik JB hari tu dan it was almost 11 lebih bila kat imi KLIA. Mesin fax rosak laa, jemlaa. Both sides dari Uncle Jai dan kat airpot tu; Last2 buat muka tak malu, ada pejabat Malaysia Airport yang maklang mintak tolong if boleh fax kat dia. Syukur pukul 1:30pg, baru fax masuk . Dan ALhamdulillah selamat semuanya. Kami tiba rumah ALang pukul 3;30 pg sebab hantar barang untuk sedara kakak dulu. Alhamdulillah now dah masuk 3 minggu kakak diMalaysia tapi baru aje ambil kakak masa gi KL, sebab kakak dok train sedara dia keje kat rumah Alang dulu. Anak2 happy sangat. Maya sampai sanggup tidur atas lantai asalkan sebelah kakak...Memang mereka seronok. Alhamdulillah...:)



tu dia...duduk bersila pilih tudung2 sulam..kalau boleh nak hangkut seme...



berlatar belakangkan lautan lumpur di Sidoarjo

lunch di restoran Kg di kota Surabaya

Wisata ..cantek tempat ni


Upin dan Ipin begitu popular disana. nampak kita dr Malaysia je terus mereka kata ..betul..betul..betul !


Berlatar belakangkan wisata


Cantek rumah kakak, bersih dan kemas...besar pulak tu


Mak kakak dan saudara2 nya diruang tengah rumah kakak


Kami dijamu dengan soto ayam

Sebelum meninggalkan keluargsa kakak, kami sempat bergambar..



Sekian buat kali ini...InsyaAllah jumpa lagi

Tuesday, June 15, 2010

Surabaya Part Two

Yang di atas tu maklang updet masa di Surabaya. Nak upload tak boleh sebab punya lah slow internet dia. Ingat2 nak buat anak2 jeles...he..he...

++++
Hari 1
Alhamdulillah kami merayap ikut suka hati aje sebab semuanya free and easy. Cik Abang dah book Pak Supir dari Malaysia lagi. Setibanya di airport dia dah tunggu dah. Kami sewa Innova. Mudah kalau book dari internet. Kami cuma sewa Pak Supir and kereta aje. Minyak kena tuang sendiri sebab ikut mana nak pergi. Untuk 4 hari cuma 1.4 juta aje. Kira2 dalam RM 550.00 which is so reasonable. Kalau campur dengan minyak dari 1st day sampai last day total dalam 350,000 rupiah aje. Lumayan jugaklaa. Tapi pun kami tak jalan jauh mana pun.

Hari 1, sebelum check in kami dah pergi makan dulu kat kedai ayam bakar. Oklah jugak makanan dia. Ni gambar makanan yang di soru tengahari tu.


Lepas makan, check in, rehat sebentar dan solat dan lepas tu kami menuju ke Tunjungan Plaza. Memang tak ada agenda tengahari tu sebab malas nak kejar2. Tak ada apa sangat nak beli lagi pun. Kalau kat Plaza ni sama aje barangan yang ada kat Malaysia. Tinggal harga mahal dan murah aje. Sempatlah mengangkut beberapa helai pakaian sebab murah sangat. Separuh harga gitu! Lepas dari situ maklang jumpa Marks and Spencer. Nak beli barangan kat sini memang lah kurang mampu. Jumpa bedak buy 3 get 1 free. Hangkut lah 4 botol . Lumayan gitu... Ada pulak yang dah booking. Cik Abang kata yang beli masa kat Bali pun tak habis pakai lagi...he..he..Ampun tuanku!

Hajat hati nak cari katun ( cotton), tapi tak jumpa pulak. Ada kakak dari Indonesia yang maklang jumpa kat kedai pakaian siap bawak maklang ke kedai Alta Mode ( kira2 begitulah ejaannya), tapi selai pun tak berkenan. Banyak yang kaus ( yang stretchable), takkan nak guna itu buat baju. Ada yang berkenan texture kain cotton tu, tapi warna pulak out. Tak jadilah beli apa2. Kami round2 Tunjungan Plaza dan kemudian singgah untuk dinner. Cik Abang makan gado2 sementara maklang makan soto dan lontong je ( kalau kat sini lontong= nasi impit). Bolehlah, tak adalah sedap mana. Makan pun untuk nak alas perut aje supaya malam nanti tak payah keluar2. Sempat singgah supermarket Hero kat bawah sekali untuk nak beli roti dan air.



Kat tepi pasaraya Hero ada pulak benda ni...saje2 nak ukur tangan pemain netball compared to orang biasa


Ini kira high tea laa. Pulut panggang tak sedap langsung, macam fishcake aje.


Berkilat muka lepas jalan2 ...nak gak posing dengan berlatar belakangkan Tunjungan Plaza


Ni kumpulan rap yang masuk competition tu


Kat Toko Buku Agung...Heaven!

Masa kat Tunjungan Plaza ada competition tarian rap. Memang hebat sekali. Maklang tengok dari atas tak berkelip tengok ketangkasan mereka menari, sampai Cik abang cuit maklang ajak jalan. Competition sempena NBA kot.

Oh ye. ..lupa pulak sebelum cerita kat atas tu, kami ke Toko Buku Agung. Hai...mabuknya tengok buku2 craft. Pilih punya pilih dekat 10 buah maklang hangkut. Cara2 jahit beg, sulam2 dan juga paper craft buat anak no. 2. Then tengok pulak buku2 tulis yang cover2 dia menarik. Teringat masa maklang kecik2 suka kompol buku macam ni masa tu. Banyak di jual di blog M. Masa tu Wan Sara memang duduk dekat2 blog M. So, senang lah nak pergi beli . Lebih 30 tahun punya cerita tu!.....

Lepas balik jalan2, malam tu kami berehat aje. Maklang onkan PC dan sambil menjahit maklang menonton NSCI yang maklang bawak kat Thumb Drive




Hari 2.
+++++++


Acara hari kedua memang Cik Abang dah plan. Oh ye, lupa ..kat sini waktu Subuhnya seawal jam 4:25 pagi. Memang awal betul. Lepas dah selesai solat, maklang sambung jahit lagi. Cik Abang apalagi, sambung titon laa...

Lepas breakfast sekitar 9:30pg, kami bertolak ke Pasar Atum. Since banyak lagi yang belum buka lagi maka kami minta Pak Supir hantar kami ke Pasar Ampel. Lebihkurang jaraknya 15-20 mins. Kat sini tak boleh cakap pakai berapa km kerana jalan agak sibuk. Tapi bearablelaa tak semacam kat Jakarta yang macet teruk! Alhamdulillah kami tiba sekitar jam 10. Plan2 nak duduk kat situ dalam sejam setengah sebab Cik Abang nak solat kat Masjid Cheng Ho. Kami pusing2 kejap. Pasar Ampel juga dikenali dengan Pasar Seng(?) atau Pasar Arab sebab persamaan macam Aked kat belakang Masjidil Haram. ( Sekarang dah kena roboh dah yang kat Mekah tu). Memang banyak jual jubah, tasbih, kupiah, dan korma. Minyak wangi etc. Macam2 laa. Memang macam kat Mekah. Maklang cuba2 jugak jubah. Cantek diperbuat dari kain sari. Cik Abang berkenan yang itu, tapi sebab tengok kain dia tak berapa nak sejuk, tak jadilah maklang beli. Harga pun ratusan ribu dong..Tak pelaa..masih ada banyak masa nak shop lagi. On the way nak balik sempatlah singgah belikan Maya sehelai baju maxi. Memang kami berkenan. Harga tak leh tawar banyak. Agaknya sebab dia tengok kami orang Malaysia. Baru nak buka mulut je, dia dah tahu. Mungkin perawakan dan pakaian esp. cara pemakaian tudung dah nampak kita ni orang Malaysia...he..he...tapi nak gak kena cakap bahasa mereka sebab mereka dok pahang! he..he..

Bila balik ke kereta, maklang tanyalah Pak Supir. Memang sikit sangat ke Pasar Ampel ni? Dia kata...eh tidak Buk...ada di sebelah masjid tu, masih panjang lagi....Kami keluar balik dari kereta dan jalan balik ke arah masjid. Kat Pasar Ampel ni ramai jugak peminta sedekah. Jadi takut pulak bila mereka dok ikut aje...Cik Abang dok tarek je maklang ikut dia. At last kami tiba kat tempat yang Pak Supir maksudkan tu. Kat sini lebih lagi macam kat pasar Seng kat Mekah tu. Sempat jugak maklang hangkut tudung sarung kain kaus untuk Maya beberapa helai. Cik abang pula beli songkok Cheng Ho. Songkok ni kat tengah dia tinggi sikit dari yang tepi, macam songkok orang China dolu2 kat Melaka tu...


Di depan pintu gerbang Pasar Ampel




Kat Pasar Seng..sebiji kat Mekah. Pulak ramai yang berupa Arab



Lepas dari situ, Cik Abang hantar maklang kat Pasar Atum semula sementara dia pergi solat kat Masjid Cheng Ho dengan Pak Supir. Jalan sorang2 ni tak best. Main redah aje. Takut jugak kalau ada tukang copet. Ialah walau tak ada bawa duit banyak pun, takutlah jugak. Maklang pusing sorang2 cari kedai jual kain katun. Tak jugak jumpa, sampai lah maklang naik tingkat 2. Barulah dapat. Tu pun tak ada choices banyak. Adalah beli beberapa helai. Oklah. Dalam pada pusing2 nak cari baju mandi untuk Alan, anak Busu, waktu pun berjalan laa...Tau2 dapat message dari Cik Abang kata dia dah tunggu kat tempat dia turunkan maklang. Sesat jugaklah nak cari tempat tu. Macam tawaf keliling. Dia ajak balik laa...tapi masa on the nak balik ke arah tempat janji dengan Pak Porweito, the driver, terlintas depan satu kedai kain jual banyak kain cotton. Puas hati betul! Main tunjuk2 je nak yang mana, Cik Abang Ok je. Tu yang best. Rupanya ada hikmah kenapa tak jumpa kedai...ada orang nak bayar kan rupanya..Alhamdulillah...


Lepas kami balik dari Pasar Atum, kami singgah makan kat Sederhana. Kat sini tempat makan makanan Padang. Biasalah penuh semeja. Tak berapa sedap lah makanan Sederhana as compared to masa kat Bali dan Jogja. Tapi makan jelaa sebab tu aje makanan yang ada. Lepas makan, balik rehat dan solat.




Petang kami keluar semula. Cik Abang nak pergi ke Museum Seomporna ( sorry kalau salah eja!). Tak ada apa sangat. Cik Abang kononnya nak beli painting. Tapi lepas pusing2 kejap aje kot dalam 20 mins, tak nampak bayang pun apa2 lukisan untuk dijual. Dari situ kami bertolak ke jambatan paling panjang di Indonesia ( Yana, Thank you for the correction:)) - jambatan yang menyambungkan Surabaya dan Madura, hence dinamakan jambatan Suramadu. Setibanya kami disitu dah pun gelap. Disini cepat betul gelapnya. By 5:30pm memang dah gelap betul. Dah masuk maghrib pun. Sempat lah singgah solat somewhere dalam perjalanan ke Suramadu. Kami sempat beli sedikit ole2 kat situ. Terpaksa berkejar balik sebab maklang dah buat temujanji untuk pergi Spa. Tu pun terlewat dalam 15 mins sebab mandi dulu before ke Spa. Memang 1st class Spa by Martha Tilaar...:)









Oklah besok or lusa or tulat or bila maklang free maklang updet lagi.

Thursday, June 10, 2010

Salam dari Surabaya

Assalamualaikum,


Lama tak updet blog, hari ini maklang update dari Kota Surabaya. Kami tiba jam 10 kurang lebih 10 minit. Alhamdulillah semua mudah aje.

Seronok ada, sedih pun ada. Seronok sebab selama 4 hari ini kami akan berhoneymoon buat kali yang entah keberapa. Tapi sedihnya sebab anak2 tidak ada bersama. Hasrat hati memang kalau boleh mahu hangkut kesemuanya bersama, tapi apakan daya masa terlalu suntuk kalau nak bawak anak2 bersama. Honeymoon kami sebenarnya terselit dengan agenda yang sangat besar. Kalau bukan kerana itu, tak mungkin kami ke sini pada waktu begini. Alhamdulillah Allah beri kami rezeki. Sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahNya kan. Dan InsyaAllah akan kami lakukan dengan terbaik...he..he..Sebelum kami nak meneruskan misi tersebut pada hari terakhir kami di sini, kami akan menafaatkan masa yang ada untuk berbulan madu...Alhamdulillah...Anak2 kat rumah jangan jeles ye..Nanti ada rezeki, InsyaAllah mak dan Abah akan bawak awak semua ke mari. Doa2kan lah moga rezeki kita murah...Amin..


+++++++++


Pagi tadi maklang dan Cik Abang ke KL central dihantar Atok. Lebihkurang pukol 5:40 am tadi kami dah tiba dan dah nak cek in. Lepas solat Subuh, kami naik ERL ke KLIA. Lamanya tak terbang ke luar negara ikut KLIA. Masa ke umrah dulu pun kami ikut Changi.. Best nyaa...

Pukol 8:15am, kami berlepas. Kapalterbang penuh laa.. Yang tak best tadi masa nak boarding tu, orang yang jaga nak amek kita punya boarding pass tu siap marah2 kat mamat Indonesia...mana boarding pass?boarding pass? Berdesing jugak telinga ini. Hormatlah sikit kat orang. Ni customer ni yang you are treating tau. anyway...banyak orang banyaklah ragamnya..kita pandang jelah dengan rasa tak berapa happy.

Kami breakfast dalam kapalterbang. Lepas 1 jam kami di serve dengan makanan sedap. Nasi lemak, ada ferro roche, ada kek buah dan juice ...memang kelas lah kalau compare dgn kapalterbang murah...( Dhirah..no jeles2 aaa...:)




Lepas makan, maklang sempat buat kuntuman ros. ( oh ye, maklang deposit gunting maklang kat Tie Rack Counter kat tempat nak masuk tadi. Entah macamana boleh termasuk dalam handbag. Nasib baik adek tu nak tolong pegang. Insyaallah ada rezeki, maklang akan ambil masa dah balik KL). Sempat lah maklang buat dalam 8 kuntum! Ribbon dah precut, so tak ada masalah, benang tu pandai2lah nak putuskan. Cik Abang tido masa maklang buat bunga tu. ( Maklang dah tido b4 makan tadi!)




Dari airport mulanya nak ke Masjid Akbar dulu, tapi maklang pin ingin nak solat kat situ, So, since waktu tak masuk lagi, kami pi makan dulu lah. Kat Restoran ayam bakar. Porsinya kecil amat, So, banyaklah mengorder nya...He..he..total pon baru 90K rupiah. Baru dalam Rm30 aje duit kita. Dari situ baru ke masjid Akbar. Memang besar. Tempat solat wanita kat tengah. Berkepung dengan pagar rendah aje. So, payah lah sikit...pandai2lah kalau nak bukak tudung masa nak pakai mukena ( telekong) . Sempat lah snap gambar2 sikit. Dari masjid Agung barulah kami bertolak ke Hotel Majapahit.


Kenapa Majapahit? Kebetulan masa maklang browse and Cik abang pun browse internet, dua2 terpikat dengan layout hotel ni. Memang suka. Dan masa kami masuk kat bilik kami tadi...de javu u...teringat masa honeymoon kami dolu2 ,...kat Merlin...layout dia memang lebihkurang cam ni laa..memang cantek. Kami suka...


antara bilik tidur dan hall ada partition



King size bed

this is part of the bathroom, ada shower area and toilet on the other side. very spacious

ini kat ruang hall. ada meja study jugak


pemandangan luar bilik


Nanti maklang sambung lagi bila ada kelapangan and bila gambar dah upload kat pc ni ye..

Wednesday, June 2, 2010

Part 2 of 3: Pemeriksaan Sebelum LASIK yang Menyeluruh; Comprehensive Pre Operation Examination (POE)

Pak Lang baru balik dari 1 week post operation punya follow up, hari ini. Mata Pak Lang OK gembira. Hari ni Pak Lang dah 8 hari tak pakai spec. Antara perkara yang baru jumpa ialah, setelah lebih 3 dekad pakai cermin mata, baru Pak Lang dapat tengok rupa Pak Lang sendiri tanpa cermin mata. Baru nampak tembam kat pipi, sebab dulu ada cermin mata tak nampak tembam sangat. Dulu kalau tengok muka dalam cermin, pasti bercermin mata. Kalau tak pakai tak nampak. Tapi kali ni nampak muka tanpa cermin. OK gak. Kalau cukur sideburn, misai dan janggut pun semua kena pakai cermin mata.

Balik kepada cerita LASIK. Kira-kira 2 minggu setelah menjalani initial inspection, Pak Lang pun buat appointment untuk Pre Operation Examination. Untuk POE ini, kena lebih 4 jam. Pak Lang ajak Mak Lang untuk bawa kereta selepas POE.

Kat UIA, the POE is very comprehensive. Banyak alat yang digunakan, lebih kurang 10 machine. Ada alat untuk ukur tekanan belakang mata, ada machine untuk ukur topography of the cornea. (macam topography muka bumi), ada machine untuk tengok urat saraf, dan macam-macam lagi. Semua pemeriksaan ini dibuat oleh optometrist UIA.

Salah satu alat tu, setelah Pak Lang jalani ujian, Optometrist tu kata, En Pak Lang ni juling ke? Terperanjat jugak. Pak Lang kata saya dah 47 tahun, tak pulak pernah tahu saya juling. Rupa-rupanya memang juling. Sebab center of the eye dan center of pupil tempat focus mata paklang tu tak sama. Jadi ni yang kena adjust sikit masa buat LASIK tu. Kalau tidak, nanti mungkin pening ke, tak kena ke, ada baying ked an sebagainya. Lepas tu baru lah rasa geli hati. Oh juling manis jugak diri ku ini.

Satu lagi alat tu kena buka pupil mata tu besar-besar supaya cahaya dalam mesin tu boleh tengok apa ke benda yang nak tengok. Bila Optometrist tu bubuh ubah yang buka kan pupil mata kita, lepas tu pupil tu tak boleh tutup, tu yang orang lain kena bawa kereta lepas POE ni.

Total masa buat POE ini lebih kurang 4 jam. Total cost untuk LASIK kat UIA ni ialah RM 3500. Untuk POE ni kena bayar RM600. Jadi baki RM 2900 tu bayar masa hari operation.

Setelah menjalani POE ni, Dr Opthomalogist tu pun jumpa kita, untuk terangkan apa yang nak dibuat. Pak Lang punya rabun jauh lebih 500 dan 700 power nya. Pak Lang pun ada astigmatism (orang melayu kata silau) dan sebab umur yang semakin meningkat, Pak Lang pun ada rabun dekat.

Disebabkan mata kanan Pak Lang dominant, tapi lemah, dan mata kiri yang tidak dominant tapi kuat, Pak Lang tidak disarankan untuk baiki rabun jauh, dekat dan astigmatism semua sekali. Tapi buat LASIK untuk rabun jauh dan astig saja. Ni dari pemeriksaan yang dijalankan lah. Rabun dekat kena pakai cermin mata lah. Kalau buat semua, kemungkinan tak boleh nak adjust ke atau apa ke. Jadi Pak Lang pun buat lah.

Pak Lang berterima kasih pada Dr Mona di Kerteh ni, kerana recommendation dia tentang LASIK kat UIA ni. Antara perkara yang amat penting ialah Pemeriksaan Sebelum LASIK yang Menyeluruh. Ini yang mengurangkan kegusaran untuk membuat LASIK. Sebabnya kalau tidak menyeluruh, banyak perkara yang tidak diambil kira, yang mungkin menjadikan LASIK ni kurang sempurna untuk diri kita.

Sekian untuk kali ini. Tulisan ni besar, sebab Pak Lang tak nampak dekat. Maaf lah ye. Counselling dan actual Operation tu nanti Pak Lang cerita pada part ke 3 ye.

Wednesday, May 26, 2010

lasik...paklang...

LASIK Part 1 out of 3.

Hari ni Pak Lang diundang menjadi penulis jemputan kat blog Mak Lang ni. Kali yang terakhir Pak Lang dijemput ialah ketika Mak Lang menjalani pembedahan tulang belakang, kurang lebih 2 tahun lalu.

Semalam Pak Lang menjalani ‘pembedahan’ LASIK untuk membaiki mata supaya tak payah pakai spec lagi. LASIK ni buat di Eye Clinic gi UIA Indera Mahkota. Hajat nak buat LASIK ni dah lama, tapi tak dapat ilham untuk teruskan. Tak sampai seru lagi kata orang.

Suatu hari, masa jumpa Dr Mona, di klinik dia di Kerteh ni, dia recommend untuk buat LASIK kat UIA. Bukannya recommend buat LASIK, tapi, buat LASIK kat UIA. Sebabnya pemeriksaan sebelum LASIK tu amat menyeluruh, untuk mengurangkan kebarangkalian keberkesanan LASIK ni. Orang putih kata ‘reducing the probability of error’.

Bila dah dapat hasrat tu, Pak Lang pun pergilah pemeriksaan awal ‘initial assessment’. Pergi ni masa temankan Maklang yang kena kerja di Kuantan beberapa hari Jumaat yang lalu.

Dalam Pemeriksaan awal ni, Optometrist bertugas di klinik memeriksa mata, nak tahu tahap kekaburan kita. Ada juga mesin yang mengukur tekanan dibelakang mata, ketebalan kornea dan sebagainya. Kalau kurang tebal kornea tu, mungkin lasik tu tak bolehlah. Pemeriksaan awal ni mengambil masa dua jam aje, Sambil-sambil tu Optometrist bertugas tu pun interview kita untuk memastikan hasrat kita tentang LASIK ni.

Selepas pemeriksaan awal ni, kita jumpa doctor untuk dibagitahu keputusan tu. Pak Lang punya power agak tinggi > 500 dicampur dengan astigmatism dan rabun dekat (kerana usia yang semakin matang he he) menjadikan LASIK ini bertambah menarik untuk Pak Lang. Doktor kata Pak Lang menepati sasaran untuk menjalankan LASIK. Maknanya, tak susahlah sangat, dan tak banyak kesusahan (complication) nanti.

Untuk mengetahui perihal selanjutnya, kenalah menjalankan beberapa ujian menyeluruh yang mengambil masa 4 jam. Tapi ujian menyeluruh ini kena bayar RM 600. Bayaran ni akan termasuk dalam semua bayaran untuk LASIK yang waktu ini ialah RM 3500 untuk kedua-dua mata.

Ujian menyeluruh ini, termasuk dalam PART 2 ye, dan pembedahan LASIK tu nanti Pak Lang cerita dalam PART 3 ye.

Besok Pak Lang kerja….dengan tak pakai spec he he he. Nanti Part 4 Pak Lang cerita kan tentang kesan-kesan tak yah pakai spec ye. Selamat malam.