BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 18, 2011

Musim bunga dah ke?

Assalamualaikum...


Sempat jugak ambik gambar Hydrangea maklang yang sedang berkembang...Alhamdulillah...Sekarang ni macam dah musim bunga pulak..Banyak bunga yang berkembang di taman...dan biasa nya kalau spring ni banyak orang bercinta...:)..selingan aje ni...

Hari ini ok ok je. Anak2 bangun agak susah pagi tadi sebab semua tido lewat semalam. Hmmm..bila pagi2 cari baju, baju pulak tak de. Sebabnya Maya lupa nak beritahu kakak yang hari ni ada merentas desa, so kena pakai baju sukan jugak. Nasib baik semalam dia pakai baju sukan sekejap aje sebab tak jadi merentas sebab hujan, or else mau dia menangis. Knowing Maya yang tersangat amat melampau cerewet dia mmg susah sikit nak nego... Abah dia kata, hmmm..pening kepala layan Maya masa nak beli baju Kadet dia. Sampai 3-4 buah kedai pegi baru lah dia puas hati...Tapi nak buat macamana, layankan aje.


Hakim was ok tadi pagi walaupun tidurnya tersangat lewat semalam. Selewat emaknya ..sempat jugak takutkan dia dengan Ngangkung semalam...kelakar budak sorang tu...penakut tak leh cakap punya budak...seronok kacau bujang mak sorang ni...


Pagi tadi yang tak best was Atok and Wan dah pun balik ke Jb. Petang tadi dah selamat sampai JB. Atok kata, dia rindu sangat ngan Alman. Masa dia berbual ngan Si Aman semalam, macam sebak aje dengar. Aman tu cucu feberet Atok. Kali ini lama betul Atok berjauhan dengan Aman, lebih sebulan dah rasanya Atok tak balik Johor...rindu sangat kata Atok. Agaknya at this time mesti Atok tengah bergurauan dengan Aman


As for Maklang, tak ada apa interesting pun. Dah wrapped up pun tender evaluation tadi. The rest keje macam biasa aje. Yang tak best tu, batuk masih macam tu jugak. Puas makan ubat Dr. , Maklang telan ubat batuk ibu dan anak...at least lega lah sikit...Alhamdulillah..

Tengahari tadi balik and had lunch with Along. Maklang dah masak ayam ketumbar ni since last weekend. Mula Along rasa OK jelah mak, tapi eh, nampak cam bertambah2 pulak..Berkenan lah tu...he..he..kenalah maklang ingat kan apa yang maklang campak kan dalam kuali masa masak hari tu...

Petang lepas kerja, sempatlah maklang menjahit lagi 20 pouches..Alhamdulillah...ni nak mintak Along bersihkan lebihan benang kat pouch yang masih berjanggut bermisai. Misi tengahari tadi ajar dia menjahit guna mesin, ingatkan bila balik ptg dapat lah siap alas dalam pouches tu, tapi hmmm...siaplah 5 ke 6 je sebab dia kata jahitan berkedutlah mak...tak pelah asal dia nak pegang mesin tu..Nanti nak ajar dia jahit seluar pulak and then baju kurung...

Part best pagi tadi, maklang dah pun call kedai yang nak jual toy maklang sebab Boss besar sudah bagi lampu hijau...tapi lampu hijau kat purse maklang pulak berkelip2..hu..hu...tapi tak pelah InsyaAllah selesai, pouches ni dapatlah maklang tampung separuh dari harga dia.Lusa baru dapat toy tu...moga2 toys yang lain pun akan segera pulih kembali...


Sehingga berjumpa lagi, ingat nak start on design simple untuk beg maklang nak kasi kawan yang maklang nak jumpa 31hb ni nnt. So, cuti pouch kejap malam ni....:)

Selamat menyambut hari Rabu...tak sabar nak tunggu Rabu malam Khamis...:)

1 comment:

IXORAROXI said...

sungguh hijau pokok bunga tu, cantik