BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 23, 2011

Segar

Assalamualaikum..


Alhamdulillah pagi ni maklang bangun dengan berasa sungguh segar. Lama dah tak rasa macam ni. Entah lah kan. Agaknya fikiran tak berserabut kot. Lepas dah dengar Cik Abang ' lecture' kejap pasal life and how to look at things positively...it really makes a lot of difference. Rasa macam di rejuvenate je..he he...taulah ada meeting tentang project Bekok C yang nak di rejuvenate tu...tapi ini tidak ada kena mengena dengan project kat office. Its the internal punya hal ler...Hati ni kalau tak dipujuk, dibelai, dimasukkan dengan bacaan ayat2 suci kadang2 mudah terasa kacau...ha ha...ayat apa maklang tulis pagi2 ni.. he he...mood baik pagi ni ...alhamdulillah...harap2 akan jadi baik je sepanjang hari ni , besok, lusa dan selamanya InsyaAlla nak tolong...baru2 ni je maklang berjaya pujuk dia:) Alhamdulillah..Allah beri jalan untuk memudahkan kerja2 maklang...


Semalam seharian maklang siapkan jahitan RE utk beg anak makcik yang belajar jahit dengan maklang tu. Alhamdulillah dah siap pun letak manik, matikan jahitan dan buat apa yang patut. Yang belumnya ialah untuk menjadikannya beg. Nanti petang ingatkan nak minta kawan maklang jahitkan. Maklang bab nak menjadikan beg ni ada malas sikit. Rasa macam tension je. Alang2 ada kawan yang boleh tolong, why not. Dia pun dapatlah upahnya juga...Ni pun baru aje maklang minta buatkan. 2nd batch laa ni. Sebelum ni semua nya buat sendiri. Kalau ada yang tolong2 ni cepat lah sikit jadinya. InsyaAllah...Alhamdulillah Allah dah mudahkan sikit keje2 maklang ni:)



Ni pon antara jahitan2 yang dah siap. Cuma separuh je baru bersambung, yang lain masih macam tu juga. Tuan dia nak before 10th July or earlier. nak buat hadiah utk kawan2 masa hari khenduri kahwin anak dia. Harap2 siaplah semuanya, InsyaAllah...




Petang ni Hakim akan ke Penyu Sanctuary somewhere in Paka:). Dia minta maklang hantar dia petang nnt. Mak OK je...Tapi tak tahu kat mana lagi tempatnya...tak pernah pergi . Kalau Abah pernah pegi masa Maya ada aktivit kat sana. nanti2 nak tanya kawan2 yang tau laa...Sebab cikgu dah bagi2 ikut kumpulan, cikgu pun dah beri Hakim tugas. Tugas Hakim ialah minta mak marinate kan ayam utk nak bawa pergi camping. Dari malam tadi dia dah tanya mak dah marinate lom ayam...he he...Kot ye pun sabar lah sayang. Tengahari nanti mak balik, mak marinate laa ayam tu. Masih banyak masa lagi. Bukan payah pun. Ayam pun dah ada dalam fridge , tingga defrost dan cuci and then kita marinatelaaa... Just nice je by the time nak pergi petang nnt. Tengoklah nnt macamana dia punya excitement nnt. Pandai jugak dia kemas baju sendiri malam tadi. Nanti balik lunch nak kena cek jugak, takut ada yang tertinggal:).


Oklah sini dulu report maklang..:) Have a nice day:)

" sesungguhnya kami terjaga (dipagi hari) dengan ( kesedaran bahawa) Kerajaan ( bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu baginya tiada Tuhan selain Dia dan kepada Nya kami akan dibangkitkan"

No comments: