Assalamualaikum…
Jumaat datang lagi. Betapa cepat masa berlalu …Dah banyak ke kita berbuat ibadat ye...Moga2 kita semua ke arah itu. Menyediakan diri untuk kehidupan yang di sana, InsyaAllah...
++++++++
Pagi ini juga kelihatannya langit amat gelap ketika ini. Tanda2 hujan akan turun lagi seperti semalam. Hujan mencurah2 hampir sepanjang hari. Tapi matahari sempat juga bersinar sebentar. Dan kemudian hujan turun lagi dan lagi dan lagi. Nasib baik maklang dah standby payung dalam kereta. Payung free yang dapat last wiken semasa Cik Abang service kereta. Besar macam payung eskrem. Dapatlah lindung dari hujan yang tersangat lebat. Tapi setokin lencun laaa...Bawa sepasang extra supaya taklah kaki basah lencun kat ofis.
ini on the way ke arah rumah maklang...kabus meliputi bukit2 kat depan rumah.
bergenang2 air...longkang pun penuh air..
Bila hujan2 begini, maklang selalu teringat Pak Omar. Kalau hujan lebat2 sangat kesian Pak Omar. Rumah dia naik air. Tahun lepas masa minggu ke 2, tak silap...rumah Pak Omar naik air. Kata dia, penatnya lah berkemas kalau rumah naik air. Tu pun nasib baik, rumah Pak Omar rumah atas. Yang teruknya, dapur dan bilik Pak Omar lah ...nak buat macamana..redho ajelaa...
Itu kisah hujan yang turun, kisah bulan Januari poket kita pun macam air... Hmmm bukan aje utk membayar yuran2 dan buku2 serta segala perihal sekolah anak2, tapi nampaknya barang2 kat rumah pun macam nak demam2 aje. Semalam Alang talipon, seterika yang maklang beli masa akhir 2009 dah dihantar kat service center dia. Entah macamana bibik buat, benda tu dah rosak. Pakai tak sampai setahun dah kong! Lambat sangat nak dihantar ke service center maka dah tak ada warrantylaaa...kena lah dekat separuh dari harga yang dibeli...Adoiii....
Lepas tu petang semalam masa nak menjahit, mesin jahit maklang pulak buat hal....Nombor2 kat screen dah ilang and mesin tak nak gerak...Sedihnya mesin yang selama ini dah berkhidmat sekian lama dah mula nak menjauh dari maklang. Kena masuk service lah tu. Harap2 kalau nak betulkan taklah dia membocorkan poket ku yang telah sedia koyak2... Beritahu Cik Abang..macam rasa nak tengok mesin yang industrial tu laa...sape gaknya biasa guna mesin ini. And berapalah harga dia...So, buat masa sekarang, maklang guna mesin sulam maklang yang boleh juga jahit biasa...Or else..nangislah I...pouches banyak due end of the month..
Kisah Hakim pula...
terkejut petang semalam masa dia call maklang kat ofis.
Maaaak...hari ni Hakim balik lewat tau...
Kenapa?
Cikgu panggil nama Hakim..Cikgu pilih Hakim masuk kelab tarian zapin...
Haa...? Kelab zapin? ( sambil rasa nak tergelak). Kenapa Hakim nak masuk?
Hakim tak nak masuk...tapi Cikgu dah panggil nak buat macam mana? Hakim kenalah pegi...
Oklah..nanti petang nak balik call mak tau. Tengahari nanti nanti mak kirim nasi ngan Pak Omar eh..
Ok...
Nak tergelak...nak sangat dia join kelas joget ni. Bila balik, dia kata , Abah cakap kalau ada kelas tarian, Hakim kena masuk ...So, sebab tulah dia masuk..Alah..alasan. Mak tau Hakim memang suka menari..he he..kelakar ...
sempat snap gambar Hakim masa dia praktis...suka sangat...
++++
Sebab musim hujan, lepas dari mengambil Hakim, maklang sempat goreng mee hailam. Hmmm...sedap makan panas and waktu lapar2 ni...
jemput makan...mee hoon ni...makan macam sedut je...sekejap dah habis...Alhamdulillah
On the RE side...ni je yang buat semalam sebab maklang mengemas riben2 ku yang bertaburan
Yang ini pulak, maklang buat dah lama, baru dipos semalam petang...
Oklah, takat ni dulu, nak gi Pasar Tani jap...tapi hujan dah turun laa....:(..sedih dalam tawa...he..he..boleh bergolek2 dalam sejuk2 ni...tapi teringat pouches I...hu hu
Have a nice weekend...
3 comments:
csntik bunga tu maklang...
suka sgt.. :)
salam maklang...
lama noi tak singgah sini sejak balik dr jepun...
awal thn nih...mmg terasa ler sesangat poket terbocor...huhuhuuu...almaklum ahh anak baru pestaim sekolah...
Teringat kisah Mak Lang tahun lepas, pasal banjir nak masuk ke rumah Mak Lang... nampaknyer musim banjir datang lagi. Semoga semuanya selamat.
p/s: rasa nak pergi sana tengok Hakim berzapin. Mesti comei ... hehehehe
Post a Comment