Assalamualaikum
Ingat2 malam semalam nak lah mengupdet blog sebab malam semalam macam free sikit. Maklang tak menjahit pun malam semalam sebab maklang keletihan. Rasanya penat hari jumaat tak hilang lagi. Mana tidaknya lepas dah menyiang ayam, ikan, udang dan sotong, maklang masak pulak bukan 1 -2 jenis tapi ada kot lebih 8 jenis. Jem kaki ni berdiri lama2 depan tungku dapur.
Sebab apa masak banyak? sebab nak buat persediaan untuk seminggu sekiranya maklang tak sempat nak memasak. Macam maklang kata ari tu sekarang waktu dah naik sekolah ni bz melampau terkejar ke sana kemari aje....pulak2 sekarang ni Hakim dah banyak homework, so memang dengan mak sekali sibuk buat homework. Jahitan pun banyak tu yang tak terlarat sangat. Tak terima tak sedap pulak sebab org mengharap sangat ( tak perasan eh...he..he..)
Pada Jumaat tu maklang masak ayam masak lemak kuning, kormak ayam, ayam masak serai, rempah untuk buttered prawn, sos utk masak tomato dan masak kicap. Sos2 dah siap senang, nanti kakak tinggal goreng ikan or ayam or even udang and terus aje masukkan kat dalam sos. Kira the major part dah siap laa. Sekarang pun nasib baik Along tolong2 kat dapur sebab dia dah tak sekolah. Tengahari Jumaat tu, maklang goreng lala , sayur bayam rebus, sotong celup tepung bersos lemon...
masa Cik Abang ke pasar tani, dia jumpa buah putat ni..tak pernah nampak kata dia. dia kata makcik yang jual tu kata, buah ni belah 4 buat ulam. Cik Abang makan laa..tapi maklang tak berani makan, takut tak tertelan. Rupa dia pun pelik, takut dah makan kang perangai pun jadi pelik. Mana tau kan...he..he...
Petang Jumaat walau dalam keletihan, maklang paksa diri maklang menjahit the pouches. Alhamdulillah masa tu tinggal 7 aje lagi yang tak siap dijahit. So, petang tu selesai lah 100 pouches dan Alhamdulillah Along tolong2 gunting kan misai dan janggut2 pouches tu...Besok bila semuanya dah masuk dalam beg untuk dihantar ke KL, nanti maklang tunjuk lah kat sini ye:)..InsyaAllah...
Sabtu pulak kami ke Kuantan. Tujuan utama nak lawat FIL yang baru warded sebab ada jangkitan kuman dan juga gula tinggi. Tapi sebelum melawat dia ( waktu melawat pukul 1:oo pm), kami singgah ke khenduri bekas ofismate cik Abang. dua2 suami isteri sepejabat. duduk pun sebelah2, akhirnya naik pelamin bersama. ALhamdulillah. Tak sempat bergambar bersama sebab masa kami tiba pengantin tengah ambil gambar dgn romantiknya kat atas katil...he..he...
Lepas dah tengok FIL kat spital, rondaan di Kontan pun bermula. 2 mesin jahit dah masuk dock. Taukey tu kata, mungkin mahal sebab board dia yang kong...Alamak kalau makan beribu, baik maklang trade in aje, tapi tgk pulak berapa harga mesin yang nak di trade in tu:). kalau mahal sgt tak kuasa nak tambah utang lagi...
Then melawat sepupu di Kamdar laa...cari kain kaler cream utk nak RE, tak ada pun. Yang ada cuma 1 meter aje...Kebas ajelah. Selesai kat situ barulah balik ke Kerteh. Sampai pun dah dekat pukul 6. sempat beli lemang kat Bukit Anak dara, tapi tak elok lemang dia. melekat kat buluh . Lain kali tak boleh beli lagi kat gerai tu. ( lemang di tganu ni murah 3 batang cuma RM10..kalau kat KL ke, hmmm sebatang rm 10 kot!). Sempat jugak bawak Hakim jumpa Dr. Raj sebab batuk dia teruk sangat walau baru kena sehari. Kesian dia. Dia kata sakit2 perut dan dada bila batuk. Tonsel pun dah bengkak!
Malam melepek sebab fenin. Letih sangat gaknya...dan malangnya dibawa sampai ke pagi...:(
Malam ni if sempat maklang nak selesaikan RE yang nak kasi kawan maklang. InsyaAllah petang besok boleh lah jadikan beg...harap2 lara lah nak menjahit!:)
Sunday, January 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam ziarah Mak Lang...
Saya selalu ikuti blog Mak lang ni..tabik spring sbb mak lang ni memangggg rajin...lepas tu pandai pulak masak dan menjahit..bertuahnye cik Abang...
laaaaaaaaaaaaaaaaa kamdar tu sepupuke..kalau macam tu bila2 bila melawat kamdar bolehlah dapat diskaun eikkkkkk :D
banyak masak tu... calling2 la.. hehee...
kak lina
buah putat tu hiris nipis buat kerabu .. perghhh rangup lemak kelat sikit
Post a Comment