BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 19, 2011

Famil day dah annual dinner 2011

Assalamualaikum...


Selamat Hari Bapa untuk semua bapa2 yang membaca blog ini terutama suami tercinta dan abah yang dikasihi. Tahun ini Hari Bapa di sambut dengan mee rebus aje... Cik Abang dah request since last week. Semalam was Rojak India Day. Alhamdulillah Rojak India laku...:) dan mee rebus dah hampir siap pun kuahnya. Maklang tumis pagi semalam, then continue semula petang lepas makan tengahari sebab lada kering habis! Lepas dah gunting lada kering, tak sempat nak buat sebab kelas dah nak mula...Alhamdulillah class went smoothly sampai students complained cepat sangat masa berlalu...Alhamdulillah semuanya excited nak buat. Ada sampai tak berbunyi sebab nak cepat siapkan jahitan:)

+++++++++

Jumaat malam Sabtu was Family Outing dan Annual Dinner ofis maklang kali ini diadakan di Awana Kijal je. Oklah sambutannya. Maklang tak cek in hotel pon. Dekat sangat. Tak kuasa nak mengemas baju. So, kami bertolak lepas maghrib. Malam sebelum tu, dah pilih2 baju mana yang sesuai utk dipakai. Kali ini theme was Glitters in the Garden. Hmmm..berpoloh2 sebab panas sangat malam Sabtu. Alhamdulillah kami dapat tempat yang agak elok jugak laa...Hanya kami ber4 aja, since Abang sampai lewat malam dan Along dah di KL sekarang ...( bila macam2 ni, rasa macam nak cepat2 aje pindah...hu hu). Tapi sabar itu separuh daripada iman kan. Dugaan datang dalam berbagai cara...dah terbukti dengan berkat kesabaran dan berdoa, Alhamdulillah Along kini diterima di U Em..Alhamdulillah. The MC was Shamsul Ghau Ghau. Oklah dia. Bersahaja aje. Pandai juga dia cakap Terengganu.:)


Kami dapat hadiah the Happy Family. Terkezut gak bila nama maklang dipanggil. Dahlah tak cukup korum! Dapat lah seset tupperware bertingkat:). Hakim kecewa sebab tak dapat lucky draw! Nak buat macamana dah tak ada rezeki. The food was oklaa..tak ada apa yang outstanding sangat. Cuma daging bakar je sedap....


Ada gambar dlm hp tapi entah mana pulak wire dia...so tak yah gambar lah ye...


+++++++++++++


Jap lagi lepas habis siaran Tanyalah Ustadz kat TV9 ni ( mmg jarang dapat tengok sebab waktu nilaaa sibuk nak kluar hantar anak2 kesekolah:( ), maklang plan nak goreng nasi buat breakfast. Nak buat nasi lemak, semalam dah makan telor rebus, tengahari kang mee rebus pun ada telor rebus. Pening kan asyik makan telor aje. Kadang memang hilang idea nak makan apa...


Oklah sini dulu repot maklang buat hari ni. Jahitan tu dah menjeling. Masih banyak lagi tak siap. Especially bulan Julai ni. Takut tak terkejar, tapi mohon doakan maklang cepat menjahit ni ye. Ya Allah moga Kau permudahkan perjalanan hidup ku dan keluarga ku serta sahabat2 ku, dunia dan akhirat...Amin...

No comments: