BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 13, 2011

Lambat

Assalamualaikum...

Apakabar? Harap semuanya sihat. Maklang ni batuk masih tak ilang2 lagi. Kejap dia elok sikit kejap dia batuk terok. Bab yang tak tahan tu bila batuk berterusan. Sekarang kalau tidor malam, maklang sapukan vicks kat kerongkong dan dada...macam budak2 pulak. Agaknya stress pun ye jugak. Penat sejak anak2 masuk sekolah ni. Mana tidaknya berkejaran sejak awal pagi. Mana nak siap masak utk pagi and mana nak siap masak untuk tengahari.

Sebab tak sempat dah nak masak pagi2 sebelum pergi office, maklang sekarang kalau jumaat sambil2 membersihkan ikan2 dan ayam, maklang terus menumis masak lauk2 untuk seminggu. Tapinya maklang taklah letakkan ayam atau ikan ke udang ke dalam tumisan tu. Kiranya maklang buat base aje dululaaa...Bila tiba hari nak makan kakak akan masukkan ayam atau ikan atau apa2 lah yang patut. Memang senang banyak lah kalau seme dah siap by Friday. Bila hari tak kerja, maklang akan masaklah the very same morning. Anak2 pulak kalau pagi2 makan nak lain2. Masa mood maklang ok, maklang layanlah satu2, mood tak ok, nasiblah, makan apa yang dah masak...he..he..lagipun manalah nak sempat nak buat macam2 early in the morning kan:). Kalau bibik Narsi memang dia layan, sampai maklang tegor dia...bibik jgn manjakan sangat anak2 saya...jangan buat dapor ni macam kantin:). Bibik kadang tu manjakan sangat anak2 tu...

Sejak sekolah ni maklang dah pernah terlewat 2 kali...Adoilaa...melompatlah dari katil. Lepas subuh kalau boleh nak terjun je dari tangga nak ke dapo. Hmm...nasib baik 2-2 kali taklah sampai sekolah 735. Kalau sampai waktu tu, memang laa kena fine agaknya budak2 ni. Pulak Angah dah jadi pengawas..takleh lambatlaa...


Yang kelakar, semalam maklang cerita kat ofismate maklang yang semalam pagi maklang tersedar jam 651am. Pagi ni pulak bila maklang tiba office pukol 820, dept maklang gelap lagi. Heran jugak apasal tak ada yang datang lagi. Rupanya adek yang duduk dekat2 maklang tu kata, dia terlewat jugak pagi ni. Sedar2 dah pukol 800..he..he..suboh dinasour lah jawabnya..


+++

Habis cerita lambat, ni nak updet RE pouches. Maklang nak kena siapkan about 16 more aje..InsyaAllah malam ni berangan nak buat lagi 5-6. so tak boleh leka. Bila dah siap pouches ni maklang nak venture into telekong making business dengan kawan maklang insyaAllah. Nak jahit telekong yang 2 lapis. Plain telekong with renda aje...Kalau ada sesiapa yang nak tempah...hantar lah email ke maklang. Kainnya dari bahan cotton yang bidang 60 inci dan rendanya selebar ~3inci macam yang kait tu..


Oklah setakat ni dulu, maklang ada banyak kerja...nanti cerita lagi..:)

6 comments:

Anonymous said...

salam mak lang,

sy teringin nak tempah kain telekung 2 lapis tu.

Apa email mak lang?


azlina

Izariza said...

salam maklang,
semoga siaplah pouches tu ye .. buzy betul maklang ek .. bawak2 rehat tau nanti sakit urat belakang macam saya ni :D

IXORAROXI said...

saya ni pun memanjang je terkucil bila login attendance..jem teruk pagi2 sekarang ni, sampai naik kebas kaki tekan pedal minyak :D

maklang said...

azlina:

email maklang nazdin_2000@yahoo.com

maklang said...

iza,

insyaAllah, sulam nya tggl 8, tapi nak jait jd pouch ada 88...adoilaaa...

urat blkg dah lama sakit, siap dah kena operate 2.5 thn lepas..

maklang said...

ixora,

login office lambat kat office tak pe..lagipun maklang ada flexi hrs, masuk 8-9 balik 5-6:)

yg takut tu login solat..:(

p/s jd ke nak tempah cushion?