BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 9, 2011

Cuti cuti kerja di Jakarta

Assalamualaikum..

Lama tak sembang ek...maklang sibuk plus semalam tak berapa tenteram dihati ni. Jadi tak ada mood nak menaip. Baik layan mata dan badan yang dah beberapa hari keletihan. Memang biasa kalau stress maklang tidooooo....dan tidooo dan tidoooo


Malam ni kita cerita bergambar jelaa ye...

Ni pokok daun kesum yang kak Ira nak. Dia kata kat Jakarta tak ada...so, maklang petik lah sedikit yang ada kat dapur tu. Bila tiba KL, layu betul jadinya...tapi Alhamdulillah dapat jugak bawak ke Jakarta...moga2 pokok daun kesom ni iduplah hendakNya...
Setibanya di KL, maklang siapkan beg ni, khas buat kakak yang maklang nak jumpa Jumaat sebelum bertolak, tapi jodoh kami tak sampai sebab Kak Pah masuk sepital sebab dehydrated and Dr tak kasi dia keluar. So, maklang jumpa anak Kak Pah lah yang keje kat KLCC utk menyerahkan buah tangan maklang...dan tqsm kak kerana susah2 bawakkan ole2 dari jauh2 tu..cantek2 semuanya...Moga Allah balas ke murahan hati akak tu, dan moga akak sihat kembali seperti biasa..
Sementara nak jumpa tuan punya pouches maklang sempat bawa Hakim jalan2 kat KLCC dan Sakura ni memang memikat hati...Kim jom bergambar...
Wah...dia kata, mak amek gambar Hakim tengah makan laa...suka sangat lunch..


apalagi dia memang suka nasi Kandar...:) ayam kuah kari laaa, ni sebab kena penangan kat Penang laaa ni

Sempat gak maklang minta Cik Abang belikan popia yang macam kat Ikano tu...sedapnya...teringat mak Enon belanja kat sini lama dulu...
sebelum balik, sempat Hakim bergambar ngan kereta racing ni...ni kereta betul ke Mak? Memang teruja benar dia..

Sabtu petang, kami berangkat ke Jakarta. Baju tak bawak banyak, so malam sebelum berangkat, maklang dah basuhkan dan Alhamdulillah petang dah kering...maka pakai lah baju yang sama...Cik Abang pun dah pesan 4 set seorang ( kalau masuk baju malam jadi 7 laa)...termasuk baju yang pakai. Sebab Wan Sara kata dah ada bibik yang basuh kat sana, so tak worrylaa...sebab nya I ni tersangat rajinlaaa nak menggosok baju hu..hu..
Sempat gak Hakim bergambar kat Harrod's. Tak dapat kat yang kat London, kat KLIA pun jadiklah kan Kim..:)
Sementara nak naik kapalterbang, sempat gak tu bukak PC dia...( hu hu ..maklang pun rasa cam nak beli je PC baru sebab yang ini asik keluar disc error je:( )
Bila tiba kat Airport Sukarno Hatta...Hakim termenong jap. Sebab tak pernah lagi bila tiba tak disambut Wan Sara. Rupa2nya dia tunggu kat belah lain and kami keluat kat tempat lain...Adoilaaa...ada kot 1/2 jam baru dapat ke temu. Tu pun sebab dah call anak dia..Kami cuba call Wan Sara tak dapat pulak...

Ok, the time is up...kena berenti kat sini sebab nak de stress dengan menjahit...Tgh rasa unhappy sekarang tentang kerja so kena de stress so that besok InsyaAllah boleh keje better sikit...unlike today...

Sunday, February 6, 2011

Inspirasi...

Assalamualaikum...

Apakhabar semua? sihat2 aje hendaknya ye...

Maklang dan keluarga Alhamdulillah. Memang seronok bercuti tapi penatnya...nanti maklang cerita lah bila ada masa kelapangan..

Sebelum maklang , berbicara panjang, ingin dinyatakan bahawa pemergian maklang telah membawa hasil yang lumayan..so hari ini maklang paparkan kisah buku maklang yang sudah pun dipublished di Jakarta. Maklang cuma dapat bawa balik 70 buah shj . Harga buku cuma RM15 tidak temasuk kos pos.kalau ada yang berminat nanti boleh lah hantar message ke nazdin_2000@yahoo.com

Specifications of this book :

ukuran buku: 19 x 23 cm
terdapat 24 motif berwarna
Jumlah mukasurat : 72
ISBN : 978 602 8453 24 0
Harga:RM15 + RM5(postage) - Malaysia ( edisi terhad , haraga promosi utk 100 cetakan pertama)

Kalau teringin jangan tunggu lama2...email ke maklang atau tinggal komen:)
Terimakaseh

Saturday, January 29, 2011

cuti


assalamualaikum semua....


Maklang bercuti seminggu, nanti dah balik dari bercuti, maklang cerita lah ye..


pada yang menyambut hari raya China...selamat tahun baru...:)

take care

Wednesday, January 26, 2011

Training

Assalamualaikum...


Hari ini lah hari paling sebuk sejak mula tahun 2011. Bukan sebuk tentang kerja tapi sebuk tentang hal orang masa ada emergency konon2nya laaa...he..he..konon2 kat office tadi ada buat training for us the emergency response team. Baru training aje in case kalau apa2 jadi we will know what to do. So, at 130 the team assembled kat our EOR ( emergengency Operating Room - maklang kata cam kawan Shrek je bunyinya)...terkejar2 lah nak solat zohor dulu sebab training full sampai kol 430, tapi as usuallah lajak sampai kol 5! Seronok jugak tadi, ada part panic, ada part ketawa sampai nak pecah perut and ada part santai jugak. Part best was management belanja pizza sebab kami semua tak sempat pun nak keluar lunch.

Training mula bila ada berita yang tipu2 tulah kat tv. semua setup by KL ofis. Macam iye2 lah kita tadi. Ada klentong jugaklaa...Confuse samada nak bagi the true numbers or boleh main hentam aje...tapi semuanya OK lah...bila training dah habis Big Boss siap tanya feed back lagi...tapi sebab all went well, kita tak ada lah nak worry.:)


tu dia ada pizza sekotak...maklang jadi log keeper...so keje menulis jelaa...ok gak tu...
ni observers...mereka dok makan je keje..he..he..jgn mare I gurau je..observe pizza, ayam etc...:)

takleh cerita panjang..badan dah nak titon ni. So, before lelap mata, ni nak tunjuk matahari lagi...panas2 ni..baru siap about 10 mins yang lepas. Ok good nite..dah 12:04 dah...kena lelap..besok keje banyak menanti:)


P/s: kalau lah maklang buat Buku RE...agak2 ada tak yang nak beli..he..he...

sebenarnya its on the way dah...tak kira lah ada orang nak beli ke tak, tapi Alhamdulillah the book will be out by next week...kalau ada sesiapa nak, boleh tinggal pesan...tapi buku tu will be published kat negara jiran tau...:) maklang dan Kak Ina dah nak go global dah ni..seronoknya....:):):)

Tuesday, January 25, 2011

REku sayang..

Assalamualaikum...

Ha...ha...semakkan riben2 maklang...ni masa tengah berserabut ..maklang ambil gambar ni pukul 4:30 pagi beberapa hari yang lepas. Semak samun betul. Memang kalau masa nak cepat, tak kuasa nak kemas, tapikan, kalau serabut macam ni memang idea tak mau datang...so, maklang mulalah kemas sikit2..dan Alhamdulillah...keadaannya dah tak macam ni lagi sebab pouches memang dah siap, beg2 kawan2 yang maklang nak visit pun dah siap...:). Kalau tak, mau serabut macam ni jugak design dia...

Seperti yang dijanjikan...ni dia 100 buah pouches yang dah siap dah, dah masuk barber shop. Tukang gunting was Along lah..TQ my dear...lepas ni memang no perobelem lah nak buat kemasan kat jahitan ye:)
Dan petang tadi, or rather malam lepas maghrib, maklang sempat siapkan jahitan ni menjadi beg. Khas buat seorang kakak yang maklang kenal melalui fb. Baru sekali aje cakap kat phone dan kerana jasa baik dia, maklang terbuka hati nak buat untuk dia...Jasanya tetap akan dikenang selamanya InsyaAllah...Siapa dia, nanti lepas maklang dah jumpa dia, maklang akan ceritakan pulak..
Ini pulak maklang siapkan petang semalam. Sempoi aje tuan dia nak. Jahitnya dah lama tapi bila nak buat cover hp ni memang maklang liat. bukan susah pun cuma ntah laa...tak berapa suka nak jahit hp case:(
Ni pun hasil lepas maghrib tadi laa...Suka pulak kat kombinasi warnanya. Mula dulu bunga tu maklang buat utk chairback. Sebab malas nak buat lagi 7, maklang mintak kakak tetas, and maklang jahitkan jadi beg. Ni juga untuk kawan fb yang maklang akan lawat dalam beberapa hari lagi. Syukur dah siap...Dia juga banyak menolong maklang dalam kerja maklang...Siapa dia, nanti kita ambik gambar dia juga, InsyaAllah...:)
Dan ini , hasil jahitan malam tadi. Utk kakak no. 1, dia kata tak apa, sulam ajelah apa yang terasa nak sulam, nanti dia akan jahitkan utk menjadikan sesuatu...
Ini pun sama...
Sekarang maklang tengah jahit bunga matahari utk seorang kakak yang memang maklang tak pernah jumpa pun. Dah beberapa kali dia talipon maklang. 1st time was like 2-3 yrs ago. Masa tu dia kat luar negeri, tapi sekarang dah balik for good. Last week dia call lagi, katanya lama dah dia simpan hadiah maklang tu...meh lahh kita meet up...So, pk pk, apalah yang nak dibalas...he..he..beg RE laa...tapi sempat ke ni.. ni dah dekat pukul 12. Besok mesti sibuk, lusa pula lagi sibuk...hmmm harap2 Allah beri kekuatan utk nak siapkan by Friday morning sebab maklang cadang nak gi jumpa dia on Friday Insyaallah...


Anak2 2-3 hari ini macam berperang aje. Mak pun naik suara laa...Sibujang pulak tak boleh salah sikit, agaknya sebab dia tak sihat. Asyik hangin je and marah2...punya lah tak tau kat mana circuit yang rosak, tu yang dia nak marah agaknya...


Ok sini dulu, enjoy2 lah the pics...:)

Sunday, January 23, 2011

Jumaat dan Sabtu

Assalamualaikum


Ingat2 malam semalam nak lah mengupdet blog sebab malam semalam macam free sikit. Maklang tak menjahit pun malam semalam sebab maklang keletihan. Rasanya penat hari jumaat tak hilang lagi. Mana tidaknya lepas dah menyiang ayam, ikan, udang dan sotong, maklang masak pulak bukan 1 -2 jenis tapi ada kot lebih 8 jenis. Jem kaki ni berdiri lama2 depan tungku dapur.

Sebab apa masak banyak? sebab nak buat persediaan untuk seminggu sekiranya maklang tak sempat nak memasak. Macam maklang kata ari tu sekarang waktu dah naik sekolah ni bz melampau terkejar ke sana kemari aje....pulak2 sekarang ni Hakim dah banyak homework, so memang dengan mak sekali sibuk buat homework. Jahitan pun banyak tu yang tak terlarat sangat. Tak terima tak sedap pulak sebab org mengharap sangat ( tak perasan eh...he..he..)

Pada Jumaat tu maklang masak ayam masak lemak kuning, kormak ayam, ayam masak serai, rempah untuk buttered prawn, sos utk masak tomato dan masak kicap. Sos2 dah siap senang, nanti kakak tinggal goreng ikan or ayam or even udang and terus aje masukkan kat dalam sos. Kira the major part dah siap laa. Sekarang pun nasib baik Along tolong2 kat dapur sebab dia dah tak sekolah. Tengahari Jumaat tu, maklang goreng lala , sayur bayam rebus, sotong celup tepung bersos lemon...






masa Cik Abang ke pasar tani, dia jumpa buah putat ni..tak pernah nampak kata dia. dia kata makcik yang jual tu kata, buah ni belah 4 buat ulam. Cik Abang makan laa..tapi maklang tak berani makan, takut tak tertelan. Rupa dia pun pelik, takut dah makan kang perangai pun jadi pelik. Mana tau kan...he..he...



Petang Jumaat walau dalam keletihan, maklang paksa diri maklang menjahit the pouches. Alhamdulillah masa tu tinggal 7 aje lagi yang tak siap dijahit. So, petang tu selesai lah 100 pouches dan Alhamdulillah Along tolong2 gunting kan misai dan janggut2 pouches tu...Besok bila semuanya dah masuk dalam beg untuk dihantar ke KL, nanti maklang tunjuk lah kat sini ye:)..InsyaAllah...


Sabtu pulak kami ke Kuantan. Tujuan utama nak lawat FIL yang baru warded sebab ada jangkitan kuman dan juga gula tinggi. Tapi sebelum melawat dia ( waktu melawat pukul 1:oo pm), kami singgah ke khenduri bekas ofismate cik Abang. dua2 suami isteri sepejabat. duduk pun sebelah2, akhirnya naik pelamin bersama. ALhamdulillah. Tak sempat bergambar bersama sebab masa kami tiba pengantin tengah ambil gambar dgn romantiknya kat atas katil...he..he...

Lepas dah tengok FIL kat spital, rondaan di Kontan pun bermula. 2 mesin jahit dah masuk dock. Taukey tu kata, mungkin mahal sebab board dia yang kong...Alamak kalau makan beribu, baik maklang trade in aje, tapi tgk pulak berapa harga mesin yang nak di trade in tu:). kalau mahal sgt tak kuasa nak tambah utang lagi...

Then melawat sepupu di Kamdar laa...cari kain kaler cream utk nak RE, tak ada pun. Yang ada cuma 1 meter aje...Kebas ajelah. Selesai kat situ barulah balik ke Kerteh. Sampai pun dah dekat pukul 6. sempat beli lemang kat Bukit Anak dara, tapi tak elok lemang dia. melekat kat buluh . Lain kali tak boleh beli lagi kat gerai tu. ( lemang di tganu ni murah 3 batang cuma RM10..kalau kat KL ke, hmmm sebatang rm 10 kot!). Sempat jugak bawak Hakim jumpa Dr. Raj sebab batuk dia teruk sangat walau baru kena sehari. Kesian dia. Dia kata sakit2 perut dan dada bila batuk. Tonsel pun dah bengkak!

Malam melepek sebab fenin. Letih sangat gaknya...dan malangnya dibawa sampai ke pagi...:(

Malam ni if sempat maklang nak selesaikan RE yang nak kasi kawan maklang. InsyaAllah petang besok boleh lah jadikan beg...harap2 lara lah nak menjahit!:)

Friday, January 21, 2011

Muaknya menjahit...

Assalamualaikum…



Dah 2 hari tak update. Dah 2 hari badan rasa tak sedap. Lagipun maklang tersangat sibuk. Kalau ikutkan hati nak campak aje apa ada dalam tangan tapi apakan daya, dah terpaksa jugak siapkan sebab maklang cuma ada seminggu aje lagi sebelum nak deliver the pouches. Alhamdulillah cuma tinggal 14 aje yang nak di jahitkan jadi pouch. Ada 3 aje yang belum di RE. InsyaAllah hari ini kalau maklang tekun, bolehlah siap semuanya. Lega rasanya, InsyaAllah. Dalam pada tu, maklang kena juga buat lagi 2 hadiah utk kawan maklang yang maklang nak visit . 1 dah hampir siap, yang satu belum nampak bayang. Harap2 minggu depan maklang tak sibuk dan tak penatlaa…


Hari Rabu lepas, waktu pukul 12 tengahari, maklang mintak keluar sekejap. Nak pergi majlis kecemerlangan SPM dan PMR. Angah tahun ni ambil PMR. Kenalah belajar kuat2 Ngah. Kena sama ngan Along punya result. Kalau tak, malu lah Ngah…Petang tu, maklang balik, maklang jahit 20 pouches. Lepas tu, sempat jugak maklang RE kan beg untuk kawan maklang tu. Malam as usual lah, sambil maklang mengRE tu, sambil mengadap Hakim buat homework. Hakim ni, kalau buat kerja sekolah OK, taklah liat nak buat homework. Tapi kenalah kita ada sebelah dia. TV pun tak on, malam tu. Anak2 yang lain aje, kalau buat keje sekolah nak dengar lagu. Lagu Korea. Masa malam rabu tu Hakim tidur lewat. Dekat pukul 12! Homework siap lambat sebab lambat start dan sebab petang tu Hakim main basikal sampai dekat maghrib!( basikal dia baru dibaiki..tayarnya pancit)



Semalam dapat lagi jahit 11 buah pouches. Tu pun dah mengah semacam. Tak dapat jahit banyak sebab keletihan masih terasa. Pulak pagi semalam maklang tidur salah bantal! Teleng kejap. Ni pun ok dah sikit sebab Cik abang dah tolong urutkan malam tadi. Or else, sure senget lagi...



Semalam yang best, lepas balik ofis, mesin jahit maklang sampai ...Alhamdulillah...tapi takleh nak memesin terus sebab nya mesin tu terlalu laju. Dengan nak cepat menjahit pouches ni, maklang rasa tak sempatlah maklang nak practice menjahit kat mesin besar tu. Harap2 maklang akan cepat lah membiasakan menjahit guna mesin tu...:)


Malam kami ke PH. Maya tak ikut sebab dia dah pengsan dulu...letih sebab siang nya ada merentas desa..





Lepas dari PH sempat maklang main2 kain pulak sebab sangat teruja nak buat Biscornu ni...Alhamdulillah walau senget2, maklang tetap suka..Ada lah tempat parking baru untuk my jarums:)

OK sini dulu. As usual, jumaat memang is a bz bz day for me.....Masak2, jahit2 and kalau sempat kemas2 bilik jahit yang dah macam tongkang pecah...hu hu ....