BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 28, 2011

Handbag baru

assalamualaikum...


pagi hari ini maklang dah updet. lepas ni tak tahu bila boleh jengok blog dan fb. keje masih banyak lagi berbaki. tapi mata ni mengantuk ya amat...Ya Allah bantulah hambamu ini utk diberi kekuatan utk meneruskan hari ni..Alahai kalau maklang ni boleh menaip tanpa melihat keyboard ni pasti dah banyak maklang taip ni...adoi laaa


Agaknya mengantuk ini dah terkumpul sejak sebulan lepas. mata dah ada handbag baru pulak. dah 2-3 org tegur, kenapa ada hitam2 bawah mata...alahai..kena make up nanti nak raya...ni menaip pun macam separuh je mata yang tebuka..kenapalah kelat sangat ni...


Oklah maklang tepek gambar nasi ambeng yang Alang buat semalam utk berbuka...I cuti memasak sebab full time menjahit. Sekarang tinggal baju Angah sepasang dan kain utk Along. alhamdulillah Wan tolong jahitan leher baju...selamat dah part tu..Alhamdulillah




selamat berpuasa...tinggal hari ni ngan besok je...Ya Allah berilah aku kesempatan utk menyelesaikan segala tugasan utk orang lain dan juga sendiri...nak melelapkan mata jap..huhuh
have a nice day :)

Saturday, August 27, 2011


Assalamualaikum..
sempat gak buat kueh cornflakes...:)

Alhamdulillah kami semua dah selamat sampai kat JB.

Hari Khamis lepas, maklang drive bersama2 3 anaks dan 2 bibiks menuju ke KL. Menuju ke suami tercinta, anak dan adek yang dikasihi. Letihnya nak sampai ke KL. The 1st 1 hour was really a torture! Adoilaaa..nak menyampaikan ke Perhentian Kuantan tu, Allah aje yang tahu camana nak menahan mata supaya tak lelap! Akhirnya sampai juga ke destinasi...Bila anak2 pergi solat maklang sempat melelapkan mata sebentar. Bila mereka dah selesai barulah maklang pergi solat. Lepas tu..Alhamdulillah lega lah sikit. Kami tiba kat rumah alang around 7:45pm. Berbuka dengan coklat dan keropok sira sebab waktu berbuka kami masih dalam kereta...



Semalam, maklang break record. Tido dari jam 12:00pm till 4pm. Sedar2 je..terkejut...sebab dah lewat sangat. Mungkin letih sangat sebab memandu malam kelmarin...:). Sedar aje dari tidor, terus ambik kain2 yang belum berpotong...hehe..baju2 anak2 dara utk nak pakai hari raya pertama belum bergunting lagi...sibuk sangat beberapa minggu ni. Banyak sangat yang kena diselesaikan utk orang sampai utk sendiri tak terbuat...


Alhamdulillah dapat lah jugak maklang siapkan keje2 yg diperlukan utk nak hantar ke mereka2 yang berkenaan...


Hmmm...malam ni nak buat apa ye...nak mengenjoykan diri yang sangat merindui JB:)...dok berangan at ujung rumah Wan...


Sampai sini dululah ye...nnt cerita lagi...ada kerja yang perlu dibereskan...:)









Monday, August 15, 2011

Riang Ria berbuka bersama keluarga


Assalamualaikum

Kalau ikutkan mata memang maklang nak lelap dah. Mengantuk dah. Penat agaknya banyak kerja menjahit. Tapi memang seronok. Baru aje hantar Cik Abang kat bus stop pukul 11:00pm tadi. Tiba aje kat bus stop, tengok2 tiket bas tertinggal. Itulaa..tadi sebelum bertolak dia asyik mengacau kami aje....He he..sian dia Angah usik...Abah finesse masa makan waktu buka ...pakai sudu garfu masa makan cempedak goreng dan kuih ketayap.

tengoklah tu jari kelinking dia..siap ada2 bengkok macam lembut..:)


ni anakanda makan pulak...tak nak pulak dia ikut abah makan pakai sudu garfu:)


Kelakar betul. Semalam dan hari ni memang meriah kala berbuka puasa. Seronok. Walau pun kaklong tak ada kat sini, tapi dengan kehadiran suami tercinta, nampak anak2 yang ber3 seronok. Si isteri ni pun lagilah seronok..tak sabar rasanya nak pindah ke KL cukup tahun nanti. Tapi pening jugak nak fikirkan camana nak pack barang. Pening pening..tunggu dah dekat nanti baru fikir nak buat macamana...


beef stew, resepi paling senang..




cempedak goreng yang telah membuatkan perut maklang pening sepanjang malam



sedap karipap ni...kak shimah beri satu tray besar...bakar kat rumah sendiri...ALhamdulillah...kalau dapat lagi kan best..anak2 dah suruh maklang minta resepi ..



dadar gulung...pun enak ni


stew dengan angelhair


Yang kat atas maklang type semalam, tak sempat habis and upload gambar, maklang dah panjat katil . Memang letih semalam.


Hari ini ada progress sikit.. Alhamdulillah pagi2 tadi lepas balik dari hantar anak2 ke sekolah, maklang dapatlah siapkan sepasang baru kurung utk Angah. Tapi pagi tadi, menjadi selow melow...Hmmm...lama tak menjahit kot, boleh pulak dah jahit pesak kiri kanan baju tapi yang kat tepi tak berjahit...Adoillaaa...lembaps betullaaa...Dekat 11:30-pg baru laa dapat capai nak membuat kueh. Alhamdulillah dah siap pon dalam 800 kpg sarang semut. Syukur Alhamdulillah

Friday, August 12, 2011

Jom makan...

Assalamualaikum..

Maklang tak sempat nak updet blog...maklang letak gambar jelaa utk idea berbuka puasa...:)













Monday, August 8, 2011

dilemma


Assalamualaikum...

Nak updet kejap sementara menunggu nak berbuka. Alhamdulillah ikan tenggiri masak tomato dah siap, sup sayur fishball dah pun atas dapur, tinggal letak sayur2an nya aje.. dah minta tolong kakak goreng taugeh dan juga bibik buatkan sambal belacan. Hari ini ringan2 je sebab semalam dah terlalu berat.


Maklang pun sebenarnya keletihan berkejaran hari ini. pagi2 dah keluar nak jumpa org yang offer maklang kerja tu. Tengok2 apa yang nak dibuat, insyaAllah tak ada masaalah. Orang tu pun macam confident bebenor nak maklang join. Memang pon masa maklang nak pergi tu memang rasa 60% maklang boleh join. Lepas dah berbincang ngan orang tu pun rasa masih ok lagi. Even after dah nak balik masih rasa ok cuma penat sikit. Memang lah dah drive jauh2 rasa letih...Tapi otw balik bila bujang maklang call...mak..mak kat mana? mak kata mak nak balik tengahari..Alahai...sedih nya maklang. memang dia suka bila dia balik sekolah mak dia ada kat rumah. ni hari ni balik , mak tak ada...kesian..baru sebulan tepat dia merasai keseronokkan ada mak kat rumah. tak aleh2 hari ni mak tak ada lagi..macamana ni mak nak buat decision? maklang pujuk jugak dia, kata mak bukan kerja full time, 3 hari aje keje, the rest mak kat rumah. geleng kepala aje..Maya pun dah cebik muka. Maya kata nanti mak penat, nanti mak sakit balik. macam2 alasan mereka. So...macamana ni? Abang dah kata, ikutlaa, kalau rasa nak keje , kejelaaa..kalau tak nak, tak payah laa...hmmm betul2 dalam dilemma. Malam ni InsyaAllah nak beristikorah lagi mohon petunjuk...InsyaAllah dapat alamat dari Allah..Amin..


++++++


Semalam memang penuh semeja...macam2 ada...sebab nak habiskan stok takut tak elok, baiklah maklang masak...so silalah menikmati hidangan ni..mana tahu dapat pulak idea nak masak apa kan...selamat berbuka semua...:)


sepinggan berisi ayam bakar, kentang oregano lagi, korma sebiji dan salad sayur



sepinggan lagi kentang oregano

sepinggan cendawan goreng



sepinggan ayam bakar


sepinggan kuew teowm dan mee goreng



semangkok salad, lebihan kuah kabonara, ada acar capsicum , kueh koci recycle dan juga pamelo..Alhamdulillah:)

lately kalau uplod gambar jadi camni...tak tahu kenapa...tak best betul!

Saturday, August 6, 2011

Nak terima ke tak?

Assalamualaikum..



Alhamdulillah dah selesai masak utk berbuka kejap lagi. Senang dan cepat aje petang ni sebab ni sesi ke2 maklang masak. Pukul 1 lebih tadi dah kedapur , konon2nya nak buat talam ubikayu. Lama tak makan. Abang bawa balik dari KL. Mak and abah ke rumah Ereen bawak ubikayu dan bagi Abang untuk bawak balik malam tadi. Bukan tu aje, ada rambutanlaa, ada durian freeze, ada tempe, tahu, taugeh , mee kuning dan entah apalagi yang mak bekalkan untuk kami. Terimakasih kepada Mak dan Abah yang selalu mengingati kami walau jauh di mata. Kami semua pun ingat jugak kat Atok dan Wan...

Sambil2 buat talam ubi, maklang sempat jugak buat kuah sup daging utk di makan dgn kuew teow, panaskan kuah mee rebus dan tinggalkan kejap sebab nak sambung meng RE. Alhamdulillah sejak berenti kerja, tempahan tak pernah surut lagi...Syukur pada Allah kerana memberi rezki. Memanglah kalau rezeki kita di sekat tang sana, tang sini akan masuk, InsyaAllah, kerana pemberi rezeki adalah Allah dan bukannya manusiakan. Apa2 pun maklang sentiasa bersyukur...Moga Allah melimpahkan lagi rezeki buat kami sekeluarga , InsyaAllah..

+++++++

semalam as usual adalah hari paling sibuk sedunia. Lepas balik dari pasar tani, ingatkan malas lah nak memasak dulu. tapi alang dah kat dapur, masak ajelah. dan Alhamdulillah siaplah beberapa juadah untuk nak bekalkan utk Abang dan Dhira dan Alang kat KL nnt. Siaplah seperiuk sos kabonara, ayam madu, ayam mask ijau, ikan tenggiri masak kuali, dan chilli prawns dan lain2 lagi Alhamdulillah. Siap aje semuanya melepek semacam. Memang tak larat sangat dengan cuaca yang tersangat panas kat sini.

Pasta dgn sos karbonara...sempat songlap utk rumah jugak. utk along kat KL mak dah letak 1 tupperware besar..


Sambal sotong ( tak tau kenapa gambar jadi gini:()


Bubur lambuk pun ada



Ikan sumbat belakang yang ter well done:)



murtabak dari Johor yang dah berbulan dalam freezer. Alhamdulillah dah selamat pun:)


telor goreng dengan tumis cili padi dan kicap..sedap ni...



oooo sempat gak buat puding jagung untuk angah...memang sedap sangat nampak dia makan puding tu semalam. Resipi campak-baling maklang Alhamdulillah menjadi jugak:)




sedang maklang memasak semalam, dapat pulak satu call. Call yang sangat2 menyusahkan hati maklang...hmmm...belum pun 1 bulan maklang nak enjoy life, ada pulak yang talipon memerlukan khidmat maklang...Tak tahulah macamana nak accept ke tak? sebenarnya masa maklang dalam notice period pun dah ada yang offer kerja , tapi tak dapat nak accept sebab di KL. Lagipun dia nak akhir bulan 7 which is not acceptable laa..Back to square one laa kalau maklang accept. Hakim dan Maya awal2 dah kata NO..mak tak leh keje dah. Mak kena duduk rumah aje dengan Hakim. Bila dengar anak cakap macam tu, rasa memang tak keje lah jawabnya. Tapi tengoklaa nnt. Moga Allah beri maklang hidayah untuk ini, InsyaAllah. Nak kena buat solat istikorah jugaklah nanti. Baru aje maklang seronok nak balik Raya cepat. Kalau ikutkan org yang talipon tu nampak2nya macam payah je nak cuti kalau join b4 raya...Aaaahhhhh...nantilaa...malas nak serabutkan kepala...Baiklah maklang enjoy life untuk hari ni dan besok. Tapi besok Abang dah suruh buat proposal utk nak keje tu...Alahai...malasnya..nak RE je laa Bang..boleh kan?



Lepas2 masak, maklang sambung keje kat bilik. Kalau ikutkan letih memang lah,tapi bila fikirkan RE banyak yang belum selesai, nak tidur pun tak senang...hu hu..Doakan lah moga maklang sempat nak habiskan semuanya seperti yang di pinta oleh kawan maklang. InsyaAllah...

Oklah sini dulu maklang merepek. Dah dekat waktu buka dah. Nak bersih2 kan diri yang berbau lada yang di tumis tadi...Selamat berbuka semua..

Wednesday, August 3, 2011

Puasa ke 3

Assalamualaikum..

Diam tak diam, dah hari ke 3 kita berpuasa...Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Sekarang masak ala kadar sebab dah 2 ahli keluarga tak bersama kami. Tapi Alhamdulillah makan mereka terjaga. Allah memang telah mengatur segala rancangan yang terbaik utk kami sekeluarga. Maklang memang risau sangat masa Cik Abang nak keje kat KL. Teringat macamana nanti bulan puasa. Kesian dia sendiri di KL. Takkan tiap hari nak makan sorang. Kalau nak ke rumah Alang sendiri pun tak manislah kan. So, Allah dah susun Along dapat masuk UM. Dan tinggal dengan Alang. Jadi Abang tak lah rasa kekok nak kesana sekarang. Alhamdulillah terjagalah makan mereka. Maklang pun ada kirim lauk serba sedikit utk memudahkan supaya Alang tak payah nak masak sangat. Alhamdulillah utk semuanya..Syukur sangat2:)

++++


Semalam dan hari ni , rumah maklang dikunjungi tetamu. sampai 2-3 trip:). Seronok jugak. Taklah sunyi mana. Alhamdulillah ada gak yang nak datang. Bila dah berjumpa seronok bersembang. Esp. tentang jahitan maklang laa... semalam kak Shimah, datang bawa berita baik dan 2 buah limau bali. Masih ada lagi atas meja dapur tu. Dia kata simpan sehari 2 dulu sebelum dimakan. Insyaallah sedap tu.

Alhamdulillah banyak jugak jahitan maklang dapat siapkan. Berangan nak siapkan lagi 5-6 pouches lepas ni. tapi tak tahulah, sempat ke tidak. maklang kena deliver 50 pouches by the 10th of Ramadhan. Lepas tu masih ada lagi 20 pouches, 1 frame yang tak siap2 tu, a few bags and entah apa lagi. Baju raya anak2 pun belum sambung lagi. Rasanya bila bosan naklah menjahit baju pula...InsyaAllah..Mohon Allah mudahkan segalanya buat maklang dan keluarga...Amin

Oklah meh, kita tinjau apa yang ada kat meja tadi masa berbuka puasa. Lauk2 sempoi. Kot2 ada yang tandus idea, boleh lah masak apa yang maklang buat tadi:)



sauted kentang wedges with garlic and oregano


sedaaap eeeehhhhh kata hakim..telor dadar with ayam dan sos tomato bercendawan



ini Angah request, ikan masak taucheow..


Ok...nnt jumpa lagi, Insyaallah

Doakan Wan tak apa2 bila result peksa dia keluar besok...YA Allah Kau jauhkan lah apa2 penyakit yang berbahaya dari kedua ibubapa ku , YA Allah..Amin Amin..Ya Rabbal Alamin..

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita dengan bulan yang mulia. Alhamdulillah...moga usaha kita diberkati dan kita dapat menjadi manusia yang lebih baik, InsyaAllah..


Pagi ini , anak2 tersangat excited. Terutamanya si Hakim. Malam tadi pun, dia yang excited sangat. Teruja nak berterawikh. Alhamdulillah moga berterusan sehingga dewasa, InsyaAllah...

Di kesempatan ini juga, maklang dan keluarga ingin memohon maaf zahir dan batin pada semua pembaca blog maklang ni. Manalah taukan kot2 ada yang mengusik jiwa...:)

+++++++++++++


Sekarang ni, maklang tak dapat nak update setiap hari. Tuntutan RE memang tak dapat nak di elakkan lagi. Ni pun berenti kejap sebab bahu cam dah senget sikit..he he..Alhamdulillah...rezeki yang Allah beri. Rezeki memang ada dimana2 aja. Asalkan kita berusaha, InsyaAllah...adalah rezeki...dan kalau kita bertaqwa, InsyaAllah Allah akan beri rezki dari pintu yang kita tak sangka2..Amin..


Jumaat dan Sabtu lepas, maklang tak ada buat kelas. So konon2nya dapatlah menjahit banyak sikit. Tapi harapan tinggal harapan laaa..Pagi Jumaat macam biasa, maklang ke pasar tani, tolong2 siang2 ikan and then masak laa..Angah nak makan poached chicken. Memang lah tak pernah masak. Google laa...tapi bila dah masak, tak sedap langsung. Angah kata sedap, maklang kata hancus! Nak kasi Cik Abang makan pun malu...hu hu..Nasib baik ada buat sambal udang manis2 yang dia dah request masa dia beritahu nak makan apa...Sempat jugak masak beberapa jenis lauk untuk nak bekalkan Cik Abang dan anakanda tersayang serta adek maklang kat KL. Kiranya kalau Alang tak masak pun, cukuplah utk makan seminggu! Kalau dulu masak 2 ketul aje ayam utk makan malam dia, tapi sekarang 7-8 ketul...Alhamdulillah...at least maklang tak kerja ni...ada gak boleh tolong suami and adek maklang yang bekerja..:)


Petang Jumaat tu, lepas dah rehat2 jap, ingatkan naklah menyebuk tengok kak Liza buat demo kat popular kat MM. Bila tiba seme dah habis..memang tak ada rezki tu:(. Then gi hantar Hakim kat birthday party kawan dia kat KGRP. Tak leh lambat tu..maklang nak berbual ngan kawan maklang pun tak leh lama, dia siap tarik muka...macam2 bujang ni! Kat birthday party terjumpa kawan D, kat situ ...bila dia dgr maklang sebut nama office lama maklang, terus dia compute...ooo...dia pernah jumpa maklang...what a small world..rupa2nya anak2 kami satu sekolah!


Jumaat , maklang mmg tak menjahit sangat. Kiranya hari cuti jugak lah kan...


Sabtu pula, pagi2 dah goreng kuew teow...hmm..bulan2 puasa ni cerita makan pula kan...Then masak utk makan tengahari. Then sambung laa keje2 menjahit. Pun tak dapat jahit banyak. Tak ingat dah buat apa..he he...tapi memang melayan riben besar yang maklang rasa dah tak larat nak menyulam. Sampai ke hari ni, belom siap lagi yang besar ni. harap2 dalam sehari 2 ni dapatlah di siapkan. InsyaAllah...


semalam pula, maya ke MPK ngan Abah dia. Maya dapat anugerah sebab keputusan UPSR. Alhamdulillah. Tapi bila balik duit hadiah Maya hilang. Terkedu dia... Kesian maklang tengok. Tak pelah Maya, nanti Mak gantilah duit Maya tu. Dalam pada tu Maklang kata berdoalah dan solat hajatlah Maya, mana tahu kalau Allah nak pulangkan kembali duit Maya. Maklang pun minta tolong kawan yg keje kat situ, mana tahu ada yang pulangkan. Tapi tengahari tu juga kawan maklang kata, tak ada pun org hantar kat counter.. Maklang kata kat Maya redho jelaa...angah pun pandai kata...tak pelaaa..mungkin ada yang lebih memerlukan agaknya...So, Maya pun ok, tp dia buat gak solat hajat. Tau2 pagi tadi cikgu maya call, kata ada cikgu jumpa duit tu. Alhamdulillah...kalau dah rezeki memang tak kemana. Ni pun Maya tak tahu lagi...nnt bila dia balik sekolah...dapatlah dia rezki Ramadhan dia...Sure dia suka:)


Oklah takat sini dululah ye nanti maklang free, maklang cerita lagi, InsyaAllah...