BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Angah. Show all posts
Showing posts with label Angah. Show all posts

Tuesday, February 14, 2012

Layan Anak punya birthday

Assalamualaikum...


Alhamdulillah sejak 2-3 hari ni rasa seronok sangat menjadi seorang suri rumah. Seronok sebab suka hati boleh nak buat apa2 tanpa ada sekatan kerja. Nak masak lambat, nak buat kek ke kuih ke. sukahati. tapi plan mesti adalah. agaknya memang dah terbiasa ada buat plan sebab kekangan waktu masa kerja maka walaupun dah tak kerja, maklang mesti nak plan:)

so..kononnya...nak lah plan utk nak buat surprise birthday utk Angah. Tapi plan maklang tak menjadi sebab tersalah hantar message ke Angah mintak cik abang belikan barang2 utk nak masak.. ( dia pakai no fon spare Abah dia!) Kacau betul! Tau jelaa bila dia dah tau...hmmm...bising je...maaaaak...maaaaaak... ( macam baru belajar cakap pulak!)..Angah malu...Angah dah besar...nanti orang ingat Angah ni anak manja...Laaa...pulak...Masa nilaa mak boleh nak enjoy usik anak2...tahun ni mak tak keje..suka hati mak nak layan anak macamana. Memang lah maklang teruja sangat semalam...tak reti nak buat coating kat kek, sememeh pun tak pe..maklang sapu2 kan cream cheese kat atas choc cake then maklang pipekan coklat atas kek...tak pelaaa walau sememeh, jalan je..janji nampak huruf!




so beginilaaa choc cupcake ditepek dgn cream cheese:)...Oklaaa..lepas dah makan ilang dah bentuk kan...so no hal laaa:)



Pukol 1040am , maklang kalot2 ngan kakak pergi hantar mee, sosej gulung celup roti dan kek bersama air. Malulah konon2nya si Angah...Kelakar 3-4 kali laa kawan2 nyanyi kan dia...she must be very happy sebab nampak pon happy. Dan cikgu2 Angah semua sporting...Maklang pun rasa best bila semuanya habis licin...At 1st ingat mee tu banyak tak habis, tapi kawan kelas angah assured maklang...aunty tak per...habis punya....dan Alhamdulillah...


Maklang sejak dari last week mmg sibuk. hajat nak updet selalu, tapi sedar2 dah hari Rabu semula dah ni...hmmm...kejap aje dah petangnya...kadang nak menyulam dapat sikit aje. Macam hari ni, mula malam tadi...dekat maghrib baru selesai...huhu...memang masa berjalan sangat pantas sekarang! Memang kiamat sudah dekat! Apa2 pun ni maklang letak sikit gambar RE yang siap maklang sulam. Nak letak banyak lagi sebenarnya tapi entah knp bila upload gambar tak elok...










Oklah setakat ni dulu ye...maklang nak menjahit lagi jap lagi:). Take care! Wassalam!

Tuesday, October 11, 2011

Selesai sudah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah selesai sudah PMR Angah. Moga usaha dan doa Angah dan ibubapa sekelian utk anak2 diberkati dan dikabulkan oleh Allah swt. InsyaAllah...Amin..

Alhamdulillah selesai juga maklang berulang alik 3-4 kali atau lebih ke sekolah yang terletak lebih kurang 6km dari rumah. Walau pun periksa dah habis, doa dan solat hajat tetap diteruskan moga yang memeriksa kertas periksa Angah lembut hati dan moga cita2 Angah nak memperolehi seperti Along akan tercapai InsyaAllah

+++++


Tak tahu nak updet apa sebab rasanya baru sangat maklang updet jumaat lepas. Sejak 2 menjak bermalasan nak updet blog ni rasanya macam tak ada idea nak tulis apa. Biasa aje tak ada apa nak cerita sebab routine maklang tak berubah. Lepas balik dari hantar anak2 ke sekolah, samada maklang masak2 atau terus menjahit sambil tengok TV9 yang ada rancangan agama. InsyaAllah sedikit sebanyak boleh lah menambah ilmu pengetahuan maklang yang cetek ni. Lepas tu continue menjahitlaa sampai petang dan last sekali pergi ambil Hakim dari tabilas.


Kadang2 ada gak kawan2 yang datang ziarah. Maklang ni memang malas sangat nak kluar rumah. Tak iye iye memang tak keluar. Nak-nak wiken bila Cik Abang balik, kadang tu kalau tak keluar sampai hari Isnin seterusnya sebab kena hantar anak2 ke sekolah. Hmm..dok rumah lagi best. So sebab banyak sangat dk dalam rumah, maka terjadi lah peristiwa2 kat dapor...macam2 rasa nak masak, cuma masa aje tak mengizinkan..Tapi Alhamdulillah jadilaa
jugak:)




semalam buat Hummingbird cake..rasa dia sedap gak...1st time cuba. ada pisang ada nenas..sekali rasa cam lepat pisang pulak...







konon2 nak buat raviolli...bentuk olah sendiri..tp ada jugak orang buat cam ni. kalau kat buku yang maklang tengok cam bentuk empat segi. Cik Abang kata raviolli ni sama je ngan wantan. Cuma rempah ratus daging letak parsley dan oregano. Betullah tu..Alhamdulillah anak2 suka...:)


Sehingga berjumpa lagi di lain siarang. Terimakaseh singgah sini:)

Friday, October 7, 2011

santai je...

Assalamualaikum...

alhamdulillah dah Jumaat dah. Ni break sekejap dari memasak. Pusing2 cari resepi. Konon2 nak buat ravioli hari ni. entah jadi entah tidak. Anak sulong nak makan ni. Kena juga usaha buatkan. Daging pun belum keluarkan. Kang ilang kisah nak buat raviolli jd karipap bulat pulak. maya tanya...camana mak nak buat bentuk bulat tu? mak nak guna cetak tartlaa...cetak yang ada biku2 tu...haha..raviolli pesen barulaa...jap lagi google lagi resepi cari yang senang. 2-3 ari lepas dah google nampak senang resepi tapi tak bookmark pulak. Jap lagi mmg kena turun masak jugak. Ni pon dah pukul 10.00 lebih

Balik dari pasar tani lepas breakfast sempat masak sambal udang utk nak ke KL dan masak lemak kobis yang angah dah beberapa hari sebut. Lately ni sejak mak tak keje...seme kalau boleh nak mak yang buat. Ada aje komplen kalau bibik yang masak. muka kerepot2! hmm...semua anak2 macam tu agaknya. Along pun dah kata, kalau mak tak keje..mak masak utk Dhirah je eh...

Last week, sempat jugak maklang buat kan sardin roles utk anak2 . suka nya makan berebut2. Tapi bila dah sejuk tak mau pulak. Alhamdulillah laa mereka suka. 1 tin sardin tu dapat buat about 30+ gulung. Oklaa tu.


Angah hari ni relax sikit dari last week. Kesian dia PMR. 1st day pg, gelabah jugak mek tu. Maklang sempat gak jaitkan beg dia...konon2 nak ceriakan dia utk nak PMR.
Harap2 Angah berjaya cemerlang InsyaAllah...


Dan pada hari jumaat ni baru laa dapat rehat tak payah keluar masuk rumah banyak kali. Jumaat lepas teruk sgt. 7 kali pergi balik layan anak2. Tapi nak buat macamana...dah tugas..buat ajelaaa


setakat ni dulu...ayam2 dan ikan2 tengah tunggu nak kena masakkan...anakanda kat KL nak dimasakkan apa agaknya utk mggu depan...sambal udang dah siap..buat telor ikan masak lemak kuning, ayam cashew nut, ayam masak merah dan ikan percik kot...alahai ..bab pikir nak masak apa ni yang melemahkan ni...

selamat berhari jumaat dan terimakaseh kerana sudi singgah sini..

Wednesday, June 1, 2011

syukur....dia dah ok

Assalamualaikum...


Alamak leher ku makin senget rasanya...dengan jahitan yang tak surut ni...tapi Alhamdulillah kerana memberi rezeki..amin


Alhamdulillah juga kerana anankanda manja dah ok baaaanyaaaak hari ni. Agaknya dah dapat sesuai kan diri dengan suasana dan kawan2 kat bilik dia. Taklah dia rasa sunyi sangat. alang pun selalu datang tengok dia, so lagi lah dia tak sunyi kan...Alhamdulillah sangat pada Allah kerana memberi segala rahmatNya...Amin...:)


Semalam maklang tak jahit pun beg. Balik2 dari office hon2 kereta aja dari luar pagar dan datang lah berlari2 seorang gadis sunti nak ikut...sape lagilah kalau bukan Angah. Dah janji nak ke pasar malam sebab barang kat rumah dah banyak yang habis. kalau ikutkan malasnya nak berbelanja waktu tengah minggu. Biasa2 dulu masa tengah kuat, maklang pegi sendiri, tapi sejak lepas operate slip disc, maklang tak berani nak angkat berat2. semalam shopping ayam 4 ekor ( mcm nak khenduri), ikan tenggiri 5 keping yang besar2 tapak tangan tu..., ikan cencaru about 2 kg, dan beli sayur sikit. Sotong yang besar2 pun dibeli jugak. sekarang ni musim sotong rasanya. panjang sotong dekat 12-14 inci rasanya...lupa ..maklang beli jugak ikan pari..besar betul ikan pari yang ada kt gerai yang maklang selalu beli ni...tawkey dia pon dah kenal benar ngan kami...


ikan tenggiri rm22 sekg, ikan pari rm10 je. org kata ikan pari yang ada bintik2 ni sedap:)...


Kalau bab sayur kadang beli kat pasar malam or pasar tani atau kat supermarket. biasanya kat supermarket kat umah maklang, sayornya murah sikit...ingatkan petang ni lepas balik kerja nak lah menyinggah kejap.


malam as usual laa..mengadap jahitan yang tak surut:), malah bertambah...Alhamdulillah sangat kerana ini bakal menjadi sumber mata pencarian maklang tak lama lagi. Moga Allah beri maklang kejayaan dalam bidang ini...Amin...

Malam b4 tido maklang cek if anak dara sulong ok tak. Sempat cerita perihal angah cuba nak bawak kereta petang tadi masa nak ke pasar malam...belum apa2 bila kerete gerak sikit angah dah panic...mak...kenapa tak cakap if letak kat drive kereta ni akan gerak...laaa...kalau letak kat drive kete tak gerak, then tak payah lah naik kereta. b4 dok kat driver's seat bukan main lagi berlagak terrer...he he...angah..angah..Angah lah peneman mak sekarang ni bila Along dah jauh...:)

Monday, February 14, 2011

Selamat ualngtahun ke 15 Angah

Assalamualaikum


setiap tahun pada hari Valentine's kami pasti beli kek. Memang kami sambut lah sambil nyanyi. memang sesuatu yang wajib setiap tahun. kalau tak maua mukanya cemberut kata orang Indonesia...Sebabnya hari itu juga adalah tarikh hari Angah dilahirkan. Malam sebelum tu, angah dah mintak kek tapi maklang saja usik2 dia kata tak mau beli kek...hmmm apalagi cemberut dong mukanya...he he...Tapi lepas balik ofis petang 14hb, maklang pergi jugak ke MM belikan dia kek. Barulah nampak manis sikit muka dia!




Paksa dia senyum sikit jadiklah...:)
Kaklong pulak dengan rela hati membuat kan shepard pie utk adeknya...

sedap jugak tapi ada sikit mashin you...

Maklang pula mula jahit yang dibawah ni 2 malam sebelum maulidur rasul tapi siapnya baru semalam. Entah bila nak jadik beg ni..
dan tengahari semalam start yang ini pulak untuk Alang nak kasi adek kawan dia...
malam ni ingat nak siapkan 1 pun jadiklaaa..Ini tinggal letak2 manik jer...


Hakim masih demam, tonsil bengkak and Cik Abang batuk2...Moga mereka cepat sembuh..Amin..

Setakat ini dulu, maklang nak jait lagi...:)

Friday, January 21, 2011

Muaknya menjahit...

Assalamualaikum…



Dah 2 hari tak update. Dah 2 hari badan rasa tak sedap. Lagipun maklang tersangat sibuk. Kalau ikutkan hati nak campak aje apa ada dalam tangan tapi apakan daya, dah terpaksa jugak siapkan sebab maklang cuma ada seminggu aje lagi sebelum nak deliver the pouches. Alhamdulillah cuma tinggal 14 aje yang nak di jahitkan jadi pouch. Ada 3 aje yang belum di RE. InsyaAllah hari ini kalau maklang tekun, bolehlah siap semuanya. Lega rasanya, InsyaAllah. Dalam pada tu, maklang kena juga buat lagi 2 hadiah utk kawan maklang yang maklang nak visit . 1 dah hampir siap, yang satu belum nampak bayang. Harap2 minggu depan maklang tak sibuk dan tak penatlaa…


Hari Rabu lepas, waktu pukul 12 tengahari, maklang mintak keluar sekejap. Nak pergi majlis kecemerlangan SPM dan PMR. Angah tahun ni ambil PMR. Kenalah belajar kuat2 Ngah. Kena sama ngan Along punya result. Kalau tak, malu lah Ngah…Petang tu, maklang balik, maklang jahit 20 pouches. Lepas tu, sempat jugak maklang RE kan beg untuk kawan maklang tu. Malam as usual lah, sambil maklang mengRE tu, sambil mengadap Hakim buat homework. Hakim ni, kalau buat kerja sekolah OK, taklah liat nak buat homework. Tapi kenalah kita ada sebelah dia. TV pun tak on, malam tu. Anak2 yang lain aje, kalau buat keje sekolah nak dengar lagu. Lagu Korea. Masa malam rabu tu Hakim tidur lewat. Dekat pukul 12! Homework siap lambat sebab lambat start dan sebab petang tu Hakim main basikal sampai dekat maghrib!( basikal dia baru dibaiki..tayarnya pancit)



Semalam dapat lagi jahit 11 buah pouches. Tu pun dah mengah semacam. Tak dapat jahit banyak sebab keletihan masih terasa. Pulak pagi semalam maklang tidur salah bantal! Teleng kejap. Ni pun ok dah sikit sebab Cik abang dah tolong urutkan malam tadi. Or else, sure senget lagi...



Semalam yang best, lepas balik ofis, mesin jahit maklang sampai ...Alhamdulillah...tapi takleh nak memesin terus sebab nya mesin tu terlalu laju. Dengan nak cepat menjahit pouches ni, maklang rasa tak sempatlah maklang nak practice menjahit kat mesin besar tu. Harap2 maklang akan cepat lah membiasakan menjahit guna mesin tu...:)


Malam kami ke PH. Maya tak ikut sebab dia dah pengsan dulu...letih sebab siang nya ada merentas desa..





Lepas dari PH sempat maklang main2 kain pulak sebab sangat teruja nak buat Biscornu ni...Alhamdulillah walau senget2, maklang tetap suka..Ada lah tempat parking baru untuk my jarums:)

OK sini dulu. As usual, jumaat memang is a bz bz day for me.....Masak2, jahit2 and kalau sempat kemas2 bilik jahit yang dah macam tongkang pecah...hu hu ....

Sunday, November 28, 2010

Majlis Graduasi SMKRP 2010

Assalamualaikum...

Pening kepala tengok jahitan. Muaknya tengok ros hijau kat pouches tu. Nasib baik dah siap tampal kat kain semenya. Besok petang lepas office boleh jahitkan jadi pouches. Kalau ikutkan cuma ada 5 lagi tapi maklang buat extra 2 lagi sebab ada 2 tu tersalah jahit. Ros tak centerlaa, tangkai ke atas laa...hmmm...nilah dia kalau sambil buat kepala pikir kelain...:)


Pagi tadi Angah dan Abah dah pun ke KL. Bawak Ucop balik kat mommy dia sekali. Tak sempat2 si Ucop. Paklong baru isi barang dalam kereta, Ucop dah masuk dalam kereta. Tak sempat breakfast pun dia. Hmmm..Paklong took his own sweet time nak siap. Breakfast seme dulu baru jalan. Angah macam excited semacam! Last2 nak cepat2 nak bertolak sebab tadi dah sweet nak siap, akhirnya tertinggal beg toiletries Abah. Nasib baik dekat lagi. Apalagi patah balik lah nak amek barang yang tertinggal.

Lepas mereka dah bertolak barulah maklang bersiap nak gi kerja. Along suruh cepat sebab dia nak ikut cikgu ke sekolah. Takut cikgu tinggalkan dia.

Tak ada apa yang menarik, meh maklang tempek gambar Along masa graduasi yang lepas..
Kaklong berkebaya...InsyaAllah 6 tahun lagi kaklong ambil ijazah pulak...Amin...
Kawan2 sekelas sedang beratur menunggu giliran

Alhamdulillah kak long dapat penghargaaan sebagai pelajar sahsiah terpuji...:)
ada pulak persembahan di akhirnya..ni kelas kaklong..


=====

Takat ni dulu...maklang nak mula jahit cushion ..kejaaaap je..untuk org kawin...:)







( dapat jugak gambar dia masa Abah dia load kat fb...)..ni masa ada taklimat tadi petang


Sehingga berjumpa lagi..

Saturday, November 27, 2010

Enjoying the weekend

Assalamualaikum...


Alhamdulillah my pouches are almost ready. Only 7 left till completion. Tapi masih penuh bermisai belum dibersihkan lagi. Seronok hari ini, pagi2 dah outing dengan family. Along yang berhajat nak makan roti canai! So, layan ajelah...almaklom orang nak peksa ni kena layan aje makan dia..kang asyik teringat makanan pulok...payah nak belajar...he he..


Kami pergi makan kat Kemasik. Memang all time feberet tu...kat kedai kat simpang Kemasik...Haji Ibrahim tak silap..memang sedap dan murah. Makan sikit punya kenyang...macam tak pernah makan pulak. Nak cerita berapa keping yang habis pun segan sebab memang banyak betul plus air sorang satu , baru RM30 je...Masa dah order banyak2 tu budak2 sampai tanya, Abah ada bawak duit tak? Takutlah kot2 tak cukup!

Ini sebelum pergi tadi...Icop nak naik motor lah kaklong...naik jelaa...nak bawak motor pun kaklong tak tau...:) Pak long bolehlaa..
Ni lah dia anak2 yang sedang mengenjoy makan roti telor...ada jugak yang merajuk sebab nak tambah tapi kena rebut ngan kakak2 yang suka mengusik!
Senyum je Icop pagi2 ni. Rindu kat mommy tak datang lagi!
Angah tengah berangan pasal Jepon ke?
Mak Abah nak posing gak...tapi golap pulak...cahaya dari belakang..:(
Wah Icop...senyum lagi...
Banyak nya Along makan...berstack2 pinggan! Lepas makan antar Along gi kelas tambahan kat sekolah..

Lepas balik dari makan, maklang menjahit lagi. Tu yang dapat siap sampai ke 43 buah pouch. Siap gak beg untuk parent Jepang Angah. Alhamdulillah. Lunch dah di tumis pagi2 b4 keluar maklang masak nasi tanak dan pacri nenas. Tengahari sempat ke rumah kawan, yang buat khenduri kawin Angah. Makan gulai daging sedap. Kawan siap bekalkan lagi sebab dia tahu kami suka gulai daging. Terimakaseh banyak2:). Murah rezeki hari ni..

Pagi2 masa Abang beli barang2 kat MM, dah pesan dia belikan tiket untuk Harry Potter. So, kami keluar lepas dari khenduri. Abang and Along je tak ikut serta. Along kata takut tak leh concentrate tengok HP sebab ingat peksa. Anak sempat singgah kat Toy R us...Berborong2laa.. Lama dah Hakim dok ngecek. Alhamdulillah mak ada extra sikit bulan ni boleh lah belanja Hakim sikit meinan...:)
Senyum nampak gigi dua-dua. Cepat2 aje nak main bila balik rumah. Tapi kena solat dulu baru boleh main...Seronok sangat dapat track yang boleh pusing2 tu..Apa Bakim beli Icop pun nak..kembar tak sesizelah katakan...
Maklang pun baru dapat rehat. Tolong Angah yang dah pening nak pack bag dia nak ke Jepang. Bag utk mak Jepun pun dah pack masuk dalam beg. Hmmm..Mesti mak rindu Angah. Sunyi lah rumah ni selama 2 minggu. Harap Angah will enjoy kat sana. Akhirnya tercapai cita2 Angah nak ke sana. Mak doakan semoga selamat semuanya...Amin..

By night time...Icop dah nangis tersedu2 nak mommy...tu yang Icop kata nak jalan 4 hari je...
Sehingga berjumpa lagi..

Wednesday, February 17, 2010

Updet jangan tak updet


Assalamualaikum,

Berhenti kejap dari menjahit. Teringat lama tak mengupdet blog. Kalau lama2 tak updet nanti lupa apa yang dibuat. Almaklum, blog ni serupa macam diari maklang.

Hari Rabu masa di KL tu, akhirnya maklang ke rumah Alang jugak. Entahlah malas nak duduk sorang2 kat bilik. Bosan. Lagipun Alang kata nak hantar balik, jadi beranilah nak ke sana. Kalau nak jalan sorang2 dari LRT tu ke Concorde takut jugak sebab kat situ sunyi sikit. Pulang dari rumah Alang, maklang mandi manda dan siap gosok tudung untuk hari esoknya.


Hari Khamis tak ada apa sangat. Kami ke Client's office utk nak carik dokumen. Boss ajak jalan kaki aje. Memang tak jauh mana, tapi mengah lah jugak, berpeluh.Sampai kat sana, kami selongkar drawings2 yang perlu dibawa balik. Satu perkara yang dah lama tak buat sebab semuanya dilakukan oleh adek2 muda kami. Dah hampir setengah abad ni tak sanggup dah nak mengangkat mencari drawings segala. He..he...Ingat tengahari dah boleh balik sebab dah siap apa yang dicari. Tau2 masa maklang baru sudah solat , boss kata tak leh balik. Gelihati sangat bila immediate boss kata dia dah cek out and then cek in balik bila dapat call dari boss. Kami yang menurut perintah ni terpaksa ke pejabat client semula. Kali ini naik taxilaa ke office Client..panas nak jalan waktu tengahari. Hmmm...last2 petang tu kami balik lewat dan tiba hotel dekat pukul 7:00. Naik taxi kena RM23.00 untuk perjalanan sekitar 2.6km. Mak oi mahal betul. Semuanya sebab naik taxi premier sebab taxi seme tak nak ambik! Lagipun ada beberapa inci drawings berat2 yang nak kena hangkut. Malam tu, tak larat betul even nak pergi makan. Berbaringan sambil berbual2 dengan kawan maklang yang keje kat situ. Terimakaseh layan maklang malam tu..

Malam Jumaat tak dapat nak tido. Sebab takut terlewat bangun. Kena leave the hotel around 7 sebab nak ke Kl central then ke KLIA naik ERL. Alhamdulillah tak ada masalah. Beg baju kirim kat boss mintak bawa balik so tak payahlah mengheret all the way to the airport. Lagi pun ada gunting, memang kena cek in laa..susah...Alhamdulillah by almost 10:00 dah jejak kat Kuantan airport dan darling maklang dah tunggu. Dengan Akim and Maya.

Kami sempat ke Kamdar, maklang shop langsir utk kelas budak 2 dan jugak kain2 untuk jahitan maklang terlanjur ada sale. Then ke Johney's makan2 kejap. Sebenarnya cik Abang amek maklang pun sebab nak servis kereta tapi tak jadi pulak. Berpusing keliling nak cari masjid tengahari tu sebab dah terlewat solat Jumaat. Nasib baiklah mamasita beritahu masjid renovate tu dah ada gantinya...Terimakaseh kak...Nanti satu hari maklang nak terjah rumah mamasita laa...boleh tak kak?

Kami tiba Kerteh lewat petang tu, tak larat nak buat apa, landing sambil baca buku cerita ( yang sampai hari ni tak khatam2 lagi!)

Sabtu, maklang relax aje pagi tu. Memang tak larat. golek2 baca buku cerita. Bestnya...lama tak buat macam tu. Wan masak hari tu...sedap...asam ikan tenggiri tak silap.

Petang Mak angkat Maya sekelauarga, sampai. Maklang dan cik abang pi shop groceries sikit. Yang best tu, food were prepared by darling and Along. Beef stew dan ayam panggang. Memang relax wiken tu. Tukang masak ambik cuti! Maya was so happy tengok Mak Enon and Baba dia. Terimakasehlah kasi Maya bear sebesar Maya tu...nampak betul happy dia. Puas lah dia bermanja dengan Mak Enon dan Baba...Dan terimakaseh kerana nak tido kat rumah kami...
Gambar ni kami rakamkan sebelum kami bertolak ke KT dan Mak Enon dan famili ke KB .


Ahad, kami sekeluarga ke KT. Sempat jumpa Cik Milah kejap kat Rantau Petronas. Kat KT kami hadiri majlis menyambut menantu Wan Pari. Sedapnya makanan hari tu. Lama tak makan beriani sesedap tu...Seronok jugak dapat jumpa sepupu sepapat maklang yang lama tak berjumpa. Kami tiba kat Kerteh around 6. Hmmm...cuaca panas menyebabkan kami berasa sungguh letih.

Ini dia pengantin baru. Kami doakan moga jodoh berpanjangan sehingga akhir hayat dan dikurniakan ramai anak2..Amin...


Malam pula, kami menyanyi lagu birthday utk Angah. Dah 14 tahun anak dara maklang sorang ni. Suka benar dia dapat cake blueberry cheese. Makan kek aje malam tu, dah tak larat nak makan lain...Lewat2 malam Mak Enon and family call kata nak tido kat rumah. ( Mereka ke KB pagi tu, nak cari hotel masa nak balik ke Kerteh, seme nya full...). So, kami tunggu Mak Enon sampai barulah tido.




Pagi Ahad, Mak Enon balik KL. Lepas dia balik, maklang ke MM cari bahan nak masak lauk. Ada sedara pangkat pakcik nak datang. Tak ada masak apa pun. Sebab dah ada lontong kat fridge, maklang minta bibik masakkan lodeh. Maklang buat sambal sotong. Lepas lunch mereka pulang. Petang tu, maklang tido mati. Terkejut bangun pun sebab ada call dari Client tanya if boleh tak attend meeting minggu ni...Hmmm...nasib baik dah puas tido!he..he..

Rasanya sampai hari ini tak hilang penat lagi. Macamana nak hilang, bila ada masa lapang, maklang menjahit. Dah way off schedule. Tak sangka banyak betul aktiviti cuti baru2 ni. Ingatkan sunyi, maklang dah plan nak jahit2 aje. Walau macamana pun, maklang enjoy dengan kehadiran teman dan saudara mara menceriakan hidup kami...

Wiken ini mungkin kurang acara. Besok sunyilah sebab Atok dan Wan dah nak keKL. Cik Abang pulak ada mtg di KL lagi. Petang besok akan terbang ke sana. Padahal, baru aje terbang ke sana pagi tadi, dan balik sini petang tadi...Ni pun dah berkeruh tido sebab kepenatan. Apa nak buat..kerja nak cari makan utk anak isteri...

Setakat ini dulu, buat kali ini. Berjumpa di lain waktu...InsyaAllah..:)