BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Monday, August 8, 2011

dilemma


Assalamualaikum...

Nak updet kejap sementara menunggu nak berbuka. Alhamdulillah ikan tenggiri masak tomato dah siap, sup sayur fishball dah pun atas dapur, tinggal letak sayur2an nya aje.. dah minta tolong kakak goreng taugeh dan juga bibik buatkan sambal belacan. Hari ini ringan2 je sebab semalam dah terlalu berat.


Maklang pun sebenarnya keletihan berkejaran hari ini. pagi2 dah keluar nak jumpa org yang offer maklang kerja tu. Tengok2 apa yang nak dibuat, insyaAllah tak ada masaalah. Orang tu pun macam confident bebenor nak maklang join. Memang pon masa maklang nak pergi tu memang rasa 60% maklang boleh join. Lepas dah berbincang ngan orang tu pun rasa masih ok lagi. Even after dah nak balik masih rasa ok cuma penat sikit. Memang lah dah drive jauh2 rasa letih...Tapi otw balik bila bujang maklang call...mak..mak kat mana? mak kata mak nak balik tengahari..Alahai...sedih nya maklang. memang dia suka bila dia balik sekolah mak dia ada kat rumah. ni hari ni balik , mak tak ada...kesian..baru sebulan tepat dia merasai keseronokkan ada mak kat rumah. tak aleh2 hari ni mak tak ada lagi..macamana ni mak nak buat decision? maklang pujuk jugak dia, kata mak bukan kerja full time, 3 hari aje keje, the rest mak kat rumah. geleng kepala aje..Maya pun dah cebik muka. Maya kata nanti mak penat, nanti mak sakit balik. macam2 alasan mereka. So...macamana ni? Abang dah kata, ikutlaa, kalau rasa nak keje , kejelaaa..kalau tak nak, tak payah laa...hmmm betul2 dalam dilemma. Malam ni InsyaAllah nak beristikorah lagi mohon petunjuk...InsyaAllah dapat alamat dari Allah..Amin..


++++++


Semalam memang penuh semeja...macam2 ada...sebab nak habiskan stok takut tak elok, baiklah maklang masak...so silalah menikmati hidangan ni..mana tahu dapat pulak idea nak masak apa kan...selamat berbuka semua...:)


sepinggan berisi ayam bakar, kentang oregano lagi, korma sebiji dan salad sayur



sepinggan lagi kentang oregano

sepinggan cendawan goreng



sepinggan ayam bakar


sepinggan kuew teowm dan mee goreng



semangkok salad, lebihan kuah kabonara, ada acar capsicum , kueh koci recycle dan juga pamelo..Alhamdulillah:)

lately kalau uplod gambar jadi camni...tak tahu kenapa...tak best betul!

Saturday, August 6, 2011

Nak terima ke tak?

Assalamualaikum..



Alhamdulillah dah selesai masak utk berbuka kejap lagi. Senang dan cepat aje petang ni sebab ni sesi ke2 maklang masak. Pukul 1 lebih tadi dah kedapur , konon2nya nak buat talam ubikayu. Lama tak makan. Abang bawa balik dari KL. Mak and abah ke rumah Ereen bawak ubikayu dan bagi Abang untuk bawak balik malam tadi. Bukan tu aje, ada rambutanlaa, ada durian freeze, ada tempe, tahu, taugeh , mee kuning dan entah apalagi yang mak bekalkan untuk kami. Terimakasih kepada Mak dan Abah yang selalu mengingati kami walau jauh di mata. Kami semua pun ingat jugak kat Atok dan Wan...

Sambil2 buat talam ubi, maklang sempat jugak buat kuah sup daging utk di makan dgn kuew teow, panaskan kuah mee rebus dan tinggalkan kejap sebab nak sambung meng RE. Alhamdulillah sejak berenti kerja, tempahan tak pernah surut lagi...Syukur pada Allah kerana memberi rezki. Memanglah kalau rezeki kita di sekat tang sana, tang sini akan masuk, InsyaAllah, kerana pemberi rezeki adalah Allah dan bukannya manusiakan. Apa2 pun maklang sentiasa bersyukur...Moga Allah melimpahkan lagi rezeki buat kami sekeluarga , InsyaAllah..

+++++++

semalam as usual adalah hari paling sibuk sedunia. Lepas balik dari pasar tani, ingatkan malas lah nak memasak dulu. tapi alang dah kat dapur, masak ajelah. dan Alhamdulillah siaplah beberapa juadah untuk nak bekalkan utk Abang dan Dhira dan Alang kat KL nnt. Siaplah seperiuk sos kabonara, ayam madu, ayam mask ijau, ikan tenggiri masak kuali, dan chilli prawns dan lain2 lagi Alhamdulillah. Siap aje semuanya melepek semacam. Memang tak larat sangat dengan cuaca yang tersangat panas kat sini.

Pasta dgn sos karbonara...sempat songlap utk rumah jugak. utk along kat KL mak dah letak 1 tupperware besar..


Sambal sotong ( tak tau kenapa gambar jadi gini:()


Bubur lambuk pun ada



Ikan sumbat belakang yang ter well done:)



murtabak dari Johor yang dah berbulan dalam freezer. Alhamdulillah dah selamat pun:)


telor goreng dengan tumis cili padi dan kicap..sedap ni...



oooo sempat gak buat puding jagung untuk angah...memang sedap sangat nampak dia makan puding tu semalam. Resipi campak-baling maklang Alhamdulillah menjadi jugak:)




sedang maklang memasak semalam, dapat pulak satu call. Call yang sangat2 menyusahkan hati maklang...hmmm...belum pun 1 bulan maklang nak enjoy life, ada pulak yang talipon memerlukan khidmat maklang...Tak tahulah macamana nak accept ke tak? sebenarnya masa maklang dalam notice period pun dah ada yang offer kerja , tapi tak dapat nak accept sebab di KL. Lagipun dia nak akhir bulan 7 which is not acceptable laa..Back to square one laa kalau maklang accept. Hakim dan Maya awal2 dah kata NO..mak tak leh keje dah. Mak kena duduk rumah aje dengan Hakim. Bila dengar anak cakap macam tu, rasa memang tak keje lah jawabnya. Tapi tengoklaa nnt. Moga Allah beri maklang hidayah untuk ini, InsyaAllah. Nak kena buat solat istikorah jugaklah nanti. Baru aje maklang seronok nak balik Raya cepat. Kalau ikutkan org yang talipon tu nampak2nya macam payah je nak cuti kalau join b4 raya...Aaaahhhhh...nantilaa...malas nak serabutkan kepala...Baiklah maklang enjoy life untuk hari ni dan besok. Tapi besok Abang dah suruh buat proposal utk nak keje tu...Alahai...malasnya..nak RE je laa Bang..boleh kan?



Lepas2 masak, maklang sambung keje kat bilik. Kalau ikutkan letih memang lah,tapi bila fikirkan RE banyak yang belum selesai, nak tidur pun tak senang...hu hu..Doakan lah moga maklang sempat nak habiskan semuanya seperti yang di pinta oleh kawan maklang. InsyaAllah...

Oklah sini dulu maklang merepek. Dah dekat waktu buka dah. Nak bersih2 kan diri yang berbau lada yang di tumis tadi...Selamat berbuka semua..

Friday, May 14, 2010

Misi berjaya...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah walaupun perancangan untuk nak buat kek dan menjahit tergendala, maklang bersyukur kerana hari ini kerja2 pejabat dapat diselesaikan dengan jayanya..Amin..

Bertolak seawal 6:40 pg tadi, kami tiba di Kuantan office sebelum jam 8:00 pagi. Terimakasehlah wahai suami tercinta kerana sudi nak drive kan sampai ke Kuantan. Taulah pagi2 ni kena lah nak drive cepat sikit ( kalau maklang drive, selow lah sikit kan...:)),sebab ada mesyuarat kat Jabatan kerajaan lebih kurang jam 8:30 pagi. Lepas Cik Abang dah hantar maklang, dia terus ke UIA kerana ada urusan sendiri.

Maklang dan anak2 buah sebenarnya risau juga takut mensyuarat kali ini tak dapat nak selesai dengan baik. Tapi dengan kuasa Allah bukan saja kami dapat jumpa dengan penolong jabatan, tapi dapat jugak jumpa Boss dia. Syukur atas segala pertolongan Nya..Bila keluar dari Jabatan kerajaan tersebut, semuanya tersenyum dan tak habis mengucapkan syukur...

Lepas meeting no. 1, kami terus ke pejabat 1 lagi utk nak attend meeting no. 2. Untung jugak kerana orang yang kami nak jumpa dah pun ada kat luar office dia. Memang terus ajelah berdiskusi. Lagipun ini sambungan dari projek yang maklang dok sibuk2 last year yang suspended dulu. So, pegawai2 ni semua dah kenallah maklang. Mungkin pun berkat hari Jumaat, makanya mudah perjalanan kerja. Syukur pada Allah....

Selesai meeting , kami balik ke office. Ada perbincangan kejap. Then collegue maklang hantar maklang ke UIA untuk nak jumpa Cik Abang. Ingatkan urusan dia dah selesai, tapi belum lagi rupanya. Kami lunch bersama sebelum dia solat Jumaat. Maklang pulak tunggu kat surau. Nasib baik maklang bawak bekalan RE maklang...boleh lah melayan benda tu sementara Cik Abang tak selesai lagi..

Sebelum balik ke rumah kami singgah MM kejap sebab nak beli bahan2 untuk nak buat kek. Konon2 nak dating laa he..he...Tapi sedang kami jalan2 ke Food Court nak alas perut, kami kena sergah dengan anak no.2, rupa2nya dia pun ada sekali kat situ sebab nak beli barang2 untuk kelas. Lupa yang dia kata nak pi situ ngan kawan dia. So, tak dapatlah nak dating...he..he..

Alhamdulillah tatkala ni dah pun sampai kat rumah. Sedang merehatkan diri sebelum nak selesaikan pouches yang masih berbaki 3 lagi...

Selamat berhujung minggu semua dan selamat Hari Guru untuk semua guru2 yang dikasihi..Jasa mu kami kenang...:) dan moga Allah mencucuri rahmatNya kepada mu..Amin

Wednesday, May 12, 2010

Berkerja - kejaran.

Assalamualaikum...


Hari ini banyak penat ooo...Baru aje tiba dari Kuantan jam 630 lebih tadi. Bertolak ke sana sekitar 11 lebih dan tiba dekat2 pukol 1.oo tengahari. Meeting mula pukul 3;00ptg kat Jabatan Letrik. Kira2 danlah untuk nak makan dan solat zohor. Maklang singgah rumah kawan yang dah 30 tahun tak bersua muka. Berubah jugak perawakan kawan maklang yang dah pun bergelar Datin sekarang. Tapi cara cakap dan gelak memang tak ubah. Sekali2 teringat masa muda2 dulu. Ialah tak boleh sembang lama, dalam 2.10, maklang dah bertolak keluar untuk ke pejabat cawangan Kuantan yang terletak about 5 mins away. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk bertemu muka. Kawan maklang kata nanti nak mai Kerteh jugak bila anak dia balik dari luar negeri bulan Jun nanti, InsyaALlah..



Ini Cincang kata dia...Quinin campur dengan air batu bandung, tak pernah merasa lagi sebelum ni..




Kami bertolak ke pejabat Letrik dalam 2.30 pm dan tiba di sana sebelum pukul 3.00pm. ALhamdulillah perbincangan lancar. Tak ada masalah cuma kena perbetulkan sikit sebelum nak hantar semula utk approval. Dah memang rezeki agaknya, kami dijemput minum petang kat situ. Ada sambutan harijadi. Dapat lah merasa makan mee soto.




Ni pegawai yang melayan kami tadi...terimakaseh banyak2 ye..

Mee soto..

Pukul 4:45pm kami bergerak balik ke pejabat diKuantan. Pukol 5:00 pm pun maklang bertolak balik Kerteh. Alhamdulillah...Tapi letihnya ya amat. Bila pikir nak ada meeting lagi kat Kuantan Jumaat ni tambah lah letihnya maklang...Habis plan ingat nak layan buat kek untuk hari guru kena tunda ke hari Sabtu. Minta kebenaran nak amek leave in lieu Boss macam tak kasi aje, so caj lah OT. Tak pelah jugak, boleh buat tambang pi jalan cukup bulan May, InsyaAllah...

Wednesday, May 5, 2010

Maklang bahagia...:)

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah atas rahmatNya...Memang tak sangka betul...pagi ini maklang rasa sungguh gumbira. Sikit jer sebabnya...Cuma orang yang ada minat yang sama je akan rasa seronok. Tapi mungkin maklang yang jakun kot...Orang yang minat RE je yang kenal dia, orang lain tak berapa nak kenal. Nak sebut nama pun, payah lah jugak...

Nak tahu kenapa? Sebab pagi2 bila bukak mail, ada request utk nak jadi kawan kat FB dari Di Van Niekerk...Best sungguh...Sungguh best...InsyaAllah bila dah berfriend dengan dia maklang boleh lagi belajar dari dia, dan mana tahu, satu hari nanti maklang boleh ke tempat dia, nak tengok hasil seni halus dia yang sangat memberangsangkan...he..he........:)

++

InsyaAllah maklang nak mula rajin balik lah nak updet blog. Rasa macam terpisah pulak bila tak updet blog serupa diary maklang ni. Masalah ialah tak sempat laa, masa kurang sangat sekarang. Tambah dalam cuaca yang teramat2 panas sekarang badan cepat letih dan mata cepat layu...tak larat nak melayan jahitan banyak2...

Nak layan2 anak2 dan suami makan jer, maklang dah rasa letih. Apalagi kat ofis dok melayan kerja2 yang tak surut2...apa nak buat cari makan maa...

Anak2 seme sihat. Along pun dah OK. Cik Abang pulak asyik komplem mata dia kering. Same for me gak...

Tak ada ladi nak updet, setakat ni dulu ye...Meh kita tengok gambar2 pulak..


Tuesday, March 2, 2010

Keje keje keje

Salam,


Kita cerita bergambar lah ye. Malas nak cerita panjang.

24.2.10: Hakim turned 9. As usual mesti nak kek. Mulanya nakkan Ben10, tapi yang tinggal cuma Pokemon. Tak pelaa. Pokemon pun oklaa...( gambar kena upload kemudian, 3 kali upload tak mau keluar..malam ni internet terok betul!Gambar2 kat bawah ni je yang dapat...)

Along Angah rajin masakkan daging lembu dan lamb bakar, tapi liet...anyway sedaplaa.. Yang best sekali was the baked potatoes. Thanks dear...


Last wiken kami ke KL. Ada urusan sikit. Terpaksalah maklang berkorban waktu menjahit. Banyak dah overdue. Maaf ye kalau ada yang terlambat sikit atau banyak. Kadang2 tak dapat nak elak bila ada urusan yang terpaksa diselesaikan segera. Macamana pun, maklang tetap hangkut bawak ke sana ke mari. Bukan sebab rajin tapi sebab nak habiskan tempahan dari kawan2 laa...Alhamdulillah ada jugak yang siap. Kadang dalam kereta pun maklang jahit. Tapi tak leh banyak2 sebab nanti mabuk. Lagi payah...

So, last wiken, dalam pada nak selesaikan kerja Cik Abang kami sempat singgah makan. Breakfast makan hampir pukul 11 pagi. Makan nasi briyani. Memang sedap sangat. Entah sebab perut lapar ke, tapi memang sedap sangat. Kat Kajang, kat belakang pada Metro Kajang. Nama kedai tu Restoran Ayza. Memang enak sekali...

Makan lunch, pukul 5 lebih, nasi kerabu dekat2 Giant yang hampir dengan Saujana Impian. Ada kedai nama Nasi Kerabu Yati. Memang 2 thumbs up. Sedap lagi...Mana lah nak kurus, asik sedap aje makannya..


Kami tiba Kerteh lewat hari Sabtu malam...maklang drive dari Sungai Ular sampai kerumah. Semuanya tidur keletihan..
++++++++
Jahitan maklang masih diteruskan, Alhamdulillah...Walau pun penat balik dari pejabat ( sekarang kerja banyak sangat), maklang tetap kena menjahit kat rumah. Kusyen2 kat bawah ni kena siap untuk dihantar masa cuti sekolah. Ada 6 semuanya. Sekarang ni maklang tengah buat yang ke 6. Tapi yang betul2 complete sulamnya cuma 2 aje ( 2 tengah nak kemaskan jahitan dan lagi 2 adalah dekat 3/4 siap). Aaaarrrggghh..camana nak siap ni. Entah2 kena jaga sampai larut malam, yang hanya boleh waktu malam hari tak kerja...Doakan maklang dapat siapkan semuanya...Amin...

Semalam petang pulak, maklang terbang ke KL. Dialogue session cuma 2 jam aje. Tapi masa pergi dan balik...aduhai...lamanya...Maklang hangkut lappy kecik maklang yang baru dapat pada 25.2.10 yang lepas. Saje beli yang kecik sebab nak bawak ke sana kemari mudah sikit. Taklah sakit pinggang hangkut laptop Cik Abang yang agak berat tu ( laptop maklang yang lama,toksah cakaplah, macam bawak batu sebab besar!). So, bila dah bawak ke sana kemari, dengan tak berbaju, kesian dia takut tercalar pulak. So, sesampai aje dari airport tadi, lepas dan asing2kan baju kotor, maklang masuk ke bilik jahit dan mula potong2, sulam2 dan cantum2 kain2 untuk menjadikan ianya sebuah sarong laptop untuk sendiri...Lamanya tak buat untuk sendiri..

Sekian sahaja buat kali ini. Besok will be another long day, tapi Syukur sebab Khamis kami tak keje...Yeay!

Tuesday, February 23, 2010

Memang berbaloi..

Assalamualaikum...

Mata kelabu nak menjahit. Sambil menonton Na-Omei kat TV 3 ni, maklang menaip entry kejap. Biasanya tak tengok TV tapi online jer, tapi sebab 3-4 hari kebelakangan ni memang lembab sangat nak tengok online, terpaksalah maklang tengok TV. Lagipun conquerer TV tak ada rumah masa ni. Tengah pergi beli ayam kot kat pasar tani. Sebab on line ni tak dapat tengok, makanya terlepas lah 3-4 episode last week. Nanti kalau online tu dah Ok, bolehlah maklang qada' cerita. Penting sebenarnya online ni, sebab maklang layan sambil menjahit....he..he..


+++++

Last wiken memang rasa best. Rasa setiap masa di manafaat kan dengan sepenuhnya. Mana tidak nya, maklang sempat jahit yang berikut ni. Masak pun sempat jugak. Buat kerabu pucuk paku lagi masa hari Sabtu. Lauk kesukaaan kekasih maklang. Hari jumaat masak biasa2 aje, ikan keli berlado aje. Anak2 suka sangat! Lagipun kekasih maklang tak ada rumah sebab keje kat KL. Lewat petang baru balik ke Kerteh.


Cik Abang mintak buatkan utk dia sebuah pencil case. Bila along nampak, dia nak. Letakkan nama. Angah pulak bila nampak Along ada, dia nak jugak. So, takkan tak buatkan untuk Maya...Jadinya petang Sabtu, maklang layan pencil cases jer laa....Hakim minat yang power rangers aje...so, dia tak naklah...lega...
Beg ni mulanya nak buat utk lappy baru maklang yang bakal sampai next week tapi terkecik pulak. So, maklang hadiah kat kawan yang memang suka kan beg2 kecik ni. Untuk kawan susah dan senang maklang. Seronok sebab dia suka sangat. Terimakasehlah kerana menjadi kawan yang setia...
Ini apron yang di tempah lepas maklang siapkan utk kakliza. Berapa lama baru nak siap. Alhamdulillah maklang dapat siapkan 2 helai plus satu lagi apron yang simple. Yang simple tu dah pun di pos ke tuan dia. Harap dia suka laa...
Ini pulak chair back cover. Sebab size kerusi penempah tu size dia tak berapa pasti, maka maklang letakkan riben sebagai pengikat supaya boleh adjust..Alhamdulillah banyak yang siap last wiken...


Kat office pulak, kerja banyak. Seronok. Tak lah lama nak tunggu petang!

Sekian buat hari ni...InsyaAllah bila rajin akan updet lagi...take care semua...:)

Wednesday, February 10, 2010

Sunyi sepi..

Assalamualaikum...


Sunyi sepi rasanya...kalau dah biasa dengan hiruk pikuk dengan anak2, malam ini, malam ke2, malkang sunyi...Anak2 dan suami tercinta berada jauh dari maklang. Nasib baik jugak ada laptop ni menjadi teman. Sempat lah nak chat ngan anak2 yang online. Kalau dengan Cik Abang, kena call jelaa...dia memang malas nak menaip2 ni.

Maklang tiba KL petang semalam sebelum maghrib. Nasib baik ada kawan yang kerja kat sini, adalah maklang teman sampai kol 9 lebih. Entah kenapa rasa letih bukan main semalam. Agaknya penat travel dari Kerteh ke KT. Hajat hati nak naik dari Kerteh je, tapi tak sempat nak book tiket, dah kehabisan. Cadangnya juga nak tumpang kereta boss ke sini, tapi pikir2 malasnya nak travel jauh2. Letih nanti. Nasib baik ada lagi tiket dari KT-KL yang available. Kuantan KL dah memang tak ada...

Malam tadi, makan kat hotel ni aje. Kawan maklang belanja. Malam ni belum tau lagi. Ingat nak pi rumah Alang, tapi kang dibuatnya Alang sibuk, sape pulak nak hantar maklang balik hotel waktu malam nanti. Almaklum, kita bukannya biasa sangat sorang2 kat sini. Kalau dulu2 berani gak, sekarang tak lagi kot. So, baik lah duduk diam2 dalam bilek ni sambil main riben...he..he..

Meeting kat opis ok je..yang best dapat balik awal sikit dari biasa...


Oklah, takat ni je maklang merepek..jumpa lagi dilain waktu...