BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 17, 2011

Doa - doa:)

Assalamualaikum...


Alhamdulillah Jumaat kembali lagi. Alhamdulillah dah selesai pun menjalankan tugas dari pagi tadi. sekarang masa untuk beristirehat sambil mengupdet blog. Lunch pun belum lagi. Students baru aje balik dalam pukol 2:30pm . Maklang ingat nak ke MM kejap. Ada nak beli barang untuk Hakim. Tukar kupon aje.


Pagi tadi, pukol 7:20am dah keluar rumah ke pasar tani. Semuanya nak kena cepat. Sampai berselisih dgn officemate pun tak perasan. Memang bila nak cepat2 ni, tak nampak orang laaa..he he.. Kol 8:00 dah balik. Siap2 pulak sebab klas patut start pukol 8:30am. Janjinya 18 orang tp yang dtg cuma 9 orang aje. Sebab last minute ada hal. InsyaAllah minggu depan mereka datanglah. Mana taknya kami dapat cuti free ahad ni, so tambah sehari lagilaa. Apalagi orang ambik chance lah nak balik kg. etc.


Anyway, the class went well. Alhamdulillah.


+++++++++++


Macam biasa lah wiken ni tak ada rancangan nak kemana. Minggu ni ada famili day. Maklang n anak2 akan attend dinner aje sebab ada hal besok. Harap2 meriah. InsyaAllah. dan moga2 adalah hadiah baik yang menanti, InsyaAllah:). Doakan nasib maklang baik hari ini ye:)


Jap lagi if ok, akan sambung beg kawan. Tadi pun dia dah tye bila siapnya...Kadang rasa pening nak kejar kan date line. Tapi bersyukur kerana rezeki dari Allah tak pernah putus, Alhamdulillah...


Ok lah, takat sini dulu, Hakim dah tunggu tu kat bawah. Kalau lewat pegi, lewat pula baliknya.


Have a nice weekend.:):):)


Terimakaseh kerana melayari blog maklang. Harap2 akan merapatkan persahabatan kita ke jalan Allah...Amin...:)

2 comments:

zino said...

salam hujung minggu...

maklang said...

zino:


hujung minggu kami panjang...he he..alhamdulillah..Kirim salam kat akak eh:)