Assalamualaikum...
Alamak leher ku makin senget rasanya...dengan jahitan yang tak surut ni...tapi Alhamdulillah kerana memberi rezeki..amin
Alhamdulillah juga kerana anankanda manja dah ok baaaanyaaaak hari ni. Agaknya dah dapat sesuai kan diri dengan suasana dan kawan2 kat bilik dia. Taklah dia rasa sunyi sangat. alang pun selalu datang tengok dia, so lagi lah dia tak sunyi kan...Alhamdulillah sangat pada Allah kerana memberi segala rahmatNya...Amin...:)
Semalam maklang tak jahit pun beg. Balik2 dari office hon2 kereta aja dari luar pagar dan datang lah berlari2 seorang gadis sunti nak ikut...sape lagilah kalau bukan Angah. Dah janji nak ke pasar malam sebab barang kat rumah dah banyak yang habis. kalau ikutkan malasnya nak berbelanja waktu tengah minggu. Biasa2 dulu masa tengah kuat, maklang pegi sendiri, tapi sejak lepas operate slip disc, maklang tak berani nak angkat berat2. semalam shopping ayam 4 ekor ( mcm nak khenduri), ikan tenggiri 5 keping yang besar2 tapak tangan tu..., ikan cencaru about 2 kg, dan beli sayur sikit. Sotong yang besar2 pun dibeli jugak. sekarang ni musim sotong rasanya. panjang sotong dekat 12-14 inci rasanya...lupa ..maklang beli jugak ikan pari..besar betul ikan pari yang ada kt gerai yang maklang selalu beli ni...tawkey dia pon dah kenal benar ngan kami...
ikan tenggiri rm22 sekg, ikan pari rm10 je. org kata ikan pari yang ada bintik2 ni sedap:)...
Kalau bab sayur kadang beli kat pasar malam or pasar tani atau kat supermarket. biasanya kat supermarket kat umah maklang, sayornya murah sikit...ingatkan petang ni lepas balik kerja nak lah menyinggah kejap.
malam as usual laa..mengadap jahitan yang tak surut:), malah bertambah...Alhamdulillah sangat kerana ini bakal menjadi sumber mata pencarian maklang tak lama lagi. Moga Allah beri maklang kejayaan dalam bidang ini...Amin...
Malam b4 tido maklang cek if anak dara sulong ok tak. Sempat cerita perihal angah cuba nak bawak kereta petang tadi masa nak ke pasar malam...belum apa2 bila kerete gerak sikit angah dah panic...mak...kenapa tak cakap if letak kat drive kereta ni akan gerak...laaa...kalau letak kat drive kete tak gerak, then tak payah lah naik kereta. b4 dok kat driver's seat bukan main lagi berlagak terrer...he he...angah..angah..Angah lah peneman mak sekarang ni bila Along dah jauh...:)
Wednesday, June 1, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
angah...!! bawak kete elok2... jaga mak elok2 tau...
Post a Comment