BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Maya. Show all posts
Showing posts with label Maya. Show all posts

Monday, August 8, 2011

dilemma


Assalamualaikum...

Nak updet kejap sementara menunggu nak berbuka. Alhamdulillah ikan tenggiri masak tomato dah siap, sup sayur fishball dah pun atas dapur, tinggal letak sayur2an nya aje.. dah minta tolong kakak goreng taugeh dan juga bibik buatkan sambal belacan. Hari ini ringan2 je sebab semalam dah terlalu berat.


Maklang pun sebenarnya keletihan berkejaran hari ini. pagi2 dah keluar nak jumpa org yang offer maklang kerja tu. Tengok2 apa yang nak dibuat, insyaAllah tak ada masaalah. Orang tu pun macam confident bebenor nak maklang join. Memang pon masa maklang nak pergi tu memang rasa 60% maklang boleh join. Lepas dah berbincang ngan orang tu pun rasa masih ok lagi. Even after dah nak balik masih rasa ok cuma penat sikit. Memang lah dah drive jauh2 rasa letih...Tapi otw balik bila bujang maklang call...mak..mak kat mana? mak kata mak nak balik tengahari..Alahai...sedih nya maklang. memang dia suka bila dia balik sekolah mak dia ada kat rumah. ni hari ni balik , mak tak ada...kesian..baru sebulan tepat dia merasai keseronokkan ada mak kat rumah. tak aleh2 hari ni mak tak ada lagi..macamana ni mak nak buat decision? maklang pujuk jugak dia, kata mak bukan kerja full time, 3 hari aje keje, the rest mak kat rumah. geleng kepala aje..Maya pun dah cebik muka. Maya kata nanti mak penat, nanti mak sakit balik. macam2 alasan mereka. So...macamana ni? Abang dah kata, ikutlaa, kalau rasa nak keje , kejelaaa..kalau tak nak, tak payah laa...hmmm betul2 dalam dilemma. Malam ni InsyaAllah nak beristikorah lagi mohon petunjuk...InsyaAllah dapat alamat dari Allah..Amin..


++++++


Semalam memang penuh semeja...macam2 ada...sebab nak habiskan stok takut tak elok, baiklah maklang masak...so silalah menikmati hidangan ni..mana tahu dapat pulak idea nak masak apa kan...selamat berbuka semua...:)


sepinggan berisi ayam bakar, kentang oregano lagi, korma sebiji dan salad sayur



sepinggan lagi kentang oregano

sepinggan cendawan goreng



sepinggan ayam bakar


sepinggan kuew teowm dan mee goreng



semangkok salad, lebihan kuah kabonara, ada acar capsicum , kueh koci recycle dan juga pamelo..Alhamdulillah:)

lately kalau uplod gambar jadi camni...tak tahu kenapa...tak best betul!

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita dengan bulan yang mulia. Alhamdulillah...moga usaha kita diberkati dan kita dapat menjadi manusia yang lebih baik, InsyaAllah..


Pagi ini , anak2 tersangat excited. Terutamanya si Hakim. Malam tadi pun, dia yang excited sangat. Teruja nak berterawikh. Alhamdulillah moga berterusan sehingga dewasa, InsyaAllah...

Di kesempatan ini juga, maklang dan keluarga ingin memohon maaf zahir dan batin pada semua pembaca blog maklang ni. Manalah taukan kot2 ada yang mengusik jiwa...:)

+++++++++++++


Sekarang ni, maklang tak dapat nak update setiap hari. Tuntutan RE memang tak dapat nak di elakkan lagi. Ni pun berenti kejap sebab bahu cam dah senget sikit..he he..Alhamdulillah...rezeki yang Allah beri. Rezeki memang ada dimana2 aja. Asalkan kita berusaha, InsyaAllah...adalah rezeki...dan kalau kita bertaqwa, InsyaAllah Allah akan beri rezki dari pintu yang kita tak sangka2..Amin..


Jumaat dan Sabtu lepas, maklang tak ada buat kelas. So konon2nya dapatlah menjahit banyak sikit. Tapi harapan tinggal harapan laaa..Pagi Jumaat macam biasa, maklang ke pasar tani, tolong2 siang2 ikan and then masak laa..Angah nak makan poached chicken. Memang lah tak pernah masak. Google laa...tapi bila dah masak, tak sedap langsung. Angah kata sedap, maklang kata hancus! Nak kasi Cik Abang makan pun malu...hu hu..Nasib baik ada buat sambal udang manis2 yang dia dah request masa dia beritahu nak makan apa...Sempat jugak masak beberapa jenis lauk untuk nak bekalkan Cik Abang dan anakanda tersayang serta adek maklang kat KL. Kiranya kalau Alang tak masak pun, cukuplah utk makan seminggu! Kalau dulu masak 2 ketul aje ayam utk makan malam dia, tapi sekarang 7-8 ketul...Alhamdulillah...at least maklang tak kerja ni...ada gak boleh tolong suami and adek maklang yang bekerja..:)


Petang Jumaat tu, lepas dah rehat2 jap, ingatkan naklah menyebuk tengok kak Liza buat demo kat popular kat MM. Bila tiba seme dah habis..memang tak ada rezki tu:(. Then gi hantar Hakim kat birthday party kawan dia kat KGRP. Tak leh lambat tu..maklang nak berbual ngan kawan maklang pun tak leh lama, dia siap tarik muka...macam2 bujang ni! Kat birthday party terjumpa kawan D, kat situ ...bila dia dgr maklang sebut nama office lama maklang, terus dia compute...ooo...dia pernah jumpa maklang...what a small world..rupa2nya anak2 kami satu sekolah!


Jumaat , maklang mmg tak menjahit sangat. Kiranya hari cuti jugak lah kan...


Sabtu pula, pagi2 dah goreng kuew teow...hmm..bulan2 puasa ni cerita makan pula kan...Then masak utk makan tengahari. Then sambung laa keje2 menjahit. Pun tak dapat jahit banyak. Tak ingat dah buat apa..he he...tapi memang melayan riben besar yang maklang rasa dah tak larat nak menyulam. Sampai ke hari ni, belom siap lagi yang besar ni. harap2 dalam sehari 2 ni dapatlah di siapkan. InsyaAllah...


semalam pula, maya ke MPK ngan Abah dia. Maya dapat anugerah sebab keputusan UPSR. Alhamdulillah. Tapi bila balik duit hadiah Maya hilang. Terkedu dia... Kesian maklang tengok. Tak pelah Maya, nanti Mak gantilah duit Maya tu. Dalam pada tu Maklang kata berdoalah dan solat hajatlah Maya, mana tahu kalau Allah nak pulangkan kembali duit Maya. Maklang pun minta tolong kawan yg keje kat situ, mana tahu ada yang pulangkan. Tapi tengahari tu juga kawan maklang kata, tak ada pun org hantar kat counter.. Maklang kata kat Maya redho jelaa...angah pun pandai kata...tak pelaaa..mungkin ada yang lebih memerlukan agaknya...So, Maya pun ok, tp dia buat gak solat hajat. Tau2 pagi tadi cikgu maya call, kata ada cikgu jumpa duit tu. Alhamdulillah...kalau dah rezeki memang tak kemana. Ni pun Maya tak tahu lagi...nnt bila dia balik sekolah...dapatlah dia rezki Ramadhan dia...Sure dia suka:)


Oklah takat sini dululah ye nanti maklang free, maklang cerita lagi, InsyaAllah...

Monday, January 17, 2011

Nasi tupe..dan kecewa...

Assalamualaikum...

Hari ini hujan lebat sejak pagi lagi. Masa nak hantar anak2 kesekolah hujan lebat sampai tak nampak jalan. Memang kena drive pelan2 takut nanti kalau kereta tercampak...memang ngeri sebab atas jalan ada banyak air....dan kalau banyak air tahu ajelah kalau kita tersimbah kat atas kereta, sure tak nampak nanti...pernah terkena lansung tak nampak sebab terlalu banyak air... bila on the way the way nak balik ke rumah, ada kerete terbalik 'turtle'...rasanya masa pergi tak nampak pula, mesti kejadian baru berlaku...harap2 tak apa2lah kat pemandu dan penumpang..kesian...


Kat ofis pulak sibuk sikit je...kena buat tender evaluation pulak. Memang tak berapa nak gemar buat benda ni pulak2 dah bertahun tinggalkan dia. Memang kenalah duduk dalam bilik tender je. Tak boleh nak bawak keluar dari bilik tu. Ni pun tak siap lagi sebab ingatkan nak taip siap2 petang tadi tapi tak de pulak laptop ofis. So, kerja2 di tunda sampai besok.


Wan dan Atok dah balik dah dari Kelantan. Terkejut masa balik tadi bila nampak kereta Atok dah park kat garaj. Terlupa betul. Walhal petang tadi masa kat office memang ada cuba call wan nak tahu dia kat mana. tapi tak berangkat pulak. Lepas tu langsung lupa nak call semula. Wan dan Atok bawak balik nasi tupang...memang sedap tu...dan tiap kali mereka kesana, memang mereka akan bawa balik nasi tupe ni...kalau ada nasi dagang beras merah alangkah enaknya..lupa pulak nak kirim beras merah kat wan. Tapi dapat 3 helai kaftan baru...thank you ibunda tercinta...:)


Nampak gaya malam ni selai pun pouch tak bersulam. Lepas dah siap jahit 16 buah pouches lepas makan nasi tupe tu,maklang rasa tak larat nak tengok jahitan dah. ( dah total 40 yang dah bersiap jahit laa...tapi belum kemas lagi laaa) Tu yang mengupdet blog ni...Dan satu lagi ...maklang kecewa lagi sebab satu lagi mesin maklang merajuk...Hu..hu...memang lah kena nak carik mesin yang kuat sikit...Sapelah nak sponsor duit muka....kalau adakan ke best...doa2 lah moga ada yang permurah...:)



ini pulak roti yang kakak buat semalam...Tersangatlah fluffynya...


++

Hangin pulak ngan budak2 ni. Dah pukol 11 malam tak tido2 lagi. Besok nak kejut bukan main liat. Mana nak masak, mana nak layan kejut bangun. Kadang sampai 5 minit dok pujuk suruh bangun tak gerak2...Ni dah naik suara baru nak dengar cakap, or else dia main2 lagi berebut nak masuk bilik air sebab nak angkat wudhu'..Sabo jelaa...Mata mak pun dah berair dah ni...mengantuk sangat dan penat...So, malam ni nak tido cepat laa...:)and cepat is less 1 hr b4 midnite...Good Nite All...and salam semua..

Tuesday, January 11, 2011

Banyak hal..:)

Assalamualaikum...

Banyak hal yang menggembirakan berlaku hari ini ..Alhamdulillah...:)


Pagi, as usual, lepas solat Subuh, maklang akan turun ke dapur tolong kakak buat breakfast, or the other way round, maklang yang buat and kakak yang tolong. Anak2 ni kadang nak mak jugak yang buat kan. seolah2 macam ada aje yang tak kena kalau bibik or kakak buat.Kadang biar aje. Kita nak gi kerjalaaa..nak make up pun tak sempat tau...any way, semalam Along dah request nak nasi goreng yang guna daging cincang. Dia panggil nasi goreng USA...maka siaplah sekuali nasi goreng USA ...untuk breakfast dan bekal anak2...Alhamdulillah..selesai...:)..sampai ke petang Along dok sebut...macam nak lagi jer...

Wah pagi tadi, ada orang teruja sangat ngan baju kadet dia. Almaklum Along dan Angah pun sama, so...Maya pun nak sama...Nilah baju yang mahal sangat tu...


Hakim rasa tak best sebab ada PJ so takleh lah melaram ngan baju PBSM cuma dapat pakai t-shirt PBSM..
Tapi lepas PJ kat sekolah, dia ganti pakai baju PBSM yang lengkap...wah..hemsem anak bujang mak...:) suka beno tu!


Tengahari sedap makan hari ni. Maklang buat nangka masak kari. Ada daging seme...menjilat jari...Hakim yang biasa tak suka nangka pun sedap makan....tapi tak tahulah, daging je or nangka tak diambil...sama lah tu..

Alhamdulillah pukul 620 lebihkurang puan Zar dari http://ibuika.blogspot.com singgah kejap aje..

Tak ada prepare apa sgt..Sian Zar jalan jauh2 tak ada yang special.
Tapi maklang sempat lah goreng mee dan buat cucur lepas balik ofis.



Just nice, angkat mee terus dah boleh jamu..

Itu dia Ms. Zar kita...akhirnya tiba jua kat umah maklang..so ni dah kali ke2 kita jumpa...:)



dapat hadiah sehelai kaftan dari Zar, TQ so much Zar...


oklah, kena tekan butang publish cepat2 b4 mata ni tutup...aaah...ngantuk lagi malam ni...2 je RE siap!:(

Sunday, January 9, 2011

Masa..

Assalamualaikum,

Maklang dah on 72/100. Harap malam ni kalau dapat capai 75/100 pun dah Alhamdulillah sangat. Macamana lah nak gerak cepat. Bukannya dapat mengadap setiap masa. Kalau mengadap pun ada aje distractionnya...Kadang2 bercakap2 dgn adek maklang kat fb. Kadang2 anak2 datang kacau. Nasib baik Cik abang understanding, kalau dia nampak maklang bz, dia pun tak adalah nak mintak buat kan apa2...sebab selalunya dia kenyang dah..sebab dah kasi makan siap2 barulah pegang keje2 maklang...

Biasanya selesai solat isyak dalam pukol 9, baru dapat pegang . Tu pun kira cepat dah tu...Macam malam ni pun kejap2 lagilaa baru pegang nya...


Petang tadi sesampai kat rumah...wah best nya, Along dan kakak dah siapkan pie. Sedap makan.







Inti dia, maklang dah buat pagi semalam...and sebab2 benda2 macam nilah yang melekakan maklang...like semalam, I was in the kitchen dari pagi lepas breakfast sampai dekat tengahari baru selesai. Lepas satu- satu maklang buat, inti apple pie untuk roti ( which is on the sour side- hu hu) and the inti for the chicken pie!). Masak pulak ikan siapkap sos asam with bunga kantan...memang macam2 nak buat if dah kat dapur tu...enjoy ...:)


Kejap lagi roti2 diatas akan mengeluarkan bau yang sangat harum ketika dibakar ..meh lah kita sama2 menikmati keharuman bau roti yang dibakar...

**********

kita flashback hal semalam. Anak2 yang 2 kecik gi Kemaman beli baju unit. ya Allah mahalnya sekarang. masa along and Angah dulu baju RM80 je sepasang sekarang dah RM12o sepasang. 50% increase tu..Macamanalah orang2 yang tak berapa nak mampu beli. Sure kesian. Poket kita yang mampu ni pun terasa kebocorannya...hu hu..

tapi yang best sekali, Maya laa..excited sampai terlompat2 bila dia pakai baju kadet dia..and my Hakim looked so grown up bila dia pakai baju PBSM dia...macam tak percaya he is almost 10. Sekejapnya masa berlalu...Moga2 semua anak2 mak dan abah menjadi orang2 yang berjaya dunia akhirat...Amin...


Oklah jumpa lagi...have a good week ahead untuk semua...

Sunday, November 7, 2010

Maya, Maklang dan jahitannya..:)

Assalamualaikum..

Sambil2 maklang menonton Tanyalah Ustaz ni, maklang sempat nak taip sikit. Mata pun macam kelabu je nak menjahit... Before maklang lupa, Ustadz kata kalau nak menenangkan org kena histeria, kita buat macam ni:

genggamkan tangan - baca ayat pendek Bismillahimasha Allah...3 kali, tiup dalam tangan sehalus jarum (muncungkan mulut lalu tiup), dan tepuk belakang diantara dua tulang belakang orang yang kena histeria.. Tepuk dgn tapak tangan. InsyaAllah org tu akan sedar. ( Ustadz kata kalau org kena histeria ni, kekuatan dia 21kali ganda dari kekuatan kita. Kalau lengan org yg kena histeria waktu tu sebesar batang kelapa kekuatan nya!). Beli buku Ustadz Shahran ni lah lebih baik utk explanation yang lebih terang mengenai cara2nya


++++++++++

Seminggu tak bersiaran. Banyak juga perkara yang berlaku dalam famili.

Maya join sekolah punya visit. Instead of kebiasaan ke utara, kali ini Cikgu decided nak bawa mereka ke Melaka dan KL. Punya lah Maya excited, 4-5 hari sebelum bertolak Maya dah mula mengemas. 4-5 kali jugaklah asyik masuk keluar baju2 dia. ALhamdulillah maklang sempat jugak menjahit kan Maya blouse simple 2 helai. Blaus tekap dan gunting. OKlah utk Maya nak pakai sebab potong straight je. Nanti kalau ada gambar Maya pakai baju tu, maklang postkan kat sini..

Ni gambar Maya dengan Hakim masa menunggu bas nak datang kat sekolah. Maya pakai jubah hitam...( kat dalam baju tidur!). kawan2 panggil dia mak aji..


Tu orang excited...seronok aje nampak dia..

Maya dah balik pun tadi pagi jam 430pagi. Dia pergi Rabu malam bersama lebih kurang 40 pelajar lain. ada 3 cikgu sekolah menemani mereka. Alhamdulillah selamat pulang dah. At this moment Maya dah pun lena semula lepas solat subuh tadi. Letih benar gamaknya..
+++++++++++


Macam biasa aktiviti menjahit masih diteruskan . Sekarang ni tinggal sehelai aje jahitan utk RE beg cikgu2. Then barulah marathon menjahit menjadikan beg...Before cuti sekolah kena siapkan. Sebenarnya muak dan pening nak pikir pattern lain2. Taklah nanti cikgu punya beg sama aje seme aje. Macam beli kat kilang pulak.


Sempat jugak mencelah menjahit sehelai skirt minmin dan 2 helai gown minmin. sehelai dari gown tu maklang potong dah berbulan2 lamanya...he..he..



Lepas muak dan dah merasa sakit pinggang duduk kat mesin, maklang beralih arah pula...menjahit RE utk beg cikgu



Simple2 aje kan. Rosesnya dah banyak maklang pintal. Tinggal tampal2 je and then letakkan bunga kecik2 around it.



Angah jeles tengok skirt minmin...dia letakkan kat lampu tidur ni...

Masa last2 saturday, maklang dan cik abang sempat pergi melawat kawan yang baru kehilangan suami dia last Sept 18. ( dia baru balik ke Malaysia dari India, pada hari sabtu tu) Katanya paru2 suaminya fail,tak silap. Denggi pun ye. Dia demam sehari aje. Siisteri juga sakit. Kesian. Kawan ni meninggal di India semasa pulang menziarahi keluarga di sana ( dia mmg warganegara India, expat). Kami kenal dia dah 13 tahun sejak dia join kerja sama tempat dengan kami. Tak ada apa buah tangan yang nak dibawa, so maklang ambik sehelai jahitan RE untuk cikgu dan jahitkan untuk kawan maklang. Kesian dia...sedih tgk dia...May his husband's soul rest in peace.


Tanda mata buat Mala isteri the late Mr. B. Prasad. Masa ke rumah dia, maklang lihat masih ada lagi jahitan cross stitch maklang yang maklang frame dan hadiah kan pada dia long long time ago...Thank you for being our friend Mala...



Dua beg di atas juga adalah tempahan dari kawan2 maklang. RE nya dah lama siap. Cuma maklang baru siapkan jadi beg lepas balik dari pejabat...Masih ada beberapa lagi yang perlu dijadikan beg...Moga diberi kesihatan yang baik utk meneruskan kegiatan maklang ni...Walaupun letih tapi maklang enjoy...
+++++++++

Sekarang ni maklang tengah menyulam baju kurung yang ditempah oleh seorang kawan. Dah 2 harilah pegang benda ni..tak siap2...alahai....bilalah nak siap ni...harap2 malam ni selesailaa hendaknya..



Oklah takat ni dulu, maklang nak bersiap. Hari ini ada hari graduasi kat sekolah Along. Moga Along berjaya cemerlang dalam SPM untuk meneruskan cita2nya nanti..Amin...

Friday, October 29, 2010

Sleep over

Assalamualaikum..

Terimakaseh kepada semua yang mengucapkan takziah. Alhamdulillah walaupun masih merasa kehilangan, keluarga kami perlahan2 bangkit kepada keadaan asal. Moga adek maklang dapat menempuh hidup dengan tabah, InsyaAllah..
++++++++


Sedap pagi ni. Berangin...angin kipas dan juga angin sejuk dari luar. Ada mood pulak nak menaip hari ini. Lagipun tangan dah lenguh asyik main jarum dan riben. Antara hasil maklang sejak 2-3-4 minggu yang lepas ada yang seperti di bawah. Yelaa...anak2 2 orang nak habis sekolah. Maya akan meninggalkan alam persekolahan rendah dan akan masuk sekolah menengah tahun depan, dan Kak long pulak akan meninggalkan alam persekolahan. Masing2 nak kasi hadiah pada cikgu, dan maklang pun teruja nak memberi sesuatu dari hasil tangan sendiri. Alhamdulillah sulaman hampir nak siap, tapi begnya aje belum jadi. ada 20 buah semuanya..( rasa nak pengsan dah!). Nasib baik kakak ada tolong2 matikan jahitan dan menggunting kain. Harapan maklang siaplah semuanya sebelum cuti sekolah...


sebakul roses utk cikgu along


sejambak ros kuning utk cikgu along


kuntuman tulip biru untuk cikgu maya

yang ini maya buat sendiri...tu pun maklang ajar dia sebab baru 1st time pegang jarum...alhamdulillah..








Semalam Maya ada sleep over. ada 7 ke 8 orang kawan2 dia datang dalam pukol 6 petang semalam. Hmmm..riuh lah tu kat luar sana. Semuanya melepak kat ruang tamu. Suruh tidor dalam bilik Angah tak nak...nak tidor kat ruang TV sebab nak main Wii...Entah pukul berapa lah agaknya malam tadi baru lenanya...he..he..

Bila tau kawan2 nak datang, sempat jugak maklang dan cik abang keluar cari bahan nak masak. Almaklum, kalau hari Khamis memang bahan kat peti ais dah berkurang. Beli udang dan meehoon. Daging dan sayuran ada ada kat rumah, so jadilah mee hailam sekuali..Alhamdulillah berbaki cuma sedikit je...:)



Maya dengan kawan2 dia...excuse sepah kat belakang mereka tu...entah apa lah yang ada kat situ...ponoh semeja...:)
Memang nampak mereka seronok sangat...Jejaka 2 orang kat rumah ni pulak yang tersipu2...:)


Pagi tadi, buat nasi lemak. Terlebih pulak...Masin gaknya nasinya...bibik terletak lebih garam...tak pelaaa...nak buat camana, dah tak sengaja...

Acara hari ini, kalau sempat nak gak menjahit RE menjadi beg. Sekarang maklang tengah buat kan RE roses utk beg cikgu Along...ada lagi 3 belom pegang langsong. Maya punya tulips dah selesai semua, tapi belum jadi beg lagi...kadang buat banyak2 ni idea kering jadinya...:)


Oklah setakat ni bersiaran...buat semua...selamat minggu .

Terimakaseh kerana sudi menjengah kemari..

Friday, January 15, 2010

Excited

Assalamualaikum...

Seronok ...seronok...seronok...Sebab apa? Sebab hari ini hari Jumaat dan hari ini maklang bebas melakukan apa sahaja yang maklang suka nak buat. Bukan maklang aje, sesiapa pun yang tak kerja pasti seronok nak buat apa2 yang mereka suka..

Pagi2 ni sambil tengok dan dengar Ustaz Zalizan kat Tanyalah Ustaz kat TV9, ni maklang bolehlah berceloteh kat sini...

Malam tadi tidur tak berapa lena. Ada kawan kita yang bergumbira, berterbangan sambil menyanyi lepas tu menggigit orang nak tidur. Geram betul. Semalam tak spray pun bilik ni. Dah agak dah, mesti ada gangguan.... So sebab dok terjaga jaga ni, kepala ada senoneng sikit. Tapi tak mengapa...hari ni maklang excited.

Sikit je sebab kenapa maklang excited. Maklang nak jahit tudung Kak Yong yang dia dah pesan about 1 yr ago. Bagus kan maklang, simpan bertahun tempahan orang. Tapi nasib baik kak Yong bersabar...Terimakaseh Kak Yong :)


Tidur pun tak lena, dah lah kena gigit nyamuk, tapi sebab RE, semuanya tak kisah...he..he..InsyaAllah nak mereka reka lagi bunga untuk tudung...moga di beri idea oleh Allah swt, InsyaAllah..




Lagi 1 excitement ialah nak jahit 2-3 beg yang RE nya dah siap. Waaah...plan macam pinggang banyak kuat nak menatap depan mesin jahit. Tu je...he..he..

Hari ni pun maklang bercadang nak masak sesuatu yang nak buat anak2 dan suami yang dikasihi excited nak makan...bukannya apa...lemon chicken, udang butter dan tahu lembut. Sayur campur kot. Lama tak masak yang lavish2 untuk mereka. Semangat hari ini...

Anak2 yang 2 kecik pulak excited sangat. Maya nak gi tuition utk yang pertama kali. Ni tuition lain. Kat rumah pun ada tuition. Tiap kali ada tuition Maya excited semacam. Harap2 bila dia excited, pelajaran dia Ok laa..InsyaAllah...dan moga dia berjaya dalam UPSR dia...

Si Hakim pulak, entah kenapa, tak aleh2 nak sambung pulak Taekwando dia. Last yr tak mau pergi langsung. Kami ikutkan je. Asal dia nak. Kalau nak paksa tak jadi nanti. Mungkin ada kawan2 sekelas dia yang join , tu yang dia seronok sangat. Dan jugak dia tak sabar2 nak pergi bowling. Siap dah buat janji dengan Abah dia, tapi entah bila dia nak pergi tak tau laa. Asalkan dah berjanji, dia dah excited sangat.


Nak selit sikit..Ustaz kata, mandilah sunat Jumaat kerana ia mengkafarahkan dosa dari satu Jumaat ke satu Jumaat yang satu...

Oklah...ni je celoteh maklang buat pagi Jumaat yang indah...Semuga semuanya berbahagia di tempat bekerja atau berehat bersama keluarga..