BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 15, 2011

Kesian kereta...:(

Assalamualaikum


Alhamdulillah Along dah pun berada kat rumah Alang sekarang. Alang ambik dia balik petang tadi. Dah submitlah tu surat berhenti. Hari Isnin nanti baru register kat Uni baru. Moga2 tak ada masalah lah hendakNya...Abah dia kata kena isi semula borang biasiswa dia laa...berapa kali mau isi daaaa..surat tukar Uni dah ke 2 kali ...Tak pelaaa..buat ajelaaa...supaya akan lancar semuanya InsyaAllah

Nanti Dhirah duduk kat kolej mana tak tahulah ...tapi Dhirah berangan nak duduk kat rumah Alang je. Lagipun rumah Alang masih dalam kawasan Uni. So, kalaulah dibenarkan senang laa..Alang pun ada yang akan teman. Lega sikit...Alhamdulillah..


Kat Uni ni ramai jugak kawan2 Dhirah. Sepupu dia pun ada sorang kat situ. So, insyaallah tak ada masalah lah ..moga2 mudahlah laluan Dhirah nak mencapai cita2 dia...Amin


++++++++++


Kat rumah pulak, pagi2 tadi maklang dah dihidangkan dengan bau yang memualkan. Ingatkan hari ni nak bawa kereta yang besar sikit tu ke ofis. Dah lama sangat tak gerak. Ada kot 10 hari lebih. Asik pakai kete kecik aje. Kalau dulu masa sikecik tak ada, pakai aje si besar aje. Org kata kalau lama sgt tak start kot2 battery tu jam. So cita2nya begitulah tadi. Tapi bila bukak je pintu kereta tu, bau kuat sangat. rasa cam nak muntah. masa tu kakak and bibik angkat barang2 yang nak pos tu. Maklang pula angkat beg maklang. Baru nak letak barang dan bau semacam. Mula2 excited gak lama tak bw kete ni. Bila bau dah semacam, maklang cuba lah cari apa yang menyebabkan bau yg amat busuk tu. Takutlah ada barang tertinggal kat belakang kereta. buka2 pintu belakang tak ada. rupanya kat tengah2 antara driver's and passenger seat. Ada 2 botol sunquick and beberapa bungkus pulut. Dalam hati takkanlah benda2 ni mengeluarkan bau yang busuk. Tengok2 lagi.. rupanya ada 2 tiub daging cincang. Dah berbuih dah. Memang rasa nak muntah. Mintak kakak and bibik bersihkan kereta tu. lap2 apa yang patut. maklang sempat start kereta tu kejap, then terus ke ofis.


By the time maklang balik rumah, semua pintu2 kereta masih terbuka lagi. Lampu2 dalam kereta pun menyala. Terdetik dalam hati...Alamak dah 4 jam lampu2 tu menyala. Takut lak battery kaput. So, maklang cubalah start2 kereta tu. Mmg lembaplah nak start kereta tu. Tapi Alhamdulillah ok dah. Bau pun not that badlaa...Bibik letak kopi dalam kerete. Petang tadi, maklang minta bibik potong beberapa helai daun pandan dan letak kat kereta. sebabnya nak tutup screen tingkap tu pulak. harap2 by besok tak ada dah bau tu. Tapikan kalau teringat je bau tu memang laaa nak muntah lagi...Uwekkkk...


Petang tadi maklang sempat pos jahitan2 maklang. Harap2 si empunya akan terima semuanya dlm sehari dua ni and akan puas hati dengan hasil jahitan maklang ni...Moga2 akan bertambah lah rezeki maklang...InsyaAllah...



beg ni antara yg ada dalam bungkusan tu...ditempah oleh kawan sekolah maklang ...:)




Oklah..sini aje dulu lah ye...ada orang datang pulak...:) selamat berhari khamis...yeay...dah dekat hari Jumaat ..hari yang di tunggu@:)

1 comment:

Anonymous said...

Tak sempat nak kenal mesra dengan dhirah.. apa pun, selamat berjaya pada Dhirah.

akak UIA,
(yg tegur dhirah masa registration dulu)