BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Dhirah. Show all posts
Showing posts with label Dhirah. Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Mee kari dan RE


Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah pun petang selasa. Alhamdulillah...hari ini maklang seharian main riben. Semalam tak dapat nak pegang betul2 sebab semalam seharian dok depan dapor. Angah lama dah mintak mak dia masak mee kari, dan bila Along tahu, dia pun mintak Abah bawakkan ke KL. Memang dah rezki si manja tu, dapatlah maklang bekalkan dia mee kari. Mula2 nak bekalkan sedikit aje, untuk atok dan wan sekali, tapi teringat Cik Abang pun akan makan malam sekali kat rumah sana, so banyak jugaklah yang dibawa. So, masuklah mee kari dengan segala condiments dalam beg Cik Abang...dan bila dia dengar mak tengah buat kek utk kawan2 opis Abah dia, dia pesan nak gak kek utk dia. So, 2 adunan choc cake masuk dlm mixer. Alhamdulillah sempat juga masakkan ikan pari masak asam pedas...dia dok cerita yang dia baru aje makan kat kantin lauk tu...mak terasa laaa...sebab lama tak masak lauk tu untuk dia. Agaknya dah memang rezki dia, masa ke pantai hari Ahad, ada pulak orang jual ikan pari.. Dapat jugak buatkan dia sambal sotong coklat yg dah lama diidamkan...Dapatlaa stok lauk utk seminggu...hehe...Alhamdulillah...


2 versi mee kari...dengan mee hoon atau mee kuning:)





So hari ini, maklang dapat main riben...dan Alhamdulillah sejak malam tadi mengerjakan dari lebihkurang jam 9 - 1 pagi dan dari jam 8- 4 ptg lebihkurang, siaplah table2 mats ni..tinggal nak dijahit je...harap2 ada yang selesai minggu ni jadi product. Sarung bantal bunga lembut tu dah siap hari Ahad malam...tu pun kalau dapat jahit jadi cushion, bolehlah di pos ke tuannya nnt InsyaAllah...


So semalam, masa Cik Abang ke KL, penuhlaa 1 bag besar dengan makanan. Baju cuma sepasang utk malam, dan sepasang utk hari ini...1 beg kecik aje termasuk laptop dan other documents. Alhamdulillah makanan sampai dengan selamatnya...tapi apakabar agaknya roti Gardenia yang maklang kirim tu.. ( bukan tak ada roti kat KL, tapi sebab terlebih beli sampai ada 4 buku, maka lebih baik laa ke KL kan...or else bila laaa nak abis!)



















Ok setakat ni dulu buat hari ini..mata ni cam dah nak kena tampal gam...huhu..tapi dah nak maghrib mana boleh tidur..bersiram laa lebih baik:)..

Monday, January 30, 2012

Layan ..

Assalamualaikum..


Its about time to update this blog again...he he...2 weeks had gone by so fast. The whole of last week was spent with my eldest dotter who came back for Raya China. What else if not to layan her cravings for the food with mak's air tangan... Macam2 she requested and Alhamdulillah I got to fulfil most of them. Alang was here too with the kids. They arrived on Saturday evening with Cik Abang and Dhirah sebab Dhirah was admitted to Ampang Puteri on that very Friday afternoon due to her health which the Drs could not trace the reason why she was having all the lengohs here and there. Last2 she was diagnosed with stress! Punyalah mahalnak kena bayar and just to be diagnosed as stress....Anyway...tak apalaa at least now we know that there is nothing wrong with our daughter yang tersangatlah manja itu. Mak doakan anak2 mak sihat sejahtera..


The house was filled with laughter when Minmin is around. Up until last Saturday, the house is back to the silent mode. Even at this moment, when there are only the bibiks and me in the house. The TV je is making some noise...Tanyalah Ustadz in on. The must watch programme every morning. Tapi cuma dapat tengok sekerat aje sebab I have to send the kids to school and by the time I am back it is already more than halfway. Tapi lepas tu ada prog agama utk anak2 dgn my Ustadz Zamri. Suka sangat the way dia beri ceramah...kelakar aje...



This baby girl yang tercangat notty makes me smile je all the time..but when she starts to ngengek...pening kepala!


As usual, today I will sew again and hope to complete the alas meja which I started last nite. Really have to catch up on the sewing which has been somehow neglected bila anak2 ada rumah...Siap enjoy gi tengok wayang lagi - Underworld- last Wednesday. Sedap gak cerita dia. Mmg suka cerita merepek ni sebab tulaa enjoy...:)


Setakat ini aje...meh kita jamu mata dengan more pics of my work. Oh ye..I did venture into sewing my RE onto canvas, and it came out bolehlaaa for a 1st timer...Alhamdulillah...:)



ini beg utk hantaran.apalagi kalau bukan utk diisi telekong


baru 3/20 pouch ni siap...utk orang kawin..


ini bantal ke2 dalam seminggu . Yg menempah nak cepat...Alahai bab nak cepat ni yang payah sikit sebab takleh laa buat keje terkejar2 ni..Gigil!


beg ni siap malam tadi walau RE nya dah siap seminggu lebih...Cg Angah asik tanya aje...so dah ke sekolah bag ni


beg ni kena buat cepat. sebab nak hadiah pada kakak tuan beg. Alhamdulillah dah sampai



ini jugak utk bag. Dah lama dah tuan dia tempah. baru dapat buat last week. Masih sebuah lagi. tapi puan beg kata tak pe..nanti2 dulu..alhamdulillah..




ni jahit atas canvas pulak...macam biasa aje. tak laa susah mana cuma kn pandai main warna




among the food yang Along nak MAKAN...tempah aje...and sedap...3rd time dah makan yang org ni buat:)

Ucop makan sampai 2 mangkuk besar:)

Thats all for today. I hope to be more rajin to update this blog of mine...:)

Have a nice day All...

Wednesday, July 20, 2011

Happy Birthday Dhirah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ni Dhirah dah pun 18 tahun.Begitu pantas masa berlalu. 18 tahun dah anak dara mak. Moga hidupnya diberkati Allah sentiasa dan Dhirah berjaya dunia akhirat dan dikasihi oleh semua...Amin...


Yang bestnya tiap kali sambut birthday, kat Terengganu ni cuti. Tapi tahun ni Dhirah tak cuti sebab Dhirah dah kat KL. Cian anak mak..anyway harap2 nanti malam Abah lah yang bawa Dhira celebrate birthday....kalau Alang baik hati..Alang join sekali lah belanja Dhirah Cheesecake Secret Recipe yang Dhirah dok minta mak buatkan...:).


++++++++


Sejak last entry yang lepas, maklang tak sempat nak cari masa nak update. Bukan tak nak tapi tuntutan RE memang lah tak dapat nak dielakkan lagi. Lagi dah dekat sangat nak puasa, maka tak boleh maklang nak main2 lagi. Tak ada masa betul. Menjahit dari awal pagi sampai lewat malam. Tapikan...bila ngantuk tu kedeboom gak laa 10-15 mins. Alhamdulillah banyak jugaklah yang dah siap dan sekarang berada kat tangan kawan maklang untuk nak dijadikan pouches.


Semalam maklang masak nasi kerabu. Daging goreng tu liat . Macam nak suruh mulut tu excercise je...he he..


Alhamdulillah 2 insan yang paling dikasihi, Atok dan Wan tiba kat sini semalam lebih kurang pukul 1:40tghari. Masa tu maklang tengah makan dengan exofficemate maklang yang datang. Terimakasehlah nak dtg melawat. Sekali sekala jumpa kawan office memang seronok.


+++++++++

21/7

Yang kat atas tu maklang type pagi semalam, lepas dah cukup masa utk nak pi goreng mee utk breakfast , maklang tinggal blog ni sampai lah ke lewat malam. Memang lah tak berupdate!

Lepas dah breakfast, masak pulak utk tengahari. Bukan buat apa pun, tumis ayam masak serai je and masukkan ayam separuh masak yang kakak dah goreng, then mula sulam nama kawan2 Hakim yang tempah pencil case tu. Hmmm...lama gak laaa nak ke siap. Selesai sulam, sambil kakak nak gunting alas kain kat dalam pencil cases tu, maklang menyusun riben2 kat rak dia. Barulah nampak banyak mana yang ada. Or else memang semak samun. Baik atas rak atau dalam box dia sebab ada dlm plastics. Ni semua dah atas rak. 2 kotak dah kosong...Alhamdulillah...Spend masa dekat 2 jam jugaklah menyusun semuanya...


Bila dah siap susun riben, dah pun waktu lunch. Nak menjahit kat bilik sauna waktu tengahari mmg lah tak digalakkan. Penat free je sebab panas sangat kat situ. So, maklang meng RE lah kat bilik maklang. Tengah2 seronok mengRE kak Shima call kata nak dtg. Dia ada buatkan kek untuk kami. Choc cake lagi. Buat susah aje. Tapi orang nak kasi, padang bola kami tadahkan:). Apa pulak nak jamu. Pk-pk ..ooohhh kacang pool dalam tin masih ada lagi. Turun ke dapur, cari bahan2 and masaklaa..Nasib baik Angah rajin nak tolong. Cepatlah sikit siapnya:). Atok pun kekedai belikan lada ijau dan juga tomato serta limau kasturi...Sempat pun siap...:)


Tengah2 melayan kak Shimah, 2 orang kawan ( sorang dari mereka mmg jiran lama dan kat rumah sini juga), datang. Nak tengok RE kata mereka. Nasib baik ada mak. Maklah layan kak Shimah yang lebih kurang sebaya mak tu. ( She is about 61 and mak 67 - kira geng mak laa tu). Maklang dok layan yang lagi 2 orang tu. Terkejut mulanya masa kereta park kat depan rumah:). By the time mereka balik it was almost maghrib. So, memang goodbyelaa pencil cases. Tak pegang langsung. Konon plan nak jahit dalam kol 6 gitu sebab kat tempat jahit dah sejuk sikit!...


Malam RE kejap jer..Letih satu macam sebab cuaca yang teramat panasnya...hu hu...

Hari ini pulak lepas hantar budak2 kang mmglh kena cepat2 masak, then kena buat pencil cases which maklang mmg tak ada mood nak jahit. Then kena RE kan beg kak Huda sebab dia nak kasi kat kakak dia ...moga cepatlah jari jemari ni dapat menjahit...


Oklah sini dulu , kang lewat pulak anak2 ke sekolah...

Kejap2...maklang nak jamu mata semua...hasil RE sejak beberapa minggu yang lepas...semua dah sampai kat tangan tuan dia:). Alhamdulillah...




yang ni sampai ke Perak



yang ni dah tiba JB



yang ni dah kat KL...nak buat cenderahati majlis kawin




yang ni utk class mate Hakim kat Kerteh je:)



Doakan yang terbaik buat kami sekeluarga dunia akhirat. Maklang juga doakan yang terbaik buat semua pembaca blog maklang...take care and assalamualaikum:)

Wednesday, June 15, 2011

Kesian kereta...:(

Assalamualaikum


Alhamdulillah Along dah pun berada kat rumah Alang sekarang. Alang ambik dia balik petang tadi. Dah submitlah tu surat berhenti. Hari Isnin nanti baru register kat Uni baru. Moga2 tak ada masalah lah hendakNya...Abah dia kata kena isi semula borang biasiswa dia laa...berapa kali mau isi daaaa..surat tukar Uni dah ke 2 kali ...Tak pelaaa..buat ajelaaa...supaya akan lancar semuanya InsyaAllah

Nanti Dhirah duduk kat kolej mana tak tahulah ...tapi Dhirah berangan nak duduk kat rumah Alang je. Lagipun rumah Alang masih dalam kawasan Uni. So, kalaulah dibenarkan senang laa..Alang pun ada yang akan teman. Lega sikit...Alhamdulillah..


Kat Uni ni ramai jugak kawan2 Dhirah. Sepupu dia pun ada sorang kat situ. So, insyaallah tak ada masalah lah ..moga2 mudahlah laluan Dhirah nak mencapai cita2 dia...Amin


++++++++++


Kat rumah pulak, pagi2 tadi maklang dah dihidangkan dengan bau yang memualkan. Ingatkan hari ni nak bawa kereta yang besar sikit tu ke ofis. Dah lama sangat tak gerak. Ada kot 10 hari lebih. Asik pakai kete kecik aje. Kalau dulu masa sikecik tak ada, pakai aje si besar aje. Org kata kalau lama sgt tak start kot2 battery tu jam. So cita2nya begitulah tadi. Tapi bila bukak je pintu kereta tu, bau kuat sangat. rasa cam nak muntah. masa tu kakak and bibik angkat barang2 yang nak pos tu. Maklang pula angkat beg maklang. Baru nak letak barang dan bau semacam. Mula2 excited gak lama tak bw kete ni. Bila bau dah semacam, maklang cuba lah cari apa yang menyebabkan bau yg amat busuk tu. Takutlah ada barang tertinggal kat belakang kereta. buka2 pintu belakang tak ada. rupanya kat tengah2 antara driver's and passenger seat. Ada 2 botol sunquick and beberapa bungkus pulut. Dalam hati takkanlah benda2 ni mengeluarkan bau yang busuk. Tengok2 lagi.. rupanya ada 2 tiub daging cincang. Dah berbuih dah. Memang rasa nak muntah. Mintak kakak and bibik bersihkan kereta tu. lap2 apa yang patut. maklang sempat start kereta tu kejap, then terus ke ofis.


By the time maklang balik rumah, semua pintu2 kereta masih terbuka lagi. Lampu2 dalam kereta pun menyala. Terdetik dalam hati...Alamak dah 4 jam lampu2 tu menyala. Takut lak battery kaput. So, maklang cubalah start2 kereta tu. Mmg lembaplah nak start kereta tu. Tapi Alhamdulillah ok dah. Bau pun not that badlaa...Bibik letak kopi dalam kerete. Petang tadi, maklang minta bibik potong beberapa helai daun pandan dan letak kat kereta. sebabnya nak tutup screen tingkap tu pulak. harap2 by besok tak ada dah bau tu. Tapikan kalau teringat je bau tu memang laaa nak muntah lagi...Uwekkkk...


Petang tadi maklang sempat pos jahitan2 maklang. Harap2 si empunya akan terima semuanya dlm sehari dua ni and akan puas hati dengan hasil jahitan maklang ni...Moga2 akan bertambah lah rezeki maklang...InsyaAllah...



beg ni antara yg ada dalam bungkusan tu...ditempah oleh kawan sekolah maklang ...:)




Oklah..sini aje dulu lah ye...ada orang datang pulak...:) selamat berhari khamis...yeay...dah dekat hari Jumaat ..hari yang di tunggu@:)

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Assalamualaikum

Bersyukur ke hadrat Allah Yang Maha Esa kerana memperkenankan doa2 kami sekeluarga. Akhirnya idaman Along untuk memasuki Uni Em yang sangat2 dia harapkan tercapai jua. Alhamdulillah. Mengalir air mata ibu tua ni kerana rasa sayu dan sebak. Alhamdulillah Allah beri anak maklang peluang utk belajar kat tempat yang sangat2 dia inginkan. Infact uni ni adalah pilihan no 1 dan 2, then comes Ui@ dan Unim@s. Seterusnya tak ingat pulak apa yg dia letak. Boleh dia terlepas pandang nak letak uni2 lain yang berdekatan. Masa dapat result Matrik dulu, dia dapat kat Kedah. Mak oiii, jauhnya anak mak, tapi masih boleh dipertimbangkan. Lepas tu dapat pulak Unim@s lagilah jauh. Kebimbangan seorang ibu mmglah tak dapat nak dikata...Jauhnya anak mak sampai seberang lautan. Camana nanti. Dahlah tak pernah berpisah dan berada di bumi asing ( asing laa sbb separated dari semenanjung). Tak ada sedara langsung di sana. Si ibu ni pun bertanya2lah sekiranya ada kawan2 yang punya anak yg belajar kat sana. Memang risau teramat sangatlah masa tu. Berusaha laa...Alhamdulillah ramai yang memberi pandangan dan nasihat. InsyaAllah anak Ok nnt kat sana. Kami ada kawan kat sana. Kami ada anak yg sekolah kat sana dan ada ibu angkat. Kalau nak kami kenalkan pon boleh...Itu antara kata2 teman2 yang sama2 telah rasa apa yang bakal maklang rasa bila along akan bersekolah kat sana.


Dalam pada tu, maklang tercari2 cara camana nak minta along tukar uni. Yg bimbang sangat tu, Dhira ni ada sakit mata. memang bila kena attack dia, mata dia kabur n tak nampak. pakai spec pun tak nampak. mata pun sakit. tak leh tengok cahaya langsung. lepas tu dia cam kena migrane. Tu yang paling bimbang. dah jauh2 kat sana sapelah nak bawa dia kat doctor. kat sini kalau kena, mmg kena jumpa secepatnya. maklang or abah dia akan bw dia ke specialist kat kuantan. Lepas dah letak titik ubat tu barulah dia ok. Kesian dia. Memang kena jaga sangat. Alhamdulillah lepas dah berusaha, berhubung dengan kawan2 yang ada keje at UIA, tye procedure, minta surat Dr dan sebagainya dapatlah Dhira diterima masuk. Syukur sangat2. Terimakaseh tak terhingga buat mereka yang concern, terutamanya kak Ana, bekas housemate masa kat US dulu. Dia byk bantu maklang nak buat apa yang patutu. Tapi kursus yang di tawarkan bukan sains perubatan. Kalau kat Unim@s memang buat sains hayat yang akan menjurus ke perubatan. memang cita2 Dhira sejak lama dulu. nak ikut Alang laa tu. Tak mau ikut jurusan jurutera mak dia...memang mak pun tak nak lah dia jadi jurutera, susah sangat...campur dgn kaum tak sejenis...tak perlaaa..mana2 yang anak2 minat, mak galakkan asal nak belajar.


Masa dapat tawaran Bio Science kat UI@ seme orang nasihat, masuk aje dulu, then minta tukar utk menjurus ke perubatan. Minggu taaruf (orientation) Dhira minta tukar, tapi tak dapat. Risaunya maklang. Tapi masih ada peluang lagi kalau nak tukar bila periksa semester . Tapi memang lah kena score gila2. Doa maklang sentiasa dengan Dhira dan anak2 yang lain. Sekolah ajelah dulu. Alhamdulillah ada tempat. kalau org lain ada yang tak dapat langsung. Tulah antara kata2 maklang pada dia. Nasihat dan nasihat, sambil minta dia sama2 bersolat hajat. In fact rasanya semua yang sayang kat dia berdoa dan bersolat hajat agar dia tabah dan dapat sempurna menjalankan tugas sebagai pelajar asasi di Ui@. Alhamdulillah nampak2 lepas 2-3 hari, dia dah mula enjoy.


Masa buat appeal utk Ui@, kami ada juga minta appeal kat Uni Em ni. Alhamdulillah setelah berusaha, dan mungkin berkat doa semua dan belas kasihan dari Maha Esa, anak sulong kesayangan maklang ni, akhirnya diterima masuk ke Uni Em ni. Alhamdulillah...Mengalir air mata ibu tua ni mengenangkan anak dia dapat apa yang dihajati. Semalam memang maklang, cik abang, alang dan dhirah sendiri berdebar2. Kak ana pun msg ke maklang tanya camana. Dapat tak Uni Em. Dia pon risau sebab takut Dhira tak perform well sebab tak dapat apa dia nak...hu hu...Tertunggu juga call dari Uni sebab org yang jaga tu dah kata, kalau dapat, nnt dia akan call. Alang kata mungkin call abah dia or alang. Tau2 org tu call kat rumah tanya mana Along. Pandai pulak si bongsu jawab. Dia tak ada, dia kat Uni. Then orang tu kata dah call hp along dan tak dapat. Pastu ntah camana Dhirah call orang tu. dan just b4 pukul 4, maklang dapat msg dr Dhirah yg dia dah diterima masuk...Syukur Alhamdulillah...Wan pun sebak bila beritau cucu sulong dapat masuk Uni Em...At least boleh laa temankan Alang kat PJ tu...

Doa mak, moga anak mak belajar lah rajin2 dan jangan sekali mengecewakan harapan2 orang2 yang dah berusaha kuat utk nak dapatkan tempat untuk dhirah di sini. Moga satu hari nanti, anak mak akan dapat mencapai cita2 nya...Doa mak sentiasa buat anak mak...InsyaAllah....moga segala usaha akan dibayar dengan kejayaan...Amin





Dhirah pegi makan ngan Abah nak celebrate..lapar sangat kata dia...Alhamdulillah...geng2 sebilik pun dapat merasa pizza - large untuk 2 orang...tinggal 2 keping je...Dhirah kata kawan2 Dhirah dah tersandar dah... Maklang ingin juga nak ucapkan terimakaseh pada cikgu2 Dhirah sebab dah banyak membimbing dan mendoakan Dhira masa di sekolah. Jasa cikgu2 memang tak ternilai...moga Allah aje yang membalasnya...Amin...




Sehingga berjumpa lagi di lain waktu. Ada yang tersalah tersilap harap maafkan ye:)

Thursday, June 2, 2011

Good and bad news

Assalamualaikum...


Alhamdulillah..Along is happier now, very much happier I must say. And I am feeling much better. I hope Along will excell in her studies and one day fulfill her ambition to become a heart specialist .. InsyaAllah...


she was so happy and hungry when Alang came with Maya and Minmin. They brought some spaghetti which Alang made earlier in the morning b4 she left for work. TQ alang...




Memang lapar sangat tu..

++++++++

the above was written in morning...along just texted me about an hour ago telling me that her application to switch courses from Bio Science to Medic was not approved. My poor baby is very sad. I hope she will study very hard and get good results during her matriculation semester in order for her to get a place in the medicine Faculty, InsyaAllah. It has been her dream to become one, foll0wing the footsteps of her fav aunt Not much can be done at the moment. We can only pray and berdoa so that Allah will fulfill her wishes...Amin..


++++


I have been quite busy the last few days. What else if it is not with my RE. There's not much happening in the house... The kids ( Angah, Hakim and Ucop), went to the movies yesterday afternoon. I sent them before I went to the office at 2:00 pm and picked them up at about 5:30pm. Thank you Aunty Saz, for purchasing the tickets for us. I will pay back the amount when I see you, ya:). thanks again..


Tonite i will try to complete a few more simple REs for the small bag which is due in July. Larat ke dak tak tahu laa...Almaklum baru lepas buka puasa ni...ada balance beberapa hari lagi. InsyaALlah, tomorrow I will be fasting again. 1 Rejab.. Thank you to that someone who reminded me a few days back. May Allah bless your soul:)

Wednesday, June 1, 2011

syukur....dia dah ok

Assalamualaikum...


Alamak leher ku makin senget rasanya...dengan jahitan yang tak surut ni...tapi Alhamdulillah kerana memberi rezeki..amin


Alhamdulillah juga kerana anankanda manja dah ok baaaanyaaaak hari ni. Agaknya dah dapat sesuai kan diri dengan suasana dan kawan2 kat bilik dia. Taklah dia rasa sunyi sangat. alang pun selalu datang tengok dia, so lagi lah dia tak sunyi kan...Alhamdulillah sangat pada Allah kerana memberi segala rahmatNya...Amin...:)


Semalam maklang tak jahit pun beg. Balik2 dari office hon2 kereta aja dari luar pagar dan datang lah berlari2 seorang gadis sunti nak ikut...sape lagilah kalau bukan Angah. Dah janji nak ke pasar malam sebab barang kat rumah dah banyak yang habis. kalau ikutkan malasnya nak berbelanja waktu tengah minggu. Biasa2 dulu masa tengah kuat, maklang pegi sendiri, tapi sejak lepas operate slip disc, maklang tak berani nak angkat berat2. semalam shopping ayam 4 ekor ( mcm nak khenduri), ikan tenggiri 5 keping yang besar2 tapak tangan tu..., ikan cencaru about 2 kg, dan beli sayur sikit. Sotong yang besar2 pun dibeli jugak. sekarang ni musim sotong rasanya. panjang sotong dekat 12-14 inci rasanya...lupa ..maklang beli jugak ikan pari..besar betul ikan pari yang ada kt gerai yang maklang selalu beli ni...tawkey dia pon dah kenal benar ngan kami...


ikan tenggiri rm22 sekg, ikan pari rm10 je. org kata ikan pari yang ada bintik2 ni sedap:)...


Kalau bab sayur kadang beli kat pasar malam or pasar tani atau kat supermarket. biasanya kat supermarket kat umah maklang, sayornya murah sikit...ingatkan petang ni lepas balik kerja nak lah menyinggah kejap.


malam as usual laa..mengadap jahitan yang tak surut:), malah bertambah...Alhamdulillah sangat kerana ini bakal menjadi sumber mata pencarian maklang tak lama lagi. Moga Allah beri maklang kejayaan dalam bidang ini...Amin...

Malam b4 tido maklang cek if anak dara sulong ok tak. Sempat cerita perihal angah cuba nak bawak kereta petang tadi masa nak ke pasar malam...belum apa2 bila kerete gerak sikit angah dah panic...mak...kenapa tak cakap if letak kat drive kereta ni akan gerak...laaa...kalau letak kat drive kete tak gerak, then tak payah lah naik kereta. b4 dok kat driver's seat bukan main lagi berlagak terrer...he he...angah..angah..Angah lah peneman mak sekarang ni bila Along dah jauh...:)

Tuesday, May 31, 2011

I wish her wish will come true...

Assalamualaikum ...


Yesterday was a very tiring day as I did not have much to do in the office. Just sitting without any project in hand is a little bit too stressing for me. I sometimes just cannot wait for the day when I will be busy again. Yess...busy with my craftworks during the day and not only after office hours. Its a real torture to wait for the clock to strike at 5:00 pm or a little bit later as I sometimes comes in late. We pratice flexi hours here and it is our on responsibility to complete the 8 hours! Well...semua akan di tanya nanti!



My beloved baby cried again when I called her early yesterday morning @ 5:30am. I texted her earlier asking if she has already awakened from her sleep and when I received her reply minutes after that I called her, immediately. She sounded ok but I could feel her unhappiness. And when I asked her..are you happy? she cried...Oh my baby girl. It really hurts mak you know. Knowing that I am not there to hug you. To make you feel safe again...I wish I wish that all our wishes will be fulfilled by Allah swt and I am still wishing...


Alang went to visit her yesterday during her lunch hour. She said Dhirah was not so ok laaa..Tapi nampak a little bit ceria when Alang arrived. Alhamdulillah. Thanks alang for being there for me. I know it would not be the same for Dhira but at least when alang is there, terubat jugaklah sikit2 kan...nak peluk Alang will not be the same as peluk mak, sebab alang comei lote je..he he...don't crush her tau:)




Alang went to visit her again later in the evening. She brought Min Min and Maya and a couple of subways I guess. Wah.. kenyang anak mak. Alhamdulillah. Dhirah told me that they were not given any food to eat so she had to buy at the nearby cafetaria. She said the food was not bad. so so laaa..Alang said that she will try to send food to Dhirah Insyaallah everyday, after her office hours. But I think all will be fine later on. It will take time to adapt to a new environment kan. and I wish that she will be fine and excell in her studies. Alang is also tring hard to do something for Dhirah. Hopefully she will succeed InsyaAllah. We will keeping praying and berdoa for Allah to fulfill our duas.


I managed to sew 2 bags and 2 pouches yesterday evening. It was a torture for me to complete the RE for another bag. Mengantuk ya amat. Mungkin sebab travelling the day before kot. Anyway do enjoy the photos below:) and have a nice day:)




this is one of Joy's bag, the other 2 sikit lagi eh...lom jait jadi bag lagi:(



ini bag yang my officemate beli...sebenarnya it was for another fren, tp i buat yang lain for her....so kira ni beg tak bertuan...tapi tadi bagi puan yang lain dah amek:) Alhamdulillah




this magnetic pouch is for Sailing...sama gan dengan yang bawah. Another beg pending sebab kemasan kat blakang belum buat:(. then baru buat beg laa...the brown bag dah siap...



bila fikir tentang jahitan...jadi seram sejuk...harap I will have lots of time to complete them, Insyaallah:)

Sunday, May 29, 2011

I will surely miss you my baby girl:(

Assalamualaikum..

Alhamdulillah I have safely arrived home with Hakim, Yusuf and bibik. The journey took more than 4 hours! We stopped at Temerloh so that I could take a nap. The eyes were drooping by then. rasanya mau batang mancis pun patah kalau letak kat mata tu..Alhamdulillah after 10 mins lega sikit and I started to drive all the way to Kerteh. Jem sat at the infamous Kemaman bridge- rugi 20 mins kot jalan slow sangat. Banyak kereta kat highway on both sides so tak lah bawa laju mana pun. max pun 130 kot bila tak perasan..:)..This is the first time i drove alone to kerteh since we moved here 14 years ago!



Tadi pagi, as early as 730 am we left our apt. heading towards UI@. Abang, Maya, Dhirah, Alang and me..we thot we were early but when we arrived, the cark park was already almost full! semangat betul. Abang said entah2 ada yang camping kat sini sebab dok jauh... ye lah tu... We walked towards Dewan Al Malik Faisal - the registration area for girls. Very well orgaized. Dhirah dpt no 1074...lama lah tu nak tunggu. But at about 830 ( 824 according to my phone:), dah mula panggil number 1000 -1100 untuk masuk ke dewan for registration. Puas lah jugak tunggu . Around 10 gitu Dhirah dah keluar happy nampaknya..


She told me...mak ada orang kenal Dhira kat dalam. Dia kata ni la dia ..Nadhirah N...terkejut Dhira. And she said the lady told her that she knows Dhira thru this blog! Wow...this is the 2nd time kena cam ni:). The first time, was when we were performing our saei, a lady came to say hi...ooo..ni maklang eh...:) and started to say my kids name one by one and pointing at each of them...terkezut gak tu..Anyway, thanks to the 'kakak' or 'adek' who had helped Dhira thru the registration tadi:)

Alhamdulillah urusan registration selesai and I saw that my baby girl was happy all the way. In fact she was so excited masa kemas2 barang nak masuk Uni ni...tapi when we entered her mahallah, muka Dhirah terus merah..al maklum, tak pernah lagi ada experience dok asrama. ramai2 sebilik...and kena tido kat atas pulak tu. Alang, maya and me did all the arranging of her things while she just stood still sebab tak tau nak kata apa. Kesian anak mak. Bila dapat tahu lepas registration seme dah boleh balik and has to come back by 6:00pm. so we took her home. Sempat jumpa Cikgu Milah yang tolong bawakan botol air Dhira...sian betul anak mak. She cried when we were on the way back. Tak mau masuk mak...dia kata...Mak pun apalagi..sama jugak laa..I told her that she is very lucky to have a place here. First Unimas, then dapat tukar sini..at least ada place. Some people tak ada langsung..Bila tengok anak manja macam ni rasa macam bersalah pulak sebab tak expose kan dia benda2 macam ni. Rasanya I am overprotective kat anak2 tapi I know all mothers are like me..kalau boleh you want to give the world to our anak2 kan...

I can still remember, masa I left my parents for the first time dulu..macam ni lah jugak keadaan nya. I was not strong. Mula2 nak pergi tu happy, tapi dah seminggu kot kat sana, tiap hari nangis ingat kat mak, and everytime I called, I did not have a voice to utter any words..macam tercekik kat kerongkong! hu hu!..Anyway that was almost 30 years ago, and now I am experiencing what my mom did when I left her to further my studies..lagi terok, with no one within reach! Tapi Alhamdulilah I made it:)


A short while ago, I called her and she sounded ok...tapi boleh feel that there is no single smile yet in her voice. Tapi mak doakan baby girl mak akan happy and berjaya untuk menempuh semuanya...Alang and Abah will always be around you kan...Call je Alang or Abah, I am sure they will be by your side!:)...I will miss having you golek2 at my bed when i am sitting bz with my RE..I surely will miss you very much:(

Friday, May 27, 2011

ronda2 kl

Assalamualaikum...



Its getting dark outside. I did not accomplish much today esp with my ribbons. After performing my Subuh prayer, as usual during weekends i will sit in front of the TV to watch Tanyalah ustadz. Good programme at least I could learn something to improve my knowledge to become a better Muslim InsyaAllah. And normally I will have something in my hands to keep them busy or else the eyes can easily close esp when the eyes know that it is a weekend, and tak payah rush for work.


Then, I did some sorting out with my RE photos yang sangatlah serabut nowadays. I need to sort out the photos for my upcoming RE book. Yes, again it will be with Marlina Rahmat . There are still a lot of corrections to be done. Being here alone without Ina around it is quite difficult for me to complete it. Ina is now in the UAE following her husband. We only communite thru FB or sometimes via email. Tonite the publisher will be coming to meet me, and I hope I could complete editing the book. It seems that there are so many corrections to be done...aiyooo..I thot the script that we gave was almost perfect...he he. tu pada we all laa, yang bukan editor or publisher. The book is due to be out in July...which is only about a month away...ai yo yo. Thanks Na for sending some pictures to add to the langkah demi langkah part. At least one part dah almost complete. Now, I will have to add more photos taken recently...baru2 ni banyak jugak complete new designs for the book:)


So much about that. Pukol 11:30am, kaklong and I left for PJ to meet Alang. Tawaf kejap UM hospital akibat salah masuk lorong..hu hu, then we headed to pick up Yusuf. by then dah tukar drebar dah...Tak berani nak drive when tak tahu nak pusing in PJ. Plus we were rushing for time. then ke SS2, cari bank, sampai2 it was already closed! Didnt know that banks close on Friday afternoons???


Frust jugak, Pusing2 and alang brougt us kat PJ. Nak makan mee bandung. Oklaaa. then after that ke town nak cari bank.Ikut dalam maps kat phone it was supposed to be located kat jalan Raja Laut kat KWSP. Parked the car kat blkg and walked ke depan KWSP tapi tak ada bank tu. Called the bank and rupanya dah pindah dekat2 chow kit...nasib baik jumpa. Kira it was an achievement for me laa today. ronda2 KL. Before this memang takut nak drive kat KL since i moved to Kerteh yang tak jem and sikit sangat kereta..so kiranya dah bolehlah nak move back to KL bila dah boleh ronda2 KL sendiri...main blasah aje macam mula2 dpt stering more that 24 years ago...That long eh????


Malam ni pon akan bz filling in the forms for Dhirah's registration on Sunday...

Tomorrow will be another long day..nak gi kemas umah kat Kajang yang dah beberapa bulan ditinggalkan..hu hu...

Thursday, May 26, 2011

KL..here we come

Assalamualaikum


Wah...2 minggu turut2 I have to go to KL. What to do? Dah terpaksa. Last wiken Dhirah got her award from Abah's office. Alhamdulillah she pocketed quite a lot. Rezki betul mek sorang tu. This Sunday pulak will be her registration day. I will be taking a day off. Talking about that, I have not even submitted the leave request.he he...malas n malas laaa...jap2 lagi I will do it InsyaAllah if I remembered.


The bajus are all packed. Not forgetting my ribbons and all the kains for me to sew. Macam lah nak gi lama sangat. Tapikan, sometimes, when you are away from home, the ideas can come easily. I just hate sewing the same things all over again. So, everytime I sew, I will try to add here and there. Kalau tak memang boring ya amat. buat benda sama memang bosan...:) Hopefully I will be more creative when I am in KL...ye laa kan when I have dear hubby around, the ideas normally just will flow...macam air sungai...he he...the merepeking is here...am just so happy that i will be seeing him tonite.:) InsyaAllah.


I hope Alang and her two kids will be staying at our GP tonite. Sure havoc. Tomorrow morning bolehlah the two kids and my 2 younger ones pegi mandi kat swimming pool...ooopsss, lupa besok Ucop masih sekolah ek. Its last day of school here:). I will be going out with Dhirah to open up an Account at Bank Mu@malat. Its a requirement by UI@. Napelah kat bank ni. Kat Kerteh tak de so we have to open up kat KL. Dah lah tak tau jalan sangat kat sana. I guess I will have to ask DH untuk nak tunjuk jalan. Kang sesat barat, buang masa aje.


Actually, we just had a fire drill a short while ago. Masa tu kat praying room. Terpaksalah turun tangga 5 tingkat. Kena pulak assembly point kat tengah panas, berpoloh2 den...


Thats all for now. kalau rajin nanti updet pulak. see u when I see u:)

and have a nice wiken:)

Wednesday, May 25, 2011

Packing

Assalamualaikum


Sibuk malam ni. Maklang dah siap pack baju. along pun tengah pack baju. Cam nak pindah. Bilik dia pun katanya macam kapal pecah. tapi biasa2 pun kapal tu mmg macam kapal yang dah 50% pecah...he he...betul tak Long...??


Mak risau jugak ni. Camana lah nanti anak mak bila duduk sendiri. Nasib baik lah tak jauh mana. Terimakasehlah pada mereka2 yang menolong kami dengan memudahkan pertukaran Along ke UIA. Syukur pada Allah banyak2 moga2 jasa kalian Allah jua yang akan membalasnya...


Kali ni maklang cuma beritahu apa yang dia patut bawa aje, tak adalah nak masukkan dalam beg. biar dia belajar sikit camana nak kemas beg untuk duduk jauh ni. Frankly speaking, mmg maklang akan berasa kehilangan sangat sebab along ni, dia mmg rapat ngan maklang. selalu aje meleser kat maklang. Ni bila dia tak ada, seme keje nak amek adek2 ni dah jadi kerja maklang laa. Mmg berkejaran pulak. Tak sabarnya nak kembali tinggal sekeluarga di satu tempat...YA Allah ku mohon Kau kuatkan hati kami semua...mesti maklang rindu kat Along. Hakim pun dah susah hati sebab nnt kot2 ta jumpa kaklong dia for 1 year...and dia still ingat Along nak gi Unimas...puas Alng ketawakan adek bujang dia...

Ok lah out dulu...Doakan Dhirah dpat tawaran ke UM...InsyaAllah...

Monday, May 23, 2011

Panas ketekk

Assalamualaikum...


Satu lagi hari telah berlalu. Panas betul cuaca sekarang. boleh jadi demam bila kena panas2 macam ni. Anak2 pula esp Along dan Hakim asyik berdarah hidung aje. Zaman maklang berdarah hidung dah hampir berlalu Alhamdulillah. Masa kecik2 dulu toksah ceritalah mmg kerap berdarah hidung. Benda ni macam keturunan. Atok pon dulu berdarah hidung gak. Maklang masa b4 kawin dulu dah buat operation tampal2 kapileris dalam hidung. Lepas tu lega sikit Alhamdulillah. Kalau tak pantang panas, mmg mengalir je darah. Bukan sikit banyak pulak tu. Kalau time winter pulak, tiap kali nak mandi, tiap kali lah berdarah hidung ni. Kering sangat sampai kapileris tu retak...:(. Now jarang2 kena dah, Alhamdulillah



Minggu ni maklang macam biasa sibuk. Alhamdulillah maklang marathon dapat jahit 3beg kecik2 dalam masa 2 hari. Dah pon dihantar pada tuan dia. Terimakaseh ke Mek Za. Ada gak bahan jahitan maklang menjadi hadiah utk pertandingan yang akan di adakan di MM, InsyaAllah


Kalau ikutkan mata mmg lah nak lelap. Tapi keje menjahit al banyak sekali. terpaksa jugak bersengkang mata, tapi tak tahulah sampai kol bape nanti...sementara tu, enjoy hasi jahitan maklang ye..yang berminat boleh lah send message ke maklang ye:)
( 2 je yg boleh uplod malam ni..)


Sunday, May 22, 2011

Alhamdulillah maklang sekeluarga ok..

assalamualaikum...

Lama betul kali ni maklang tak bersiaran. Ada gak yang email dan tanya2 nape tak updet. maaflaa maklang terlalu sibuk sekarang. Apart from sesuatu yang berlaku yang akan merubah hidup kami sekeluarga, maka hilang mood maklang nak berblog. Ada kisah yang sangat menyayat hati berlaku...tak perlulah nak diceritakan di sini kerana maklang rasa lebih baik hanya maklang, keluarga dan kawan2 rapat sahaja yang tahu. Moga dugaan ini akan menjadikan keluarga kami lebih rapat lagi hendakNya...Amin...


Keadaan yang terlalu panas sekarang menyebabkan maklang cepat sangat rasa letih. Dengan jahitan yang tersangatlah banyak..Alhamdulillah:), kadang rasa tak sempat nak merehatkan badan. Balik dari opis terus aja, maklang duduk kat mesin jahit. Tempat maklang jahit pulak dekat ngan tempat tengok TV - matahari petang - macam sauna kat situ...ada banyak lagi yang belum berjahit. mana taknya maklang hanya duduk kat mesin jahit mulai jam 6 lebih sampai dekat2 maghrib sebab cuma waktu tu je yang sejuk sikit...fan pulak full blast laaa...mmg macam sauna jugak...


ni pon mata dah mengantuk sangat, ingat nak lelap kejap before maklang menyambung tugas menyulam lagi. Harap2 lah siaplah 5 buah beg....by wednesday nite...Khamis pulak nak zoom ke kl nak hantar Along masuk universitas...Alhamdulillah:)

Sunday, November 28, 2010

Majlis Graduasi SMKRP 2010

Assalamualaikum...

Pening kepala tengok jahitan. Muaknya tengok ros hijau kat pouches tu. Nasib baik dah siap tampal kat kain semenya. Besok petang lepas office boleh jahitkan jadi pouches. Kalau ikutkan cuma ada 5 lagi tapi maklang buat extra 2 lagi sebab ada 2 tu tersalah jahit. Ros tak centerlaa, tangkai ke atas laa...hmmm...nilah dia kalau sambil buat kepala pikir kelain...:)


Pagi tadi Angah dan Abah dah pun ke KL. Bawak Ucop balik kat mommy dia sekali. Tak sempat2 si Ucop. Paklong baru isi barang dalam kereta, Ucop dah masuk dalam kereta. Tak sempat breakfast pun dia. Hmmm..Paklong took his own sweet time nak siap. Breakfast seme dulu baru jalan. Angah macam excited semacam! Last2 nak cepat2 nak bertolak sebab tadi dah sweet nak siap, akhirnya tertinggal beg toiletries Abah. Nasib baik dekat lagi. Apalagi patah balik lah nak amek barang yang tertinggal.

Lepas mereka dah bertolak barulah maklang bersiap nak gi kerja. Along suruh cepat sebab dia nak ikut cikgu ke sekolah. Takut cikgu tinggalkan dia.

Tak ada apa yang menarik, meh maklang tempek gambar Along masa graduasi yang lepas..
Kaklong berkebaya...InsyaAllah 6 tahun lagi kaklong ambil ijazah pulak...Amin...
Kawan2 sekelas sedang beratur menunggu giliran

Alhamdulillah kak long dapat penghargaaan sebagai pelajar sahsiah terpuji...:)
ada pulak persembahan di akhirnya..ni kelas kaklong..


=====

Takat ni dulu...maklang nak mula jahit cushion ..kejaaaap je..untuk org kawin...:)







( dapat jugak gambar dia masa Abah dia load kat fb...)..ni masa ada taklimat tadi petang


Sehingga berjumpa lagi..

Tuesday, November 23, 2010

19th wedding anniversary dan SPM

Assalamualaikum


Apakabar hari ini? Malam tadi maklang Cuba updet tapi tak boleh load pun page ni. Bengang betul. Bukan senang nak dapat mood nak updet blog lately ni. Almaklum tuntutan reben selalu buat maklang sebuk. Belum
lagi tuntutan suami dan anak2 yang memerlukan attention yg tak berbelah bahagi. Alhamdulillah stakat ni maklang boleh membahagikan masa;)


22.11 merupakan ulangtahun perkahwinan ke19. Tahun ni tak sambut pun sebab
Cik Abang kena bertiuga di KLl. Tak apalah walau jauh mana sekalipun, hati kami tetap dekat..moga hidup
kami sekeluarga bahagia hingga ke Akhir hayat...

Semalam pula Along menduduki SPM. maklang harap Along dan kawan2nya Akan berjaya dgn cemerlang ... Amin

sedang menunggu nak masuk dewan...along dan kawan2 lepak kat depan sengan buku2 dan nota2...
ni kawan2 sekelas sedang menelaah...baca jangan tak baca....


Moga anak2 berjaya cemerlang..

Monday, May 3, 2010

Musibah..

Assalamualaikum...

Rasa macam dah lama benar maklang tak updet blog ni. Nak cerita pasal cuti lepas pun dah malas. Org pun dah malas nak tunggu, kalau adalah yg tunggu...Anyway, the last two days cuti tu kami spent kat White World and of coz lah anak2 amat gumbira. Mak abah, atok wan aje yang duduk tercangok menunggu mereka main. The last day kami kat sana, atok naik kosi roda sebab kaki dia dah sakit masa naik bukit kat Currumbin park. Ok lah tu...budak2 berebut nak tolak atok. One thing yang best kat Theme Park tu, tempat solat yang cantek disediakan. Ada jugak tempat jual makanan halal, so tak lah risau mana kan..Alhamdulillah...:)


+++

Berbalik pada hal semasa, memang maklang sibuklah 2-3 minggu ni macam biasa. Masak tetap masak. Last 2 wikens pulak sibuk pergi balik ke Kemaman Kuantan...

Keluarga maklang ditimpa musibah...Patut pun masa malam Sabtu minggu 24 hb tu, maklang rasa macam tak sedap hati aje. Ingatkan kenapalah, rupanya pagi Sabtu Along mengaduh sakit perut. Ingatkan sakit perut biasa. Maklang tanya if dia nak kesekolah ke tak? Dia kata nak pergi sebab ada perkara yang cikgu nak ajar, yang dia tak tahu lah. Lagipun periksa dah dekat. Since tuan badan kata nak pergi, maklang kata Oklaa, kalau sakit nanti minta abah dia ambik. Pukol 830 pg masa maklang nak siap2 ke Kemaman nak teman chef tersohor kak Liza buat demo masak, Along call kata tak tahan sakit perut sangat. Mata dia yang problem pun sakit pulak. Risau betul. Maklang mintak Cik Abang bawa dia terus ke Kuantan jumpa Specialist mata sekali. Kebetulan Hakim pun sakit tonsil. Terus aje ke sana.. Rupa2nya bersebab jugak lah yang tergerak mintak terus bawa ke KSH. Dr. cek sel darah putih dah tinggi maknanya dah contaminated and bila scan nampak appendix dah bengkak...Pastu scan mmg confirm appendix. Petang tu jugak maklang bergegas ke KSH. Terpaksa tinggalkan Kak Liza ( nasib baik dah habis demo). Balik Kerteh pickup Angah and Maya , pack2 , bawa bekal and terus ke Kuantan. Elok2 maklang sampai about 1/2 jam Dhirah pun terus dipanggil masuk OT. Alhamdulillah hari Senin Dhirah dah balik.

Pagi tadi pon Dhirah dah buat folo up dan alhamdulillah semuanya OK...

Sekian updet buat kali ini..sehingga berjumpa lagi...

Monday, January 18, 2010

Hari Akujanji SMKRP 2010

Assalamualaikum...

Nak updet kejap aje...ada 2-3 beg nak kena kemaskan. Customer maklang no. 1 dah sibuk bila beg dia nak siap. Selagi tak siap, memang pening. Tapi bak kata Along, kalau mak buat untuk customer mak yang ini, mak dapat penat jer mak...he..he...nanti dah siap, maklang akan tempek kat sini laa..

+++


Tengahari tadi ada majlis akujanji untuk murid2 yang nak ambil SPM dan PMR. Masa nak start majlis semua kena berdiri...lamanya tak nyanyi lagu negara ku...kelakar pulak rasa...Memang tiap kali bila ada majlis cam ni rasa sebak semacam...kenapa entah...

Ni maklang tempek gambar sekitar majlis tersebut..

macam james bong pulok anakku ini..never say never...terharu maklang baca apa yang ditulis..biarlah ianya menjadi rahsia...Insyaallah mak dan abah doakan kejayaan Dhirah dunia akhirat...
Ibu2 atau bapa2 naik ke pentas dan anak2 memberi surat akujanji kepada ibu atau bapa mereka..
Macam pesyen show pulak...mak2 tengah tunggu anak2 naik pentas
gelap gambar ni...tu maklang tengah baca akujanji dhirah..

murid2 tingkatan 3 dan 5 sedang berikrar di atas pentasanak sulong kesayangan mak dan abah sedang berikrar, sempat snap. Mereka berdiri belakang maklang
Along jugak yang steady kan...moga anak2 tersayang maju jaya dalam peperiksaan yang akan datang..