Assalamualaikum...
Hampir sebulan maklang tak updet blog. Sibuk as usual. Hujung minggu juga masa penuh dengan aktiviti. Menjahit jangan cakaplaaa...memang sibuk aje. Sekarang rasa tak cukup tangan dah. Sibuk juga dengan di jemput dan menjemput kawan ke rumah sempena hari raya. Maklang tak buat open house tahun ni. Selain budget lari, badan pun rasa tak larat nak memasak banyak2. Jadinya jamuan hari raya tahun ini kecil2an aje. Jangan kecil hati sekiranya tak di jemput. InsyaAllah ada rezeki nanti akan dijemput juga, dan sudi2 lah datang kalau ianya terjadi InsyaAllah...
Minggu lepas pada hari ini (Isnin), maklang sedang dalam perjalanan ke JB. Satu2 adek ipar lelaki belah maklang telah pulang ke rahmatullah jam 5:30ptg di PPUM. Sedih tak terkata. Moga Allah mencucuri rahmat buatnya. Kami pada mulanya rasa macam tak terlarat nak travel jauh sebab Sabtu sebelumnya kami baru aje pulang ke Kerteh dari KL. Kiranya penat travel tak hilang lagi. Maklang pun tak nak lah paksa Cik Abang bawa maklang balik. Kalau nak ke KL mungkin tak ada masalah tapi jenazah dikebumikan di JB. Alhamdulillah Cik Abang menawarkan diri nak bawak maklang pulang ke JB. Terimakaseh wahai suami ku yang tercinta. Kalau tak di offer memanglah tak balik maklang.
Alhamdulillah malam tu Cik abang di beri kekuatan untuk nak drive sehingga ke Kulai jaya. Dengan kuasa Allah maklang bertembung dengan Atok dan Wan yang bertolak dari KL jam 9 lebih. Alhamdulillah juga Atok diberi kekuatan untuk drive ke JB sebab petang tu Atok baru aje tiba di KL dari Kerteh jam 7 malam. Semuanya telah disusun dengan begitu baik sekali. Di Kulai jaya maklang mengambil alih memandu kereta. Lepas tol kat Kempas, kami bertembung pulang dengan van Jenazah. Atok dan Wan mengiringi van jenazah ke rumah ibu arwah. Kami pulang langsung ke rumah Wan untuk berehat. Cik Abang pun setiba si rumah Wan, terus solat dan tidur. Kesian dia, mana tak nya, pulang pejabat langsung nak drive balik ke JB.
Jenazah selamat di kebumikan di Tanah perkuburan Mahmoodiah. Suasana agak muram. Hujan renyai2 turun sekejap seolah2 menangisi pemergian arwah. Moga Allah tempatkan beliau bersama2 orang yang dikasihiNya...dan buat adinda maklang dan 2 anak2 yang masih kecil, banyak2 kan bersabar dan moga Allah beri kemudahan dalam segala apa yang dirancang InsyaAllah. Kami sentiasa bersama mu, InsyaAllah...
Alfatihah buat arwah adek ipar maklang...
Monday, October 25, 2010
Monday, September 27, 2010
Kisah Raya kami
Assalamualaikum...
Malam ni terpanggil pulak nak mengupdet blog yang lama maklang tinggalkan. Hmmm...rasanya tak ada yang melawat pun, tapi tak pelaa...kita updet je..suka2. Kadang lama tak mengupdet , rasa rindu pulak.
Kami beraya kat JB selama seminggu tapi raya ke3 balik Kuantan sekejap sebab anak sedara belah paklang bertunang. Alhamdulillah selamat dah...:). Maklang masa pergi tu ikut Mersing, kenalah pening kepala...kata dah jangan ikut Mersing sebab nanti kena serang sakit kepala..hmmm...sampai ke besok pagi pening kepala yang melarat jadi migraine tu baru ilang..nak buat camana dah nasib badan :(
Tahun ni, Raya tak meriah mana sebab Alang satu family tak balik. Uncle Jai tak berapa sihat. Bibik dah kami hantar ke KL untuk nak tolong Alang jaga Uncle Jai sebab bibik Alang cuti. Kesian Alang dan kesian bibik tapi itulah ketentuan Allah kali ini. Alhamdulillah Aunty Leen dan anak2 rajin tolong kat dapur. Maklang pun culas jugak kat dapur sebab keletihan teramat sangat kali ini berpuasa. Dah berumur agaknya, badan tak berapa kuat. Mana taknya setibanya dari Kuantan hari Rabu before Raya, maklang terus report duty untuk nak menganyam ketupat. Wan dah masak utk berbuka so tak kisah pasal nak makan apa. Lagipun dah mintak Busu shop2 makanan, nasi ambang laa, murtabak laa, rojak asma dan macam2 lagi. Masa Atok tengok kat meja, atok kata...banyaknya makanan, tapi 1/2 jam lepas tu...meja licin...mana tak nya seronok makan beramai2...:)

Thema pink peach tahun ini...
.jpg)
Beriani di rumah tok Busu Md Din
.jpg)
Bergambar dengan si dia..:)
.jpg)
Bujang pakai samping nikah Abah kali ini...dah 19 tahun dah samping tu..:)
Alhamdulillah laa walaupun tak ada bibik nak tolong2, kami OK. Untung anak2 dara memang rajin betul tahun ni. Tahun ni lain sikit acara kami. 1st day dah jalan pergi rumah Tok Busu Md din abang Wan sebab nak makan beriani. Sedap.. Wan Pari pun tak balik, so mmg pagi raya tak ada lah yang datang. Tapi start dari kol 3 orang datang tak berenti. Alhamdulillah ketupat selamat on the 1st day. Ayam serai pun habis. Rendang masih ada berbaki sebab memang buat banyak untuk nak bagi Alang dan nak bawak balik Kerteh.
.jpg)
Semasa beraya kat rumah sepupu di Taman U...My girls and me..
Seronoklaa setahun sekali balik JB. Maklang sempat gak buatkan Wan chairback cover. Tapi siapnya hari yang maklang dah nak balik Kerteh. Terkial2 seme nak buat sendiri...
.jpg)
Seronok juga beraya sakan ke rumah sepupu2 yang cuma setahun sekali dikunjungi..sebab kami jauh di perantauan. Terimakaseh Cik Abang sayang kerana bawak kami beraya, tapi kenapalah tak bawak kami jalan2 kat Tebrau City...Teringin jugak nak ikut!:)
Sekian dulu...kita jumpa lagi bila maklang ada masa terluang, InsyaAllah.. Almaklum sekarang sudah mulai sibuk. Tengok list RE yang belum siap je dah nak fengsan..Ya Allah aku moon kekuatan dari Mu...Amin..

Monday, September 6, 2010
Salam Aidil Fitri
Assalamualaikum...
Maklang memang tak sempat nak mengupdet blog. Bila ada masa pulak, internet teruk. Tak kuasa nak menunggu...Kadang rasa nak tambah tangan je nak siapkan keje...
Walau macamana pun, maklang sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Fitri yang mulia, ampun maaf zahir dan batib...berhati2 dijalan raya...dan jangan lupa nak balik sambung tugasan...
Sehingga berjumpa lagi...:)
Love you all...

Thursday, August 19, 2010
Masakan chinese
Assalamualaikum...
Bulan2 puasa ni cepatnya lah layunya...tu yang selalu nak updet jadi tak larat..Ni pun dah berapa kali menguap...tapi tak pe..kita teruskan dengan mengupdet...
Hari ini turn Angah...dah lama mengecek nak makan udang nestum. Tak puas kata dia masa makan kat the New Horizon Kuantan...maka tadinya maklang pun mengoogle. Tengok2 ada yang goreng kunyit udang tu dulu, ada yang tak goreng langsung...so, maklang pun mereka ciptalah mengikut suka hati maklang...he..he..Alhamdulillah my darling kata....jadi...jadiklah ni...Syukur Allah beri ilham...

Memandang kan memang tak cukup kalau udang nestum sesaja...dia buat meratah kang, org lain tak sempat lah nak makan, maka maklang mereka lagi...kali ini chilli crab ball , yang pastinya Hakim akan mencedok entah berapa bijik terus masuk dalam pinggan dia...selera benar dia makan...Alhamdulillah..

dan juga 2 ekor ikan siakap yang maklang mencilok kejap ke MM beli ikan ni lepas balik kerja tadi. Sos dia pakai lemon sos yang ada dalam fridge..Campurkan dengan cili padi tumbuk dengan halia and letakkan parutan kedondong yang ada banyak kat depan rumah...

Alhamdulillah selamat semuanya...so, sahur nanti, kena korek fridge jelaaa...ada ikan tenggiri berlada semalam untuk Cik Abang, dan telor goreng untuk anak2 cukup laa..InsyaAllah..
Walau penat memasak tadi, bila tengok makanan habis semua nya, terbang dah penat tu...dan melihat my 2 feberet heroes dah bersiap untuk ke masjid ...bukan main lagi 2 ustadz tercinta ni...Alhamdulillah...tenang rasa hati...:)

Saturday, August 14, 2010
Kepala rasa lega...
Assalamualaikum...
Hari ke4 berpuasa dah...cepatnya masa berlalu kan...
Maklang ni tak masak lagi. Sebab hari ini kami makan nasi goreng sebab ada nasi berlebihan. Lepas tu nak makan mee rebus aje. Ada kuah mee yang dah siap. Sempat tak kalau nak masak in 1 jam je? Goreng nasi and ingat nak buat cucur udang dan juga cucur jagung. Tak siapkan bahan lagi utk nak buat cucur. Kejap lah...maklang nak updet kejap. ada 18 minit je lagi b4 kena turun ke dapur..he..he.. Biar nanti boleh makan panas2...barulah enak...InsyaAllah..
Hari ini rasa lega betul...Sebab maklang siap jahit 6 helai kusyen. RE nya dah seminggu selesai bunga nya..or lebih lama dari tu. Lepas tu maklang siap lining kan telekong yang maklang beli dah bertahun. Telekong yang ada sulam penuh tu agak jarang. Dah lama berangan nak hantar kat tailor tapi tak ingat2..tu yang tadi gagahkan jugak membuatnya. Alhamdulillah siap dah 2 helai. Sempat jugak menjahit telekong untuk angah. Simple aje. Letak renda je...
Bukannya tak ada telekong, tapi yang bersemangat tu sebab tiap hari dah kena tukar telekong. Sejak berterawikh kat masjid dengan anak2 ni, tiap kali lepas selesai solat, dengan baju serta telekong lencun dek peluh. Bak kata Kak liza, macam sauna pulak...Kak Liza solat dengan kami sejak 1 Ramadhan hari itu..macam berpakat pulak, tiap malam mesti jumpa...seronok ...:)Tak selesa nak pakai lagi sebab keharuman baunya...adoi....
Tahun ni anak2 tak semangat sangat nak mintak itu ini, so maklang main masak jelaa...he..he..nak tengok apa yang maklang dan bibiks masak??...silakan...
sup ala2 cina, ni makan ngan pasta
paru goreng ketumbar
sambal tahu dengan telor feberet Hakim
ayam masak kicap...mak yang nak makan..
kacang panjang bertahu terdelete pulak...besok tampal balik..hv to go dah 630, nak masak ni...

Friday, August 13, 2010
Bunga mawar merah buat teman2 dibulan Ramadhan yang mulia...
Assalamualaikum...
Teruja sungguh...Alhamdulillah dah masuk hari ke3 kita berpuasa, InsyaAllah..tahun ni maklang tak buat pun list2 utk nak masak apa...tiba hari siapa, dia pilih lah nak masak apa...InsyaAllah maklang akan masakkan..Sempoi2 je...Alhamdulillah sempat lah masak, sebab barang2 bibik dan siap2 kan. Maklang tinggal tumis aje, so InsyaALlah dalam sejam dah boleh rest dah lepas balik kerja tu...
Moga tak ada pembaziran tahun ini. So, maklang masak sikit2 je. Nak banyak jeis pun tak terlarat nak masak banyak. Cik Abang tersayang pulak memang tak suka langsung nak beli makan kat luar. Semalam ada yang sebut2 nak makan nasi ayam, tapi maklang kata tak yah lah masak nasi ayam masa mak ada rumah sebab tu bibik boleh masak. Tunggu bila kena outstation, then bibik boleh masak...Hari ini pun belum plan nak masak apa lagi.Since today turn along , nanti kang tengahari baru dia request apa dia nak...so, sementara tu, maklang main2 mesin lah dulu...kena buat pagi2 sebab tengahari kat tempat maklang menjahit matahari masuk sebab tingkap keliling...so sebelum jadi macam oven, baik selesaikan dulu. Kalau ikut kan hati, malas nak jahit, tapi ni semua order dr bulan-bulan dan bulan-bulan yang lepas lepas...kesian tuan dia tunggu berbulan...so jahitlah mana yang boleh. Harap mereka paham keadaan sekarang sebab sekarang lah cheapsale pahala utk beribadat...harap2 dapatlah buat amal ibadat sebaik mungkin InsyaAllah...
So, di pagi yang mulia ni, maklang nak hadiahkan teman2 yang membaca dengan hasil kerja tangan maklang yang membuat maklang syok sendiri...he..he...Meh..kira share gambar jer...tapi kalau ada nak order utk lepas raya..bolehlaah..tunggu maklang tempek kat blog jahit eh...have a good day...Salams..

Monday, August 9, 2010
Salam Ramadhan Al Mubarrak
Assalamualaikum
Maklang amek masa 5 min je hari ini nak updet...Lama tak updet, ada tak yang menjenguk kemari...??
Hidup penuh dengan suka duka 2-3 minggu ini. Alhamdulillah dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran. Biasalah kan, mana ada orang bergumbira setiap masa. Kadang tu perkara yang tak diduga menimpa kita. Tapi kita bersabar, redho dan bersolat hajat memohon agar segalanya selesai dengan sempurna Alhamdulillah...
Di kesempatan ni maklang sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf zahir dan batin sekiranya punya kesalahan sama ada yang sengaja atau tak sengaja. Kadang2 kita tak sedar apa yang dituturkan membuat ada yang tak sedap hati..Ampun jua di pinta...
Diakhir kata, maklang sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan AlMubarrak ..moga puasa kita lebih sempurna dari tahun2 yang sudah..
Oklah setakat ini dulu, jari jemari kena menjahit pulak...harap2 cepat selesai moga dapat menumpukan masa untuk beribadah dibulan yang mulia, InsyaAllah...
Selamat berpuasa teman2 tersayang...:)

Subscribe to:
Posts (Atom)