BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Wednesday, May 12, 2010

Berkerja - kejaran.

Assalamualaikum...


Hari ini banyak penat ooo...Baru aje tiba dari Kuantan jam 630 lebih tadi. Bertolak ke sana sekitar 11 lebih dan tiba dekat2 pukol 1.oo tengahari. Meeting mula pukul 3;00ptg kat Jabatan Letrik. Kira2 danlah untuk nak makan dan solat zohor. Maklang singgah rumah kawan yang dah 30 tahun tak bersua muka. Berubah jugak perawakan kawan maklang yang dah pun bergelar Datin sekarang. Tapi cara cakap dan gelak memang tak ubah. Sekali2 teringat masa muda2 dulu. Ialah tak boleh sembang lama, dalam 2.10, maklang dah bertolak keluar untuk ke pejabat cawangan Kuantan yang terletak about 5 mins away. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk bertemu muka. Kawan maklang kata nanti nak mai Kerteh jugak bila anak dia balik dari luar negeri bulan Jun nanti, InsyaALlah..



Ini Cincang kata dia...Quinin campur dengan air batu bandung, tak pernah merasa lagi sebelum ni..




Kami bertolak ke pejabat Letrik dalam 2.30 pm dan tiba di sana sebelum pukul 3.00pm. ALhamdulillah perbincangan lancar. Tak ada masalah cuma kena perbetulkan sikit sebelum nak hantar semula utk approval. Dah memang rezeki agaknya, kami dijemput minum petang kat situ. Ada sambutan harijadi. Dapat lah merasa makan mee soto.




Ni pegawai yang melayan kami tadi...terimakaseh banyak2 ye..

Mee soto..

Pukul 4:45pm kami bergerak balik ke pejabat diKuantan. Pukol 5:00 pm pun maklang bertolak balik Kerteh. Alhamdulillah...Tapi letihnya ya amat. Bila pikir nak ada meeting lagi kat Kuantan Jumaat ni tambah lah letihnya maklang...Habis plan ingat nak layan buat kek untuk hari guru kena tunda ke hari Sabtu. Minta kebenaran nak amek leave in lieu Boss macam tak kasi aje, so caj lah OT. Tak pelah jugak, boleh buat tambang pi jalan cukup bulan May, InsyaAllah...

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu di Kuala Lumpur

Assalamualaikum...


Penat sungguh rasanya hari ini. Badan rasa macam nak demam. Maklang sebenarnya baru aje tiba dari KL flite petang tadi. Semalam tengahari maklang ke KL kerana ada meeting pagi tadi. Tu pun berkejaran sebab nak solat zohor dulu. elok2 selesai solat, nampak macam ada tanda darah kat kepala. Darah nyamuk gamaknya. Apalagi, terpaksa solat semula. Maklang tiba kat airport KL 25 mins sebelum nak berlepas. Tiba KL jam 5.05pm. Masa nak naik lift nampak ada msg masuk dari kawan maklang. Pasal nak reply msg punya pasal, tak menyempat, terus tersalah naik lift. Keluar lift, pusing the other away, naik lift nak ke ERL. Elok2 keluar dari lift kat platform ERL, ERL pun tutup pintu...Hmm..nasib2...terpaksa tunggu lagi 15 min. Lewat lah tiba kat hotel. Berkejaran pulak nak solat Asar. Nasib baik sempat.

Malam maklang memang dah berjanji dengan kawan lama. Kawan yang dah lebih 20 tahun. Memang gang maklang rapat jugak dengan gang abang sorang ni. Alhamdulillah isteri dia pun yang memang ramah pun mudah rapat dengan kami. Kebetulan pulak nama dia sebijik sama dengan nama maklang.


Ini abang Kuch yang bermurah hati belanja maklang...murah rezeki dia...:)


Ini isterinya..baru bersua muka kali ke 3 tapi macam dah lama kenal sebab selalu gak bertemu jari kat FB..he..he.

+++++++++

Selesai solat maghrib, sekitar 830pm, dia datang jemput maklang kat hotel. Sebenarnya serba salah gak nak pergi sebab takutlah orang nak sambut Hari Ibu dengan isteri tercinta, tak aleh2 ada pulak sorang ibu dari Kerteh ni menyibuk! Tapi lepas dah diconvince, ok tak apa2, maka maklang pun menyibuk laa.... Tak buah tangan apa pun untuk mereka cuma beberapa biji coklat cup cake yang tak berapa naik..hu..hu...

Memang tak tahu hala tujuan, sekali Abang Kuch, bawak maklang pi makan kat sini...


Lama betul tak makan kat sini ada kot 15 tahun! Punyalah lama. Alhamdulillah...ada gak org nak bawak..Murah rezeki mereka..:)



Maklang MMS gambar ni kat Cik Abang..he..he..anak2 geram aje...tak pe..InsyaAllah..mak buatkan nanti...lagi original punya...


Ini gambar kami bertiga...berbual2 punya berbual kisah semasa, sedar2 orang dah nak tutup kedai. Memang seronok kalau bukak kisah lama masa kat Uni dulu...he..he..

Bila balik, maklang dapat hadiah Hari Ibu cum Hari Lahir dari mereka, cantek sangat alas meja tu, macam tau je kita suka..TQ all. Gambar dia besoklah pulak di upload ye..

Pagi tadi pun dapat hadiah gelang tangan 2 utas dari Sabah. TQ mak Enon dan babah. Gambar tak ambik lagi. Besoklah upload jugak. At least ada gak gambar nya untuk entry tersebut, Insyaallah

Petang tadi pulak dapat hadiah ni dari Wan dan Atok dan 3 helai kaftan, dah masuk bakul dah nak basuh. Besok kalau bibik dah basuh dan gosok, bolehlah maklang bergaya...Terimakaseh atas semua hadiah2...Maklang sukeeeee...senyum sampai nampak gigi!

Saturday, May 8, 2010

Alhamdulillah...bertambah setahun lagi umur maklang..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertambah setahun lagi umur maklang...Syukur ke hadrat Illahi keran mengurniakan kesihatan yang baik dan keluarga yang bahagia. Syukur kerana punya suami yang bertimbangrasa dan sangat bertanggungjawab terhadap maklang dan anak2. Memang itu yang dipinta setiap kali selesai solat dan juga bersyukur kerana diberi rezeki yang tak pernah putus..Syukur kerana punya ibubapa dan adek beradek yang maklang sangat kasihi..Shukur atas segala2nya...Aminn

Pagi tadi lepas menonton Tanyalah Ustadz..maklang masuk ke bilik jahit...Terkejut bila nampak yang di bawah...Seronok sangat rasanya...Thank you Angah. Patut semalam dia nampak sibuk semacam. Rupanya ini kerja dia...




Sempat jugak snap barang2 jahitan maklang yang tengah serabut...Mesti Wan pening bila dia tengok sepah camni...Alhamdulillah tinggal 10 pouches lagi belum bersambung..


Maklang tak masak hari ini. Memang rest day betul. Rest kat dapur jer, tapi kerja kat bilik jahit tak leh tinggal..Tengahari lepas solat anak2 dan cik Abang dah cadang nak belanja maklang makan. Kami pi makan omputih kat Residence Paka...Lamanya tak kemari..

Macam-macam gaya anak2 ni...

Biasalah bujang ni memang manja aje dengan Along dia..

Kembang setaman di Maya tu



Fish and chips maklang..lepas dah habis...cam tak cukup jer..



Ini second serving untuk Cik Abang



Ini maklang share dengan Maya



Ini kami share2 beramai2



Ini gaya suami tercinta..:)

Lepas dari Residence kami ke MM. Nak ambik kek kat SR. Cik Abang dah tempah.

Sementara dia ambil kek, maklang dan anak2 ke Popular dan bertemu dengan Blogger Popular Puan Silversarinah..sempat gak sembang2 jap..



p/s Simah...tudung tu cantekkan..


Ada gak tadi Kemasik Idol sedang berlangsung kat MM..Kadang dengar sedap mereka nyanyi, kadang tak sedap...kami tak tunggu pun cuma dengar masa dok pilih2 buku..

Sebentar tadi upacara tiup lilin macam biasa. Saje suka2. Lepas tu sesi makan2 lah pulak..







Sedapnya...:)


Buat ibu2 yang maklang kasihi, Selamat menyambut Hari Ibu dan buat Mak yang tercinta...hanya ucapan Syukur yang dapat anakanda ucapkan buat Mak..Moga Mak panjang umur, murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik...Amin...

Friday, May 7, 2010

Meh makan Nasi Bukhari

Assalamulaikum..

Alhamdulillah, malam ni perlu nak rehat kejap, sambil melayan blog pulak. Pagi tadi maklang cepat2 masak sebab pikir nak menyiapkan pouches 45 buah weekend ni. RE nya dah siap 42 sebab dah mula jahit since 2 minggu lepas. Tu pun celap celup je. Ada masa pegang, tak ada masa tolak tepi, pegang yang lain pula. Alhamdulillah adalah kerja nya juga.

Pagi tadi, jam 10:30pg dah selesai masak semuanya. Breakfast mee putih berperencah sotong Comet ( org sini panggil) - squid kecik, dan juga jemput2 letak sotong lagi untuk Cik Abang. Yang sebenarnya nak menghabiskan sotong tu. Entah beli dah 2-3 minggu lepas, so, since kalau tak buat macam ni sotong tu akan kesejukkan aje dalam peti ais ..kesian dia. Sambil2 tunggu Cik Abang balik dari hantar Maya tuisyen, maklang sambung masak untuk tengahari. Sebab tak ada idea nak masak apa, maklang hentam masak nasi Ala-ala nasi Bukhari. Hentam jer...he..he..Lauknya cuma ayam masak madu , ( masih ada dalam fridge so maklang tinggal tambah perencahnyalagi utk nak banyakkan..)




Sempat jugak tadi maklang jamu Chef tersohor, Kak Liza makan sekali...


Petang pulak layan lah pouches dari jam 3 sampai pukol 7, siaplah cuma 9 buah aje. Penatnya rasa. Yang lain besok lah pulak. Pinggang dah jem sangat rasanya...:(. Yang tinggal tak siap sepenohnya...adoiii banyak lagi tu!

Hari ini pun, Rm terbang melayang2 sebab mesin basuh rosak. Nak baiki motor dia aje,harga macam mesin basuh semi auto. Lepas ni kalau mesin tu rosak lagi memang maklang jual jadi scrap metal laa...:(

Thursday, May 6, 2010

Makan2 Pizza

Assalamualaikum

Hari ini ada makan2 pizza kat office. Senang aje, tak payah rancang 2-3 hari sebelum. Tak tahu nak makan apa, maklang order je Pizza kat MM. Janji pukul berapa nak ambik, mereka pun siapkan. Sebenarnya ada small farewell party. Ada department mate nak resign. Sedih jugalaa, kehilangan teman. Apa2 pun harap dia maju jaya kat tempat baru...

Haa..tu dia pizza..maklang beli 8 kotak ( 1 kotak bawak balik utk sendiri sebab maklang sponsor gak sempena hari ulangtahun maklang yang ke shhhh besok:)
Ini dia boss tengah kasi hadiah tu...gambar tak berapa clear sebab sipenerima nangis tersenggut2 ha..ha..tu yang gerak2 tu ( he..he..jangan mare, maklang gurau jer:)). Hadiah pun beli terkejar2 sebab kawan yang janji nak tolong belikan hari ni on MC sebab Asthma attack..Sian dia. Pizza awak kami dah tolong makan kan tau...

Biasalah kalau makanan dah terbentang atas meja..sekejapan aje dah selesai..pulak makan rebut2 ...org tua boleh jadi macam budak2..At least lepas gak tension lepas keje penat2 tu, bolehlah lepak2 waktu lunch tu sama2. Thank you all for being so supportive..tapi nape tak nyanyi lagu ulangtahun untuk maklang...he..he..??

Wednesday, May 5, 2010

Maklang bahagia...:)

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah atas rahmatNya...Memang tak sangka betul...pagi ini maklang rasa sungguh gumbira. Sikit jer sebabnya...Cuma orang yang ada minat yang sama je akan rasa seronok. Tapi mungkin maklang yang jakun kot...Orang yang minat RE je yang kenal dia, orang lain tak berapa nak kenal. Nak sebut nama pun, payah lah jugak...

Nak tahu kenapa? Sebab pagi2 bila bukak mail, ada request utk nak jadi kawan kat FB dari Di Van Niekerk...Best sungguh...Sungguh best...InsyaAllah bila dah berfriend dengan dia maklang boleh lagi belajar dari dia, dan mana tahu, satu hari nanti maklang boleh ke tempat dia, nak tengok hasil seni halus dia yang sangat memberangsangkan...he..he........:)

++

InsyaAllah maklang nak mula rajin balik lah nak updet blog. Rasa macam terpisah pulak bila tak updet blog serupa diary maklang ni. Masalah ialah tak sempat laa, masa kurang sangat sekarang. Tambah dalam cuaca yang teramat2 panas sekarang badan cepat letih dan mata cepat layu...tak larat nak melayan jahitan banyak2...

Nak layan2 anak2 dan suami makan jer, maklang dah rasa letih. Apalagi kat ofis dok melayan kerja2 yang tak surut2...apa nak buat cari makan maa...

Anak2 seme sihat. Along pun dah OK. Cik Abang pulak asyik komplem mata dia kering. Same for me gak...

Tak ada ladi nak updet, setakat ni dulu ye...Meh kita tengok gambar2 pulak..


Monday, May 3, 2010

Musibah..

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama benar maklang tak updet blog ni. Nak cerita pasal cuti lepas pun dah malas. Org pun dah malas nak tunggu, kalau adalah yg tunggu...Anyway, the last two days cuti tu kami spent kat White World and of coz lah anak2 amat gumbira. Mak abah, atok wan aje yang duduk tercangok menunggu mereka main. The last day kami kat sana, atok naik kosi roda sebab kaki dia dah sakit masa naik bukit kat Currumbin park. Ok lah tu...budak2 berebut nak tolak atok. One thing yang best kat Theme Park tu, tempat solat yang cantek disediakan. Ada jugak tempat jual makanan halal, so tak lah risau mana kan..Alhamdulillah...:)


+++

Berbalik pada hal semasa, memang maklang sibuklah 2-3 minggu ni macam biasa. Masak tetap masak. Last 2 wikens pulak sibuk pergi balik ke Kemaman Kuantan...

Keluarga maklang ditimpa musibah...Patut pun masa malam Sabtu minggu 24 hb tu, maklang rasa macam tak sedap hati aje. Ingatkan kenapalah, rupanya pagi Sabtu Along mengaduh sakit perut. Ingatkan sakit perut biasa. Maklang tanya if dia nak kesekolah ke tak? Dia kata nak pergi sebab ada perkara yang cikgu nak ajar, yang dia tak tahu lah. Lagipun periksa dah dekat. Since tuan badan kata nak pergi, maklang kata Oklaa, kalau sakit nanti minta abah dia ambik. Pukol 830 pg masa maklang nak siap2 ke Kemaman nak teman chef tersohor kak Liza buat demo masak, Along call kata tak tahan sakit perut sangat. Mata dia yang problem pun sakit pulak. Risau betul. Maklang mintak Cik Abang bawa dia terus ke Kuantan jumpa Specialist mata sekali. Kebetulan Hakim pun sakit tonsil. Terus aje ke sana.. Rupa2nya bersebab jugak lah yang tergerak mintak terus bawa ke KSH. Dr. cek sel darah putih dah tinggi maknanya dah contaminated and bila scan nampak appendix dah bengkak...Pastu scan mmg confirm appendix. Petang tu jugak maklang bergegas ke KSH. Terpaksa tinggalkan Kak Liza ( nasib baik dah habis demo). Balik Kerteh pickup Angah and Maya , pack2 , bawa bekal and terus ke Kuantan. Elok2 maklang sampai about 1/2 jam Dhirah pun terus dipanggil masuk OT. Alhamdulillah hari Senin Dhirah dah balik.

Pagi tadi pon Dhirah dah buat folo up dan alhamdulillah semuanya OK...

Sekian updet buat kali ini..sehingga berjumpa lagi...